Kemaafan
maaf itu payah
dendam itu mudah
Mengapa? Kerana ego manusia itu tinggi
Mengapa? Kerana manusia itu punya dendam
Sukar memaafkan orang lain
Sukar memohon maaf dari orang lain
Kedua perkara yang membuatkan hati mu gusar
Berada dalam gundah dan gelisah.
Corak langkah mu ke arah yang lurus
Semat azam baru dalam dirimu
Agar dosa hitam dipudarkan
Biar tujuan hidup itu tersusun indah
Sudah tercatat manusia sukar difahami
Tindak tanduknya saling dimungkiri
Jangan kau keluh dan luluh menunggu harapan
Kerana pendendam sukar kecapi kebahagiaan