Home Novelet Keluarga Isteri dari neraka
Isteri dari neraka
Salomaa
10/2/2017 17:13:20
6,744
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 6
  

“Kak Sal….” Panggil Amran.        

Wajahnyamuram tanpa sebarang senyuman. Seperti langit yang mendung dan awan hitamberarak dilangit. Menunggu masa untuk menurunkan hujan. Sal menoleh sekilasmelihat Amran yang sedang melabuhkan punggung dikerusi makan sebelum diakembali menyambung kerjanya mencuci pinggan mangkuk didalam sinki.

“Kak, kenapa benda ni boleh jadi macam ni? Am stress!” adu Amran. Dia menggarukepalanya yang tidak gatal. Kasar. Sehingga rambutnya menjadi kusut tidakterurus.

“Akak rasa semua ni sebab Am sendiri. Masa Am baru kahwin dulu pun akak dahpesan. Duduk sehari dua aje rumah mak ni. Lepas tu cari rumah sewa, duduksendiri. Makan ke… tak makan ke, tu antara Am dengan Su,” balas Sal tanpamenoleh.

“Jadi, kak Sal nak cakap semua ni jadi, sebab Am lah. Macam tu?” soal Amran.Wajahnya sudah kemerahan menahan marah. Lain yang diharap, lain pula yangmendapat.

“Bagi akak, dua- dua pun salah. Lepas kahwin, Am tinggal dengan mak sampaisetahun. Am pindah pun baru beberapa hari ni je kan. Am selalu tak balik kerumah dan tinggal Su sampai dua tiga hari sebab lepak dengan kawan- kawan. Amtahu ke apa jadi pada pada Su kat belakang Am? Akak bukan nak menuduh atau jadibatu api, tapi anak sendiri dengan menantu pasti lain layanannya. Akak dah rasasemua ni sebelum Am lagi.” Tambah Sal sebelum berlalu meninggalkan Amranbersendirian. Cuba mencerna apa yang dikatakan kakak iparnya sebentar tadi.

Amranbangun dari duduknya dan melangkah masuk masuk ke dalam bilik. Tubuhnyadihempaskan ke atas katil. Kepalanya berdenyut- denyut. Panadol diatas mejapada sisi katil diambil lalu ditelan kesemuanya sebanyak lapan biji. Diamemejamkan mata dengan tangan kanan diatas dahi. Akhirnya dia terlena apabilakesan ubat sudah bertindakbalas pada tubuhnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Salomaa