2,860
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
BAB 1 Cermin
SELURUH bilik berbau wangi dengan harumanminyak wangi jenama J’adour kesukaan Wina. Winamembelek wajah di hadapan cermin sambil tersenyummanis. Hari ini, dia mahu menghadiri majlis sambutan harilahir rakan sepejabatnya, iaitu Remi. Lelaki kacak pujaanWina yang ala-ala model Hindustan di dalam cerita Raaz.“Amboi... lawanya kau hari ni. Macam orang nakbertunang pulak,” tegur Siti dengan senyuman melirik.Dia menghampiri Wina sambil merangkul lengangadis itu. Wangian J’adour mencucuk hidungnya. Diajuga mengintai bayangnya di dalam cermin sekali imbas.Senyuman manisnya terbias dari dalam cermin.“Kau pun apa kurangnya,” puji Wina, lantasmeninggalkan Siti menghadap cermin seorang diri.Dia mengemaskan baju-baju yang bersepah di ataskatil. Disangkutnya kembali kesemua baju itu ke dalamalmari. Jenuh juga dia hendak memilih pakaian yang sesuaidengan majlis lelaki pujaannya. Akhirnya, baju kurungmoden warna krim ini yang dipilihnya.“Tapi perlu ke kau melawa sampai macam ni sekalidemi lelaki hipokrit tu, Wina? Aku tak nak kau terlukakemudian hari. Kau pun tahukan yang dia bukannya ikhlaskawan dengan kita. Entah apalah niat dia bila ajak aku dankau ke majlisnya tu,” ujar Siti, meluahkan kebimbangannya.Bibirnya dimuncungkan usai meluahkan apa yang dia rasa.410 • JULIE JASMINKetika kedua-dua gadis itu sedang sibuk berbicara,tanpa disedari satu bayangan terbentuk daripada kepulanasap yang wujud di dalam cermin. Bayangan asap putihitu membentuk satu figura wanita yang sempurna, namuntiada wajah. Bayangan itu memerhati gadis-gadis itu denganpandangan garang.Wina masih ingat kali pertama dia diperkenalkan denganRemi. Ketika itu, hatinya tiba-tiba berdebar-debar danmukanya terasa panas. Masakan tidak, lelaki itu memberikansatu senyuman yang menggoda. Sampai termimpi-mimpidalam tidurnya. Maka bermulalah angan-angan indah Wina,seorang gadis yang sederhana dan manis orangnya.“Awak ni staf yang baru masuk tu, kan?” soal Remidengan senyuman tersungging manis di bibirnya yangberkumis nipis.Wina juga mengukir senyuman manis. Dadanyaberdegup laju. Tiba-tiba dia menjadi buntu seperti barulepas bangun daripada mimpi. Wina, gadis kampung yangbaru menetap seminggu di bandar. Apabila ditegur lelakiala-ala model, mulalah perasaan teruja membaluti jiwa.Dalam hati Remi yang iras-iras pelakon Dino Moreo,hero dalam filem Raaz itu penuh dengan kata-kata kutukandan cemuhan.Hekeleh, dari manalah datang perempuan ni?Tersenyum-senyum macam kerang busuk! Ejek Remi dalamhati. Namun, senyuman masih mampu terlukis pada wajahRemi yang penuh dengan sifat kepura-puraan.Sebulan sudah berlalu, Wina melakukan kerja-kerjapejabat seperti biasa. Dia menerima layanan yang baikdaripada kawan-kawan pejabatnya, terutamanya Siti. Sitimerupakan gadis yang berasal dari kampung di Muar.Orangnya lembut dan baik hati. Malah, mereka telahmenjadi kawan baik dan tinggal serumah pula.Wina rajin dan cekap membuat segala tugasannya,SIRNA SERI • 411maka dia selalu dipergunakan Remi yang suka mengambilkesempatan atas kerajinan dan kelemahan orang lain.Senanglah dia menggula-gulakan Wina. Dengan hanyabermodalkan wajahnya yang kacak macam hero Hindustanserta kata-kata manis, dengan mudah saja dia pergunakanWina. Gadis tu saja yang tidak tahu sebab sudah dibuaiperasaan indah.Siti yang nampak niat jahat Remi, sudah beberapa kalimemberikan nasihat dan amaran kepada Wina. Tetapi,semua cerita buruk pasal Remi hanya mendapat balasansenyuman saja daripada Wina. Tegar betul gadis itu.“Biarlah Siti apa pun niat dia, asalkan dia cari akubila nak minta tolong untuk siapkan kerja-kerja dia. Tumaknanya dia ingat selalu kat aku,” jawab Wina sambilketawa dengan perasaan bangga.Hatinya berasa kembang bila lelaki paling kacak dalampejabat mencarinya untuk menyelesaikan kerja. He...he...he... terasa macam orang penting pula. Siti sudah tak terkataapa. Dia hanya mampu mengangkat bahu dan menggeleng.Semoga kau tak akan menyesal kemudian hari nantidahlah, keluh Siti dalam hati. Dia simpati dengan nasib Wina.Kalaulah Wina terdengar apa yang pernah diperkatakanRemi tempoh hari tentang dirinya, pasti hancur hati gadisitu. Semoga ALLAH sentiasa melindungi insan bernamaWina ini.Sebagai kawan, Siti cuba melindungi Wina setakatterdaya. Setiap kali Siti bertembung pandang dengananak mata Remi, perasaan bencinya semakin meluap-luapbagaikan air panas yang sedang mendidih sehingga 200darjah Celsius! Dia tidak faham apa yang Remi bencikansangat dengan Wina. Tetapi, muka masih tidak malu bilapandai minta tolong Wina untuk menyiapkan kerjanyasetiap hari.“Hei Remi!” panggil Zaki.412 • JULIE JASMINDia sama saja bersekongkol dengan Remi dalamkomplot hendak mempergunakan Wina. Dialah batu apinya.“Happylah kau, lagi seminggu aje lagi nak sambutbirthday,” ujar Zaki.Dia sempat mengerling ke arah Wina yang sedangtekun menaip sesuatu di dalam komputernya.“Kau tak ajak Wina datang sekali ke? Dia kan staffavourite kau?” perli Zaki sambil mengenyitkan mata kirimembuatkan hati Remi terbakar.Tiba-tiba terpacul ketawa mengejek dari kerongkongnya.Remi membuntangkan mata dan membuat muka yangmenjengkelkan. Diherotkan bibirnya.“Oh, please! Takkan aku nak ajak ‘kucing busuk’ tudatang ke majlis aku yang kelas tu? Hisy, buat rosak sceneryaje nanti. Buat apa?”Selamba saja kata-kata ejekan itu keluar dari bibirRemi yang tidak ada insurans. Langsung tak ada perasaanbersalah.“Ha...ha...ha... betul jugak tu. Buat apa, kan? Nantirosak pulak hari special kau,” sokong Zaki, ketawa sambilmelabuhkan punggung di sisi meja Remi.Dia duduk bersilang kaki. Nampak berlagak semacampenuh dengan ego. Matanya masih melirik ke arah Wina.Bam!!!Tiba-tiba tumpuan Zaki termati dengan kemunculanfail merah atas meja Remi. Siti sengaja meletakkan fail itudengan kasar untuk memberi sedikit kesedaran pada duaorang lelaki yang tidak sedar diri itu. Macamlah mereka itusempurna sangat! Kalau ALLAH ambil semula apa yangada pada mereka...hah, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.“Hoi! Tak boleh letak baik-baik ke? Main campak aje!”sergah Zaki dengan renungan tajam.Siti menjeling.“Harus ke aku letak baik-baik?” sergah Siti sambilSIRNA SERI • 413membulatkan sepasang matanya yang bundar.Kemudian, Siti terus meninggalkan kedua-dua lelaki egoitu dengan garangnya. Panas betul hati Siti apabila melihatgelagat kedua-duanya. Lebih-lebih lagi bila telinganyaterdengar apa yang dibicarakan mereka berdua.SEBUAH teksi berhenti di hadapan sebuah rumah teresdua tingkat, lalu seorang gadis turun dengan tubuh yangterbongkok-bongkok sambil menahan tangisan. Bagaikanhari ini adalah hari yang amat malang bagi dirinya. Apa sajayang dilakukan semuanya tidak betul dan membawa dukanestapa pada diri sendiri.Lelaki yang dipujanya dan angaukan setiap hari tidakmempedulikan perasaan hatinya yang halus. Selama ini, diaamat memandang tinggi pada lelaki pujaannya itu. Namun,segalanya musnah apabila lelaki itu telah menghinanyadan menginjak-injak maruahnya di hadapan rakan-rakansepejabat yang lain. Betapa malunya dia, hanya TUHANsaja yang tahu.“Kenapa pulak aku mesti terima hadiah ni? Selama ni,aku baik dengan kau pun sekadar nak kau siapkan kerjakerjaaku aje.”Anak mata Remi menikam tajam wajah Wina. Satutolakan kasar ditujukan ke arah bungkusan hadiah berwarnabiru turquoise dalam tangan Wina lantas tercampak di ataslantai.Wina terkesima dengan perlakuan Remi. Dia hanyatercegat kaku bagaikan patung. Tidak tahu bagaimanahendak memberi respons dalam situasi begini. Ia berlakubegitu pantas. Fikiran Wina terus kosong. Wajahnya mulaterasa panas. Perasaan malu mula merayap dan menyelinapdalam hati. Beberapa pasang mata mula melirik mahumengintai cerita.414 • JULIE JASMIN“Hei, Remi! Kenapa kau buat macam tu? Tu kan hadiahuntuk kau?” marah Siti.Siti sudah lama simpan perasaan marahnya terhadapRemi. Dia sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi.Perangai Remi sudah sangat melampau!“Aku tak perlukan hadiah daripada dia ni!” jerkah Remidengan angkuh.Remi menjeling Wina. Wina menunduk menahanperasaan sebal yang sedang mencengkam hatinya. Tidaksangka Remi berkelakuan begitu terhadapnya. Lelaki itutelah berubah 360 darjah.“Siapalah yang nak kawan dengan perempuan kunomacam kau ni? Dahlah tak cantik!” kutuk Remi sambilmenyungging senyuman sinis.Sepasang matanya melemparkan pandangan penuhmenghina. Perlahan-lahan Wina mendapatkan hadiah yangtergolek di atas lantai. Dipungutnya dengan hati yang sebal.Sedih diperlakukan bagaikan kain buruk oleh Remi.Bunyi serpihan kaca berderai mengiringi bungkusanhadiah yang dipungut Wina. Dalam kotak hadiah itu, Winamenghadiahkan sebuah kapal layar yang diperbuat daripadakristal, khas buat Remi. Berjuraian air mata Wina. Hatinyahancur bagaikan deraian kristal di dalam kotak hadiah itu.“Dahlah perempuan, kau tak perlu tagih simpati akukat sini. Lebih baik kau balik. Jangan buat malu diri sendiri.Blahlah!” halau Remi tanpa perasaan kasihan walau sebesarkuman pun dalam hatinya.Malah, rasa meluat sedang marak membakar hati Remi.Wina masih terpaku di situ. Fikirannya kosong. Segalaimbasan peristiwa yang dilaluinya semasa di pejabat berputarligat dalam fikiran. Saat-saat manis yang dilaluinya semasamembuat tugasan pejabat untuk lelaki pujaannya itu.Kebaikan yang diberi, tetapi tuba yang dibalas!Wina melangkah masuk ke dalam rumah dengan sisaSIRNA SERI • 415rembesan air mata masih bertakung di tubir mata. Pipinyajuga masih kebasahan. Malas dia hendak ambil pusing.Biarlah air mata itu tetap di situ. Fikirannya berserabutmengingatkan kejadian yang memalukannya tadi ketikasambutan hari lahir Remi. Tidak sangka Remi bolehmalukan dia dalam majlis terbuka begitu tanpa perasaanbersalah. Kejamnya!“Tak guna punya jantan! Ooo... selama ni kau tak ingat,akulah yang kau cari bila nak siapkan semua kerja kau. Takguna!” bentak Wina sambil menghempas daun pintu.Laju saja Wina mengayun kaki masuk ke dalam bilik.Perasaan geram, marah dan sedih bercampur-baur dansemakin ligat merobek hatinya.Beg tangan berwarna merah darah dicampak kasardi atas katil. Perasaan marahnya masih belum terlerai.Kebetulan ketika ini, anak mata Wina terpandangkansepasang gunting di atas meja solek lalu diambil lantasdilontarkan sekuat hati ke dinding.Ting!!!Gunting itu terpelanting apabila bertembung dengandinding. Lalu tergeletak di atas lantai berhampiran katildengan mata gunting tercacak di atas.“Dahlah tak cantik! Tak cantik! Tak cantik!”Terngiang-ngiang lagi di gegendang telinga Wina katakataejekan daripada mulut Remi. Tak cantik? Pentingsangat ke kecantikan tu? Bukan ke aku ni ALLAH dahjadikan cukup sempurna.Wina menuju ke arah cermin solek. Wajah yangterpampang di dalam cermin ditelek dengan penuh khusyuk.Tiada apa yang kurang. Matanya bulat, tidak pula sepet.Mulut, hidung, pipi malah keningnya juga tebal terbentuk.Apa yang kurang?Wina masih merenung dirinya di dalam cermin sejak 15minit yang lalu. Masih tidak berubah tempat dari tadi. Masih416 • JULIE JASMINduduk berteleku di hadapan cermin solek sambil merenungdiri sendiri. Kali ini, tiada air mata menemani atau tangisanyang kedengaran.Wina pulang bersendirian di rumah tanpa ditemani Siti.Bukan Siti tidak mahu ikut pulang bersamanya, tetapi Winayang menghalang.“Jom, Wina! Kita balik. Tak guna kita datang majlisorang bongkak macam ni,” ajak Siti sambil merentaptangan Wina. Dia mahu menyedarkan gadis itu daripadakesedihannya yang melampau.Siti menjadi cuak apabila Wina tidak berganjak daritempat dia berdiri. Kakinya bagaikan sudah melekat di ataslantai dewan hotel itu.Siti mula panik dan kurang sabar apabila melihatkeadaan Wina yang mencurigakan. Jangan perempuan nihisteria kat sini dahlah, doa Siti dalam hati. Dadanya mulaberombak laju menghela nafas yang menjadi semakinpendek setiap minit. Siti mula cemas apabila Wina hanyamematungkan diri sejak tadi sambil memegang bungkusanhadiah yang tergolek di atas lantai akibat ditepis Remi.“Aku nak balik seorang-seorang, nak tenangkan diri,”ujar Wina perlahan, namun masih dapat didengari denganjelas di telinga Siti.Dari situlah Wina mengambil teksi dan pulang kerumah sendirian.Jam meja menunjukkan sudah pun pukul 10.00 malam.Wina masih lagi merenung wajah di dalam cermin solek.Apa kurangnya aku ni? Mata? Mulut? Tapi semuanyalengkap dan dah sempurna ALLAH jadikan. Tapi kenapaRemi tak suka aku dan dia kata aku ni tak cantik pulak?“Wahai cermin, lihatlah aku.”Dalam kebingungan, Wina mula memandang cermin.Jari-jemarinya lantas menyentuh permukaan cermin denganpenuh emosi. Sebelah tangan lagi meraba pipinya yangSIRNA SERI • 417mulus tanpa sebarang cela. Dia sendiri hairan, apa kurangnyadia pada mata Remi?“Kenapa dia kata aku tak cantik?” soal Wina sambilmemandang cermin solek.Wina mula menangis teresak-esak semula di hadapancermin solek lalu menunduk menekup wajah pada lengan.Keadaan bilik kelihatan suram. Wina membiarkan sajatingkap bilik sedikit terbuka dan cahaya dari lampu jalanmenerobos masuk. Langsir oren susu melentuk-lentuklembut dibelai angin malam.Ketika Wina sedang melayan perasaan sayu, kepulanasap mula muncul di dalam cermin solek. Lama-kelamaanmembentuk satu sosok tubuh wanita langsing dan tiadaberkepala! Tubuh itu bagaikan sedang memerhatikan Winadengan diam dan menunggu Wina.Pada waktu yang sama, tidak semena-mena tubuh Winaberasa seram sejuk. Bulu romanya mula meremang danberdiri tegak hingga ke ubun-ubun kepala. Wina berasatidak selesa. Bulu tengkuknya mula merinding. PerlahanlahanWina mengangkat muka. Niat hati hendak melihatkeadaan di sekeliling bilik kalau-kalau ada yang tidak kena.Badannya berasa tidak sedap. Terasa seperti ada matayang sedang memerhatikannya dalam diam di dalam bilikitu. Dia menoleh ke kiri dan kanan perlahan-lahan sebelummemandang ke hadapan. Lalu pandangannya bertembungdengan bayangan tubuh tidak berkepala di dalam cermin!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.