Home Puisi Cinta Tersentap Takdir Tuhan
Tersentap Takdir Tuhan
Sara Zulfa
26/9/2017 15:37:56
1,445
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Allah……Engkau tahu akan hadirnya dalam hatiku

Allah…….  Engkau Tahu akan kasihku padanyadari dulu

 

Allah…….EngkauTahu pengharapanku menjadi kesudahan ini.

 

Sungguh-sungguhaku mengimpikannya.

Sungguh-sungguhaku mengharapkan dia menjadi sahabat hidupku, menjadi imam dalam solatku, bersama-samameraih syurga-Mu

 

Akuingin sekali menjadi suri hatinya.

Menjagamakan minumnya.

Mengingatkandia untuk solat bersama.

Membinaistana keluarga bahagia.

 

Dialahinsan yang begitu ku damba.

Sosokperibadinya, aku yakin dia dapat membimbing ku ke jalan-Mu.

Ketampananwajahnya seanggun ibadahnya.

Penyantunterhadap orang tua, bahkan selalu mengasihi mereka yang lemah.

 

Allah

Engkautahu akan segalanya, tentang hatiku selalu berkata-kata tentangnya,

akumalu untuk jujur kepada-Mu ya Allah,

Namunpengharapanku, hanyalah bersandar kepada-Mu

 

Allah

sungguhEngkau mengetahui, keakraban antara aku dan dia.

Dalamtawa dan guarauan mesra,

Akuhanya mengharapkan kita menjadi ikatan yang sah.

Sehinggawaktu itu tiba, kusimpan segalanya dalam dekapan-Mu seutuhnya.

 

 

YaAllah, Ya Robbi,

waktuitu telah tiba, ikatan menjalin kasih keluarga telah sampai waktunya.

Namun,

Namunbukan lah aku wanita yang di pinangnya.

Bukanlahaku wanita yang akan menjadi bidadarinya,

Bukanaku yang akan menjadi penemannya.

 

Setelahdia memberi pengharapan yang begitu besar kepadaku,

Setengahmati aku menaruh kasih terhadapnya.

Setelahseolah-olah dia begitu bersungguh akanku

semuanyaadalah pengharapan palsu.

 

 

Allah,

mengapayang menjadi pilihannya harus sahabat baikku pula,

tidakkahada yang lain selain dia,

mengapaaku harus menjadi saksi dalam gelumat yang menyakiti hatiku sendiri,

akubenci ya Allah, aku benci.

 

YaAllah, Kau mendengar segala jeritan hati yang meronta

Sakitya Allah, sungguh-sungguh sakit.

Mahligaiyang inginku bina sekian lama hancur sehancur-hancurnya,

Begituperih hati iniku rasakan

seakansesaknya dadaku, tanpa rasa.

 

SungguhEngkau melihat segalanya.

tentangsebelum dan kesudahannya.

Akuyang putus asa, menggenggam nasib penuh malapetaka, aku tidak bisa menerimasemua ini ya Allah,

Mengapaharus aku, mengapa tidak orang lain,

Tidakkahkau dengar pintaku saban hari saban malam kepada-Mu,

Tidakkahkau tahu aku menyintainya melebihi diriku.

Akumerayu … hentikanlah rasa sakit ini daripadaku

 

Allahu,,,

mengapadunia ini begitu kejam melayaniku,

mengapadunia ini begitu jahat untuk aku bahagia.

Mengapa?

Tidakku sedari akan kuasa Tuhan

Tidakkusedari akan kehendak Tuhan

Tidakkusedari akan nikmat-Nya yang telah ku makan

Tidakpulaku tahu takdir yang tertulis untukku di lauhil manfuz.

Bilatakdir merentap hidupku, aku keliru, aku musnah, dan kecewa.

Keranaaku tahu, aku tak mampu mengundurkan waktu,

Keranaaku tahu, segala kehendak-nya

Lebihbaik daripada yang aku tahu.

 

 

Kesatlahair mata dan segala luka dan biarkan saja semuanya tersimpan tersimpan dalamdiari Tuhan-mu.

 

Saathari bahagianya

aku taktermampu memenuhi jemputan mereka,

dengansengaja aku bermusafir melihat dunia, tentu aku merasa lebih bahagia. Menikmatialam semesta yang penuh dengan anugerah Tuhan,

sesungguhnyaaku akan temui ubat hati dalam perjalanan, kerana aku yakin Tuhan masih sayangkan diriku

 

Sudahtiga tahun aku meninggalkan desa,

akukembali kerana hati ku mulai menerima segala rasa yang pernah mematikan ku.

akukembali untuk menikmati tanah, udara dan alam di tanah kelahiran ku.

 

Tanpasengaja aku bertemu mereka,

seakanhidupnya begitu bahagia,

sedikitrasa cemburu masih ada.

Tapiaku tahu, Allah ada.

Tentuada kenikmatan di sebaliknya.

 

Saatmereka datang menyapa, seolah-olah aku tak tahu berkata apa.

saatmenikmati suasana  nan indah,

sangsuami menunjuk ke arah pokok besar mengenangkan akan kisah cinta bersamanya,dimana dia menemukan sepucuk surat cinta, serta makanan yang selalu dihidangkan untuknya.

 

sangisteri seraya berkata, dia tidak pernah melakukannya, dia tidak gemar menulissurat atau membacanya, dia hanya sering ke sawah atas permintaan ibunya untukmenghantarkan makanan kepada ayahnya, dan terus berlalu pergi.

 

Sangsuami masih tercengang akan  surat-suratyang pernah di terima dulu, akan perhatian yang di berikan begitu mendalam.lantas dia melirih kearah aku, dan masih menanyakan siapakah di sebalik semuaitu.

 

Menariknafas panjang, inilah masa yang terluang dan akan aku katakan padanyasegalanya.

 

Wahaidikau,

duluyang aku cinta,

duluyang aku kasihi sepenuh jiwa,

telahkuletakkan separuh hidup ku akan pengharapan ku untuk bersamamu.

telahkusantuni dikau untuk memikat hatimu,

kuhantar surat-surat di bawah celah batu di bawah pokok yang rimbun itu, dimanatempat engkau berteduh, telah ku luahkan segala isi hati ku untuk memujuk mu.

telahkunyatakan hasrat ku ingin membina bahtera cinta bersamamu.

kuhantarmakanan agar kau tahu aku dapat menjagamu.

kautelah membalasnya dengan baik, segala surat yang kau baca kau tersenyum riang.sehingga surat-surat itu kau hanya balas dengan satu kad jemputan pernikahan mukepadaku.

 

Saatmulutnya menggumam dan matanya berkaca-kaca, akan kejamnya dia, hanya kata maafkeluar dari bibirnya.

 

Akuberharap maafmu, mengembalikan aku seperti dulu.

Tetapitidak semudah lidah mengutarakan kata.

 

Masihlagi rasa kecewa yang tersisa dan aku berharap dapat membuang segala rasa yangpernah ada.

Dan akuberharap cukuplah disini, tentang kau dan aku, aku tidak memusuhimu, tidak pulaingin menjadi temanmu, aku hanya ingin hidup bahagia walau tanpa ada kamu.semua itu sudah cukup bagiku.

 

Cintamanusia boleh membuat ku mati

NamunCinta pada Allah selepas mati serasa akan hidup kembali. Itulah kesilapankuyang cukup besar….
Dia lebih menyayangi lebih yang aku tahu.

 

Akutersentap dengan takdir Tuhan, seakan Dia tidak adil terhadapku, seakan duniaini begitu kejam. Tapi inilah takdir, kau bukan milikku, kau bukan jodohku.

Inilahtakdir yang kuasa, tinta tertulis tiada jodoh antara kita.

 

Allah,sungguh sakit saat aku mengatakannya.

Sungguhpahit untuk kurasakan semula,

KeranaEngaku selalu ada ya Robbi

hatiini adakalanya berhenti menangisi duniawi kerana akhirat adalah kehidupan yanghaqiqi.

Ampunkanlah aku,

Pilihlahaku menjadi kekasih-Mu.
Berikanlah aku kesempatan waktu untuk lebih mengenal-Mu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sara Zulfa