Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
UCAPAN 'SELAMAT MALAM TAN SRI' KINI TULAR
18 tahun yang lalu, pencinta-pencinta novel dihidangkan dengan sebuah karya dari seorang penulis yang cukup terkenal dengan penulisannya yang dramatis.

Setiap karya yang dihasilkan pasti akan menjadi bualan ramai. Jadi tidak hairanlah jika ada yang menjadikan novel-novel tulisan Sri Diah sebagai koleksi peribadi.

Pada yang pernah membaca karya Selamat Malam Tan Sri, pastinya watak gadis wartawan bernama Hanim Hanani menjadi impian apabila menjadi rebutan lelaki kaya dan ternama dan seorang pemuda tampan bergaya.

Bermula 27 September 2018 ini, anda dapat menyaksikan sendiri kemelut percintaan Hanani Hanim bersama Tan Sri Rahman Shah dan Saiful Azam bertitik mula dengan penulisan artikelnya mengenai kisah kontroversi berkaitan Tan Sri Rahman.

"Saya cipta Hanim yang fleksible wataknya. Tindakannya selalu tepat. Keputusannya ada ketika menyakiti orang lain, tapi itu lebih baik daripada hatinya disakiti." - Sri Diah

Drama adaptasi novel ini akan ditayangkan di saluran RTM 2 pada setiap Rabu dan Khamis bermula jam 8.30 malam. Dibarisi dengan pelakon-pelakon handalan seperti Datuk Seri Eizlan Yusoff, Julia Ziegler, Reen Rahim, Marissa Yasmin, Haliza Misbun dan Zain Alexander Mohamed pastinya memantapkan lagi karya ini.

Semoga drama Selamat Malam Tan Sri yang akan disiarkan nanti akan meninggalkan pengajaran untuk dijadikan panduan kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.

Bagi yang belum mendapatkan novel ini, anda boleh membaca bab awal di portal penulisan Portal Ilham. SELAMAT MALAM TAN SRI



S I N O P S I S  :

Kisahnya berlegar tentang seorang wartawan bernama Hanim Hanani yang mahu membongkar rahsia Tan Sri Rahman yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok. Dia gigih bekerja, siang malam memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik.

Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua. Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Isteri pertamanya wanita ternama, berharta dan berkedudukan iaitu Puan Sri Rosnita. Begitu juga isteri keduanya, Netty Karmila, bekas ratu cantik yang digilai ramai.

Sementara itu Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekah kewujudannya sebagai isteri pertama. Sebagai suami Tan Sri Rahman Shah sememangnya hampir sempurna dan pandai berkongsi kasih. Dia adil dalam segala hal. Rumah banglo. Hal keperluan harian, duit belanja, percutian dan sebagainya semua lengkap. Cuma satu sahaja iaitu melibatkan populariti. Puan Sri Rosnita tidak glamor seperti isteri keduanya, Netty Karmila.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.

Netty Karmila, bekas ratu cantik sukar menerima kenyataan dirinya sudah semakin pudar popularitinya sejak berkahwin. Apabila semuanya terjebak – Netty Karmila, Puan Sri Rosnita dan Hanim Hanani, terjadi situasi yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki bernama Tan Sri Rahman Shah.

Muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim keliru memikirkan siapa yang harus dipilih. Dia mahu lari, pergi jauh tapi ke mana?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Penulis
Pilihan

  • Penulis karya:
    Antara Itu Dan Ini
    Glancing Back
    Rhythm Of The Heart
  • Nazaidatul Shima
    Penulis karya:
    Andai Ini Terakhir Darimu
    Bertemunya Cinta
    Masih Adakah Cinta?
  • Airmel
    Penulis karya:
    Puteri Asha
    Puteri Asha
    Puteri Asha
  • Ziffizfizie
    Penulis karya:
    magnet cinta
    Cinta 3i ( islam, iman , ihsan )
  • Miya
    Penulis karya:
    Aku cinta kamu,suamiku-5
    Kasihmu akan ku miliki-10
    Aku cinta kamu,suamiku-4
Rose Eliza
Mastura Abdullah
Bab 21
Zan Zarida
Bab 3
Nabella Bazli
Dyra Dahlia
Neno Amanina
Iman Zahri
MENGAITKAN PEMBUNUHAN DIRI CHESTER BENNINGTON DENGAN MUZIK LINKIN PARK ADALAH SESUATU YANG BERBAHAYA DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Kid Haider
Eidawati
Azlina Ismail