Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
36,284
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 7

Suasana di gudang yang agak tersembunyi ini agak lengang. Cuma kelihatan pekerja gudang yang sedang melaksanakan tugas mereka dengan penuh disiplin. Namun apa yang menjadi kehairanan adalah kehadiran pegawai keselamatan yang lengkap bersenjata di gudang ini, Agak janggal melihat gudang menyimpan barang mempunyai pengawal keselamatan bersenjata yang agak ramai. Mengalahkan sekuriti bank!.

            “DARIUS,SAYA DAH DAPAT AKSES KE DALAM SISTEM SEKURITI GUDANG INI. SEKARANG AWAK DAHBOLEH CEROBOH DENGAN SENANG HATI. BZZZZT”

            Seperti biasa, aku sangat kagum dengan robot ciptaan Professor Firdaus. Tak pernah gagal dalam melaksanakan tugasnya. Ryu seperti biasa telah aku arahkan untuk mengawal sistem sekuriti yang terdapat pada gudang ini. Masakan gudang yang tersembunyi dan mempunyai pengawal keselamatan bersenjata tiada sistem CCTV dan sebagainya kan? Memang takla. Ternyata terdapat sesuatu disini yang sangat berharga sehinggakan pemilik gudang ini terpaksa meletakkan segala sistem keselamatan yang canggih di gudang ini. Tapi malangnya, semakin canggih sesuatu teknologi,maka canggihla juga tahap hacking yang diperlukan. Maka disinilah khidmat Ryu diperlukan.

            “Ryu,nyahaktifkan mod godam dan tukar pada mod nyahpandang.” arah aku pada Ryu yang berada disebelah ku kini.

            “AWW DARIUS, TAKKAN KAT SINI PUN JADI?” balas Ryu dengan suara menggoda.

            “Kau nak aku hempuk ke apa? Aku maksud mod nyahpandang. Bukan suruh kau buat suara nyah tengah goda orang. Ishh robot ni.” Geram aku pada Ryu. Boleh pulak dia buat lawak kat sini. Orang tengah sibuk nak lakukan sesuatu yang bahaya boleh dia bedal buat lawak hambar dekat sini.

            “Dah,tukar cepat ke mod tue. Kita dah tak banyak masa. Takut diorang akan sedar yang sistem diorang dah kena ceroboh. Kita kena gerak sekarang.” Ujar aku pada Ryusi robot bulat yang terapung-apung di udara.

            “BAIKLAH DARIUS. SAJA JE NAK BAGI HILANG STRESS. KAN TADI KITA BARU BUAT SESUATU YANG GILA.” Pertahan Ryu dengan lawak dia saat ini.

            Ya,benar apa yang dikatakan oleh Ryu. 2 jam yang lalu kami telah melakukan sesuatu yang mana sebelum ini hanya boleh ditonton di dalam cerita di panggung wayang sahaja. Ini semua gara-gara idea Professor Firdaus.

 

2 JAM SEBELUM INI……

            “Menurut kepada maklumat yang Ryu perolehi, dikatakan bahawa sebuah kontena milik syarikat Global Trade  Sdn Bhd bakal berlabuh pada malam ini. Kontena tersebut dikatakan milik syarikat jepun,Yamaguchi Holding Incorporated. Seperti kita dua tahu, syarikat ini merupakan syarikat perniagaan keluarga Yamaguchi. Keluarga Yamaguchi merupakan salah satu keluarga Yakuza yang ada di Jepun. Namun, mereka mempunyai empayar perniagaan di dalam pelbagai sektor termasuklah ketenteraan. Berdasarkan kepada rekod yang terdapat di dalam akaun syarikat Global Trade Sdn Bhd, sejumlah wang yang banyak telah dipindahkan di dalam akaun syarikat tersebut oleh syarikat Yamaguchi Holding Incorporated di atas urusan pengendalian barang ke lokasi di Timur Tengah.” Panjang lebar aku membacakan maklumat yang diperoleh hasil godaman Ryu kepada Professor Firdaus yang masih tekun mengendalikan pesawat.

“BZZTTT. TERDAPAT PERCANGGAHAN FAKTA DI DALAM PENERANGAN AWAK SEBENTAR SAHAJA TADI DARIUS.” ujar Ryu sebaik sahaja aku habis membacakan maklumat tersebut.

            “Ishhhh..Takkanlah, saya rasa dah betul semua maklumat yang saya baca nie. Tak ada silap pun.” Kata aku kehairanan sebab apa yang aku bacakan itu semuanya adalah benar.

            “ADA..FAKTASEPERTI KITA DUA TAHU…SEPATUTNYA TIGA TERMASUK SAYA.” Katanya.

            “Professor,boleh tak saya nak hancurkan dia?” balas aku yang bengang ketika ini.

            “RILEK LA DARIUS. TAK FUNNYLA AWAK INI. JADI WATAK UTAMA KENA ADA FUNNY SIKIT BARU PEREMPUAN ADA SUKA. LOL” balas Ryu sambil menyorok dibalik Professor Firdaus.

            “Sudah,kau pun bukan tak tahu Ryu ni macam mana. Jadi, di mana kontena tersebut akan mendarat?” celah professor di saat aku baru sahaja nak tangkap Ryu dan buatjadi besi buruk.

            “Ehem,kalau menurut kepada maklumat yang diperolehi, kapal dagang yang membawa kontena tersebut akan berlabuh di pelabuhan Lahad Datu, Sabah tepat pada pukul 12.00 tengah malam.” Jawab aku kepada pertanyaan professor.

            “Ok,kita akan berada betul-betul di atas ruang udara Lahad Datu dalam masa 5 minit lagi. Darius, kau tukar kasut kau sekarang.” arah Professor kepada aku.

            “Err,Professor Firdaus sebab apa saya kena tukar kasut ye?” soal aku padanya. Aku dapat rasakan yang jawapan yang dia akan bagi kepada aku mungkin aku tidak akan suka.

            “Yela,untuk membolehkan kau selamat mendarat.” Jawab professor ringkas.

            “Apa?Kami kena lompat keluar dari pesawat nie ke untuk turun?” soal aku lagi.

            “Ye.Demi mengelakkan mereka perasan akan kehadiran pesawat ini di pelabuhan. Sebab bunyi enjin pesawat ini tetap boleh didengari walaupun pesawat ini tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar.” Hurai Professor di atas arahan yangdiberikan kepada aku.

            “Kenapa Prof tak pastikan pesawat ini juga senyap?” balas aku

            “Modal tak cukup. Ini pun aku curi-curi ambil sparepart dari sumber tak sah.Jawab professor.

            “RILEKLA DARIUS. KASUT YANG PROF BAGI TU ADA TEKNOLOGI YANG AKAN MEMBANTU KAU UNTUK MENDARAT DENGAN SELAMAT. KAU KENA YAKIN JE DENGAN KASUT BUATAN PROF.” tambah Ryu untuk menyakinkan aku.

            Bayangkanlah kau terpaksa meletakkan nyawa kau pada sepasang kasut. Dengar pun macam tak berapa menyakinkan. Tapi ini adalah risiko yang aku kena ambik andai mahu menyiasat tentang kontena tersebut.

            “Baiklah professor. Saya tukar kasut saya sekarang.” Jawab aku akur pada arahan yang diberikan. Harap moga risiko yang aku ambik nie berbaloi. Korang semua di rumah jangan cuba plak.

            “Kita dah pun berada betul-betul di atas ruang udara pelabuhan lahad datu. Sebaik sahaja kita berada pada kedudukan 18,000 kaki di udara, siap sedia untuk terjun dari pesawat.” Ujar Professor yang ketika ini bersiap sedia untuk merendahkan altitut pesawat.

            “30,000…..25,000…..20,000..Bersedia Darius untuk lompat” ucap Professor.

            Aku yang telah pun siap sedia berada betul-betul di depan pintu pesawat agak berdebar. Inilah kali pertama aku buat kerja gile macam ni. Memangla aku pernah teringin nak sky diving tapi tak sangkalah dengan cara macam ni. Tiada payung udara cuma berbekalkan kasut ciptaan Professor Firdaus dan ditemani oleh Robot berbentuk bulat yang suka buat lawak tak kena tempat.

            “Aku doakan semoga misi ini berjaya Darius. Altitud sudahpun berada pada 18,000 kaki. Kau dah boleh lompat sekarang!” suara Professor sayup-sayup je aku dengar sebab pintu pesawat dah terbuka sebaik sahaja professor berkata-kata. Kaki aku plak boleh plak masa ni nak bercak cak dengan aku. Akhirnya aku lompat juga dari pesawat tersebut sambil diikuti oleh Ryu.

            “AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHH” itulah perkataan yang keluar dari mulut aku. Nasiblah kat atas nie orang tak dengar. Secara normal, 60 saat diperlukan sebelum seseorang berjaya mencecah tanah andai terjun dari ketinggian 18,000 kaki di udara. Telinga aku dah pun ditutupi dengan ear plug khas yang diberikan oleh Ryu di atas pesawat.Katanya untuk melindungi telinga daripada tekanan udara masuk ke gegendang telinga. Entah betul ke tak.

            Kalau di saat normal, pasti aku berasa teruja dapat terjun dari pesawat untuk skydiving tapi ini bukan masanya. Aku kena pastikan aku selamat menjejakkan kaki dengan selamat dan tanpa menarik perhatian orang. Mujurlah ketika ini gelap gelita. Yang ada cuma lampu limpah pelabuhan dan lampu kapal dagang yang keluar masuk. Dari atas nampak macam bitnik-bintik je cahaya ni. Tapi lama-kelamaan semakin jelas saat kami hampir nak mencecah ke tanah.

            Aku masih cuak sebab kasut aku masih tiada apa-apa reaksi ketika ini. 10 saat sahaja lagi aku akan menjunam ke tanah. Mau arwah macam nie. Ryu yang ada sebelah buat rilek je. Adakah ini cara aku akan mati? Maafkan aku korang semua.Mana yang aku ada hutang mintak halal lah ye.

            Tiba-tiba kasut aku bereaksi. Kelihatan sesuatu berlaku pada kasut aku. Kelajuan aku semakin berkurang dan kini aku sedang berada di udara seolah-olah aku berdiri atas awan. Aku dah rasa macam karakter Manga yang boleh terapung di udara. Takpun macam ahli magik yang kini sedang menipu mata orang dengan magiknya.

            Nasib aku baik sebab kami mendarat 100 meter dari pelabuhan. Yang ada keliling kami cuma perairan laut yang ketika ini tenang. Cuma ditemani beberapa kapal dagang yang keluar masuk.

            “MACAM MANA? BEST TAK DARIUS?” tanya Ryu kepada aku.

            “Best apanya? Nasib tak lemah jantung aku. Naya betul. Tapi memang best terapung macam ni.” Balas aku pada Ryu

            “BEST BEST JUGA. SEKARANG INI ADALAH MASA UNTUK KITA KESAN KONTENA. SAYA DAH DAPAT LOKASI KAPAL TERSEBUT BERLABUH. JOM GERAK SEKARANG.” Bebel Ryu dekat aku. Kena aku dengan dia. Aku pun diam dan terus ikut dia ke lokasi yang dikatakan.

            Seperti yang dikatakan Ryu, ternyata kontena yang dicari telahpun berlabuh. Kini kelihatan kontena tersebut sedang dipindahkan ke lori kontena untuk dipindahkan ke gudang. Nampak sangat bahawa barang tersebut agak penting sehinggakan tidak dilakukan perkara ini pada keesokan harinya.

            “Ryu,Kita ikut lori tue. Kalau boleh kau dapatkan laluan lori tue bakal pergi.” Arah aku pada Ryu.

            “BAIK.ARAHAN DITERIMA JELAS.” balas Ryu pantas

            Kami berjaya mengekori lori itu tanpa dapat dikesan sesiapa. Ini semua kerana mod nyahpandang Ryu yang mana membuatkan manusia biasa tidak dapat melihat kami.Nak cerita teknologinya satgi korang blur, jadi aku ringkaskan begitu sahaja.Cukuplah korang tahu dengan menggunakan konsep pembiasan cahaya dan beberapa lagi konsep manusia melihat sesuatu objek maka terhasilah teknologi tersebut. Akhirnya setelah 20 minit kami mengekori lori tersebut dan setelah mengetahui laluan lori tersebut, maka kami pun tiba di sini. Di tengah hutan yang tersembunyi berhampiran kawasan pusat rawatan air Lahad Datu.

TAMAT IMBAS SEMULA

            Ok.Cukup sudah imbas semula yang dibuat. Sekarang kontena terssbut berada di dalam gudang ini. Gudang ini jika dilihat sangat canggih. Mungkin boleh dikatakan sebagai gudang penyimpanan barang paling canggih pernah disaksikan oleh manusia. Dengan implementasi teknologi industry 4 di dalam setiap proses di dalam gudang ini. Tapi yang paling aku kagum adalah dari segi sistem keselamatan daripada penceroboh. Memang sama macam dalam cerita aksi yang selalu kita lihat di kaca televisyen.

            Kau ceritalah apa sahaja. Laser, Pengesan Bunyi, Pengesan Haba, Pengesahan melalui retina mata. Kalau pencuri normal memang tak berjaya mencuri apa-apa yang ada di dalam gudang ini. Tapi perlu ke semua ini? Siapalah yang sanggup nak selidik pasal aktiviti diorang sampai nak menceroboh masuk ke gudang mereka? Setahu aku, aku seorang ajelah yang sanggup. Mungkin ada pihak lain yang tahu juga berkenaan dengan aktiviti diorang? Hmmm…menarik nie.

            “DARIUS.AKU DAH KENALPASTI LOKASI KONTENA TUE BERADA. IA BERADA PADA GUDANG NOMBOR 09.”Kata-kata Ryu menyedarkan aku dari persoalan yang bermain di minda.

            “OK,jom kita gerak ke sana.”

AWAL PAGI TADI…

7.00 Pagi

Restoran Nasi Lemak KL

 

            “Maafkan i sayang. Hari ini i tak boleh nak temankan u pergi ke butik pengantin. I nak kena gerak pergi ke Sabah.” kata Johan kepada Naqiela yang sedang bersarapan bersama.

            “Ehh,kenapa awak kena pergi ke Sabah tiba-tiba? Semalam awak kata hari ini awak free?Naqiela bertanya sambil timbul nada keresahan sebaik sahaja mendengar apa yang Johan katakan.

            “I ada urusan kerja sikit dekat sana. Urgent sebab lepas subuh tadi baru diorang maklum.” balas Johan namun itu semua cuma alasannya. Masakan dia ingin beritahu kepada Naqiela sebab dia ingin ke Sabah kerana dia merasa tidak sedap hati tentang urus niaga yang sedang berlaku disana. Cuma berbekalkan perasaan tanpa sebarang bukti kukuh. Namun, sebagai manusia yang lama berkecimpung dangan urusniaga seperti ini naluri tersebut timbul secara semulajadi.

            “Kalau saya larang pun, awak bukan nak dengarkan? Ikut awak lah. Bukan hak saya untuk larang awak lagi. Tapi bila awak dah kahwin dengan saya nanti, awak buat macam ni, siap awak” warning Naqiela pada Johan.

            “Oku. I janji ok? Dah jom habis sarapan ni. I nak kena bersiap plak ke airport.”Balas Johan pada Naqiela.

            Sebaik sahaja kedua-duanya habis bersarapan, mereka berpisah dengan menaiki kereta mereka masing-masing. Naqiela kini yang berada di dalam kereta Almeira warna merah miliknya sedang cuba menghubungi seseorang. Terpapar pada skrin telefon nama Darius. Namun panggilannya tidak dapat disambungkan.

            “Please Darius angkat call.” Ujar Naqiela.

            Panggilan tetap tidak terjawab. Mungkin disaat ini Darius sedang membuat persiapan untuk ke Sabah seperti yang dimaklumkannya kepada Naqiela pada malam semalam melalui kiriman di whatsapp. Naqiela cuma mampu meninggalkan pesanan di whatsapp tentang apa yang Johan maklumkan kepadanya.

            “Darius,Johan will be there. Please be safe.” Bunyi pesanan yang ditinggalkan Naqiela kepada Darius di whatsapp. Semoga kegelisahan yang berada dihati ini cuma usikan dari hati.Dia tidak mahu pertemuan semula ini diakhiri dengan malapetaka. Cukuplah apa yang sudah dilakukannya kepada Darius 10 tahun yang lalu. Dia tidak mahu kali ini lebih mudarat. Bahkan mungkin nyawa menjadi mangsa.

            Sementara itu, Johan yang kini sedang memandu kereta Porche putihnya, kelihatan sedang membuat panggilan kepada seseorang.

            “Hello Raymond. Standby ambik aku dekat lapangan terbang Kota Kinabalu. Aku mungkin akan tiba petang ini.”

            “Kenapa bos tiba-tiba mau datang sini tanpa maklum dulu pada kami bah?” soal lelaki bernama Raymond tersebut.

            “I have a bad feeling this time. Itu sebab aku nak tengok sendiri barang tersebut tiba.” Jelas Johan pada Raymond.

            “Kalu itu yang bos kata, saya ikut aja. Nanti saya dan anak-anak buah akan tunggu disana.” Balas Raymond.

            “Terima kasih. Apa-apa nanti aku akan hubungi kau semula.” Ujar Johan lantas menamatkan sesi panggilan tersebut.

            “Lets hope my guts is wrong” bisik Johan di dalam diri. Perasaan ini telah menggangunya sejak semalam lagi. Demi untuk diri sendiri, Johan merasakan adalah lebih baik untuk dia melihat sendiri “barang” tersebut tiba dan selamat diserahkan kepada pihak yang dijanjikan.

            Porche milik Johan itu terus memecut laju di jalanraya tersebut seperti seakan-akan melihat cerita fast and furious. Baginya saman AES hanya ibarat membayar duit tol. Dia kan orang berada. Duit berkepuk-kepuk. Ternyata Johan pasti akan menerima kejutan daripada Darius yang sehingga kini masih belum mengetahui tentang kehadiran Johan ke sana. Dua-dua pasti akan terkejut tatkala bersua!

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.