Home Novelet Cinta Kerana Narnia
Kerana Narnia
BlackRosse -
22/2/2017 09:06:45
942
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab Bab 1

‘ Adik, bangun!!!’ Jerit Rezza apabila pintu yang diketuk tidak juga dibuka. Rasa nak patah tulang jarinya. Narnia membuka mata perlahan-lahan.Dia mengiring ke kanan untuk melihat jam di sebelah. 6.45 minit pagi. Narnia membeliakkan mata seperti tidak percaya yang namanya bakal tercalar di sekolah sebentar lagi. Dia terus bangun menyambar tuala yang tersadai di lantai untuk membersihkan diri. Di sebelah luar pula, abangnya masih lagi mengetuk pintu bilik dengan muka yang tidak puas hati.

Dalam dua puluh minit menyiapkan diri,Narnia bersedia untuk pergi ke sekolah. ‘Ouch, sakitlah.’ Narnia memarahi Rezza. ‘Kepala kau tu memang patut pun kena ketuk. Liat sangat nak bangun,Apsal tak buka pintu lusa je?’ Narnia hanya menunjukkan barisan giginya sebelum melarikan diri menyelamatkan telinganya daripada mendengar bebelan Rezza. Dia segera ke dapur untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. ‘Assalamualaikum papa, mama , bibik Ifa’, sapa Narnia penuh ceria.Semua menjawab salamnya serentak. Rezza yang baru muncul sempat menarik tocang adiknya. ‘ish,maa tengok abang ni,’ adu Narnia. ‘Dah dah, makan cepat. Lambat dah ni.’ Kata Puan Sofea tidak menghiraukan aduan anak bongsunya.

Narnia sampai di sekolah 1 minit sebelum pagar ditutup. “fuh….nasib sempat” Dia terus berlari ke arah dewan tempat murid-murid berhimpun setiap pagi. Selesai perhimpunan pagi, Narnia terus menuju ke kelasnya di tingkat 3. Dalam perjalanannya ke kelas, seorang murid lelaki terlanggar bahunya. ‘Woi! Buta ke.’ Herdik mereka serentak. ‘Kau…,’ Mereka menunding jari ke arah antara satu sama lain. Narnia mengambil keputusan untuk berlalu selepas memberi jelingan maut kepada murid lelaki itu. Bukannya dia takut tetapi masa mencemburuinya,kerana sebentar lagi subjek Syariah akan bermula. ‘Dahlah haritu cari pasal dengan aku kat padang, ni kat tepi longkang pulak. Hei…nasib lelaki, kalau perempuan dah lama kena gusti dengan aku .’ Bebelnya dalam hati.

Narnia duduk di tempatnya dengan muka yang masam. Difa mencuit bahunya.’Asal muka? Terjumpa itik ke tadi?’ soal Difa. Ilya dan Zira hanya tersengih. Narnia hanya memberi jelingan maut. Seperti biasa kawan baiknya dapat meneka dengan tepat lagi sahih sebab muncung itu panjang berganda-ganda, kerana masa itu juga Baim masuk ke kelas dengan muncung yang sama seperti Narnia. ‘ Ni mesti pasal Baim lagi kan?’ soal Difa meminta kepastian. Narnia hanya diam membisu. Sesaat kemudian,Encik Khairul masuk ke kelas untuk memulakan sesi pengajaran.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi tingkatan atas bermula.Narnia menyuruh Difa dan kawan baiknya yang lain pergi ke café dahulu kerana dia ingin menyiapkan kerja rumahnya yang hampir-hampir siap. ‘Yeah…I’m done,’ Narnia menarik nafas lega kerana kerja rumahnya berkurang. Selepas mengemas meja,Narnia ke café untuk menjamu selera. Tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana guru yang sedang mengajar di sebelah kelasnya iaitu kelas tingkatan Empat Arena juga merangkap guru akaunnya memanggilnya. Dia hanya mampu membuat muka cemberut. Bukan kerana guru itu memanggilnya, tetapi kerana dia ternampak susuk tubuh musuhnya yang berdiri di sebelah guru itu. ‘Ye cikgu,ada apa-apa yang boleh saya bantu?’ kata Narnia ramah sambil menjeling Baim dengan ekor matanya. Baim hanya mencebik. ‘Kamu punya folio dah complete kan?’ soal Cikgu Amani. Narnia mengangguk. ‘Begini, saya tidak sempat untuk membantu kawan-kawan kamu yang tak siap lagi. Jadi saya nak minta tolong sangat sangat pada kamu untuk bantu kawan kamu seorang ni, sebab dia seorang je yang tak mula apa-apa lagi.Kawan yang lain tu takpe dah sebab kebanyakannya hampir siap.Tapi yang sorang ni,cikgu risau.’ Riak muka cikgu Amani jelas menunjukkan kerisauannya.Narnia tersenyum manis kepada cikgu itu untuk meringankan sedikit bebannya sambil mengangguk. ‘Boleh cikgu, Insya Allah saya bantu setakat mana yang saya mampu.Cikgu nak saya tolong siapa?’ soal Narnia penuh ramah. ‘Cikgu nak kamu tolong ajar Baim. Dia seorang je yang tak mula apa-apa lagi.’ Mata Narnia automatik membulat, jantungnya seperti hendak terkeluar apabila mendengar nama budak yang perlu dia ajar. ‘Boleh?’ soal cikgu. Narnia teragak-agak untuk mengangguk.Dia memandang Baim yang sejak tadi menunduk ke lantai.”Malu lah tu” bisik hati nakalnya sambil tersenyum sinis. ‘Cikgu bukan nak paksa kamu ke apa,tapi lepas cikgu check folio-folio pelajar kelas kamu,folio kamulah yang paling cantik.Nak minta tolong pelajar kelas lain tak boleh. Sebab mereka pun dah ada mentor mentee sendiri.Nak bahagikan group takut kamu melagha pulak…..,’Bebel cikgu Amani. Narnia terus memotong kata-kata guru itu walaupun dalam keterpaksaan. ‘Insya Allah cikgu, saya akan buat yang terbaik.’ Kata Narnia sambil tersenyum untuk menyembunyikan rasa rimas dan lemas di dalam dirinya. Rimas kerana terpaksa mengajar musuhnya sendiri.Lemas untuk memilih samada menerima rayuan guru yang banyak membantunya dalam subjek akaun ataupun tidak. Akhirnya dia menerima rayuan itu walaupun dengan hati yang tidak rela demi menjaga hati Cikgu Amani.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh BlackRosse -