Home Novelet Cinta Gossip Doctors
Gossip Doctors
Gadis PenPilot
4/5/2017 11:54:38
3,767
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Air kopi itu dihirup perlahan. Panas. Lidah hampir melecur. Bau aroma daripada cawan itu dihidu sambil mata terpejam. Baru kini dia terasa segar. Letih yang berpanjangan itu sangat memeritkan. Selena yang sedang menyandar pada dinding leka melihat pelbagai ragam manusia lalu lalang. Berat mata melihat lebih berat lagi bahu memikul.


Mereka yang keluar masuk daripada hospital menunjukkan ketara riak wajah yang berbeza-beza. Jelas kelihatan pakcik yang baru sembuh itu sedang tersenyum sambil menjinjing tangan anaknya yang kecil. Berbeza dengan warga emas itu. Apa yang digundahkan, hanya tuhan sahaja yang tahu. Riak wajah pesakit yang runsing itu sambil dia termenung jauh membuatkan Selena terfikir.


Adakah aku akan hidup seperti nenek itu? Pergi ke hospital seorang. Balik pun masih tidak berteman. Mungkin aku juga kelak begitu, desis hatinya. Mungkin kerjayanya sebagai doktor akan membantutkan segala perhubungannya dengan sesiapa pun


Ditambah dengan keadaannya sekarang dengan papa tak mahu dia lagi. Regreena, kembar yang pada suatu masa dahulu sungguh rapat dulu begitu membencinya kini. Alfred, adik tirinya yang entah siapa tahu apa yang difikirkannya mungkin juga boleh menjadi musuh utama Selena. Dan mummy? Usah difikirkan. 


Dia memang menganggap aku bermasaalah. Degil. Malah, mummy tidak pernah menyebut sayang akanku. Betulkah mereka benci aku sebenci-bencinya? 


Bukannya aku degil tiada fikir. Aku hanya mempunyai prinsip tentang kekeluargaan dan cinta manusia berbanding kekayaan. Apa salahnya aku mendambakan kasih sayang berbanding duit dan kemewahan? Apa bezanya aku dengan yang lain jika aku memilih kesetiaan? Tak pernah aku terfikir untuk menikam perasaan ahli keluargaku. namun tergamak sungguh mereka memikirkan yang bukan-bukan tentang aku.  Mencederakan memori kecilku bersama arwah ibu. Memperagakan sifat burukku dan malah merobek segala angan-angan indah bersama mereka yang aku mahu bina kelak. Terasa tersisih seperti anak buangan.


Ya, mungkin benar aku ini anak buangan.


Dalam gusar dia menimbang tara nasibnya kelak, seorang lelaki datang berlari ke arahnya. Mereka bertembung lalu tersadung hampir mencium lantai. Bahu terasa perit. Dipegang bahunya sendiri dengan lemah. Mata Selena pula ligat meneka perwatakan lelaki ini. Sepertiku kenal. Lelaki yang segak memakai baju kasual dan berkasut sukan merah mula bangkit lalu menapak jauh daripada Selena. Dengan sekali pantas, kelibat lelaki itu hilang dihadapannya. 


Walaupun beberapa kali dipanggil lelaki itu dengan panggilan woi, diri Selena dibiarkan terpinga-pinga. Gadis yang berambut perang, bermata biru dan setinggi 165cm menggagahkan diri untuk bangun. 


Deretan-deretan kerusi tolak yang lalu lalang di situ tidak mengendahkan gadis yang sudah bergelar doktor ini. Tapakan-tapakan kaki manusia yang laju berjalan hanya mampu didengari tanpa ada seorang pun dengan baik hati mahu menolongnya.


Hati Selena mula tergerak. Dia mahu ikut jejak langkah lelaki itu. Setapak demi setapak dia berjalan ke arah lelaki yang sudah melanggar lari keluar ke pintu utama hospital. Namun langkahnya mati serta-merta apabila nama Doktor Selena dipanggil berkali-kali.


"Doktor Selena! Ward 3 now!" Teriak seorang jururawat di depan muka lif.


*************

Mata mereka bertentangan. Garang. Ibarat masing-masing mahu menengking tanpa vokal. Tanpa suara. Selena merenung ke arah anak mata yang seiras warna anak matanya. Regreena pula sibuk menyilang tangan ke dada, megah. 


"Aku ingat emergency la sangat. Setakat kutip sampah ni, orang lain boleh buat." Perli Selena. Bukan perbuatan mengutip sampah itu menjijikkan dan mengotori tangan Selena, cuma dia bengang Regreena sengaja untuk mengenakannya. 


"Eh, you ni kuar ajarkan! I kata kutip! Kutip jela!" Laung Regreena sekuat-kuatnya. Sambil dia berdiri itu sambil itu kasut tumit tinggi itu dihentak-hentak perlahan. Terasa bingit. Selena terasa mahu mematahkan kasut itu. Selena mula menjeling. 


"Aku ingat patient VIP ni dah mati ke apa. Tapi rupanya-rupanya hidup lagi. Dah la tak reti-reti kutip makanan yang DISENGAJAKAN tumpah. Macam aku tak tahu?! Kutip ah sendiri!" Balas Selena geram.


"Ish, kau tak nampak ke tempat aku ni kotor?!" Regreena mula mengapi-apikan perasaan Selena. Matanya membulat ke arah kawasan yang sedang berselerak dengan makanan dan air yang tertumpah.


Jururawat Dania kelihatan gelisah. Dia menarik perlahan lengan baju kot putih yang sedang dipakai Selena. Tanda cukup jangan menjawab lagi. Selena yang sedar bahawa dia hanyalah seorang doktor biasa yanh tidak mempunyai apa-apa hak dan kuasa ke atas pesakit VVIP ini mula mendiamkan diri. Ditahan dirinya untuk terus menjawab. Air liur yang cuba ditelan terasa perit. Dia dahagakan air. Badannya terasa panas!


Nak tak nak, Selena bergerak ke arah longgokan makanan di atas lantai itu. Dia menekan ego yang sudah menebal. Saat Selena melutut di hadapan makanan itu untuk mengutipnya, rambutnya disentap kuat. Kepala Selena terus mengikut rentapan tangan Regreena. Perit dan malu sungguh Selena memendam rasa. 


Kenapalah dia tidak melawan? Sebab Selena hanyalah orang biasa. Tiada siapa akan percayakannya jika dia memberitahu dia juga memegang sebahagian hak ke atas hospital ini. Haknya seperti Regreena telah mati-mati ditindas. Siapalah yang akan percaya jika dia memberitahu hospital ini merupakan identiti dua orang insan iaitu dirinya, Selena Elizabeth dan kembar tirinya, Regreena Elizabeth. Hospital yang diberi nama Hospital Twin Elizabeth, hospital megah ini tidak mungkin ada sesiapa mempercayainya.


Biarlah diam ini membawa dirinya sendiri jauh daripada keluarga yang tidak mahu akannya. Biarlah sepi membawa diri.


"Sakitla Regreena!" Marah Selena sambil cuba melepaskan genggaman Regreena. 


"Haa.. tahu pun sakit! Habis tu tunggu apa lagi?! Kutipla bodoh!" Sergah Regreena sambil menolak kepala Selena kuat. Tersadung mukanya dimamah bumi. Rambut Selena yang sudah kusut itu Selena urut lembut. Air matanya sedikit demi sedikit mula bergenang. 


"Miss Regreena! Apahal ni? Ada masalah apa ni?!" Tiba-tiba Doktor Adrian mula menyergah di pintu bilik VVIP. Adrian mula gelisah melihat keserabutan di dalam bilik. Bersepah!


"I datang sini nak rawat penyakit I. Makanan sampai tapi tertumpah. Kebetulan Doktor Selena ni datang, I mintak dia bersihkan. Dia terus marah-marah! Biadap! Memang kenalah dengan I!" 


Adrian menoleh ke sisinya, ke arah jururawat Damia. Dia tahu Regreena berbohong! Jika tidak manakan Damia tertunduk malu saat disoal. Adrian berlari masuk ke dalam bilik. Dia terus memapah lengan Doktor Selena untuk berdiri. Selena sudah lemah di situ. Dia mahu melarikan diri!


"Miss Regreena datang sini sebab sakit apa ya? Saya tak faham. Kalau ikutkan bilik ni hanya bilik VVIP dan apabila ada masalah kecemasan sahaja. Ini dah salah guna hak ni." Betah Doktor Adrian.


"Eh, you tak tahu ke I ni, siapa?" Soal Regreena lalu menolak bahu Doktor Adrian manja. Senyuman gatal mula terukir.


"Ya, saya tahu. Miss Regreena merupakan anak kandung Tuan Vincent Edwin, pengarah Hospital Twin Elizabeth." Jawab Doktor Adrian tenang. Selena memalingkan pandangannya ke arah Adrian. Dia masih tenang walaupun mata-mata manusia yang sedang berdiri dihadapannya sedang merenungnya. 


"Jadi, tak nampak lagi ke siapa I? tak faham-faham lagi ke or hehehe u buat-buat tak faham?" Tanya Regreena cuba mendekatkan diri ke arah Adrian. Barang kali cuba memikat lelaki yang cuba memihak Selena. Dia dengki. Pasti cemburu melihat ada orang cuba menjaga keselamatan Selena.


Adrian menjawab tenang. "Ya, ini bermaksud, kalau Tuan Vincent dan ahli timbalan yang mengetuai hospital ini tahu Miss Regreena menggunakan bilik ini sesuka hati malah menggunakan kekerasaan terhadap pegawai kesihatan di sini, sudah pasti harta yang dijanjikan dan diimpikan berkurangan. Malah, saya dan jururawat Damia merupakan saksi untuk kes ni. Jadi, boleh tak kita selesaikan masalah ni dengan senyap?"


Regreena tersentap dengan kenyataan Adrian. Terasa ditampar berkali-kali. Gadis bongkah itu menyengih dan tersenyum sinis. Dengan langkah yang berat dia berlalu mendapatkan bag dompet merahnya. Sebelum berlalu, dia bersuara lantang. "i tak kisahla siapa korang ni. Kenapa korang memihak Selena. Tapi yang pasti suatu hari nanti, Selena akan terima padahnya. U WILL SEE!" 


Dengan langkah berat dia berlalu pergi sambil menghentakkan kasut tumitnya dengan kuat. 


***************

Epilog bab seterusnya: 


     Kasihan. Daripada satu perkara ke satu tragedi. Malang tidak berbau. Perasaan pelik dan seram sejuk sejak pagi tadi menandakan suatu kemalangan bakal terjadi. Selena yang sudah terdampar berlumuran darah hanya mampu terbaring kaku di atas jalan raya. Bunyi bising begitu bingit. 


     Dia tidak dapat melihat kelibat pemandu yang telah melanggar larinya. Lelaki atau perempuan? Adakah lelaki yang mencurigakannya yang telah melakukan perkara sedemikian? Siapakah lelaki itu? Ah, peningnya kepala apabila memikirkannya! Atau, Regreena? 


   Orang pertama yang mahu dia mati sekarang sudah tentu, Regreena. Tetapi tergamakkah dia?



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gadis PenPilot