Home Puisi Umum Menggapai Lingkaran
Menggapai Lingkaran
Maya Myra
17/8/2017 14:00:30
522
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Di kala aku berdiri
Aku takuti akan terjatuh
Bila aku mendongak ke atas
Aku tahu kegagalan tidak akan jatuh sepanjangnya

Aku menoleh dan menilai apa erti kesabaran?
Ya kesabaran.
Kesabaran ketika sampai ke kemuncaknya
Adakalanya akan rapuh bila ia hadir

Tetapi,
Kesabaran itu juga mengajar aku erti tanggungjawab

Lalu, aku cuba berdiri teguh
Agar kaki ku ini tidak lenguh
Ibarat kau sedang menahan bebanan
Dari itu, kau pasti perolehi satu keyakinan diri...

Indahkan bukan?
Saat kita terleka, kita akan mula meneka...
Saat kita sendiri, kita akan mula menilai diri...
Tapi, adakah kita mampu hadapi semua itu?

Bijak menilai bijaklah membuat keputusan!


Penulis,

Maya Myra

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.