Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
36,092
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Prolog

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara sekalian.Terkejut tak?Tiba-tiba baca novel watak utama tegur pembaca.Mesti tak pernah jumpakan.Sebab itu saya nak pesan disini bahawa apa yang anda semua akan baca selepas ini tidak sama seperti novel-novel yang sebelum ini anda baca.Jadi janganlah terbayang bahawa saya nie seorang yang tampan ke,kaya ke,itu semua bukan saya.Saya nie orang biasa-biasa je.Asal keturunan tue adalah darah bangsawan sikit tapi tak banyaklah.Sebelum saya bawa anda semua ke dalam potret hidup saya,izinkan saya ceritakan serba sedikit berkenaan dengan diri saya.Nama seperti di dalam kad pengenalan warna biru sebab saya bukan pendatang adalah Darius Lokman Bin Ichmail Yanagawa.Mesti pelik dengar nama ayah saya kan.Sebab apa?sebab ayah saya orang Jepun yang datang ke Malaysia menetap terus disini.Disebabkan dah lama tinggal disini lalu dttakdirkan jatuh cinta dengan ibu saya iaitu Kemboja Binti Harun.Lalu lahirlah saya dengan adik kembar saya iaitu Danial Lokman Bin Ichmail Yamagawa.

            Disebabkan itu rupa saya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja.Bayangkanlah rupa melayu dicampur dengan rupaJepun.Macam tuelah rupa saya.Semasa anda semua membaca kisah saya ini,saya berusia di dalam lingkungan akhir 20-an.Jadi agak-agaklah berapa sebenarnya umur saya.Berkulit kuning sawo matang walaupun dulu agak putih tapi selepas berjemur tengah panas disebabkan aktiviti sukan serta kejaya,maka berubahlah menjadi seperti sekarang.Anak mata saya sama macam melayu lain,takde beza.Tinggi saya 178 cm.Personaliti saya,kalau saya boleh rangkumkan dalam satu perkataan,adalah misteri.Sebab tue saya dijadikan watak utama di dalam novelini.Kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang akan muncul semasa penceritaan saya ini,mungkin saya nie dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja.Kira kalau lalu sebelah orang tak perasan pun.Tapi,setiap orang adaperjalanan hidupnya yang tersendiri.Kebetulan kisah hidup saya diangkat menjadi satu karya untuk tatapan anda semua.

Berkenaan dengan taraf pendidikan saya,tiadalah apa yang boleh dibanggakan.Saya macam lepasan graduan di luar sana.Berjaya tamatkan pengajian tanpa ada penangguhan semester.Saya merupakan lulusan ijazah teknologi elektronik.Jadi bila berkaitan dengan gajet-gajet nie boleh dikatakan pakar.Tapi macam biasalah,belajar bidang lain,kerja bidang lain.Namun,bagi saya takdelah lari mana pun.Alhamdulillah,saya kini seorang jurugambar bebas yangmempunyai pejabat untuk urusan tempahan perkhidmatan.Pada mulanya,saya melakukannya dengan mengikut jurugambar professional sebagai pendapatan sampingan semasa pengajian.Kini,saya bersyukur kerana dapat memulakan perniagaan saya sendiri.

Disebabkan inilah juga kenapa di dalam perjalanan hidup saya,banyak kisah-kisah yang unik,misteri,di luar pemikiran manusia dan sebagainya singgah mewarnai catatan hidup saya.Biasalah bila jadi jurugambar,macam-macam kerenah pelanggan terpaksa saya layani dan hadapi untuk mencari sesuap nasi.Inilah intipati utama untuk novel yang anda sedang baca sekarang ini.Adakah cerita saya ini berunsurkan sedih?Mungkin.Adakah kisah saya ini akan ada pengakhiran yang gembira?.Mungkin.Adakah terdapat elemen kejutan dalam penceritaan kisah saya ini?Mungkin.Segalanya mungkin di dalam kisah saya ini.Semuanya bergantung kepada pandangan anda sebagai pembaca.

Jadi,saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghayati kisah perjalanan hidup saya.Jangan asyik sehingga melupakan amalan fardhu dalam hidup.Semoga kehidupan anda semua diberkati oleh Tuhan Sekalian Alam.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.