Khairil mula
mengimbau peristiwa hari itu. Sungguh dia marah apabila terimbau peristiwa yang
baru 2 minggu lepas. Gara-gara seorang perempuan, demam dibuatnya.
“Eh, yang kau
buka tingkap kereta tu dah kenapa?” marah Khairil terhadap gadis disebelahnya.
Bukannya reti duduk diam. Naik kereta tanggan pun turut menjalar sama. Macam
budak kecil. Khairil terus memandu memasuki kawasan yang agak kecil, jalan
shortcut katanya. Di sepanjang jalan shortcut itu, ada terusan kecil yang
airnya keruh dan cetek.
“Saya nak tengok
pemandangan di luar je. Saya tak pernah lalu jalan ini. Takkan tak boleh?”
balas Auji. Sambil tangannya melambung-lambung pursenya yang berwarna cream
chocolate. Macam budak budak, tangan tak boleh duduk diam. Bisik Afiq di dalam
hati apabila melihat perlakuan anak jiran rakan karibnya itu.
“Kalau nak
tengok pemandangan luar pun, tak payahlah sampai buka cermin kereta. Tengok je
la depan. Faham?” sabar Ril, budak hingusan ini, memang mencabar kesabaran aku
nampaknya. Belum sempat Khairil menaikkan cermin tingkap automaticnya, gadis
disebelahnya menjerit.
“ HOI, yang
kau menjerit kenapa?” marah Khairil.
“Berhenti
kereta cepat. Stop the car.” Beritahu Auji kalut. Khairil yang memandu cepat
cepat berhentikan kereta di bahu jalan.
“Now
what?”kata Khairil mencerlung tajam kearah gadis yang gelabah disebelahnya.
“Purse saya.
Purse saya terjatuh dalam air tue.” Kata gadis itu tergagap-gagap sambil
menunjukkan di mana pursenya jatuh. Terbeliak biji mata Khairil melihat arah
yang ditunjukkan gadis tersebut. Terasa darahnya naik sampai ke tahap
maksimum. Ya Allah kau tingkatkanlah
kesabaran terhadapku. Apalah dosa yang aku buat hingga betemu budak seperti
ini. Ampunkanlah segala dosaku. Khairil
berdoa di dalam hati.
“ So, macam
mana, kau nak purse kau atau kau nak biarkan ja purse kau?”, ujar Khairil
tenang.
“Nak, saya
nak purse saya, macam-macam ada dalam tu, ic la, tapi takkan saya nak turun ambik.
Bahaya untuk gadis macam saya turun ke tempat yang macam tu. Awak turun
ambikkan boleh tak?”pelahan dan lembut suara Auji meluahkan pendapatnya.
“Dah kenapa
aku pula nak turun ambikkan. Bukan purse aku. Purse kau. Lagipun berapa sangat
purse kau yang lusuh tu, beli baru je la.” Balas Khairil tenang. Seronok.
Itulah padahnya tangan tak reti duduk diam. Melambung-lambung sangat purse.
Kalau boleh
diputarkan masa, aku harap sangat yang bukan aku yang pergi menjemput perempuan
itu. Nada keluhan keluar daripada mulut Khairil Amin. Menyesal aku. Bukannya
sakit hati sahaja yang dapat malah demam sekali. Serabut kepala otak aku.
Dengan due line date, kerja yang tertangguh, wuhh, serabut kepala aku seminggu
lepas.
“So, macam
mana kau boleh demam kalau kau suruh anak jiran aku yang turun dalam terusan kecil
itu?” soal Afiq yang semenjak tadi mendengar keluhan rakan karibnya itu.
“The end of
story aku yang turun, sebab apa kau tahu tak? Bila aku suruh dia yang turun,
muka dia dah nak menangis sudah. Air mata tu sikit lagi ja nak jatuh ke pipi.
Bro, bab- bab itu aku lemah weh. Itu
pasallah aku yang basah kuyup balik rumah kau. Sudah. Malas nak cerita pasal
minah tu. Jom kita pekena nasi khandaq dulu sebelum masuk kerja.” Ujar Ril lalu
membelok keretanya masuk ke ruang parking Nasi Khandaq Kayu yang terkenal
dengan keenakkannya.
************************
Hujan. Hujan mula
menimpa bumi di petang hari. Selalunya petang-petang begini memang akan hujan
tetapi bagi manusia seperti diriku tidak pernah ingin belajar daripada pepatah
Melayu, sediakan payung sebelum hujan, bila sudah hujan bergini, barulah
menyesal. Aku mula menggorak langkah
kearah kereta Myvi miliku. Aku perlu sampai ke Mango Paradise sebelum pukul
5.00 petang. Nasib baiklah jalan ke Mango Paradise tidak sesak, bolehlah aku
singgah sebentar di rojak Pak Samad di tepi Kime Hotel. Memang teringin benar
aku dengan rojak Pak Samad. Mengidamnyaa.Tapi kena jumpa client dulu nampak gayanya. Aku terus mencari parking di Mango Paradise. Nampaknya hujan
masih tidak berhenti. Jam ditangan aku belek, sudah menunjukkan pukul 4.55
minit petang. Aku mula melangkah keluar daripada kereta Myvi aku, dan terus
berlari kearah pintu masuk Mango Paradise. Aku mencari gerangan pemilik nama
Khairil. Tangan aku mula membetulkan hood sweater yang aku sarung bagi mengelak daripada hujan yang sememangnya basah akibat daripada hujan. Aku terlihat seorang lelaki yang duduk di
penjuru sudut ruang ini, sepertinya dia menanti seseorang. , Pasti itu orang
yang aku cari lalu aku menghampirinya.
“Assalamualaikum,
Encik Khairil?” soalku apabila berada di meja lelaki tersebut. Tapi bukan
jawapan yang aku dapat, malah terkejut aku melihat lelaki itu.
“Awak?” serentak kami
bersuara, apabila sedar yang kami mengenali satu sama lain.
“Ya saya, Khairil, dan
awak adalah Nurul Auji dari Unique Plannet?” balasnya tenang dan tepat matanya
merenung kearah mataku. Aku hanya
mengangguk perlahan-lahan. Aku lihat tangannya mengisyaratkan aku supaya duduk
didepannya. Fail biru aku letakkan di atas meja yang beralaskan kain berwarna
cream caramel itu.
Aku cuba bersikap
professional. Dia boleh bersikap professional takkan aku tidak boleh. Ketepikan
dahulu soal lain. Yang penting, dia client kau yang pertama yang banyak songeh. Ingat Auji, kau
baru dua bulan bekerja, jangan cari bala. Nasihat aku untuk diri sendiri. Aku mengukir
senyuman yang entah ikhlas atau tidak.
“Maafkan saya Encik
Khairil,..”
“Saya rasa cukup
sekali saya menegur, just call me Khairil,” tegas suaranya sambil matanya tidak
lepas memandang kearahku.
“Baiklah. Saya
sebenarnya baru dalam bidang ini, if im wrong, correct me, so just to save our
time, im straight to the point, im just wanna to ask the concept of the event
that you want to celebrate your parents anniversery.”jelasku, sebenarnya, aku
tidak lagi gugup kerana orang yang berada dihadapanku, adalah orang yang aku
kenal. Mungkin itulah salah satunya, aku dapat bercakap dengan lancarnya.
“Boleh tak kita order
makanan dahulu?”soalnya. Lalu memanggil waiter.
“ Fruit Paradise and
give me one Cocktail Manggo” pesannya lalu menutup buku menu tersebut, dan
serahkan kepada waiter tersebut. Dia terus memandang aku. Aku mula gelabah,
kenapa dengan dia ni hari ni.
“One Fruit Paradise,
but I don’t wan dragon fruit, replace with mango.” Beritahuku. Lalu waiter
tersebut berlalu. Aku mula memandang orang dihadapanku. Dia hanya melihatku.
Santai. Sambil tangannya bersilang kemas memeluk diri, aku brtambah kekok
apabila mata kami bertembung. Hati mula tidak sedap.
“ Dunia nyata tak
luas. So, kau dah boleh soal aku apa yang kau nak tanyakan perihal anniversary
tu.” Sambil membetulkan kedudukan, aku terus memandangnya, mengambil fail lalu
membukakannya.
“Terlalu formal.
Semak” katanya dengan nada yang perlahan tetapi masih dapat aku dengari dan dia
mengukir sedikit senyuman sinis ke arahku. “ Kalau kau nak kerja lama di UP
better kau practice dari sekarang jangan terlalu formal sangat. Kita sekarang
dah canggih, alaf 21, takkan masih nak catit pakai pen kertas.” sambungnya
lagi. Sabar Auji. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya
perlahan-lahan. Tangan aku mula menutupkan kembali fail, lalu kuletakan di
ribaku.
“Sorry. I just want to
know about the exactly what do you want for your parent anniversy? Like theme
or suggestion to make it special and so on..”
“As you know my
parents both of them are doctors. So, aku nak kau relate kerjaya my mom and my
dad dan yang paling penting aku tak nak cek. Cliché. Something yang fresh,
santai tapi tetap grand. Sebab tu aku pilih UP. Sebab aku SANGAT yakin UP akan
beri apa yang aku mahukan.” jelasnya
sambil menekanan SANGAT.
“Noted. Perlu ke
anniversary tu diadakan di Hotel Palma? To me, if nak buat something different
and fresh, better we set up dekat tempat yang lebih informal. Trend sekaramg
more like garden, or tempah restorant and we can decorate it.” jelasku sambil
memandang kearah anak matanya yang sememangnya pekat hitam tu. For sure, dia ni
tak dak darah campuran. 200% melayu tulen. Dia hanya memandang sahaja kearahku.
Mungkin sedang memikirkan idea tersebut. Lengan baju kemejanya mula
dilipatkannya ke paras siku. Melonggarkan sedikit tali lehernya.
“ Jom makan dulu. Saya
lapar sangat.” katanya pelahan. Entah kenapa aku tak dapat nak predict
karakternya yang sebenar. Tadi macam singa sekarang, macam kucing betina
lagaknya suaranya. Pelik. Aku melihatnya yang mula menyuapkan buah buahan ke
dalam mulutnya. Aku turut melakukan hal yang sama. Hanya sepi menemani kami
menyantap buah- buahan yang segar ini. Memang tidak menghampakan Mango
Paradise.
“Kau bagi plan kau
dekat aku esok jam 3.00 ptg, then aku decide sama ada nak buat dekat hotel ke
tidak.” Katanya sambil menyuapkan dragon fruit yang terakhir ke dalam mulutnya.
Dia mula berdiri tanpa menunggu jawapan daripadaku. “Jangan call aku untuk
benda yang remeh temeh. Faham?” katanya lagi sebelum berlalu pergi.
Kalau 10 client aku
macam ni, tak ke gila aku nanti. Nasib kau la Auji.