Hidup
Apakah itu hidup
Kenapa kita dihidupkan
Namun kemudian dimatikan
Sebelum dihidupkan semula
Apakah engkau pernah berfikir
Wahai yang bernama manusia
Hidup
Seringkali mengundang tanda tanya
Seringkali berlegar legar dikepala
Dimanakah akhirnya kita
Dihujung persada maya
Hidup
Entah kenapa
Rasanya bagai serba tak kena
Dikata salah bila berharta
Disalahkan jua bila miskin hartanya
Hidup
Dalam bergelut mencari cahaya
Dimomokkan pula akan ceritera
New World Order akan kisahnya
Yang khabarnya sudah bermaharajalela
Mengundang ketakutan dihati manusia
Disini dan disana
Hidup
Adakah kita dihidupkan untuk dizalimi
Dizalimi oleh pencipta yang bernama Ilahi
Sehingga tergamak Tuhan itu mengirimi
Akan fitnah dasyat waktu zaman diakhiri
Bernama dajjal yang dilaknat ilahi
Hidup
Manusia pun apalagi
Terketar ketar kekanan dan kekiri
Karena ketakutan mendengari
Akan hebatnya dajjal yang dilaknati
Seolah mereka telah lupai
Akan betapa hebatnya kuasa Ilahi
Hidup
Ianya sebenarnya terlalu indah
Ia juga suatu anugerah
Anugerah tercinta
Oleh Sang Pencipta
Hidup
Dihidupkan kita didunia
Karena DIA Maha Adil
Tidak ingin dizaliminya
Jika dihidupkan akan manusia
Separuh disyurga
Separuh lagi dineraka
Hidup
DIA memang Maha Adil
Jika diletakkan semuanya disyurga
Adilkah untuk yang suci jiwanya
Hidup bersama yang berlumpur hatinya
Hidup
Ia cuma sebuah dewan ujian
Untuk manusia yang beriman
Namun ianya bagaikan lubang neraka
Bagi mereka yang tidak terbuka mindanya
Dajjal
Fitnahnya hanya sebuah ujian
Mungkin ujian hebat
Namun bukan penamat
Buat mereka yang muktamad
Mengisbatkan ALLAH dihati kan selamat
Bersama zikir dan Kalamullah yang memberat
Dibibir dan hati kan berurat
Hanya ALLAH yang Agungkan terserat
Ayuhlah bangun wahai manusia
Usah biarkan dirimu dimomok berita
Akan kehebatan semua fitnahnya
Sedangkan dirimu sebenarnya
Adalah khalifah agung didunia
Sedarkah kalian wahai manusia
Bahawa kekuatan dajjal itu dibinanya
Dari ketakutan yang terbina
Didada dan juga hati mereka
Yang bernama manusia
Apatah lagi jika dia manusia
Yang dibibirnya terucap syahadah
FABIAYYI AALAA IRABBIKUMA TUKAZZIBAANN..
MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH
YANG KAMU DUSTAKAN..