Angin
sepoi-sepoi bahasa meniup ke wajahnya, dia memerhati kanak-kanak yang sedang
asyik bermain pasir di gigi pantai. Salah seorang dari kanak-kanak itu melambai
ke arahnya dan dia membalas. Dia kemudian berjalan dipantai sambil menjinjing
kasutnya, kehangatan pasir pantai bagai melegakannya. Angin membuaikan dirinya
dan dia bahagia, tiba-tiba sesuatu melanggarnya dari arah belakang. Dia
menoleh.
"Firdaus,
say sorry!" satu suara mengarah. Dia mengusap kepala anak kecil itu dan
memandang ke arah suara itu. Dia agak terkejut memandang wajah lelaki itu,
begitu juga lelaki itu.
"Zam..!"
"Nella?"
Ucap mereka serentak. Anak kecil itu berlalu meninggalkan mereka
yang terkedu tak berkata-kata. Lelaki itu mengaru kepalanya dan tersenyum.
Mereka masih membisu dan mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
"Anak
awak?" Nella memulakan kata. Lelaki itu mengangguk cuma. Mereka membisu
lagi, Nella memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di gigi pantai.
"Lama
tak jumpa, kan?" ujar Zam.
"Empat
tahun. Lama, kan? Tak sangka jumpa di sini." Nella menyambung perbualan
mereka. Zam mengeluh dan dia kini kehilangan kata-kata. Mereka beriringan di
pasir pantai.
Dia
berlari keluar dari apartment dan menuju ke jalan besar sambil menahan teksi.
Seseorang mengejarnya dari belakang, namun dia segera masuk ke dalam perut
teksi itu. Dia tidak percaya melihat apa yang dilihat tadi. Lelaki itu sedang
bercumbuan di atas sofa dengan wanita lain. Tidak disangka lelaki yang
dicintainya akan memperlakukan sedemikian padanya. Dia cuba menangis namun
tiada air mata yang gugur, perasaannya benar-benar terhiris. Telefon bimbit MOTOROLAnya
berdering namun tidak disambut kerana dia tahu siapa yang menelefonnya.
"Cik
dah sampai!" pemandu teksi itu bersuara. Dia membayar tambang teksi dan
melangkah keluar. Kemudian melangkah longlai masuk ke dalam pangsapuri
tersebut.
Zam
melangkah masuk kedalam apartmentnya dan duduk kembali di sofa. Dia mengeluh.
"Jadi
itulah Nella, kekasih you?" ujar gadis itu ada sedikit nada cemburu.
“Gadis
yang I cintai dah pergi meninggalkan I. Tidak…dia tak bersalah, I yang
bersalah. I tak setia."
Gadis itu mendekati Zam dan duduk di sisinya. Gadis itu mula
bersandar di bahu Zam.
"Fira,
I rasa baik you balik," suara Zam. Kedua telapak tangan di letakkan ke
dahinya. Dia merengus berkali-kali.
"Alah…apa
salahnya I duduk di sini? Lagipun I tahu you sedang bersedih sekarang ni?"
"Semuanya
salah I…"
Fira tersenyum cuma dan mengusap wajah Zam, kemudian dia meletakkan
wajahnya ke dada lelaki itu.
"You
tak salah Zam. Ini adalah takdir," ucap Fira dan memeluk tubuh lelaki itu
dan Zam membalas pelukan itu.
Kehadiran Fira sedikit sebanyak menyebabkan Zam hampir melupakan
Nella, kini mereka mabuk cinta dan sering kelihatan bersama dimana jua mereka
berada. Bagi Zam, kini dia hanya perlukan Fira bukannya Nella. Nella hanya
cerita semalam yang tidak lagi dia perlukan. Dia gembira dengan kehadiran gadis
itu yang mampu membelainya dan mencintainya sepenuh hati tanpa runggutan dan
tanpa henti. Firalah segala-galanya kini.
Nella meniarap di katilnya,
dia mengalihkan badannya dan memandang ke arah siling. Namun, pandangannya
kosong. Dia kebosanan. Dia merengus dan merengus. Ruangan bilik itu dapat
melihat betapa Nella tidak keruan dan kebuntuan fikiran. Nella mundar mandir di
dalam bilik itu bagai cacing kepanasan. Tingkap biliknya di buka dan dia dapat
lihat burung-burung terbang pulang ke sarang. Alangkah bahagianya menjadi
burung, bebas tanpa perlu berfikir banyak. Dari tingkat sepuluh dia memerhati
ke lapangan letak kereta, alangkah bagus kalau tiba-tiba Zam muncul di situ dan
melambai ke arahnya dan dia akan berlari mendapatkan lelaki itu. Ketika
itu mereka akan mengucapkan kemaafan
serentak dan selepas itu mereka akan kembali seperti sediakala seperti sebelum
dia lihat kejadian 2 bulan yang lalu. Dia mengeluh lagi. Kenapa kejadian itu
bermain semula difikirannya? Dia mengutuk dirinya terlalu lemah. Namun, dia
terlalu sayangkan lelaki itu dan baginya jodohnya hanya dengan lelaki itu. Dia
hairan kenapa selama dua bulan ini Zam tidak langsung menelefonnya, dia kecewa
dengan keadaan itu. Mungkin benar Zam tidak lagi sayang pada dirinya dan
mungkin benar lelaki itu sudah berubah hati.
“Lelaki mudah
sangat berubah fikiran!” getus difikirannya. Dia merengus dan mengikat
rambutnya yang mula panjang melepasi bahu. Alangkah bodoh dirinya kerana masih
mengingati lelaki sekejam Zam. Nella cuba menangis namun entah mengapa air
matanya enggan menitis. Kedengaran pintu biliknya diketuk dengan jutaan malas
dia membuka pintu biliknya. Kakaknya dimuka pintu.
"Kakak
tahu Nella sedih, dik tapi Nella perlu kuatkan semangat." pujuk Yana.
Nella memeluk kakaknya.
“Kakak
rasa dia bukan lelaki terbaik untuk Nella. Kakak harap Nella lupakan dia.”
“Tapi,
Nella sayangkan dia!”
Yana mengeluh dan mengusap rambut adiknya.
“Nella
sayangkan dia tapi dia..?” kata-kata Yana henti disitu. Dia tidak mahu
menyakitkan hati adik kesayangannya dengan meneruskan kata-katanya. Yana
berdecit.
“Jangan
menangis dik. Jom, kakak dah masak marilah kita makan. Jangan kerana bersedih
perut tu dibiarkan kosong. Nanti tak cantik!” pujuk Yana dan kedua beradik itu
ketawa kecil.
Zam
merengus tayar motor kesayangannya pancit. Dia menyumpah di dalam hati, dia
menolak motor kesayangannya. Helmet yang dipakai di gantung di handle motornya
dan dilonggarkan tali leher. Cuaca panas mencengkam kulitnya, Zam mengomel sendiri. Dia terpandang satu wajah
yang amat dikenali, langkahnya terhenti. Nella, wajah yang sudah dua bulan
tidak dilihatnya. Zam telan air liur, dia
berdiri disitu dan berharap gadis itu akan menoleh kearahnya. Sayang,
gadis itu sudah pun menaiki bas INTRAKOTA. Entah mengapa jantungnya
berdegup laju bila terpandang gadis itu tadi. Kata orang, kalau hati berdegup
kencang terhadap seseorang bermakna perasaan cinta itu masih ada. Iya atau
tidak dia sendiri pun tak pasti. Namun, kerinduan pada Nella masih ada. Zam
merengus dan masih menolak motor kesayangannya untuk pulang ke apartment.
Perjalanan selama dua puluh minit menjadi hampir satu jam kerana tayar motornya
pancit. Dia melihat motornya, petang nanti dia akan cuba telefon Sammy untuk
menguruskan tayar motor yang pancit itu. Dia rebah di atas sofa, alat penghawa
dingin di pasang sekuat-kuatnya. Dia benar-benar kepanasaan, Zam mengeluh
keletihan. Mata bundarnya sempat melihat jam di dinding, hampir dua petang.
Mujur kelas Ekonomi telah dibatalkan kalau tidak, dia terpaksa menapak untuk ke
kuliah. Dia mengeliat, menguap dan memejamkan mata, dia mahu rehat sebentar
sebelum mandi.
Nasi
goreng tidak habis dijamah, serasa tidak berselera untuk meneruskan suapan. Dia
meneguk air minuman sambil memerhati orang dikeliling gerai itu. Dia mengeluh
tiada apa yang menarik untuknya. Dia segera bingkas bangun dan membayar harga
makanan. Dia menapak kembali ke apartmentnya, Sammy tidak dapat datang
membetulkan tayarnya. Dia melintas jalan, Fira pun sudah lama tidak jumpa dia.
Mungkin sibuk dengan kuliahnya juga, biarlah!
“Kalau
Nella muncul di sini, kan bagus?” bisik hatinya, dia senyum sendiri. Kunci
apartmentnya dicapai dipoket seluar. Dia memutar tombol apartmentnya bila
namanya di panggil. Zam menoleh, wajah Nella ditatapnya. Gadis itu mendekatinya
dan meletakkan kepalanya di dada Zam dan lelaki itu membiarkannya.
"Zam,
maafkan Nella…"
Zam membisu, dia mengeluh. Dia tergamam. Gadis itu menghampiri.
"Nella
tak boleh lupakan Zam. Nella sayangkan Zam, sayang sangat!" ujar gadis
itu.
Zam senyum kecil dan mula merangkul gadis itu. Dia faham apa yang
gadis itu rasakan, sebab begitu juga perasaannya.
“Zam…Zam!”
Zam menoleh, rangkulannya dileraikan. Nella turut merenung orang
yang menghampiri mereka. Dia mengerutkan dahi, dia menjauh dari Zam. Kelihatan
wajah gadis itu suram, mungkin lepas menangis. Nella dapat lihat sisa air mata
dikolam matanya.
“Zam…I…I
mengandung dan you mesti bertanggungjawap!” Gadis itu menangis semula. Lemah
lutut Nella mendengar kata-kata, dia benar-benar tidak percaya apa yang dia
dengar. Dia renung wajah Zam, lelaki itu kelihatan keliru.
“You
mesti bertanggungjawap. Mesti! Mesti!!!” suara gadis itu lagi. Zam merenung
wajah Nella dan mereka berbalas pandangan. Nella berlalu, dia faham apa yang
Zam cuba nyatakan. Dia mengangguk dan berlalu.
“Maafkan aku,
Nella. Aku mesti bertanggungjawap atas apa yang telah aku lakukan. Maafkan
aku…” bisik hatinya sambil melihat gadis itu berlalu pergi. Zam memapah Fira
yang sudah terjelopok di lantai.
"Fira,
jangan risau I akan bertanggungjawap atas apa yang dah I lakukan…"
suaranya.
Bunyi ombak
mengejut Nella dari lamunan. Dia menoleh, Zam masih di sisinya
“Mana
isteri awak?” tanya Nella. Zam tunduk dan menguis pasir pantai dengan hujung
kasutnya. Lelaki itu tak segera menjawap.
"Dia
dah pergi entah ke mana dan tinggalkan Firdaus dengan saya," ujarnya.
Nella diam, tidak tahu apa yang harus ditanya lagi. Dia renung Firdaus yang
sibuk bermain pasir.
“Ibu…ibu…ibu..”
Nella menoleh dan seorang anak kecil mendapatkannya.
“Ain,
salam uncle.”
“Uncle?”
tanya anak kecil itu.
Nella mengangguk dan anak kecil itu menyalami Zam dan kemudian
mendapatkan Nella semula.
“Anak
awak?”
“Iya.”
Ringkas jawapan Nella.
Zam mengangguk dan menoleh ke arah anaknya.
“Firdaus,
jangan main tu!”
Dari arah
bertentangannya, seorang lelaki mungkin sebayanya dan mendekati mereka. Zam
agak tidak selesa dengan kehadiran itu.
“Zam,
ini husband saya Taufik.”
Kedua lelaki itu bersalaman.
“Hmm…saya balik dulu dah lewat.
Firdaus, aunty balik dulu. Bye!”
Firdaus
hanya membalas lambaian Nella dan mendapatkan Zam. Zam menarik nafas panjang
dan ketawa kecil. Nampaknya Nella bahagia dengan pilihannya kini. Dia hanya
melihat Nella berlalu dengan suami serta anaknya. Dia berdoa agar temannya itu
bahagia.
“Papa,
jom balik! Daus, lapar!” suara Firdaus sambil menarik bucu kemeja Tnya.
“Jom,
nak makan apa?”
“KFC!”
ujar anak kecil itu.
Zam ketawa kecil dan mendukung anaknya dan meletakkannya di atas
bahu dan berlalu menuju ke arah tempat letak kereta. Anak kecil itu ketawa
kegembiraan.
“Nella,
walaupun bukan jodoh kita tapi, mulai hari ini aku akan berusaha lebih agar
kehidupan aku dan anak aku akan terjamin. Aku berjanji!” bisik harinya dan
menghidupkan enjin motor dan berlalu meninggalkan tempat itu dengan janji baru
tertanam dihatinya.
TAMAT