Insyirah menatang kasut sekolah barunya. Seronok tidak terkira mendapat
rezeki yang tidak diduga. Disarungnya sekali lagi kasut itu lalu berjalan di
serambi rumah. Mesti selepas ini Athirah tidak berpeluang untuk mengejeknya
lagi.
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan, sejak
kedatangan Kasim atau lebih mesra dipanggil Pak uda, ayah jarang membuat kerja
sampingan lain. Ke kebun getah pun hanya kerana terikat kontrak dengan Pak
Samad. Lelaki itu sentiasa menawarkan pertolongan dari segi wang ringgit dan
juga tenaga.
“Eh!
Syirah ada?” tegur Kasim yang tiba-tiba muncul dari pintu hadapan.
Insyirah tersentak. Rasa malu menguasai dirinya
yang sedang memperagakan kasut baru. “Ada…” Kasut dibukanya semula lalu
diletakkan kembali di dalam kotak. Minggu depan dia akan merasmikan kasut baru
itu.
“Pak uda ingatkan kamu ikut mak dan ayah kamu
pergi kenduri hujung kampung tu,” ujar Kasim lalu mengesat peluh di dahinya
dengan topi. Bahang panas di luar terasa sampai ke dalam rumah.
“Syirah malas nak pergi. Nak rehat aje di rumah.
Boleh Syirah ulang kaji pelajaran.” Melihatkan tangan Kasim yang sarat memegang
plastik buah-buahan, terus Insyirah menawarkan diri untuk membantu membawanya
ke dapur.
“Pak uda, Syirah simpan buah-buahan ni di
dapur,” sambung Syirah lagi lalu menghulurkan tangan untuk mengambil plastik
daripada Kasim.
“Adik-adik Syirah pergi mana?” tanya lelaki itu
lagi.
“Afnan ke rumah kawan dia, buat kerja sekolah.
Afiq dan Ain ikut mak dan ayah. Syirah seorang aje kat rumah,” jawab Insyirah.
Dia berlalu ke dapur.
Selesai meletakkan buah-buahan di atas meja,
Insyirah mahu masuk ke biliknya. Dia tidak sabar untuk membaca sekali lagi
surat pemberian Ketua Pengawas yang kacak itu. Baru sahaja dia mahu membuka
pintu, teguran daripada Kasim mengejutkannya.
“Syirah! Pak uda hauslah. Boleh tolong buatkan
kopi,” perintah lelaki itu dengan bahasa yang lembut.
Insyirah mengangguk. Dia segera ke dapur. Dia
menuangkan air panas ke mug. Tangannya mengagau-ngagau para di atas
almari untuk mengambil serbuk kopi.
“Sampai tak tangan tu?”
Terkejut Insyirah apabila ditegur Kasim yang
tiba-tiba sahaja muncul di dapur. Hampir terjatuh balang kopi yang mula
dicapainya. “Hisy… pak uda ni. Kejutkan saya saja. Boleh ambil, dah biasa,”
sahut Insyirah menenangkan gemuruhnya. Dia terus menuang kopi dan menceduk
gula, lalu mengacaunya. “Pak uda, tunggulah di luar. Nanti saya bawa ke ruang
tamu.” Dalam sekejapan bayangan lelaki itu pun hilang. Insyirah terus mengambil
epal dari plastik. Sedang leka mengupas epal, dia terasa ada nafas kasar sedang
menghembus lembut di rambutnya. Dia segera berpaling. Kasim sedang tersenyum
memandangnya
“Oh! Pak uda. Pak uda duduk kat depan dulu ya.
Sekejap lagi saya hantar kopi dan epal ni,” kata Insyirah. Tiba-tiba hatinya
rasa berdebar-debar. ‘Lain macam benar kelakuan pak uda hari ini. Tapi tak
mungkin pak uda ada niat serong.’
“Tak apa, pak uda rasa nak minum di dapur pula,”
balas Kasim sambil merapatkan badannya dengan Insyirah.
Insyirah terus memberi cawan kepada lelaki lewat
20-an itu lalu menjarakkan sedikit badannya. Dua kali Kasim berperangai luar
biasa. Sempat dia melihat mata lelaki itu, agak merah dan nampak tidak terurus.
“Duduklah sini. Borak-borak dengan pak uda
dulu.” Kasim duduk di kerusi berhampiran meja makan lalu menjauhkan dirinya
daripada Insyirah. “Pelajaran macam mana? Okey tak?”
Insyirah tersenyum. “Alhamdulillah, semua okey
pak uda.” Segera disingkirkan tanggapan jahat pada awalnya. ‘Tidak mungkin pak
uda ada niat serong. Dia kan adik angkat ayah.’
“Baguslah.” Kasim meneguk minumannya.
Perlahan-lahan Insyirah menapak ke biliknya.
Langkahannya terhenti bila Kasim sekali lagi berbicara sedih.
“Seronok pak uda tengok keluarga Syirah,
bahagia. Tapi pak uda sendiri… sampai sekarang masih membujang,” keluh lelaki
itu berat. Mug dihempas kuat ke meja. Nasib baik tidak pecah dek kuatnya
hempasan tersebut.
“Pak uda pernah bertunang, tetapi si dia
memutuskan kerana tidak serasi katanya. Sejak itu pak uda dah serik nak
bercinta lagi. Sangat perit…” rengus lelaki itu lagi.
Insyirah hanya mengangguk. Dia tidak begitu
memahami kata-kata Kasim. Tetapi dia tahu Kasim sangat sedih dengan perpisahan
itu. Fikirannya menimbang-nimbang sama ada untuk terus berada di situ atau
terus masuk bilik sahaja.
“Tak apalah. Tak patut pak uda bagitahu Syirah
cerita-cerita macam ni. Pergilah masuk bilik, belajar. Pak uda nak berehat kat
sini aje.”
Pucuk dicita, ulam mendatang. Insyirah tersenyum
lebar. “Okey, pak uda. Syirah pergi dulu. Jangan sedih ya.” Laju sahaja dia
menjawab. Dia mula melangkah, namun langkahnya terhenti apabila tangannya
dipegang lelaki itu. Sekali lagi dia terkejut lalu berpaling ke arah lelaki itu
yang tampak gelisah.
“Terima kasih, Syirah.” Kasim tersenyum sambil
mengangguk.
Denyutan jantung Insyirah mula tidak tentu arah.
Sekejap laju, sekejap normal. Tindakan pak uda yang sukar diramal membuatkan
dia berasa cuak. Bimbang juga berlaku perkara yang tidak diingini. Pautan
dilepaskan. Cepat-cepat dia masuk ke bilik.
‘Baliklah
cepat mak, ayah. Syirah rasa tak sedap hati sangat ni,’ lafaz Insyirah. Dia
membuka buku Matematik, mahu menelaah untuk peperiksaan minggu hadapan. Surat
Tajul sudah dilupakan. Serentak itu, pintu biliknya dibuka. Kasim melangkah
masuk dan terus menghampirinya. Lelaki itu merenungnya tanpa kata. Tiba-tiba
Kasim terus merangkul tubuhnya, kasar.
“Apa ni pak uda?” jerit Insyirah.
“Syirah sudi jadi teman pak uda?” Kasim tersenyum
sinis. Menampakkan dua batang giginya yang rongak.
“Apa yang pak uda cakap ni?” Insyirah cuba
melepaskan pelukan erat lelaki yang bertukar karektor ini.
“Syirah sangat comel…” Makin kuat Kasim
merangkul tubuh kecil Insyirah.
“Pak uda nak buat apa ni? Lepaskan Syirah!”
Insyirah meronta-ronta minta dilepaskan, namun semakin erat Kasim memeluknya.
“Lepaskan!” jerit Insyirah kuat.
Kasim terus menutup mulut Insyirah dan tubuhnya
yang kecil tidak berdaya melakukan apa-apa. Hendak menjerit dia sudah tidak
mampu kerana mulutnya telah ditekap dengan kuat. Tubuhnya terus dihempaskan ke
tilam. Kasim mula membuka pakaiannya satu demi satu.
Insyirah menggelupur, menendang tubuh lelaki
jahanam itu. Namun, tendangannya sekadar menyepak angin, langsung tidak terkesan
pada badan lelaki itu.
“Apa yang pak uda nak buat dengan saya? Tolong
jangan apa-apakan saya pak uda. Tolonglah…” rayuannya tidak didengari lelaki
bersikap binatang ini. Insyirah menjadi mangsa keganasan lelaki tidak berhati
perut. Tubuhnya diperlakukan sesuka hati. Pipinya beberapa kali ditampar kerana
cuba bangun mempertahankan diri. Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan
imaginasi. Gusinya mula mengeluarkan darah, menitis-nitis membasahi dagunya.
Tiada upaya untuk dia mengelak. Tangannya kini
ditekan dengan kuat sehingga dia longlai akhirnya. Kesakitan di seluruh badan
bercampur baur sehinggakan dia tidak dapat merasakan lagi bahagian mana yang
sebenarnya lebih sakit. Sama ada datangnya dari tubuh yang berdarah atau pun
kawasan larangan yang kini menjadi milik lelaki durjana itu. Insyirah menangis
tersedu-sedan apabila diperlakukan bagai boneka. Dalam usianya 11 tahun,
Insyirah telah dirogol oleh orang yang cukup dipercayai ahli keluarganya.
Setelah melampiaskan nafsu binatangnya, Kasim
bangkit lalu membetulkan kembali pakaiannya. Dia memandang kanak-kanak itu
dengan senyuman kepuasan.
“Pak uda sayangkan Syirah. Ini tanda kasih
sayang pak uda pada Syirah,” jelas Kasim. Dia membelai rambut Insyirah yang
masih dalam kesakitan.
Insyirah mengelak dalam tangisan yang masih
tersisa. Pantas sahaja lelaki itu menarik rambutnya kasar.
“Ingat!
Perkara ini adalah rahsia kita berdua sahaja. Jika Syirah bagitahu sesiapa, pak
uda akan menarik balik segala kemewahan yang pak uda bagi pada keluarga ini!”
ugut Kasim angkuh lalu keluar dari bilik itu.
Insyirah masih menangis tersedu-sedan. Mukanya
pedih akibat ditampar berulang kali. Tubuhnya pula terasa sakit-sakit. Kini dia
mula rasa denyutan di bahagian bawah perutnya. ‘Apakah yang berlaku sebentar
tadi? Adakah dia telah didera fizikal dan mental? Teringat-ingat cerita yang
pernah ditonton di televisyen. Perkataan
rogol bermain-main di benaknya. Adakah dia di rogol? Siapakah yang akan
mempercayai kata-kata kanak-kanak naif sepertinya?
Tiba-tiba Insyirah merasakan dirinya cukup kotor
sekali. Dia tidak layak disentuh oleh sesiapa pun. Tangannya menyapu-nyapu
kasar lengan dan peha yang terdedah seolah-olah untuk menghilangkan segala
sisa-sisa peninggalan lelaki buas itu. Memorinya mengingati semula apa yang
baru berlaku sebentar tadi.
‘Bukankah maruah aku sebagai perempuan sudah
dicabul oleh durjana itu? Kehormatan
yang harus dijaga oleh semua wanita, tetapi kesuciannya telah tercemar.
Bagaimana aku mahu mendepani semua ini? Bagaimana masa depanku?’ Insyirah
menangis, berlagu dalam hiba.
Biar hatinya remuk rendam, namun semua telah pun
berlaku. Kegilaan dan akal yang kurang waras memaksa dia berdiam diri. Jeritan
hati hanya dipendam di sanubari. Ya Allah!
Bagilah kekuatan padaku agar dapat menempuh hidup ini dengan penuh ketabahan.