Home Novelet Fantasi WIRA
WIRA
KaryaToku
22/11/2016 12:02:54
62,352
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Bab 30

2tahun telah berlalu sejak Listari telah ditewaskan. Perasaan menjadi Wira masihterasa di hati mereka semua. Mereka kini mempunyai hala tuju masing-masing.

Faizalkini telah pun bekerja di Jabatan Alam Sekitar sebagai Pembantu Pegawai. Lailapula sebagai pembantu chef di sebuah hotel di Bandar Batu Putih. Khairul,Saiful dan Ramli pula pulang ke kampung. Khairul kini menjadi seorang usahawandi kampung. Saiful pula bekerja sebagai kerani di sebuah agensi perakaunan.Ramli kini lebih positif. Dia mengambil kursus kemahiran dalam bidang automotifdan kini dia bekeja sebagai seorang mekanik di pekan yang tidak jauh darikampung. Fathia pula sudah menjadi seorang jururawat di sebuah hospital swasta.

Ataspermintaan Faizal, Pak Megat kini telah berkahwin dengan Nek Timah. Nek Timahyang dahulunya asyik tinggal bersendirian, membuatkan Faizal risau kerana usianeneknya yang makin meningkat. Dengan adanya Pak Megat, Nek Timah lebihterjaga. Kini, mereka tinggal bersama di kampung.

Merekakini megejar cita-cita mereka. Semua cincin sakti telah pun diserahkan pada PakMegat dan disimpan dalam Peti Khas di bawah jagaan Nek Timah. Mereka tahubahawa mungkin Listari sudah tiada. Namun, ancaman lain yang akan menggugatkedamaian manusia mungkin akan tiba.

Padasuatu hari, Faizal mengajak mereka yang lain untuk bertemu di kampung semulaselepas dua tahun tidak berjumpa. Maka, yang lain bersetuju dan bertemu dirumah Nek Timah. Faizal sangat melihat mereka semua masing-masing sudahmempunyai hala tuju.

 

“Sekejapmasa berlalu.. Dah dua tahun..” kata Laila.

“Ya..Rasa macam semalam kita kalahkan Listari.” jawab Faizal yang ringkas.

 

Merekahanya duduk di tangga hadapan rumah Nek Timah. Mereka yang lain masih seronokberbual dalam rumah.

 

“Laila,aku nak tanya sesuatu.” Faizal berkata dengan rasa agak gemuruh.

“Naktanya apa?” Laila yang tidak tahu apa yang hendak ditanya Faizal.

“Akumasih sayangkan kau. Lebih dari seorang kawan. Aku harap kau tak lupa.” jelasFaizal.

Aku tak lupa Faizal.” jawab Lailadengan gemuruh tetapi tetap ada senyumannya.

 

Merekaberdua hanya tersenyum dan mengerti apa yang mereka ingin sampaikan satu samalain.

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.