Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
BAGAIMANA MENINGKATKAN NILAI BACAAN KARYA ANDA
Sebagai penulis, nilai bacaan yang tinggi terhadap sesuatu karya merupakan kepuasan buat diri dan menjadi semangat untuk terus berkarya. Namun, tidak semua karya dapat menarik minat pembaca walaupun ianya menarik dan berkualiti jika tidak dipromosikan dengan cara yang betul. Pembaca masa kini sangat selektif dan ruang untuk mencuri masa mereka untuk membaca karya adalah sangat limited.

Oleh itu, penulis harus bijak mencuri perhatian mereka agar karya anda melekat di minda dan hati pembaca. Jom cuba tip ini.

1. Selalu berkongsi dengan sahabat/pembaca  di Facebook, Twitter mahupun Instagram mengenai karya anda.

2. Dedahkan keistimewaan watak utama atau peranan penting dalam karya anda yang boleh membuatkan pembaca sentiasa ingin tahu perkembangan watak tersebut. Pastikan watak tersebut akan melekat di minda pembaca yang membaca status anda.

3.  Ajak pembaca/sahabat untuk turut sama melalui proses pembinaan manuskrip agar kita dapat mengenalpasti karya tersebut dapat menarik perhatian pembaca atau tidak.

Contoh : Korang rasa, watak Azam dalam karya Cintaku di Bukit Kutu harus terus kekal setia menanti Jamilah atau mengikut rancangan sepupunya untuk mencari jodoh di Tinder?

Check Bab 5 di ww.portalilham.my


4. Dedahkan plot yang mendebarkan atau membuatkan pembaca tertanya-tanya akan status yang di paparkan.

5. Ajak rakan-rakan untuk memberikan komen terhadap karya anda supaya lebih ramai orang tampil memberikan komen.

6. Bina #hashtag rasmi bagi karya anda dan gunakan setiap kali anda berbicara mengenai karya.

7. Letakkan petikan menarik yang ringkas tetapi bermakna di Twitter dan Instagram agar ramai pembaca repost/retweet. Jangan lupa sertakan #hastag rasmi anda sekali.

8. Buat teaser video  untuk karya anda dan muatnaik di Youtube. Pastikan storyboard video anda menarik dan mempunyai nilai/mesej yang ingin disampaikan.

Video merupakan medium terbaik untuk mempromosikan karya namun pastikan ianya tidak meleret sehingga membuatkan penonton bosan dan mempunyai mesej tersendiri.

9. Gunakan Instagram Story untuk anda mempromosikan karya dengan meletakkan link karya. Caption haruslah menarik dan boleh membuatkan pembaca swipe ke link karya anda.

10. Gunakan ayat yang SIMPLE dan UNIK/PELIK agar MENANGKAP perhatian pembaca apabila melalui posting promo anda. Copy Writting yang berkesan dapat memberi kesan pada minda pembaca untuk mengetahui apa yang anda perkatakan.  

11. Cara yang paling berkesan untuk terus ke sasaran pembaca yang anda harapkan adalah dengan menggunakan Facebook Ad kerana anda boleh memilih pembaca yang mungkin berminat dengan karya anda.

Contoh :

Tajuk Karya : Cintaku di Bukit Kutu

Target :
1. Gender : Wanita
2. Age : 18 - 45 tahun
3. Country : Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
4. Interest : Love Stories, reading, novel, romantics

Letakkan bajet yang anda tetapkan.


Diharapkan tip yang dikongsikan ini dapat digunakan oleh penulis bagi meningkatkan nilai bacaan bagi karya anda di Portal Ilham.

Selamat Mecuba.

Penulis
Pilihan

  • Penulis karya:
    Antara Itu Dan Ini
    Glancing Back
    Rhythm Of The Heart
  • Nazaidatul Shima
    Penulis karya:
    Andai Ini Terakhir Darimu
    Bertemunya Cinta
    Masih Adakah Cinta?
  • Airmel
    Penulis karya:
    Puteri Asha
    Puteri Asha
    Puteri Asha
  • Ziffizfizie
    Penulis karya:
    magnet cinta
    Cinta 3i ( islam, iman , ihsan )
  • Miya
    Penulis karya:
    Aku cinta kamu,suamiku-5
    Kasihmu akan ku miliki-10
    Aku cinta kamu,suamiku-4
Bab 3
Asmah Hashim
Aaliya Adni
Shakirah Rashid
sipencintapena
Ridz Rider
Bab 2
anga wati
Mastura Abdullah
Azlina Ismail