Home Cerpen Cinta Kasih Kembali Bersatu
Kasih Kembali Bersatu
Ainaa Azlan
11/12/2013 13:08:22
8,033
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“SAYANG….. Tolonglah jangan pergi. Maafkan abang. Abang menyesal sayang, abang menyesal. Tolonglah sayang. Jangan tinggalkan abang!”

Rihana menggeleng seraya menolak tubuh lelaki yang memeluk erat kakinya. Luggage sederhana besar itu sedaya upaya diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta walaupun sukar kerana kandungannya yang sudah mencecah 8 bulan. Baru sahaja kakinya ingin masuk ke dalam kereta tubuh Rihana sudah diraih dari belakang dan dipeluk erat.

“Lepaslah!!” Rihana meronta-ronta namun pelukan semakin dieratkan.

“Abang merayu…Tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan abang. Tolong beri abang peluang. Tolong…..” air mata lelaki Ahmad makin lebat mengalir. Dia tak sanggup kehilangan Rihana. Tak sunggup!

Rihana menarik nafas dalam-dalam. Keputusan sudah dibuat dan dia nekad! Dia sudah tidak sanggup ditipu hidup-hidup oleh suaminya. Lepas satu-satu rahsia suaminya diketahui selepas dua tahun berkahwin. Kini satu lagi rahsia Ahmad yang terbongkar dan dia tidak boleh terima lagi. Semuanya harus dihentikan.

Pelukan dirungkai sebelum Rihana meloloskan diri ke dalam kereta dan menguncinya. Dengan segera enjen kereta dihidupkan dan mengundurkan kereta keluar dari laman rumah. Ketukan yang bertalu-talu pada cermin kereta sudah tidak dihiraukan malah dengan perasaan yang berbaur, Rihana menekan minyak membawa kereta meninggalkan perkarangan rumah mereka yang tak akan dia kembali lagi.

Sementara itu Ahmad sudah meraung-raung nama isterinya. Hendak berlari mengejar kereta Myvi Rihana yang meluncur laju dia tidak mampu. Akhirnya Ahmad hanya mampu melihat desupan asap yang ditinggalkan sebelum dia jatuh terduduk. Air mata lelakinya memang dari tadi tanpa segan silu mengalir mengikut lekuk pipi.

“Rihana…..”

……………………………

“Rihana!!” Jeritan beserta tepukan di hadapan matanya menyedarkan Rihana dari lamunannya. Dia memandang sahabatnya merangkap bosnya yang sudah menggelengkan kepala.

Daydreaming.” Komen Rusyaidi.

Rihana hanya tersenyum malu. Dia kembali melihat Rusyaidi menyuapkan Nasi Ayam kepada Ros Aalia yang berada di atas riba Rusyaidi. Itulah anaknya, manja sangat dengan Rusyaidi sampai makan pun nak duduk di atas riba Rusyaidi dan mahu lelaki itu menyuapkan untuknya. Kalau sekali tengok, mereka sudah seperti satu keluarga.

“Apa yang you fikirkan tu?” Tanya Rusyaidi sambil mengerling ke arah Rihana. Dia perasan wanita beranak satu itu seperti berada dalam dunianya sendiri sedari tadi lagi. Dia mencapai tisu yang berada di atas meja lalu mengelap mulut Ros Aalia yang sudah comot.

“Tak ada apalah. Lia, jom basuh tangan dan mulut tu. Kita dah nak balik ni.” Rihana bangun lalu mencapai tangan Ros Aalia. Anaknya itu melompat turun dari pangkuan Rusyaidi lalu mengikut ibunya ke tandas. Rusyaidi hanya memerhati tingkah dua beranak itu.

You masih teringatkan bekas suami you?” Tanya Rusyaidi ketika dalam perjalanan menghantar Rihana dan Ros Aalia. Rihana yang ralit melayan celoteh anaknya berpaling seketika.

“Tak adalah.” Nafi Rihana.

“Tapi I tengok you selalu termenung. You teringatkan apa?”

“Kerja.”

“Ada masalah ke? Tak silap I tak adalah pula klien baru kita tu buat hal. Mr.Leo pun I nampak selesa bekerjasama dengan you.” Rusyaidi masih belum mengalah. Sikap Rihana yang selalu termenung sejak akhir-akhir ini membuatkan dia yakin bahawa perempuan itu masih teringatkan bekas suaminya.

“Rihana…..” Rusyaidi memanggil Rihana apabila tiada tindak balas. Tanpa sengaja, tangannya bergerak jatuh di atas tangan Rihana lalu diusap. Rihana tersentak dan dengan segera tangannya di alih. Dia mendengus.

“Berapa kali I cakap. Jangan sentuh I. I tak suka!” tegang suara Rihana membuatkan Rusyaidi rasa bersalah.

I’m sorry. Itak sengaja. Lain kali I lebih berhati-hati. Sorry, okay?”

Rusyaidi memandang Rihana yang sudah mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia mengeluh. Susah betul nak tarik perhatian Rihana. Mula-mula Rihana masuk ke Berjaya Holding lagi Rihana terkenal dengan sikap pendiamnya. Namun disebabkan kerja, mereka selalu bersama. Mungkin pada dasarnya mereka kelihatan rapat tetapi hakikatnya mereka jauh. Empat tahun mengenali Rihana tapi satu pun Rihana tak pernah cerita tentang dirinya.

Mengetahui Rihana besarkan Ros Aalia seorang diri tanpa seorang suami pun hanya kebetulan apabila terdengar perbualan pekerja-pekerjanya yang mengasihani nasib Ros Aalia yang tidak mengenali ayahnya. Apabila ditanya kepada setiausahanya tentang Rihana, katanya Rihana bercerai ketika mengandungkan Ros Aalia lagi.

“Papa D!!” Jeritan Ros Aalia mengejutkan Rusyaidi dari terus memandang Rihana. Serentak selepas itu kereta Toyota Vios nya terlanggar kereta dihadapan. Badan mereka terhentak kuat di hadapan. Badan Ros Aalia turut terhentak kuat ke hadapan dan oleh sebab Rihana tidak memegang Ros Aalia dengan kuat, dahi si kecil terhentak di dashboard.

“Allah! Aalia!!” Rihana kalut lebih-lebih lagi apabila melihat dahi anaknya berdarah. Rusyaidi turut terkejut. Suasana dalam kereta menjadi kalut tambahan pula dengan tangisan Ros Aalia yang nyaring. Mereka terlupa dengan kereta yang dilanggar tadi. Kemudian Rusyaidi terdengar cermin keretanya diketuk dan kemudian dia melihat seorang pemuda yang menyuruh dia mengalihkan kereta ketepi.

Selesai mengalihkan kereta ketepi jalan, Rusyaidi meminta Rihana berada dalam kereta kerana mahu berbicara dengan tuan punya kereta yang dilanggarnya. Rihana tidak peduli, dia asyik mengelap darah di dahi Ros Aalia sambil memujuk anaknya. Melihat darah tidak henti-henti keluar, Rihana menjerit memanggil Rusyaidi. Rusyaidi berlari anak ke arah pintu penumpang dan pemuda tadi turut mengikut langkah Rusyaidi.

I rasa kita perlu pergi hospital dulu. Darah Aalia tak henti keluar!” beritahu Rihana tanpa memandang Rusyaidi. Rusyaidi mengangguk kemudian memandang semula pemuda dihadapannnya. Yang peliknya, pemuda itu langsung tidak mengalihkan pandangan dari terus merenung Rihana.

“Encik!” Panggilan Rusyaidi mengalihkan pandangan pemuda itu.

I rasa kita patut berbincang semula. I nak bawa anak I ke hospital dulu.” Ujar Rusyaidi seraya memberi kadnya. Rusyaidi melangkah semula ke tempat pemandu namun belum sempat dia masuk ke dalam kereta, ada yang memanggil.

I ikut!” Beritahu pemuda itu sambil berlari anak ke keretanya. Rusyaidi terpaku.

You!! Cepatlah!” Jerit Rihana. Terus Rusyaidi meloloskan diri ke dalam kereta dan memandu menuju ke hospital yang terdekat. Sempat dia memandang side mirror dan ternyata kereta Honda Accord yang dilanggar tadi mengikuti keretanya. Membuatkan dirinya curiga dengan lelaki tadi.

…………………..

Mata Rusyaidi meliar di kawasan koridor hospital itu. Sekejap memandang ke kiri kemudian ke kanan. ‘Tadi kata nak ikut…. Ni ghaib dah ni. Bayang-bayang tak nampak pun.’ Desis Rusyaidi. Sejak keretanya mula masuk ke kawasan hospital lagi kereta yang dilanggarnya menghilang dengan tiba-tiba. Dia memandang pintu di hadapannya. Sejam sudah berlalu tetapi Rihana dan Ros Aalia masih belum keluar dari bilik doktor.

Dan pada masa itu juga pintu terbuka. Terus dia bangun mendapatkan Rihana dan anaknya. “Macam mana?”

“Kena dua jahitan.” Beritahu Rihana.

I’m sorry. Sebab I Aalia jadi macam ni.”

“Benda dah jadi. Jomlah ambil ubat kat farmasi.” Rusyaidi mengangguk. Mereka kemudian berjalan menuju ke lif kerana farmasi ada pada tingkat satu dalam bangunan hospital ini. Keluar sahaja dari lif terus dituju tempat dikehendaki namun langkah mereka dihalang dengan satu suara.

“Macam mana dengan anak you?”

Rusyaidi berpaling tetapi tidak Rihana. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu kenapa tapi dia merasai suara itu seiras dengan seseorang yang amat dikenalinya. Dia cuba menahan debaran dan menggeleng kepala bagi menidakkan apa yang berada di fikirannya.

“Sekarang dah okey. Tapi dahi dia kena dua jahitan juga.” Rihana hanya mendengar. Tubuhnya perlahan-lahan berpaling ke belakang. Dan apabila melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Rusyaidi membuatkan mukanya berubah. Terus pucat lesi.

“Oh, lupa nak kenalkan diri. Nama I Ahmad.” Ahmad menghulurkan tangan tetapi matanya merenung tajam wanita yang sedang memegang tangan anak kecil.

“Rusyaidi. This my wife, Rihana dan anak kami Ros Aalia.” Rihana menelan air liur yang terasa kelat. Terkejut dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Rusyaidi. Juga takut dengan pandangan tajam yang diberi kepadanya.

“Ooh, isteri……” Walaupun perlahan tetapi tetap boleh di dengar Rihana. Matanya tiba-tiba terasa berkaca.

I….. I ambil ubat kat farmasi dulu. You berbual-bual lah dulu.” Rihana meminta diri. Tanpa menunggu jawapan Rusyaidi terus kakinya melangkah.

“Yang ini ubat krim. Sapu pada tempatnya setiap malam.”

Okay, thank you.” Rihana mengambil plastik dari tangan ahli farmasi itu. Seketika dia berpaling, matanya sudah bertemu dengan mata Ahmad. Terus ditundukkan wajahnya. Namun dia terkejut apabila tiba-tiba sahaja Ahmad duduk mencangkung di hadapan Ros Aalia.

Hi, sweetheart! Nama uncle, Ahmad.” Ahmad menghulurkan tangan. Ros Aalia yang memang mudah mesra dengan orang terus menyambut huluran Ahmad dan menciumnya.

Hi, uncle handsome! Nama Lia, Ros Aalia.” Ahmad ketawa kecil.

“Sakit tak kena jahit?” Soalan Ahmad, Ros Aalia angguk dengan bersungguh.

“Sakit! Doktor tu jahat. Dia jahit dahi Lia.”

“Mana ada doktor jahat. Doktor cuma nak merawat luka Lia jea. Kalau tak, darah keluar banyak tau! Lepas tu Lia kurang darah. Haa! Nak?”

“Tak nak!” jawab Ros Aalia pantas.

“Jadi…. Aalia sepatutnya berterima kasih kat doktor tu. Sebab dah merawat Lia.” Tangan Ahmad naik ke atas kepala Ros Aalia lalu diusap dengan sayangnya. Tadi apabila terdengar Rusyaidi kenalkan mereka sebagai isteri dan anak memang dia terkejut sangat. Tapi semua itu tak akan berlaku. Ya, semua tu tak akan berlaku sebab Rihana masih isterinya yang sah! Dan dia amat pasti Ros Aalia adalah anaknya. Darah dagingnya.

Ros Aalia memandang muka Ahmad dengan senyuman girangnya. Lama dia memandang sebelum menarik tangan ibuya beberapa kali.

“Ibu! Ibu! Muka uncle ni sama dengan….”

“Aalia! Tadi doktor suruh rehat kan? Jadi ibu rasa lebih baik kita pulang sekarang.” Pintas Rihana. Dia memandang Rusyaidi untuk memberi isyarat bahawa dia benar-benar mahu pulang. Atau lebih tepat lagi pergi jauh dari Ahmad.

I rasa ada baiknya kami pulang dulu. Hal kereta, seperti I cakapkan tadi. Ini semua salah I sebab cuai jadi you bawa kereta you ke bengkel dan biar Itanggung kosnya.” Ahmad hanya mengangguk. Mengalah dengan Rusyaidi yang beria-ria mahu menanggung kos baiki keretanya. Padahal bamperkeretanya hanya kemek sedikit sahaja.

“Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Pinta Rusyaidi dan bersalam dengan Ahmad.

“Waalaikummussalam…..”

Ahmad memandang langkah mereka yang kian menjauh. Dia masih di situ. Melihat isteri dan anaknya berjalan dengan Rusyaidi seperti keluarga membuatkan hatinya sakit. Dan melihat Rihana melangkah pergi membuatkan dia teringatkan saat Rihana meninggalkannya. Perasaan ingin mendapatkan Rihana dan memeluk isteri dan anaknya membuak-buak.

Dan tanpa sedar…. Kakinya turut melangkah mengikuti langkah mereka.

……………………..

Kereta dihentikan di hadapan rumah teres setingkat itu. Kemudian Rusyaidi melihat Ros Aalia yang sudah terlena dalam pelukan ibunya. Spontan terbit senyuman di bibir.

“Mari sini I dukung Aalia.”

“Eh, tak apalah. I masih larat nak dukung Aalia. Lagipun nanti apa kata jiran-jiran kalau nampak you.” Tahan Rihana. Cepat-cepat dia membuka pintu.

Thanks untuk dinner tu.” Ucap Rihana sebelum menutup pintu. Kemudia dia membuka pintu pagar rumah sebelum menutupnya. Rusyaidi masih di situ. Masih memerhati gerak geri Rihana sehingga Rihana masuk ke dalam rumahnya, barulah dia meninggalkan kawasan perumahan itu.

Rihana menutup pintu tapi agak sukar untuknya mengunci pintu kerana Ros Aalia yang berada dalam dukungannya. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik tidur kerana pegangannya sudah tidak kuat. Diletakkan perlahan-lahan Ros Aalia di atas katil biliknya. Dia kemudian duduk di birai katil memerhati anaknya. Tangan mengusap sayang rambut Ros Aalia.

Good night, sayang.” Sebuah kucupan dilepaskan di atas ubun-ubun Ros Aalia. Dia bangun ke ruang tamu semula. Baru sahaja mahu mengunci pintu sudah ada yang mengetuknya. Rihana mula kehairanan dan perasaan takut juga bergabung. Belum pernah ada orang datang ke rumahnya malam-malam macam ini. Perlahan-lahan pintu dibuka.

Melihat gerangan yang tersenyum memandangnya membuatkan Rihana terkedu. Tidak sangka dia bakal menerima tetamu yang tak diundang! Tak semena-mena dia menutup pintu tanpa sempat ditahan oleh Ahmad. Malang sekali belum sempat dikunci pintu terlebih dahulu di tolak dari luar. Membuatkan mereka sama-sama menolak pintu dengan niat lain-lain. Rihana sedaya upaya menolak supaya Ahmad tidak dapat masuk ke dalam rumahnya. Manakala Ahmad menahan dari tertutup.

Berapa kerat sangat khudrat seorang wanita. Rihana terpaksa membiarkan Ahmad melangkah ke dalam apabila dia sudah tidak berupaya untuk menahan. Tak perlu dijemput, Ahmad sudah melabuhkan punggung di sofa yang berbentuk L itu. Ruang tamu kecil itu hanya dilengkapi dengan sofa L, televisyen dan meja kopi. Disebelah kanan terdapat dapur dan tandas dan di sebelah kiri terdapat tiga pintu. Salah satu pintu bilik terbuka dan Ahmad nampak Ros Aalia yang nyenyak tidur di atas katil bersaiz queen.

“Mana abang tahu rumah Ana?” pertanyaan Rihana mematikan pandangan Ahmad yang memerhati segenap ruang rumah itu. Ahmad tersenyum. Tidak sangka Rihana masih memanggilnya ‘abang’ dan bahasakan diri ‘Ana’, panggilan manjanya terhadap Rihana.

Tanpa menjawab soalan Rihana, Ahmad bangun semula dan mendekati Rihana. Tangan isterinya dicapai dan digenggam sebelum mencium kedua-dua belah tangan Rihana. Apabila Rihana ingin merentap dia terus membawa Rihana ke dalam pelukan.

“Abang rindu Ana. Abang rindu sangat-sangat, sayang.….” Luah Ahmad. Pelukan dikemaskan lagi. Mahu melepaskan rindu yang selama ini tersemak dalam dadanya.

“Apa abang ni?” Rihana kurang senang dengan kelakuan Ahmad. Tubuh itu ditolak dengan kuat sampai pelukan terlerai.

“Mana abang tahu rumah Ana?” tanya Rihana sekali lagi. Dia menjauhkan diri.

“Abang ikut kereta Rusyaidi tadi.”

“Abang nak apa?” tanya Rihana lagi.

“Abang nak Rihana, isteri abang dan Ros Aalia, anak abang.” Rusyaidi melangkah setapak tapi terhenti apabila Rihana membuat isyarat tahan dengan tangan.

“Abang nak Ana dan Ros Aalia kembali semula kat abang.”

“Abang minta maaf sebab tipu Ana selama ini. Maaf sebab abang tak beritahu perkara sebenar.” Katanya lagi.

“Apa yang abang buat memang tak salah. Islam tak melarang. Tapi maaf, bang. Ana memang tak boleh. Ana tak mampu.” Rihana menarik nafas sebelum menyambung lagi.

“Dua tahun…. Dua tahun Ana ditipu abang. Selepas dua tahun baru Ana tahu. Tu pun sebab Aiman yang terlepas cakap. Kalau tak memang abang tak akan cakap kan?” Air mata mula mengalir. Sungguh! Kalau Lisha tidak memberitahunya, mungkin suaminya akan terus mendiamkan diri dan merahsiakannya sampai ke hari ini.

“Bukan macam tu, sayang…. Abang takut. Abang…..” Ahmad tertunduk. Sedar yang dirinya takut dengan perkara ‘berani mati’ yang dilakukan. Sudah buat tapi takut untuk hadapi akibatnya.

“Pergilah, abang. Tinggalkan Ana dengan Ros Aalia.”

Ahmad menggeleng. Dia memandang tajam ke arah isterinya sebelum melangkah mendekati Rihana. Walaupun isterinya melangkah ke belakang, menjauhinya. Dia tetap mara ke hadapan.

“Anak kita perlukan abang!” tekan Ahmad.

“Lia sudah enam tahun, bang. Dia dah biasa hidup tanpa abang. Biarlah dia dengan Ana. Kerana Ana hanya ada dia. Hanya Ros Aalia yang Ana ada.”

“Tolong pergi. Tolong…..” kali ini Rihana lebih kepada merayu.

Ahmad diam sejenak. Dia tahu bukan mudah untuk memujuk Rihana. Dia tahu isterinya begitu marah dengannya. Hati wanita itu sudah banyak disakitinya. Namun dia sudah menanam hasrat mahu terus memujuk. Walau sebenci mana pun Rihana terhadapnya, Ahmad nekad mahu Rihana dan Ros Aalia kembali ke pangkuannya.

“Abang nak tengok Aalia.” Ahmad bersuara jua.

“Abang akan pergi setelah abang tengok anak kita.”

Rihana berpaling ke arah pintu biliknya yang terbuka. Kemudian dia melihat Ahmad sudah memasuki bilik itu sebelum melabuhkan punggung di birai katil. Rihana hanya berdiri di muka pintu. Memerhati gerak geri Ahmad yang mula mengusap pipi Ros Aalia. Dahi dan pipi anak kecil itu turut dikucup oleh Ahmad.

“Sayang anak ayah.” Ujar Ahmad perlahan. Anaknya dipandangan lama lalu perlahan dirinya bangun. Matanya bertembung dengan mata Rihana yang sedari tadi memerhatinya tingkah lakunya. Apabila badannya sudah berada di sebelah Rihana, dia cuba mencapai tangan isterinya tapi ditepis.

“Abang pergi dulu…. Tapi akan abang kemari lagi. Abang harap Rihana sudi bukakan pintu.” Sempat dia bergurau walaupun guraunnya tidak menerbitkan senyuman di bibir Rihana. Wajah itu masih kelat seperti tadi. Spontan tangannya naik mencuit hidung Rihana.

Rihana membulatkan matanya dengan tindakan Ahmad. Tak sempat nak tepis Ahmad sudah melangkah keluar dari rumahnya. Keluhan dilepaskan. Dulu, ketika meninggalkan Ahmad, dia membawa satu nekad iaitu dia tidak akan meminta cerai dengan suaminya melainkan…… melainkan Ahmad datang kepadanya.

Kini, setelah beberapa tahun, ketemu jua dengan suaminya. Sanggupkah dia berpisah dengan Ahmad untuk selamanya? Tiba-tiba Rihana rasa tidak sanggup walhal sudah enam tahun berpisah secara tidak rasmi. Apabila teringatkan kenangan lalu, air mata mudah saja mengalir.

………………………….

Kereta diberhentikan di hadapan rumah Semi-D dua tingkat. Rihana memandang rumah itu kemudian menekup mukanya ke stereng kereta. Cuba menenangkan fikiran yang bercelaru.

“Aku bukan nak burukkan suami kau. Tapi betul, aku ada nampak suami kau datang ke rumah sebelah aku. Mula-mula aku buat tak tahu sebab aku baru pindah situ jadi tak kenal penghuni rumah tu. Aku fikir rumah kawan dia. Tapi setiap minggu pasti aku nampak suami kau ke rumah tu.” Kata Lisha dua bulan yang lalu.

Rihana tidak percaya akan semua itu. Dia tidak mahu berburuk sangka kepada suaminya. Dia percaya akan suaminya, Ahmad. Tapi semakin lama dia semakin meragui apatah lagi suaminya sudah pandai menipu. Katanya kena ke luar daerah kerana urusan kerja tapi apabila menelefon pejabat, setiausahanya kata Ahmad tak ada ke luar daerah. Elok sahaja datang ke pejabat. Dan keraguannya terhadap Ahmad semakin menebal apabila mendengar kata-kata Lisha.

“Aku ada pergi ke rumah yang suami kau selalu bertandang tu. Penghuni rumah tu berkerusi roda dan namanya kak Aisyah. Lagi dua orang perempuan yang tinggal dengannya, adik perempuan kak Aisyah, Hajar dan jururawat peribadinya. Kalau ya pun itu kawan suami kau, tapi tak akan sampai setiap minggu ke rumah kak Aisyah?”

“Masa aku ke rumah kak Aisyah, kebetulan suami kau datang. Nasib baik suami kau tak kenal aku. Aku tanyalah kak Aisyah siapa lelaki itu. Kau nak tahu kak Aisyah cakap apa?” Rihana hanya diam ketika disuakan seoalan begitu oleh Lisah.

“Dia cakap Ahmad tu suami dia. Aku terkejut gila weh! Tapi nasib baik aku sempat kawal. Kak Aisyah pernah cakap, dia lumpuh disebabkan aksiden yang terjadi tiga tahun yang lepas. Dia cakap lagi masa tu baru beberapa bulan dia kahwin dengan Ahmad.”

Rihana menggeleng kepala. Tidak percaya tapi masakan Lisha menipu?

“Berapa tahun dah kau kahwin dengan Ahmad?”.

“Dua….” Rihana menjawab perlahan.

“Maknanya Aisyah tu…..” Lisha terdiam. Tidak sanggup menghabiskan ayatnya apatah lagi Rihana sudah mengalirkan air mata. Temannya itu dipeluk. Dia bersimpati dengan Rihana.

Rihana tersentak. Dia mengangkat muka dan apabila melihat Lisha yang mengetuk cermin keretanya, dia keluar mendapatkan Lisha.

“Suami kau ada…..” Ujar Lisha. Rihana hanya mengangguk. Dari mula datang dia sudah nampak kereta suaminya yang berada dalam perkarangan rumah itu. Setelah beberapa kali menekan loceng rumah, barulah pintu rumah itu terbuka.

“Eh, Lisha. Hajar ingatkan siapa. Marilah masuk. Mari.” Ajak Hajar. Rihana hanya mengikut Lisha dari belakang. Masuk sahaja ke rumah itu, dia sudah nampak seorang perempuan berkerusi roda yang menyambut mereka dengan senyuman. Wajah itu agak cengkung tapi tetap manis.

“Akak sihat?” Lisha mendekati Aisyah dan bersalam dengannya. Rihana hanya kaku di situ.

“Akak, saya ada bawa kawan saya. Rihana namanya. Kebetulan masa nak turun ke rumah akak, Rihana datang. Jadi saya ajak dia sekali.” Dalih Lisha. Rihana masih berdiamkan diri. Kakinya kaku untuk melangkah.

“Aisyah! Kan abang dah cakap jangan lewat makan ubat. Nanti Aisyah saaak….it.” Rihana berpaling ke arah suara yang datang dari tangga. Menggigil seluruh badannya. Air mata mengaburkan matanya tapi dia tetap dapat lihat lelaki yang berdiri kaku dia hujung anak tangga itu suaminya! Matanya bertembung dengan mata Ahmad yang terpaku memandangnya. Riaksi lelaki itu memang jelas terkejut dengan kehadirannya.

“Abang ni…. Kejap lagi Aisyah makan. Sini kejap, bang.” Aisyah mencapai tangan Ahmad dan mengenggamnya. Aisyah tidak perasan akan keadaan yang sebenar.

“Rihana… Akak kenalkan ini suami akak, Abang Ahmad.”

Setitis air mata Rihana jatuh ke pipinya. Semua yang melihat terus terdiam termasuk Aisyah. Tidak dapat tahan, Rihana berlari keluar dari rumah itu. Sedihnya mengetahui perkara sebenar dan dia terkilan dengan Ahmad yang masih setia berdiri di samping Aisyah tanpa mengejarnya. Hanya pandangan yang diberikan kepadanya.

Rihana membawa diri jauh dari rumah itu. Rumah yang menyaksikan kecurangan suaminya. Penipuan suaminya! Hatinya hancur. Rihana mencengkam kuat dadanya apabila terasa dadanya cukup sakit. Air mata tanpa segan silu merembas keluar dengan lebat. Suami yang mengahwininya selama ini diingatkan bujang. Rupa-rupanya sudah beristeri dan lebih sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini dia bergelar isteri muda. Isteri nombor dua! Selama ini dia hidup bermadu.

Semua itu dia tidak perasan dan tidak pernah terfikir kerana Ahmad sentiasa ada dengannya. Rupa-rupanya Ahmad mengambil peluang dengan kecacatan yang dialami Aisyah. Sungguh licik kamu, Ahmad! Rihana ditipu hidup-hidup selama dua tahun bergelar isteri ini. Perasaan sedihnya tidak dapat digambarkan. Dia kecewa…. Sungguh kecewa……

………………………………

“Ibu……” Rihana tersedar dari lamunan panjangnya. Dia memandang anaknya yang terpisat-pisat di hadapan kamar.

“Kenapa ibu nangis?” Rihana mendapatkan Ros Aalia. Tubuh kecil itu dipeluk seerat mungkin.

“Ibu sayang Aalia. Ibu sayang sangat-sangat anak ibu…..” Ubun-ubun Ros Aalia dikucup.

“Aalia pun sayang ibu!” Rihana sedikit tersenyum memandang Ros Aalia yang tersengih memandangnya.

“Mari tidur…. Kenapa Lia bangun tadi?” tangan Ros Aalia dipimpin ke katil semula dan menselimutkan anaknya. Dia turut merebahkan diri di tepi anaknya.

“Lia terbangun tadi. Lepas tu ternampak ibu nangis. Ibu… kenapa ibu nangis? Ibu sedih ke?”

“Mana ada ibu sedih. Dahlah, tidur ya sayang.” Rihana memujuk Ros Aalia. Ros Aalia baring jua. Anak kecil itu menutup mata tapi hanya seketika dia membuka mata, memandang ibunya.

“Lia sayang ayah Lia juga.” Sejurus itu Ros Aalia terus memejamkan mata. Rihana terkedu. Dimana datangnya perkataan ‘ayah’ itu? Rihana memandang anaknya dan tangan mengusap rambut Ros Aalia.

Selama ini dia tidak pernah tunjuk gambar Ahmad kepada Ros Aalia. Tapi ada sekali Rihana terjumpa gambar ayahnya yang disorok oleh Rihana di bawah lipatan baju dalam almari. Bukan mahu memisahkan anak dengan ayah tapi dia takut anaknya terus bertanya akan ayahnya. Bukan tidak pernah Ros Aalia bertanya akan ayahnya tapi dia tetap akan menjawab, ‘Papa D kan ada.’. Tiba-tiba sahaja wajah Rusyaidi terlakar di benak fikirannya. Jatuh kesian pula terhadap lelaki itu kerana seperti dia mengambil kesempatan dengan adanya Rusyaidi disisinya.

Bukan tiada perasaan sayang dan cinta terhadap Rusyaidi. Ada. Sikap Rusyaidi yang bersifat kebapaan membuatkan dia terpikat dengan lelaki itu. Tapi dia cuba untuk mengusir perasaan itu kerana dia tahu status sebenarnya. Dia tahu kawan-kawan sepejabat termasuk Rusyaidi menganggap dia janda beranak satu. Tapi dia tidak terfikir untuk memberitahu perkara sebenar. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka.

Malam semakin larut. Mata kian memberat. Akhirnya Rihana tertidur setelah penat memikirkan masalah yang dihadapinya.

……………………

“Lia!! Cepat sayang. Ibu dah lambat nak pergi kerja ni.” Sambil menyapu jem strawberi ke roti. Dari tadi lagi dia menunggu Ros Aalia keluar dari kamar tapi sampai sekarang anaknya tidak menampakkan batang hidungnya.

“Ros Aalia!!” teriaknya lagi.

“Ibu ni…. Lia datanglah ni. Lia nak makeup pun tak senang tau!” Rihana membesarkan matanya apabila melihat Ros Aalia yang baru keluar dari kamar. Lagi bulat matanya melihat muka anaknya itu tertampal dengan pemerah pipi dan gincu miliknya.

“Ros Aalia!! Kenapa pakai benda tu semua?” apabila dia menyebut nama panjang anaknya, memang dah menunjukkan yang Rihana keadaan marah.

“Lia pun nak makeup macam ibu…. Kawan Lia selalu cakap ibu cantik. Lia pun nak cantik macam ibu.” Rihana tidak terkata dengan kerenah anaknya. Bukan pertama kali perkara ini terjadi, tapi dah banyak kali. Ros Aalia memang menunjukkan minatnya dengan alat solek. Apa lagi yang dia hendak perkatakan? Memang Ros Aalia sebiji seperti ibunya!

“Dah, dah! Makan cepat. Lepas tu basuh muka tu.” Rihana meletakkan mangkuk yang sudah diisi dengan bijiran Honey Start dicampur susu Ducth Lady di hadapan Ros Aalia.

Selesai sahaja makan, terus dipimpin Ros Aalia ke sinki dan tubuh kecil itu diangkat ke atas kabinet dapur.Tak perlu guna penanggal solek kerana anaknya pakai pemerah pipi dan gincu itu nipis. Sekadar satu calit. “Okey, jom! Jom!” Tubuh kecil itu diturunkan semula dan Ros Aalia terus berlari ke kamar semula. Rihana menunggu Ros Aalia di depan pintu.

“Ibu……” panggil Ros Aalia sambil memandang ke arah pagar rumah.

“Ya…..” Rihana menyahut sambil tangan sibuk mengunci pintu rumah.

Uncle kat hospital datang, ibu!” sepantas kilat Rihana berpaling ke arah pintu pagar. Terkejut melihat Ahmad yang sedang bersandar di kereta Honda Accord yang diletak betul-betul di hadapan rumahnya. Menghalang keretanya. Keluhan dilepaskan. Sudah seminggu berlalunya pertemuan pertama mereka, langsung dia tidak ketemu Ahmad. Hari ini, lelaki itu menunjukkan diri lagi.

Ros Aalia sudah berlari-lari ke arah Ahmad dan dengan senang Ahmad menyambut tubuh kecil itu ke dalam dukungan. “Hi, sweetheart. Dah sihat?”

“Ibu bagi Lia ke sekolah maknanya Lia dah sihat. Sebelum ni ibu kata Lia tak sihat lagi jadi tak boleh ke sekolah.” Ros Aalia mengadu kepada Ahmad yang dirinya tidak dibenarkan ke tadika. Bibir kecil itu sudah dimuncungkan. Membuatkan Ahmad tersenyum dengan keletah anaknya. Sebiji dengan Rihana!

“Habis tu Lia tinggal dengan siapa masa ibu kerja?”

“Dengan Aunty Dina!”

“Kawan ibu ya?” Tekaan Ahmad dijawab dengan gelengan. “Adik Papa D.” terus berubah muka Ahmad. Dia tidak senang dengan jawapan itu yang menunjukkan betapa eratnya hubungan isteri dan anaknya dengan Rusyaidi sampai adiknya pun mereka kenal dan rapat.

“Abang buat apa kat sini?”celah Rihana. Melihat Ros Aalia dengan Ahmad, membuatkan dia risau. Risau jika Ros Aalia sudah terbiasa dengan Ahmad dan tidak mahu terpisah dengan lelaki itu. Itulah yang ingin dia elakkan.

“Abang nak bawa Ana dengan Lia jalan-jalan. Cameron Highland ke…. Nak?” Rihana mencebik.

“Lia nak ikut?” Jika ibunya tak mahu, kena cuba pancing anaknya pula. Tentu Rihana tak akan menolak kalau Ros Aalia mahu mengikutinya. Dia tersengih tanpa sedar tapi hanya seketika apabila melihat gelengan dari anaknya.

“Lia dah pergi dengan ibu….. Papa D dan AuntyDina. Lagipun Lia nak ke sekolah. Lia rindu dengan Teacher Shila dan kawan-kawan Lia.” Lancar bibir kecil itu berbicara. Rihana senyum sembunyi. Bangga dengan anaknya yang memang rajin ke tadika. Rihana sudah berkira-kira mahu belikan anak patung Barbie yang diminati anaknya sebagai hadiah kerana menolak ajakan Ahmad.

Jelas terpacar raut kecewa di wajah Ahmad. Dia menunduk dan spontan tangan mengusap belakang tengkuknya. Sebagai seorang suami dan ayah, memang dia kecewa. Anaknya lebih rapat dengan lelaki lain yang entah apa hubungannya dengan Rihana berbanding dirinya. Tapi dia tak akan mengalah. Walau apa pun, dia tetap akan merebut kasih sayang dan perhatian Rihana dan Ros Aalia yang telah dirampas Rusyaidi.

“ Kalau hujung minggu ni nak tak?” Ahmad mencuba lagi. Ros Aalia memandang ibunya. Apabila ibunya turut memandang ke arahnya Ros Aalia tersengih. Rihana yang sudah dapat teka apa yang bermain di fikiran anaknya itu menjegilkan matanya.

“Lia tak nak pergi Cameron. Tapi Lia nak pergi……” cepat-cepat mulut Ros Aalia ditutup. Ahmad yang perasan menjongket kening. Nampaknya ada tempat yang anaknya mahu pergi.

“Lia nak ke mana? Lia cakap jea…. Ayah boleh bawak kan.”

“Ayah?” tanya Ros Aalia. Ahmad pula tersedar dia terbahasakan dirinya ‘ayah’.

“Lia panggil uncle, ayah nak tak?” Ros Aalia membawa jarinya telunjuknya mengetuk pipi perlahan. Lagak berfikir dengan kata-kata Ahmad. Rihana sudah gelisah. Dia perlu leraikan keakraban mereka!

“Lia…. Kita dah lewat ni. Nanti Teacher Shila marah kalau masuk kelas lewat.” Tangan Roa Aalia digenggam kemudian ditarik ke arah keretanya.

“Ana….”

“Boleh abang tolong alihkan kereta abang? Ana dah lambat.” Pintas Rihana. Suaranya ditegaskan. Ahmad akur dengan Rihana. Kereta dialihkan dari terus menghalang kereta Rihana. Apabila kereta Rihana dengan laju meninggalkan perkarangan rumah, dia melepaskan keluhan.

“Rihana…..”

………………………

“Lewatnya you datang.” Tegur Rusyaidi.

Rihana mengangkat muka, terpandang raut wajah kacak Rusyaidi yang sedang elok bersandar di ambang pintu. “Ada kekecohan sikit kat rumah tadi.”

“Hmm?” Rusyaidi melangkah ke dalam dan tanpa pelawaan dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Rihana.

“Ini mesti Aalia kan yang buat kecoh? Ke ibunya sendiri yang buat kecoh?” gurau Rusyaidi. Rihana menjeling manja.

“Aalia pakai makeup I lagi… Hish! Nampaknya I kena sorok alat-alat solek Itu.”

“Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Ya tak? You pun sama. Suka sangat pakai makeup dan kumpul koleksi. Membazir aje.” Tempias Rusyaidi. Saja mahu membakar hati Rihana. Walhal dia menganggap perkara itu biasa. Memang perempuan dan makeup tak boleh dipisahkan. Lagi pun, Rihana bukanlah jenis yang menampal alat solek tebal berinci-inci ke muka.

Rihana terdiam. Kata-kata Rusyaidi mengingatkannya kepada Ahmad. Dari awal perkahwinannya lagi Ahmad menegur cara dia memakai alat solek. Semuanya tak kena. Detik-detik bersama Ahmad terus berputar di fikirannya.

…………………….

“Ana… Lambat lagi ke?” Rihana berpaling ke arah pintu bilik yang sudah terkuak lebar. Dilemparkan senyuman kepada Ahmad yang berwajah cemberut.

“Sekejap lagi. Ana baru nak sapu foundation ni.” Ujar Rihana sambil tangannya licah menyapu cream foundation berjenama SK-II. Produk penjagaan kulit yang memang tersohor dan menjadi kesukaannya. Manakala alat solek dia lebih gemar menggunakan jenama L’elan Vital.

“Ana! Kan abang dah cakap. Tak payah pakai semua ni. Membazir! Cukup pakai bedak dengan pelembap bibir saja.”

“Abang tahu kan… minat isteri abang ni. Lagipun Ana tak pakai tebal-tebal.” Entah berapa kali dia sudah ulang ayat ini, Rihana sendiri tak ingat. Tapi Ahmad seolah-olah tidak dapat menerima minatnya.

“Abang bagi masa dua minit. Tak siap jugak, keluar macam tu jea.” Tegas Ahmad. Dia mendengus sambil melabuhkan punggung di birai katil. Memang dia tidak suka perempuan yang taksubdengan makeup. Semuanya membazir! Buat apa nak tampal-tampal kat muka? Dah ada muka cantik yang asli lagi mahu pakai ‘topeng’ ke? Sudah berapa kali dilarang kepada Rihana tapi isterinya degil!

Tindakan Rihana mahu mencalit celak terhenti. Pensel eyeliner itu diletakkan semula ke dalam bekas simpanan alat solek sebelum mencapai gincu jenis pink creamy. “Jomlah….” Perlahan dan dingin suara Rihana menyapa telinga Ahmad. Ahmad menggosok belakang tengkuk. Isterinya merajuk…..

Lengan Rihana dicapai dan ditarik sehingga Rihana terjatuh di atas ribanya. “Isteri abang merajuk ya?” Ahmad berbisik di telinga Rihana sambil nada suaranya dibuat romantik. Jari telunjuk dan jari tengahnya dimain jengket-jengket di atas bahu Rihana dan perlahan-lahan turun ke lengan.

“Ish! Apa abang ni!! Main-main pulak. Tadi nak cepat sangat.” Tolak Rihana dan terus bangun dari riba Ahmad. Lebih kepada mengelak sebenarnya. Jantungnya sudah berlari kencang dengan tingkah laku suaminya.

“Merajuk dengan abang lagi tak?” Ahmad tersengih.

“Yalah! Yalah! Ana tak merajuk dah.” Rihana tersenyum juga.

“Betul ni?” duga Ahmad lagi.

“Betul……”

“Jadi betul lah dah tak merajuk ni?” Sekelip mata senyuman Rihana padam. Bibir diketap kuat. Geram dengan Ahmad yang sengaja mahu mengusiknya.

“Ya….. kekanda ku sayang. Adinda kanda yang cun ini dah tak merajuk. Jadi, bolehkah kita pergi sekarang kanda? Intan payung….. muchuk-muchuk dinda…..” ujar Rihana meleret-leret. Ahmad batai gelak.

“Okey! Jom kita pergi.”

“Eh, kejap-kejap.” Tahan Rihana. Cepat-cepat dia pergi di hadapan cermin dan pensel eyeliner dicapai. Ahmad yang melihat telatah isterinya menggeleng kepala. Cakaplah berpuluh, beratus atau beribu kali pun. Rihana tetap Rihana.

……………………….

“Sejak akhir-akhir ni you suka berangan ya?” Rihana yang tersedar dari terus mengingati masa lalunya terkejut apabila mendapati mukanya hampir dengan muka Rusyaidi. Terkelip-kelip mata Rihana beradu dengan mata Rusyaidi yang tidak lekang dengan senyuman. Rusyaidi yang melihat riaksi spontan Rihana tersengih sambil terus mendekatkan mukanya dengan muka Rihana. Tangannya pula mencuit manja hidung mancung Rihana kemudian dilarikan wajahnya. Sebelum pipinya berbekas dengan lima jari Rihana, lebih baik dia lari dulu.

Rihana hanya diam. Terkejut dengan kelakuan Rusyaidi. Rusyaidi jarang-jarang sekali berkelakuan romantis dengannya tapi sekali dia tunjukkan sifat yang satu itu, kelu lidah Rihana dibuatnya. Jantungnya bukan main laju berdetak detup. Dupp dapp!! Dupp dapp!!

Rihana mengusap dadanya perlahan-lahan bagi meredakan irama jantungnya yang tak menentu. Rihana terfikir, jika perasaan cinta terhadap Rusyaidi semakin menggebu, bagaimana pula dengan perasaan cintanya terhadap Ahmad? Walaupun Ahmad dan Rusyaidi tidak sekacak Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz, artis Malaysia yang diminatinya itu… Tapi Ahmad dan Rusyaidi mempunyai karisma yang tersendiri.

Dua-dua insan yang disayangi dan dicintainya. Ahmad yang bersikap romantis setiap masa. Rusyaidi….. jarang-jarang ditunjukkan sikap romantisnya tapi sifat kebapaan yang terselah dalam diri lelaki itu membuatkan hatinya tertarik dengan Rusyaidi. Tapi dia keliru. Ahmad atau Rusyaidi yang benar-benar dicintainya?

……………………………..

“Apa?!!!” Rihana terjerit kuat sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang turut mengambil anak-anak mereka di Tadika Al-Iman.

“Awak cakap dah ada orang yang datang ambil Aalia? Tapi siapa? Dan kenapa awak benarkan dia ambil anak saya?!” dada Rihana berombak kasar. Sungguh terkejut apabila mendapati ada orang lain yang sudah datang ambil anaknya di tadika itu. Yang lebih dia marah, penjaga di situ boleh biarkan Ros Aalia dibawa pergi orang asing!

“Maa…. Maafkan saya Puan Rihana. Mula-mula saya pun ragu-ragu sebab selama ini hanya puan dan Encik Rusyaidi yang pernah datang ke tadika. Tapi…..” ujar Lisa takut-takut.

“Tapi orang tu kata dia ayah kandung Aalia. Dan Aalia pun panggil dia ayah. Jadi saya ingat…. Orang tu suami kepada puan.” Rihana tercengang. Serta merta wajah Ahmad terlayar di fikirannya. Apakah Ahmad yang datang mengambil Ros Aalia? Tidak tahu apa yang nak diucapkan lagi, Rihana terduduk di atas kerusi bangku di luar pejabat Tadika Al-Iman. Kalau benar Ahmad…. Tapi macam mana suaminya boleh tahu Ros Aalia sekolah di tadika ini? Ah, rumah dia pun Ahmad boleh jumpa apatah lagi tempat Ros Aalia bersekolah.

Rusyaidi duduk di sisi Rihana. Dia tidak tahu sebenarnya bagaimana nak pujuk Rihana memandangkan antara mereka masih ada batas yang perlu dijaga. Akhirnya dia hanya memberi kata pujukan. “Kita pergi cari Aalia dulu ya? Kalau tak jumpa juga baru kita buat laporan polis.”

I takut Aalia dibawa lari….” Ujar Rihana tersekat-sekat. Lisa, penjaga Tadika Al-Iman menunduk. Tahu akan salahnya yang sewenang-wenangnya membenarkan orang asing datang ambil murid di tadika ini. “Puan… Encik…. Saya minta maaf sangat-sangat dengan kecuaian saya. Saya… saya akan bantu puan dan encik cari Aalia.” Rusyaidi mengangguk bagi pihak Rihana.

“Jom kita cari Aalia. Masih sempat kita jejak… Lagipun, Cik Lisa kata baru 15 minit Ros Aalia dibawa pergi. Insya-Allah, Lia selamat.” Rihana bangun mengikuti Rusyaidi tapi baru beberapa langkah telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan yang dikenali.

“Hello?” Rihana mengeras. Suara yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan suaminya sendiri, Ahmad!

“Abang!! Mana abang bawa lari Aalia? Abang jangan macam-macam!!” Rihana mula meninggikan suara.

“Hey, kenapa ni? Abang bawa Aalia jalan-jalan aje.”

“Sekarang abang kat mana?”

“One Utama Shopping Centre. Abang ada di Buskin Robbins.”

“Tunggu sana. Ana datang!”

Rihana memandang Rusyadi yang sedari tadi memandangnya dengan dahi berkerut. “Kita pergi One Utama Shopping Centre. Aalia ada kat sana. Dan Cik Lisa…. Maafkan saya sebab berkasar tadi. Benar orang yang ambil Aalia tadi ayah kandung Aalia. But next time, please…. Kalau bukan saya atau Rusyaidi datang ambil, jangan sesekali benarkan orang lain ambil anak saya. Saya tak nak perkara ini terjadi lagi.” Ujar Rihana.

Selepas meminta diri, mereka mula menuju ke Bandar Utama. Sepi. Itulah keadaan dalam kereta apabila Rihana hanya mendiamkan diri. Rusyaidi menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan perbualan antara mereka.

You berhubung semula dengan bekas suami you?”

Tiada jawapan dari Rihana.

“Err…. Kenapa you marah Aalia keluar dengan ayah kandung dia? Bukan ke bekas suami you berhak?” Rusyaidi tanya lagi. Dia mengeluh apabila soalannya langsung tidak dijawab Rihana. Mungkin salahnya juga kerana bertanya soalan peribadi. Akhirnya Rusyaidi mengambil jalan untuk mendiamkan diri apatah lagi mereka sudah sampai ke pusat beli belah One Utama.

Rusyaidi terpaksa menyaingi langkah Rihana apabila Rihana berlari anak melangkah masuk ke dalam. Terus diikuti langkah Rihana sehingga lah mereka terlihat kelibat Ros Aalia yang sedang enak makan aiskrim. Rusyaidi tak nampak muka ayah kandung Ros Aalia kerana lelaki itu membelakangi mereka.

“Ibu!!” panggil Ros Aalia riang apabila terlihat ibunya.

Rihana mendekatinya anaknya sebelum tangan kecil itu ditarik. “Ikut ibu balik, Lia!” Ahmad terpinga-pinga sebelum bangun dan menahan isterinya.

“Kenapa dengan Ana ni? Abang nak bawa Lia jalan-jalan pun tak boleh ke?” Ahmad tidak berpuas hati.

“Sepatutnya abang jangan ambil Lia kat tadika. Abang tahu tak? Ana rasa nak terputus nyawa masa penjaga tadika cakap ada orang lain ambil Lia! Abang memang sengaja kan?”

Rusyaidi terkebil-kebil melihat perbalahan itu. Terkejut dia apabila mendapat tahu lelaki yang dilanggar keretanya itu bekas suami Rihana sebenarnya. Patutlah lelaki itu beria-ria mahu ikut ke hospital tempoh hari. Tiba-tiba Rusyaidi termalu sendiri apabila mengingatkan dia kenalkan Rihana dan Ros Aalia sebagai isteri dan anaknya kepada lelaki itu. Ayah kandung Ros Aalia!

“Abang minta maaf tentang tu.” Ahmad mula sedar kesalahannya.

“Balik dengan ibu, Lia.” Ditarik lengan Ros Aalia tapi anaknya keraskan tubuh.

“Lia!”

“Lia nak makan aiskrim dengan ayah. Lia tak nak balik lagi.” Ros Aalia mula mencemik. Tanda anak kecil itu mahu menangis.

“Nanti ibu belikan. Sekarang ikut ibu balik.”

“Tak nak!”

“Ros Aalia!!! Jangan degil boleh tak? Ibu cakap balik, balik!!” Tubuh Ros Aali didukung dan dibawa pergi. Ros Aalia yang meronta kuat sambil menangis membuatkan pengunjung di situ tertoleh-toleh ke arah mereka. Panggilan Ahmad dan Rusyaidi yang tergamam tidak dihiraukan.

Apabila sampai ke tempat letak kereta, Ahmad melintasi Rihana. “Kenapa Ana buat Lia macam tu? Jangan sebab marahkan abang, Lia pula yang jadi mangsa.” Suara Ahmad sudah meninggi.

Rusyaidi yang turut terkejar Rihana berhenti betul-betul di Rihana. Kemudian dia mengambil Ros Aalia yang sedang menangis. “Biar I dukung Lia. You selesai lah masalah you dengan bekas suami you ni.”

Rusyaidi turut tidak senang dengan tindakan Rihana yang berkasar dengan Ros Aalia. Ini juga kali pertama Rihana berkasar dengan anaknya. Dia turut geram dengan Rihana dan Ahmad yang bertengkar di hadapan anak kecil itu. Tubuh Ros Aalia dipeluk kemas dan sempat dia memandang tajam ke arah Ahmad sebelum membawa Ros Aalia ke keretanya.

Sementara itu, Ahmad tersentak mendengar gelaran yang diberi untuknya. Segera dicari wajah isterinya. “Apa maksud lelaki tu cakap abang bekas suami Ana?”

“Manalah Ana tahu!”

“Ana bagi tahu semua orang Ana janda ya? Janda anak satu?” bibir diketap tanda dengan Rihana.

“Ana tak cakap apa-apa. Tapi diorang yang tafsir sendiri. Selama ini pun Ana jaga Aalia seorang diri. Kalau Ana cakap Ana masih ada suami…. Diorang akan fikir macam-macam lagi.”

“Ana yang tinggalkan abang.”

“Bersebab!! Abang dah tipu Ana, abang curang dengan isteri pertama abang! Abang ingat Ana boleh terima? Ana tak sanggup bermadu dan isteri pertama abang pun tentu tak sanggup!!”

“Tapi masuk tahun ini dah lapan tahun Ana bermadu. Dua tahun kita bersama ada abang tak pedulikan Ana? Ada abang abaikan tanggungjawab abang?”

Menyirap darah Rihana mendengar kata-kata suaminya. Senangnya orang lelaki bercakap! Bagi lelaki ‘madu’ itu manis tapi pahit bagi wanita. Bermadu bermakna dia perlu berkongsi dan menahan cemburu seumur hidupnya. Bukan mahu menolak hukum Allah tapi hatinya tidak rela dimadukan. Lebih-lebih lagi ditipu selama perkahwinan mereka.

“Huh! Malas Ana nak cakap dengan abang. Orang lelaki bukan faham!!” Rihana berpaling tetapi lengannya dipegang kejap.

“Okey-okey! My bad…. I’m sorry.”

“Kita lupakan jea. Err… Ana. Hujung minggu ni kita keluar ya? Kita pergi Legoland. Aalia teringin sangat nak pergi sana.” Ahmad menukar topik. Tidak mahu kemarahan Rihana semakin terbakar.

No! Ana sibuk.”

“Abang dah janji dengan Lia.” Rihana terdiam. Berjanji dengan Ros Aalia bermakna kena tunaikan. Anaknya itu akan memberontak jika tidak ditunaikan. Lebih-lebih lagi Legoland adalah tempat yang Ros Aalia sering kali menyuruhnya membawa Ros Aalia ke sana.

“Ana pulang dulu.” Tanpa memberi kata putus, Rihana berpaling.

“Kejap.” Ahmad menghulurkan name card miliknya.

“Kalau ada apa-apa call abang. Dan sabtu ni abang datang jemput Ana dan Lia.”

Rihana mendengus sejurus itu berlalu dapatkan Rusyaidi dan Ros Aalia yang sedang menunggu di tepi kereta. Kelihatan lelaki itu masih memujuk anaknya. Mereka masuk ke dalam kereta dan apabila Rusyaidi menghulurkan Ros Aalia untuk duduk dihadapan dengannya seperti selalu, anaknya erat merangkul tengkuk Rusyaidi sambil merengek. Keluhan dilepaskan. Sekali Ros Aalia merajuk, memang susah nak dipujuk.

Ahmad pula hanya memerhati sehingga kereta Toyota Vios itu tidak kelihatan lagi.

………………………..

Keluhan berat dilepaskan. Sayup-sayup kedengaran tangisan Ros Aalia dari bilik. Dia malu dengan Rusyaidi. Rusyaidi menyaksikan pergaduhannya dengan Ahmad yang dianggap bekas suaminya oleh Rusyaidi. Ketika dalam kereta pun lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Lagi sekali Rihana mengeluh. Jahatkah aku? Sedangkan anaknya sudah enam tahun hidup tanpa kasih sayang sebenarnya dari seorang ayah. Hanya Rusyaidi tempat anaknya menumpang kasih. Perasaan takut itu terus menghantuinya. Takut seandainya Ros Aalia sudah tidak boleh berpisah dengan Rusyaidi.

Kalau perpisahan benar-benar berlaku antaranya dengan Ahmad, bagaimana dengan Ros Aalia? Andai Ahmad mempunyai anak dengan isteri pertamanya…. Tentu tumpuannya kepada keluarga yang tercipta sebelum pernikahan mereka berlaku. Pertama kali dulu melihat Aisyah lumpuh, dia dapat agak Ahmad mengahwininya kerana mahukan belaian.

Rihana memejamkan mata dan menunduk. Pelbagai andaian yang datang. Fikirannya bercelaru. Apabila sekali lagi terdengar esakan Ros Aalia, Rihana mengambil keputusan untuk berhenti berfikir tentang masalahnya dan berniat mahu memujuk anak perempuannya. Dengan langkah lemah dia menapak ke bilik. Ros Aalia yang sedang memeluk lutut ditepi katil didekati.

“Aalia….” Walaupun mula-mula anaknya memberontak tapi tubuh kecil itu tetap diraih ke dalam pelukan. Tangisan anaknya semakin lama semakin teresak-esak.

“Sayang…. Ibu minta maaf.”

“Ibu tak ada niat nak marah Lia pun. Ibu yang salah.” Diusap belakang tubuh Ros Aalia dan sesekali tunduk mengucup dahi anaknya.

“Lia…nak mak…..an asi…krim….. dengan ayah.” Tersekat-sekat bicara Ros Aalia kerana esakannya.

“Ya…. Ibu tahu. Maafkan ibu. Lain kali kita makan aiskrim dengan Papa D, ya sayang?”

Rihana sudah ketandusan idea mahu memujuk. Ros Aalia masih menangis walaupun tidak sekuat tadi. Tangan tergaru-garu kening kanannya. Sejenak kata-kata Ahmad terlintas difikirannya.

“Kita lupakan jea. Err… Ana. Hujung minggu ni kita keluar ya? Kita pergi Legoland. Aalia teringin sangat nak pergi sana.”

‘Apa salahnya kalau pergi pun kan?’ Detik hati Rihana.

“Emm…. Lia ada bagitahu ayah yang Lia nak pergi Legoland ya?” Ros Aalia mengangkat muka.

“Betul anak ibu ni nak pergi Legoland?”

Ros Aalia mengangguk.

“Okey, hujung minggu ni kita pergi Legoland dengan ayah. Tapi Lia jangan nangis lagi.”

“Nak!! Okey, Lia tak nangis dah.” Rihana tersenyum memandang Ros Aalia yang sudah mengesat air mata di pipi. Berjaya juga pujuk anaknya ini.

Good girl. Sekarang, kita mandi dulu. Lepas ni Lia tolong ibu masak. Boleh?”

“Okey ibu!!” Rihana hanya Ros Aalia membuka pakaiannya. Telefon bimbit dan name card Ahmad dicapai.

- Assalamualaikum, abang. Ana setuju hujung minggu ini kita pergi Legoland. -

Tak sampai dua minit Rihana menunggu, telefon bimbit berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

- Alhamdulillah. Thank you, sayang. I love you. –

Mesej yang diterima dipandang tanpa perasaan. Kalau dulu, dia akan tersenyum kalau mendengar ucapan ‘I love you’ dari Ahmad. Malah dadanya turut berbunga-bunga riang. Tapi sekarang…… Entahlah.

“Ibu!! Tadi kata nak mandi? Cepatlah, ibu!”

“Ya… Ya. I’m coming.”

……………………..

Ahmad tersenyum lebar. Baru sahaja tadi dia menerima mesej dari Rihana yang menyatakan persetujuan ke Legoland.

- Assalamualaikum, abang. Ana setuju hujung minggu ini kita pergi Legoland. -

Berkali-kali mesej itu dibaca. Syukurlah Rihana bersetuju untuk keluar bersama. Kira family date lah ni. Apabila terasa tangannya disentuh Ahmad berpaling.

“Yang abang tersengih-sengih ni kenapa?”

Wajah perempuan berusia pertengahan awal 30-an itu dipandang. Masih cantik seperti mula-mula mereka kahwin. Ahmad tersengih lagi. “Tak ada apa. Sayang abang ni dah makan ubat?” diusap pipi Aisyah. Rasa sayang terhadap isteri pertama tidak dapat digambarkan walaupun isterinya lumpuh.

“Dah… Abang ni, asyik-asyik tanya dah makan ubat ke belum. Tanya lah benda lain.” Aisyah memasamkan muka. Sengaja mahu bermanja dengan suami.

“Okey, kalau macam tu macam mana dengan sesi terapi Sya hari ini? Okey?”

“Abang! Tanyalah benda lain. Asyik benda sama jea hari-hari.”

“Eh, mestilah. Bagi Sya mungkin itu benda remeh tapi bagi abang penting tau! Cepat jawab.”

“Hmm… macam biasalah. Urat-urat kaki Sya dah banyak tak berfungsi, jadi memang susah nak sembuh.” Suara Aisyah sudah bertukar sayu.

“Sebab itu abang nak Sya buat rawatan kat US.”

Aisyah terdiam. Matanya memandang tepat mata Ahmad. Kedua-dua belah tangan Ahmad digenggam dan dikucup.

“Abang tak menyesal kahwin dengan Sya?”

“Ish! Mana ada. Buat apa abang menyesal? Isteri abang ni dah cukup sempurna untuk abang. Cantik, berpelajaran tinggi, pandai masak pula tu. Dan….. Yang penting, abang cintakan isteri abang ni.”

Dari duduk di atas sofa, Ahmad beralih bercangkung di hadapan kerusi roda Aisyah. Genggaman isteri dibalas erat dan dicium berkali-kali. Dia mahu Aisyah tahu bahawa perasaan cintanya terhadap Aisyah masih mendalam.

“Masih ada cinta lagi ke abang untuk isteri abang yang lumpuh ini? Isteri yang dah lama tak tunaikan tanggungjawab seorang isteri.” Air mata mula mengalir tapi cepat diseka Ahmad.

“Shyy…. Jangan macam ni, sayang. Cinta abang pada Sya dari zaman kita bercinta sampai sekarang tetap mendalam. Tak pernah kurang.”

“Macam mana dengan Rihana?” Ahmad terpempan. Jarang sekali Aisyah menanyakan tentang Rihana.

“Abang dah jumpa dia.” Ujar Ahmd perlahan.

Kini Aisyah pula yang terdiam. Ketika perjumpaan kali pertama dengan Rihana, dia langsung tidak menyangka gadis muda itu madunya. Ahmad telah mencerikan segalanya. Memang hatinya bagaikan kaca terhempas ke laintai tapi sejerus mendengar penjelasan Ahmad bahawa suaminya berkahwin kerana sunyi. Dia sedikit lega kerana menyangka Ahmad tiada perasaan cinta terhadap Rihana tambahan pula perempuan itu sudah meninggalkan Ahmad.

“Dia… masih isteri abang?” Ahmad mengangguk.

“Abang cintakan dia?” Ahmad membalas pandangan Aisyah sebelum tertunduk.

Memang benar dia kahwin lain kerana kesunyian tanpa belaian seorang isteri. Tapi perasaan cinta terhadap Rihana tetap ada. Cuma….

“Abang memang cintakan Rihana. Tapi isteri abang, Aisyah tetap bertakhta teratas di hati abang.” Lafaz Ahmd denga ikhlas.

Aisyah hanya tersenyum hambar.

“Abang nak tahu…. Sya tak nak buat rawatan di US sebab Rihana? Sya takut kalau Rihana kembali, abang akan ceraikan Sya. Buat apa Sya jalani rawatan itu semata-mata mahu sembuh sedangkan suami Sya tinggalkan Sya?”

Pengakuan berani yang keluar dari mulut Aisyah mengejutkan Ahmad. Bulat matanya memandang Aisyah. Lidahnya kelu untuk membalas lalu tubuh Aisyah diangkat dan diletakkan di atas katil. Dia turut berbaring rapat di sebelah Aisyah dengan memeluk tubuh isterinya.

“Aisyah, isteri abang….”

“Abang nak Sya tahu yang abang cintakan Aisyah Binti Ramle dan tak akan sesekali abang lafazkan talak.” Ujar Ahmad perlahan dekat di cuping telingan Aisyah.

Tiada balasan dari Aisyah dan Ahmad mengeratkan lagi pelukan.

……………………..

“Tiba-tiba jea you ajak I datang sini? Tanpa Aalia pulak tu.” Ujar Rihana sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarik Rusyaidi.

Thanks.” Senyuman diberikan kepada Rusyaidi.

Selepas dua hari kejadian di One Utama Shopping Centre, setiausaha Rihana menghulurkan satu kad jemputan kepadanya dan apabila terbaca kad jemputan itu terus dia tergelak.


Dijemput kepada Puan Siti Nur Rihana Binti Rasyid menghadiri

majlis makan malam bersama Mohd Rusyaidi Bin Sulaiman.

Tempat : Hotel Billion Blink

Tarikh : 4 Disember 2013

Masa : Jam 9:00 Malam

Pakaian : Formal

Puan diwajibkan hadir dan akan dikenakan denda jika tidak menghadiri makan malam ini. Sekian.


"I ada benda nak cakap dengan you. Tapi sebelum itu kita makan dulu.” Rihana hanya mengangguk dan mereka terus membuat pesanan. Mereka menikmati makan malam tanpa banyak berbicara. Hanya musik instrumental menemani makan malam mereka.

Rihana hanya menunduk menikmati Lamb Chop. Sebenarnya dia kekok makan berdua begini dengan Rusyaidi. Lilin yang berada dalam bekas di tengah meja dipandang. Makan malam mereka sememangnya ‘candle light dinner’. Romantik. Tapi kenapa Rusyaidi buat semua ini?

“Tak sedap ke lamb chop tu?”

“Hah?” Rihana terpinga-pinga.

I tanya, tak sedap ke lamb chop tu? Inampak you macam tak berselera jea.” Tegur Rusyaidi.

Rihana menggeleng. “Tak adalah. Sedap!” senyuman diberikan kepada Rusyaidi bagi menyakinkan lelaki itu.

Rusyaidi mengangguk. Garfu dan pisau diletakkan di atas pinggan lalu mengelap bibirnya dengan napkin. Kemudian gelas berisi air jus lemon dicapai dan memerhati Rihana menghabiskan makanannya.

Beautiful girl.” Ujar Rusyaidi perlahan.

Pardon?” Rihana mengangkat muka. Dia tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan Rusyaidi.

“Hmm… Cantik dress you.”

“Oh, thanks. Tapi dress ni dah lama I beli. Murah jea kut.”

Dress aku dipujinya? Heh. Dia ni memang susah nak puji aku. Ish! Yang aku sentap sangat ni kenapa? Alahai…’ desis Rihana.

You kata ada benda nak cakap dengan I? Cakaplah.” Ujar Rihana seraya selesai menghabiskan makanannya.

Rusyaidi membetulkan duduknya. Dia berdehem-dehem apabila terasa kerongkongnya tersekat. Tali leher turut dibetulkan. Pendingin hawa tidak dapat sejukkan badannya yang sudah berpeluh.

“Emm… You tahu kan Isayangkan Ros Aalia macam anak I sendiri?”

Yes. I know… Kenapa tiba-tiba jea ni?”

I…. I nak jadi pap…. Papa Lia…. Boleh?”

Rihana tercengang.

“Haha. You cakap apa ni? Kan you memang Papa D, Lia.” Ketawanya hanya dibuat-buat. Dia bukan bodoh untuk mentafsir kata-kata kiasan Rusyaidi. Tapi dia mahu menutup gemuruh di hati. Lagi pun masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Rusyaidi dekatkan tubuhnya dengan meja. Tangan Rihana digapai digenggam walaupun Rihana menolak.

I nak lamar you jadi isteri I, Rin…” Rihana menunduk. Matanya terarah ke tangannya yang digenggam erat Rusyaidi. Terkejut. Tambahan pula Rusyaidi memanggilnya dengan nama ‘Rin’. Tiada siapa yang pernah memanggilnya begitu.

I serius Rin. I nak you jadi isteri I. I nak hidup bersama you dengan Aalia.”

I tak kisah walaupun you janda anak satu. I betul-betul ikhlas, Rin. I sayangkan Aalia. Dan I….” Rihana mengangkat muka memandang Rusyaidi. Mereka berbalas pandangan.

I sayang you, Rin. I…. I cintakan you!”

Yes. I love you, Rihana.”

You….” Suara Rihana tidak terkeluar. Air matanya bergenang. Terharu…. Gembira? Ya, sudah tentu dia gembira dengan lamaran Rusyaidi. Tapi….

“D… I….”

“Shyy… You tak perlu beri keputusan lagi. You balik fikir dulu ya?” Rusyaidi takut Rihana menolak. Sebab itu dia mahu Rihana memikirkannya dulu.

“Rusyaidi, sebenarnya I….”

“Kan I dah cakap, you fikir-fikirkan dulu. I tak nak you buat keputusan terburu-buru. Sekarang ni, I hantar you pulang. Dah lewat ni.” Rusyaidi bangun namun dengan pantas lengannya ditangkap Rihana.

Wait!

“Ada satu perkara yang you perlu tahu tentang I.” Rusyaidi duduk semula ke tempatnya.

“D….Actually, I…..”

Actually I’m still his wife.”

What?!” Mata Rusyaidi terbeliak memandang Rihana yang sudah menunduk.

I’m still his wife, D…. I’m still Mrs. Ahmad.”

But… But you….”

I’m Sorry for not telling you the truth.”

But, how? Enam tahun you hanya hidup dengan Aalia. Six years knowing you…. Husband youI tak pernah nampak dia dengan you dan Lia!” terus menerus soalan keluar dari mulut Rusyaidi. Dia tidak percaya dengan pengakuan Rihana. Tak mungkin mereka masih suami isteri kalau sudah enam tahun hidup berasingan.

I tahu, you tentu pelik. But, I’m sorry. I can’t tell you.”

Rusyaidi menyandarkan tubuhnya di kerusi. Keluhan berat dilepaskan dan matanya terpejam rapat. Riak kecewa dimukanya jelas terpancar. Membuatkan Rihana semakin rasa bersalah.

I’m sorry, D….”

“Jomlah I hantar you pulang.” Rusyaidi terus bangun dan berlalu tanpa menunggu Rihana. Setiap langkahnya terasa longlai. Sakitnya dikecewakan!

“Rusyaidi….”

………………

Sejak makan malam dimana dia dilamar oleh Rusyaidi, lelaki itu langsung tidak menampakkan muka di pejabat. Apabila ditanya kepada setiausaha Rusyaidi, dimaklumkan bawaha bosnya itu kena kerja di luar kawasan.

“Ibu! Ayah dah sampai.” Jeritan Ros Aalia mengejutkan Rihana. Dia keluar mendapatkan Ahmad yang sudah melangkah ke ruang tamu.

“Awalnya datang. Baru pukul 8 pagi.”

“Saja abang datang awal. Boleh kita sarapan sama-sama.” Ahmad tersenyum memandang Rihana. Tubuh Ros Aalia diangkat dan diletakkan di atas riba.

“Jom sarapan dengan ayah, Lia.”

“Tak mau. Lia dah makan. Ibu masak. Sedap!” Ahmad memandang Rihana semula.

“Jadi dah sarapan lah ni? Ibu masak apa?”

“Pau kacang dengan daging!”

“Sedapnya… Ayah tak sarapan lagi ni. Ayah nak pau yang ibu buat, boleh?” soalan itu lebih ditujukan kepada isterinya. Rihana bangun ke dapur kemudian diikuti Ros Aalia yang berlari mendapatkan ibunya.

“Ibu! Ibu! Ayah nak makan pau yang ibu buat.” Terlompat-lompat Ros Aalia dihadapan Rihana. Rihana mengambil piring dan diletakkan beberapa kuih pau daging dan kacang di atas piring. Air milo dituangkan ke dalam cawan.

“Ibu, Lia nak buat.”

“Tak boleh sayang. Nanti jatuh.” Larang Rihana apabila anaknya mahu mengangkat piring ke depan.

“Alaa… Lia nak buat.”

“Yalah. Nah, hati-hati tau. Jangan bagi jatuh.” Ros Aalia hanya mengangguk lalu dengan mata memerhati ke bawah, berhati-hati anak kecil itu membawa piring ke hadapan. Rihana mengikuti langkah Ros Aalia. Takut kuih Pau itu terjatuh dari piring.

“Ayah! Ini pau yang ibu buat.”

“Terima kasih, sayang.” Pipi Ros Aalia dicubit. Diambil kuih pau sebiji dan disua kemulut.

“Sedap! Sama macam dulu. Terima kasih Ana bagi abang rasa lagi pau Ana ni.” Rihana duduk di sebelah Ros Aalia dan hanya memerhati suaminya menghabiskan Kuih Pau yang dihidangkan.

“Alhamdulillah. Ayah dah kenyang, boleh lah kita bertolak sekarang.”

“Yea! Yea! Nak pergi Legoland!! Ibu, cepat ibu!” tergeleng-geleng Rihana melihat keterujaan Ros Aalia. Dia memboloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu bersama Ros Aalia. Baru sahaja kereta dihidupkan Ahmad, telefon bimbit lelaki itu berbunyi.

Aisyah My Wife

Ahmad teragak-agak mahu menjawab. Tak mungkin untuk dia menjawab panggilan itu jika Rihana disebelah. Tentu Rihana akan marah. Tapi apabila telefon tidak henti-henti berbunyi, Ahmad gelisah. Keretanya sudah keluar dari jalan perumahan.

“Kenapa tak angkat phone tu? Dari tadi berbunyi.”

“Tak apa. Tak penting.”

“Kalau dah orang call banyak kali tu, tak penting lagi ke? Angkat jealah. Ana tak kisah.” Sinis Rihana. Bukan dia tidak nampak nama ‘Aisyah My Wife’ terpancar di skrin telefon bimbit Ahmad.

Ahmad mengalah. Butang hijau pada skrin ditekan.

“Hello…”

“Abang kat mana? Kenapa Sya callbanyak kali abang tak angkat?” suara Aisyah kedengaran di corong telefon.

“Abang dah cakap kan, abang kena pergi Johor. Malam nanti abang balik. Kenapa Sya?” jawab Ahmad perlahan. Tidak mahu perbualannya didengari Rihana namun apalah sangat kalau dah namanya duduk dalam kereta, perlahan mana pun tetap akan dengar.

“Maaf sebab ganggu abang tapi abang tahu kan hari ini Sya kena jumpa doktor. Hajar pun tak ada. Outstation. Macam mana Sya nak pergi?”

“Sya… Sya call Pak Mat ya? Biar dia datang ambil.” Ahmad mencadangkan Pak Mat yang merupakan pemilik teksi yang dikenalinya.

“Dah call. Pak Mat tak bawa teksi hari ni, isteri dia sakit. Abang batalkan saja ke Johor dengan kawan abang tu ya?”

“Tapi Sya… Abang….”

“Kalau abang tak nak tak apalah. Biar jealah Sya tak jumpa doktor untuk bulan ni.” Terus talian dimatikan Aisyah. Ahmad mengeluh. Dia dilema. Tak kan mahu batalkan ke Legoland? Kalau Rihana tahu dia batalkan semata-mata Aisyah, tentu Rihana terluka. Lebih-lebih lagi anaknya.

“Pergi sajalah, abang. Ana tak kisah.” Ahmad terkejut. Dicari wajah Rihana tapi isterinya memandang ke luar tingkap kereta.

Ahmad hanya diam. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Dia menimbangkan baik buruk. Jika batalkan, Rihana dan Ros Aalia akan kecewa. Tapi… Kalau pergi juga, Aisyah tidak dapat memeriksa kesihatannya walhal semua itu penting untuk tahu perkembangan Aisyah. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum bersuara.

“Abang minta maaf, sayang. Abang terpaksa batalkan ke Legoland hari ni. I’m so sorry.”

“Kenapa tak jadi pergi ayah?” celah Ros Aalia.

I’m sorry, dear… Ayah terpaksa batalkan. Ayah ada hal penting. Lain kali ayah bawa pergi Legoland ya?” pujuk Ahmad.

“Tapi ayah dah janji!!” Melihat Ros Aalia menangis, pantas Rihana menarik Ros Aalia ke dalam pelukannya.

“Abang hantar kami pulang semula ke rumah.” Tegas Rihana.

“Ana, abang minta maaf.”

Rihana diam. Tipulah kalau dia tidak kecewa. Lebih-lebih lagi tujuan mereka ke Legoland dibatalkan Ahmad kerana mahu menghantar Aisyah ke hospital. Apabila kereta Ahmad berhenti di hadapan rumah, Rihana mendukung tubuh Ros Aalia masuk ke dalam rumah. Langsung tidak bercakap dan berpaling kepada Ahmad.

“Maafkan ayah, Lia. Ayah terpaksa. Kesihatan mama Lia lebih penting.”

…………………..

“Hello? D…” Disebabkan Ros Aalia tidak henti-henti mengamuk dan menangis, Rihana akhirnya mendail nombor Rusyaidi.

Yes. Anything?”

“D, you autstation lagi ke tu?”

“Hmm… I dah balik semalam. Kenapa?” Rihana berdehem.

“Tolong I, D…. Aalia mengamuk.”

“Hah?! Kenapa?” suara Rusyaidi mula kedengaran kalut. Tadi dia hanya menjawab dingin setiap soalan Rihana tapi apabila berkaitan dengan Ros Aalia, terus dia terlupa dengan perasaan kecewanya.

“Sebenarnya hari ni kami nak pergi Legoland. Tapi terpaksa dibatalkan.”

“Kenapa you batalkan? You tahu kan Lia memang kalau orang dah berjanji dengan dia harus tunaikan.” Masakan perangai anak sendiri Rihana tak tahu? Dengus Rusyaidi.

No. Bukan macam tu. Bukan I sengaja cancle tapi….”

“Tapi??” Rusyaidi menunggu Rihana meneruskan kata-kata.

“Ahmad nak bawa kami pergi. Tapi last minute tadi dia terpaksa batalkan. Ada hal penting. I pulak tak biasa pandu sendiri ke Johor. You… boleh bawak Lia dengan I ke Legoland tak? Kalau you free dan tak keberatan….”

You tunggu. I datang ambil.”

Sejam kemudian kereta Toyota Vios terhenti di hadapan rumahnya. Rihana memimpin tangan Ros Aalia. Anaknya itu sudah tidak menangis malah kembali ceria dan teruja apabila diberitahu mereka akan ke Legoland bersama Rusyaidi. Rihana terkaku di tepi kereta apabila melihat ada seorang perempuan yang duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu. Cantik orangnya.

You duduk kat belakang. Kat depan ni kawan I. Harap you tak kisah dia ikut kita sekali.” Rihanya hanya mengangguk lalu meloloskan diri ke perut kereta bersama Ros Aalia.

“Hai! Nama I, Ella.”

“Rihana.” Rihana tersenyum tawar. Cantik gadis di hadapannya ini. Dan…. Seksi.

You dah lama kerja dengan Eddy?” Rihana tersentak. Eddy? Manjanya….

Almost six years.”

“Owh. Lama jugak tu.” Ella beralih pandangan pada Rusyaidi pula.

You….”

Rihana berpaling ke luar tingkap apabila Ella mula berbual dengan Rusyaidi. Mesra dan manja. Mereka berbual-bual seolah-olah Rihana dan Ros Aalia tiada bersama mereka. Hatinya sakit melihat kemesraan Ella dengan Rusyaidi. Cemburu mungkin.

………………

Seminggu selepas kejadian Ahmad membatalkan niat ke Legoland bersama Rihana dan anaknya, Rihana mula melarikan diri. Telefon tak berangkat, apatah lagi mahu membalas mesej yang dihantar. Ke rumah Rihana, isterinya langsung tidak mahu membukakan pintu. Tapi hari ini, Ahmad menerima panggilan daripada Rihana yang membuatkan dia tergesa-gesa.

Rihana meminta membawa Ros Aalia ke hopsital kerana anak mereka demam panas. Rihana tidak boleh bawa Ros Aalia ke hospital memandangkan keretanya berada di bengkel. Mahu menelefon teksi, jarum pendek jam sudah hampir mencecah pukul dua belas malam.

Rusyaidi yang masih berada di pejabat kerena selesaikan kerja-kerja yang tertangguh terus tergesa-gesa ke rumah Rihana. Telefon bimbit yang berbunyi di angkat Rusyaidi tanpa melihat nama si pemanggil.

“Abang sudah on the way ni. Sekejap lagi abang sampai.”

“Hello, abang!!” Rusyaidi terkejut apabila suara kedengaran di corong telefon bukan milik Rihana. Apabila melihat skrin telefon bimbitnya, barulah dia perasan rupa-rupanya adik iparnya yang menelefon.

“Oh, Hajar. Abang ingatkan siapa. Kenapa call abang malam-malam ni?”

“Abang! Kak Sya jatuh tangga, bang!!”

“Hah?! Jatuh tangga?!!” pemanduan Ahmad mula terganggu. Segera kereta diberhentikan di tepi jalan.

“Ya Allah! Macam mana boleh jatuh?”

“Hajar tak tahu, bang. Hajar baru sampai ke rumah dari outstation. Cepat, abang! Kak Sya… Darah. Banyak darah.” Tersekat-sekat suara Hajar diselang dengan tangisannya.

“Okey. Abang datang sekarang!”

Ahmad mula kalut. Apabila dia mahu menggerakkan kereta barulah dia teringatkan Ros Aalia yang sedang demam panas.

“Ya Allah… Macam mana ni? Apa aku nak buat?” Lia…. Sya…. Ya Allah!!” Ahmad mula keliru. Kedua-duanya perlu dibawa ke hospital tapi dia tidak boleh bawa kedua-duanya sekali memandang rumah Aisyah dan Rihana agak jauh. Aisyah dan Ros Aalia. Dua-dua insan terpenting dalam hidupnya. Tiba-tiba nama seseorang terlintas di fikirannya.

“Ya Allah!! Jika ini ketentuan-Mu, aku redha Ya Allah….” Air mata lelaki mula mengalir. Jari jemari terketar-ketar mencari nombor seseorang dan apabila terjumpa, segera dihubungi.

“Hello…”

“Hello. Rusyaidi speaking.”

…………………..

Rambut si permata hati dibelai penuh kasih sayang. Ros Aalia terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana demam panas dan memerlukan pemantaun doktor. Teringat akan jeritan anaknya kerana sakit disuntik membuatkan air mata Rihana kembali jatuh.

Tapi apabila pintu wad terkuak dari luar dan susuk tubuh Rusyaidi di hadapan pintu, segera Rihana mengesat air matanya. Kejadian semalam pula berlayar di fikirannya. Meminta pertolongan dari orang lain tapi orang lain yang datang menolong. Ke hulur ke hilir dia berkawad semalam menunggu Ahmad datang tapi alih-alih wajah Rusyaidi pula yang muncul di hadapan pintu dengan riak wajah yang tak tentu arah.

Tanpa banyak cakap lelaki itu terus serbu ke dalam bilik dan mendukung Ros Aalia. Rusyaidi tidak menerangkan apa-apa dan dia pun tidak bertanyakan apa-apa. Semuanya risaukan Ros Aalia. Tapi si ayah sampai sekarang tidak menunjukkan muka. Telefon pun tidak. Tidak sayang anak kah?

Thanks.” Rihana bersuara apabila Rusyaidi mendekati katil. Lelaki itu tunduk mengucup ubun-ubun Ros Aalia.

No thanks, Rin. I dah angggap Aalia macam anak I. Dah tanggungjawab I.”

Rihana berdehem.

I want ask you something, D….”

Yes, please.” Rusyaidi bergerak ke sofa diikuti Rihana. Dua-dua duduk sebelah-menyebelah memandang hanya ada sofa 2 seats sahaja.

“Err…. You tahu dari mana Lia demam panas?”

I harap you tak kecewa dengan jawapan I.”

Rusyaidi menarik nafas panjang sebelum menceritakan perkara sebenar. Rihana hanya tunduk mendengar. Air mata kecewa yang mengalir dibiarkan saja.

It’s not his fault, Rin. Dia dilema. Ros Aalia, anaknya. Aisyah, isterinya. Kedua-dua insan penting untuknya. And he choose Aisyah. You dan Aalia ada Iuntuk membantu. But Aisyah…. Nobody.”

Rusyadi tidak mampu berbuat apa-apa apabila Rihana tidak henti-henti menangis. Apa yang membuatkan Rihana menjadi ‘mother single’ hampir 7 tahun sudah dijelaskan Ahmad. Dia turut bersimpati dengan nasib Rihana. Teringat pula dengan kata-kata Ahmad.

“Apa yang I buat kepada isteri dan anak I dah keterlaluan. Tentu Rihana semakin susah mahu memaafkan I. Kali ini, I ikut keputusan Rihana. If she choose to leave… so I will do it. But if she want stay my side, so I’ll never let she go.”

Kata-kata Ahmad membuka peluang untuk Rusyaidi mendekati Rihana. Dia tidak tahu keputusan Rihana. Paling penting, bagaimana perasaan Rihana terhadapnya? Cintakah? Apabila fikirkan tentang itu membuatkan Rusyaidi takut dengan keputusan Rihana. Dia tidak sanggup untuk kecewa kali kedua.

Keluhan berat dilepaskan. Rihana disebelah dipandang sekilas. Masih menangis. Adakah itu bermakna Rihana kecewa dengan Ahmad yang lebih mementingkan Aisyah? Kalau benar, itu bermakna Rihana masih cintakan Ahmad. Rusyaidi bangun. Ingin meninggalkan ruangan bilik itu.

You….”

Rusyaidi berpaling. Bertentangan mata dengan mata Rihana yang merah dan sembab.

You…. masih sudi ambil I jadi isteri you?”

Rusyaidi tergamam.

………………

Dua tahun kemudian….


Suasana pada waktu malam itu, di satu rumah banglo dua tingkat keadaannya sangat meriah dengan tetamu-tetamu yang datang meraikan hari jadi Ros Aalia yang ke lapan. Rihana memandang Ros Aalia yang kelihatan comel dengan ‘princess dress’ berwarna merah jambu dan rambut panjang melepasi bahu pula diikat tocang dua. Matanya beralih pula ke lelaki yang berkemeja merah jambu yang sedang menuju ke arahnya.

“Comelnya you malam ni.” Usik Rihana. Wajah Rusyaidi hanya kelihatan selamba walaupun sudah ramai yang mengusik suaminya itu. Suami? Ya, suami!

Thanks. And you too. Cute like our princess.” Rusyaidi mencubit pipi Rihana. Memang Rihana kelihatan comel dengan gaun labuh dan selendang yang digayakan dengan gaya turban. Dan.... Sudah tentu juga berwarna merah jambu!

Rihana tergelak.

Ini semua Ros Aalia yang menginginkan parti hari jadinya bertemakan merah jambu. Jadi dipaksa juga ibu dan papa nya untuk memakai pakaian berwarna merah jambu walaupun Rusyaidi sememangnya tidak suka dengan warna itu. Girlish! Lelaki pakai? Mamat jambu!

Tapi pada malam ini, Rusyaidi sanggup memakai tanpa banyak bunyi walaupun pada mulanya membulat juga matanya apabila mendengar arahan si cilik. Tak apalah, apa saja untuk Ros Aalia! Sayangkan anak kan..... Isteri? Seharusnya sayang!

Rihana dan Rusyaidi melayan tetamu-tetamu yang ada manakala Ros Aalia sudah menghilangkan diri. Entah kemana perginya. Rihana dan Rusyaidi menapak ke pintu utama yang terbuka luas apabila terlihat pasangan suami isteri yang ditunggu-tunggu.

“Datang pun Abang Ahmad dan Kak Sya. Lama tau kami tunggu.” Sapa Rihana dengan mesra. Dia berpelukan dengan Aisyah manakala Rusyaidi bersalam dengan Ahmad.

“Maaf, Ana. Jalan jem tadi. Maklumlah, malam ahad kan.... Orang-orang keluar lepak semuanya.” Terang Aisyah.

“Kak Sya macam mana? Sihat?”

Teringat pula kes Aisyah jatuh tangga dulu. Syukurlah Aisyah dapat diselamatkan walaupun banyak kehilangan darah. Mujur sahaja darah Aisyah sama dengan Hajar, adiknya sendiri.

“Alhamdulillah. Semakin sihat. Ana tu... bila due?” tanya Aisyah sambil memuncungkan mulut ke arah perut Rihana.

“Bulan depan, insya-Allah.”

“Tahniah! Dapat anak lagi lah kau.” Sampuk Ahmad kepada Rusyaidi.

“Alhamdulillah. Rezeki, bro. Kau orang bila lagi?” bahu Ahmad ditepuk Rusyaidi.

“Dah ada pun.” Selamba Ahmad memberitahu. Rihana dan Rusyaidi membulat mata.

“Berapa minggu?”

“Baru tiga minggu.” Segera Rihana memeluk Aisyah sekali lagi.

Nampaknya mereka akan sama-sama mendapat anak kedua pada tahun yang sama. Tentu Ros Aalia akan suka apabila bakal mendapat ‘adik kembar’ lain mak ayah. Yalah..... Ros Aalia anak sulungnya bererti juga merupakan anak sulung Aisyah. Walaupun anak tiri tapi Aisyah dan Ahmad sudah menganggap Ros Aalia anak sendiri.

“Tahniah Kak Sya! Tahniah Abang Ahmad!” Ahmad tersengih manakala Aisyah tertunduk malu.

Rihana tersenyum. Segalanya sudah selesai. Dua tahun yang lalu, dia nekad mahu berpisah dengan Ahmad apabila yakin dengan cintanya yang sudah beralih kepada Rusyaidi. Sejurus berpisah, Ahmad terus terbang bersama Aisyah ke US dan sekarang.... Alhamdulillah. Aisyah sudah boleh berjalan semula. Rihana dan Aisyah pun berkawan baik. Begitu juga dengan Rusyaidi dan Ahmad.

“Eh, jemput masuk. Ada pulak berborak depan pintu ni.” Pelawa Rusyaidi.

“Mana birthday girl?

“Entahlah... Tadi ada. Ini sudah hilang.” Rihana memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Ros Aalia dicelah-celah para tetamu yang datang. Kemudian beralih pula kepada Rusyaidi kerana suaminya tiba-tiba mencuit lengannya.

“Tengok kat sana.” Rusyaidi menunjukkan ke arah tangga.

Rihana membulatkan mata memandang ke arah Ros Aalia yang sudah bersolek. Bibir bukan main merah dengan gincu milik ibunya tambah pula dengan pemerah pipi yang dipakai. Rihana mula mencekak pinggang.

“Ikut perangai ibu dia lah tu!!” serentah Rusyaidi, Ahmad dan Aisyah bersuara. Mereka semua tergelak dan Rihana hanya tersengih malu. Ros Aalia dihujung tangga tersengih-sengih apabila dirinya menjadi perhatian. Like a princess!

“Masa untuk potong kek!” jerit Rusyaidi lalu mengangkat Ros Aalia supaya berdiri di atas kerusi. Kek bercorak Barbie dan diatasnya ada lilin berbentuk huruf lapan yang menunjukkan pada usia Ros Aalia yang bakal berginjak beberapa jam lagi. Tetamu-tetamu yang datang sudah mendekati meja bulat yang diletakkan kek disitu.


Happy bithday to you..............

Happy bithday to you...............

Happy birthday to Aalia............

Happy birthday...... to...... you..............


Ros Aalia meniup lilin lalu tangan Rihana dan Aisyah turut memegang tangan Ros Aalia yang memegang pisau kek. Mereka bertiga sama-sama memotong kek tersebut sambil disambuti tepukan dari tetamu. Potongan kek satu-satu disuap oleh Ros Aalia kepada ibu-ibu dan ayah-ayahnya.

Ros Aalia tersengih lebar apabila menerima kucupan di pipi oleh orang-orang yang disayanginya. Dipandang empat wajah yang sentiasa ada untuknya. Ibu dan papa. Ayah dan mama. Apa lagi yang mahu dikatakan? Cerita sudah selesai dan penamatnya......

Inilah keluarga bahagia!


TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.