Home Novelet Thriller/Aksi Ubetok
Ubetok
NaimTamdjis
18/3/2017 21:06:57
8,120
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 5

AWALpagi itu Ajman tersenyum apabila terdengar Encik Asaari menjerit melihat semua dokumennya hilang. Ajman sengaja datang awal ke pejabat kerana mahu melihat tingkah laku Encik Asaari.

Satu pejabat heboh apabila ada pengawal memberitahu bilik Encik Asaari berhantu. Juruteknik dipanggil untuk memulihkan kembali dokumen asal, tetapi gagal. Mereka tidak dapat mengenal pasti di mana dokumen tersebut disimpan.

“Entah virus mana yang makan dokumen aku. Celaka! Sekarang aku kena buat balik kerja-kerja aku. Nasib baik ada simpan katpendrive. Tapi takupdate. Tak guna! Tak balik aku hari ni, ” marah Encik Asaari, geram.

Ajman hanya tersenyum mendengarnya. Di kepalanya sudah adaplan mahu mengenakan Encik Asaari.

“Kau! Kenapa senyum?” soal Encik Asaari memandangnya marah.

“Tak ada apa Encik Asaari,” jawab Ajman.

“Mesti kau sukakanpork. Entah-entah, kau yang buat semua kerja ni. Semalam kau balik lewatkan?” soal Encik Asaari.

“Tapi bukan saya yang buat. Saya tak masuk pun bilik Encik Asaari,” balas Ajman.

Encik Asaari mendapatkannya lalu meragut kolar kemejanya.

“Aku tahu kau marah aku beri amaran kepada kau, kan?” tebak Encik Asaari.

“Encik Asaari! Kenapa ni?” tegur Cecelia Wan.

Encik Asaari melepaskan kolar Ajman.

“Eh Cecelia Wan. Tak ada apa. Saja bergurau dengan Francis.”

Encik Asaari terus berlalu pergi.

Perumahan Awam Sri Melaka, Cheras

DI rumahnya, jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Ajman melihat Encik Saari masih lagi membuat kerja seorang diri di pejabat melalui skrin laptopnya.

Show time! Ooo... tadi kau rentap kolar baju aku, ya? Nasib baik aku lakigood-good aje tadi, kalau tak memang aku dah patahkan jari-jemari kau! Kau belum tahu aku siapa ha. Siaplah kau,” kata Ajman lalu menekan papan kekunci.

Pusat Penyelidikan PPUKM

ENCIK Asaari melihat jam di dinding,hampirpukul 10.00 malam. Dia masih ralit menyiapkan dokumen yang sudah hilang tanpa dapat dijejaki kembali. Nasib baiklah bosnya, Cecelia Wan faham dan memberi masa sehingga esok kepadanya untuk menyiapkan laporan yang diperlukan.

“Aduh... penatnya mata aku ni. Makan pun belum lagi. Perut dah berkeroncong ni. Hai… sikit lagi. Sunyi jugak pejabat ni. Tapi apa nak buat, kerja kena siap. Kalau duduk rumah, pening aku. Adik-beradik aku asyik memekak aje.”

Tiba tiba skrin komputernya bertukar hitam.

“Argh! Sudah. Apa pulak ni? Rosak ke komputer aku ni?” soal Encik Asaari lalu menepuk-nepuk skrin komputer.

“Aduh… janganlah rosak. Sikit lagi nak siap. Takkan komputer ni bermasalah lagi? Dah format kot.”

Lampu di luar biliknya terpadam dengan sendirinya. Encik Saari menelan air liurnya. Dia melihat ke arah luar biliknya yang kini gelap. Tiba-tiba, skrin komputer di luar, milik salah seorang staf terbuka dengan sendirinya.

“Punggah! Apa pulak ni. Jangan kacau aku oi. Aku nak buat kerja ni,” rayu Encik Asaari.

Kelihatan jelas skrin komputer itu menayangkan cerita Nang Nak. Skrin komputer yang tadinya hitam, tiba-tibasahaja memaparkan gambar-gambar Cecelia Wan yang ayu berkebaya Nyonya.

“Cantiknya kau Cecelia Wan. Kenapalah kau layan tak layan aku ni. Dari tiga tahun aku cuba… tapi kau tetap tak layan aku. Apa salah aku?” gumamnya sendirian.

Tiba tiba terpasang lagu ‘ I’m Creep’ darispeakernya.

“Eh hantu ni bergurau pulak. Baik aku keluar. Kalau esok dia orang tahu aku kena kacau macam mana. Aku penakut. Haru.”

Encik Asaari segera mengambilpendrivenya. Mujurlah dia sempat simpan segala maklumat kerja sebelum komputernya buat hal. Dia segera bangun dan mengambil beg sandangnya. Dia berlalu keluar dari biliknya dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling. Dia menuju ke pintu keluar lalu cuba untuk meleretkan kadnya, namun pintu tidak terbuka.

“Tak guna! Bukalah bodoh!” marahnya lalu cubaswipe kadnya beberapa kali, namun tetap gagal.

“Bodoh. Malang betul nasib aku hari ni.”

“Ha... ha... ha...” Kedengaran lelaki ketawa mengilai darispeakerbiliknya.

Apa lagi… berlarilah Encik Saari menggunakan tangga kecemasan.

Perumahan Awam Sri Melaka, Cheras

AJMAN ketawa berdekah-dekah. Dia puas dapat mengenakan Encik Asaari.

“Padan muka kau. Panggil akuPorklagi! Penakut! Nak Cecelia Wan tapi penakut!” katanya lalu ketawa.

Dia melihat skrin CCTV. Ajman berhenti ketawa. Satu lembaga putih berambut panjang berdiri di salah satu CCTV di muka pintu pejabat lalu ketawa sepertimana dia ketawa. Segera Ajman memadamkan video CCTV tersebut.

KEESOKAN harinya Encik Asaari datang ke pejabat seperti tiada apa yang berlaku malam tadi. Setelah masuk, dia membuka komputernya. Tidak lama kemudian, dia menjerit.

“Tidak!”

Beberapa orang pekerja terus meluru mendapatkan Encik Asaari lalu menenangkannya. Tapi Ajman sudah tahu punca Encik Saari mengamuk. Dokumen semalam yang telah disiapkan Encik Saari sudah dipadamkan sepenuhnya.

Puas hati aku, desis hati Ajman, puas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.