Home Puisi Umum BUKAN HAMBA SEMPURNA
BUKAN HAMBA SEMPURNA
R VIVIYANTY MOHD NASIER
10/1/2016 12:20:12
828
Kategori: Puisi
Genre: Umum
BILA HATI BERBICARA
HANYA DIRI KU PENDENGAR SETIA
MELAYAN KELUH KESAH DAN BAHAGIA
SEKEPING HATI YANG TAK PUNYA SUARA

BILA MINDA BERKATA-KATA
BERMACAM CARA DAN USAHA
TERLINTAS UNTUK DILAKSANA
MAHUPUN SEKADAR ILUSI YANG TAK AKAN MENJADI NYATA

BILA BIBIR MENGELUARKAN KATA
BERMACAM UNGKAPAN DAN BAHASA
TAK KIRA NYATA MAHUPUN DUSTA
PENUH DENGAN MAINAN BAHASA

INDAHNYA CIPTAAN YANG ESA
MEMBERI AKU PELUANG UNTUK MERASA
NIKMATNYA MENJADI MANUSIA
WALAUPUN AKU BUKAN HAMBA YANG SEMPURNA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.