Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Puisi Umum Aku Ingin Hidup
Aku Ingin Hidup
Sara Zulfa
13/4/2018 13:46:09
1,563
Kategori: Puisi
Genre: Umum


Apa yang terjadi pada diriku,
terhanyut sepi, di makan waktu.
Ada sahaja cara Tuhan 
untuk menduga ku, 
jalan mana lagi harus ku tempuh. 

Seakan ku hilang rasa jiwaku.
menahan amarah dan rasa cemburu.
Adakah ini hukuman bagiku.
ada saja sesuatu yang menghalangi mimpi ku.

Perjalanan ini tanpa ku tahu arahnya.
Namun ku sedar pada Mu lah tujuanya. 
Bagaimana ku bisa 
mencapai destinasi 
tanpa arah yang pasti. 

Apa yang terjadi pada diriku 
semakin gelap dan jua kosong
ku ingin yang pasti
tapi semua bohong. 

Akankah sakit ini kan ku bawa mati, 
menelan segala pahit hidup yang ku lalui.
Adakah ini takdir atau sekadar mimpi 
bangunkan aku realiti lebih ngeri.

harus bagaimana lagi 
ku lalui hidup ini 
yang bertahta yang miskin terhina
haruskah aku cemburu pada mereka yang berfoya. 
Tertawa seakan syurga miliknya. 
sedangkan air mata ku jatuh tak terkira. 

apa yang terjadi dengan hidupku 
dimana lagi tempat ku berteduh.
dibawah langit dengan manusia yang angkuh.
dengan hati yang sakit dan iman yang rapuh. 

perjalanan yang tak pasti,
melangkah tanpa henti, 
adakah kau mengerti
apa maksud ku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.