Home Puisi Umum AKU BUKAN BONEKA
AKU BUKAN BONEKA
R VIVIYANTY MOHD NASIER
17/5/2016 11:17:47
901
Kategori: Puisi
Genre: Umum
Aku bukan wanita yang diidam lelaki
Aku tak punya rupa yang menawan hati
Bahkan tidak punya harta yang melimpah ruah
Hanya sekeping hati yang dahagakan kasih sayang

Sungguh aku rindu zaman remaja
Zaman dimana aku dapat lebih perhatian
Diberikan cinta dan perhatian
Saat yang hampir hilang dalam melayari kedewasaan

Aku tahu aku juga bukan isteri yang sempurna
Juga bukan ibu yang perkasa
Tidak layakkah untuk ku terima habuan rasa
Setanding wanita lain diluar sana

Sedarlah wahai manusia
Aku juga punya hati dan rasa
Bisa terluka bila dicerca
Luka yang kian menjadi barah

Penat lelahku tak pernah dihargai
Jauh sekali dihormati
Hadirku bagai seorang balachi
Harus memenuhi semua keinginan duniawi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.