Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
21,906
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 008

 

 

 

008

 

 

APG, HQ Putrajaya

Jam 0930

 

     Moon tidak puas hati. Dia teringin sangathendak tahu apa yang dibualkan oleh dua insan yang sedang dilihatnya di CCTVdari pejabat keselamatan itu. Dia mengetap bibir. Geram. Hatinya yakin sangatpasti ada sesuatu.

     “Saya nak salinan rakaman CCTV ni ye.” Moonmemberitahu kepada pegawai bertugas.

     “Tapi ini bilik KP. Setiap salinan CCTV dibilik KP hanya boleh diluluskan oleh KP saja. Takkan Cik Moon tak tahu prosedurtu,”  perli pegawai tersebut menyebabkanmata Moon terjegil marah.

     “Saya kan PA dia. Selama ni okey je.” Moonsedikit marah.

     “Selalu cik Moon bawa surat khas dari KP.Kalau ada surat tu, saya akan uruskan tiada masalah.” Pegawai itu memberitahuyang dia hanya menjalankan tugas mengikut prosedur keselamatan yang betul.

     “Tak pe, sekejap lagi saya bawa turunsurat.” Moon mulai menyampah dengan sikap pegawai yang tak boleh nakberkompromi itu. Sebenarnya Moon tak boleh nak marah pun, kerana pegawai itumembuat kerjanya dengan betul.

     “Tak perlu surat tu cik. Sebab untuk tempohmasa ini, KP dah arahkan, tiada rakaman boleh dibuat. KP sendiri datang ke siniberitahu tadi. Dia kata, hanya boleh dipantau kalau-kalau ada apa-apa yangmencurigakan tapi tak boleh dirakam. Dia dah pastikan saya disabledkan fungsi rakaman pun. Jadi cik boleh tengok sajalah,macam saya.” Pegawai itu ketawa kecil tetapi muka Moon masam mencuka.

     Mereka terus memberi fokus kepada monitorCCTV. KP pastilah telah memikirkan semuanya. Dia tentu sekali-kali tidak akanmemberi ruang kepada sebarang kebocoran rancangan liciknya.

    

 

APG, HQ Putrajaya

Jam 0931

 

     KP memandang kepada Dahlia. Dia tahu hanyadengan sedikit tekanan saja lagi, ragu-ragu di hati Dahlia akan lebur.

     “Sebagai balasan pekerjaan ini, semuaperbelanjaan rawatan Dani akan ditanggung sehingga sembuh. Malah tiketpenerbangan ke India juga sudah ditempah. Lia ada 2 minggu untuk uruskan semuaurusan Dani termasuk perubahan baru yang perlu Dani adaptasi. Cukupkah masa 2minggu untuk Dani belajar bahasa Urdu?” KP memandang Dahlia menanti jawapan.

     “InsyaaALLAH, Lia cuba. Selalunya belajarbahasa baru, Dani tak ada masalah. Seminggu dia tengok CD, dah boleh bercakapsikit-sikit.” Dahlia memberitahu tentang kebolehan istimewa adiknya yang mahirberbahasa asing dengan hanya belajar di televisyen. Setakat ini, Dani sudahmahir 5 bahasa. Menambah satu lagi bahasa bukanlah masalah kepada Dani. Yangmenjadi masalah utama Dani adalah menangani perubahan di tempat baru.

     “Bacalah dulu. Lia ada sampai tengahari niuntuk memahami semua isi fail tu. Jika ada apa-apa nak tanya pakcik, bolehminta Moon panggil ye.”

     “Baiklah pakcik. Lia akan teliti fail ni.”

     “Ingat Dahlia, pakcik percayakan kamu.Bukan semua orang diberikan tawaran berharga ini. Jangan sia-siakan. Ini satu-satunyapeluang untuk merawat Dani.” KP menyelit amaran.

     “Ya, saya tahu. Saya akan cuba untukmemenuhi dengan dedikasi. Terima kasih bagi saya peluang.”  Dahlia berjanji.

     Dia tahu inilah peluang keemasan untuk diamembantu adiknya yang disahkan menghidap Autism pada usia 2 tahun itu. Dalamdunia Dani, intervensi awal sangat penting. Semakin cepat usaha untuk memulihdilaksanakan, akan lebih cerah peluang untuk membantu Dani. Dia tidak mahutunggu lagi. Dia sudah penat menunggu.

     “Jangan ambil masa lama sangat dengan failtu. Lagi cepat siap, lagi cepat kita boleh mula kerja. Sebaik tandatangan suratpenerimaan tawaran, saya akan minta Moon bawa Lia shopping.” KP memberitahu sambil menjeling jam di pergelangantangannya.

     “Shopping?”Dahlia kerut dahi. Dia merayapi pakaiannya sendiri, mencari kurang dimana-mana.

     “Cik Ivy Dahlia. Tak ada kurangnya carapemakaian Lia. Cara ni dah boleh memikat hati ibu mertua. Cuma, untuk memikathati Jade, Lia kena lebih menawan dan nampak elegen.” KP memberi penjelasanmembuatkan rahang Ivy Dahlia hampir terjatuh.

     “Jangan risau, saya dah tinggalkan sejumlahwang kepada Moon. Dia akan bawa Lia ke The Gardens. Kalau tak jumpa juga apayang dikehendaki, nanti cari masa ke Singapura atau Hong Kong. Kalau tak jumpajuga, pergi ke London, New York, Milan…”

     “Jumpa… jumpa… insyaaALLAH.” Cepat-cepatIvy memotong cakap KP sebelum destinasi membeli-belah menjadi lebih panjangsenarainya. Takkanlah sampai kena membeli-belah ke luar negara hanya untukmemikat seorang jejaka. Entah apa-apa, Dahlia tidak nampak logik di mana-manasekadar membuang masa dan wang saja.

     “Pakcik keluar dulu.” KP menyembunyikansenyumannya melihat tingkah Dahlia yang sebegitu. Ternyata jeratnya sudahmengena.

     “Aaa? Ye… ye…” Dahlia bangun untuk menghantarKP ke pintu tapi ditegah lelaki itu. Punyalah gementar dia menerima tugasan sampaiberselerak fail di tangan. Kelam-kabut dia mengutip kertas-kertas beserta fotoyang bertaburan di lantai.

     “Err, Pakcik…” Dahlia mengangkat kepalanyasambil memegang sekeping foto lelaki yang diperkenalkan sebagai Jade kepadanya.Ada sesuatu yang ingin ditanyakan tetapi ketika itu KP sudahpun tiada.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.