Home Puisi Keluarga Puisi Buat Abah
Puisi Buat Abah
nurani
20/12/2017 23:22:31
1,627
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

Nukilan Khas

2 Ramadhan 1437H/07 Jun 2016

 

Wajah tua itu ku tatap

Hening bersih wajah itu

Gambaran ketaqwaanmu

 

Namun tenaga tuamu

Kian pudar

Dimamah usia dan keuzuran

 

Setiap yang dilahirkan ke duniafana ini

Pastinya melalui proses kehidupan

Jalan ceritera berbeda

Mengikut kehendak khaliqNya

 

Jika ada izinMu lagi

Dapat ku tatap wajah ini

Yang pasti akan kurindui

Di sepanjang hayat ini

 

Aku anakmu

Insan kerdil

Sering mendoakan kesejahteraanmu

Kebaktianmu tiada nilai tara

Kemenjadian kami bukti kejayaanmu

Ayahanda……………………




Khas buat yang teristimewa

Ayahanda

23 Jun 2016 / 18 Ramadhan 1437H(2.23Pagi)

 

 

Putih berseri

Terserlah nur di wajahmu

Anugerah ilahi

Hasil ketaqwaan dan kebaktianmu

 

Harum baumu

Saat pipimu dapat kukucup

Biarpun hanya jasad kaku

Yang dapat kutatap

 

Ku redha kepergianmu

Kerana telah sampai waktunya

Kau menemui khaliqMu

 

Saat penghujung usiamu

Kau diuji dengan kesakitan

Biarpun tidak lama

Namun bibirmu

Sentiasa basah menitipkan zikirdan tasbih

Sehingga Allah menghadiahimuketenangan abadi

 

Bersemadilah ayahanda dengantenang

Doa dari anakmu ini

Akan sentiasa kutitipkan

Agar rohmu ditempatkan dikalangan para solehin

Semoga Jannah tempat abadimu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.