Home Novelet Cinta Kehadapan Diari
Kehadapan Diari
senjakalamalam
21/1/2018 21:50:50
14,270
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
EPILOG

 

Dua bulan kemudian…

 

“Tenang kan?”Soal Syakir sambil matanya melihat ke arah sungai.Melihat panorama yang indah dihadapan.Mereka berjalan mengikuti arus sungai.

Diana mengangguk.”Aah.Betullah kata awak.Masalah bagai hilang seketika apabila berada di sini.”

Syakir tersenyum nipis.

“By the way,macam mana mama dan papa awak?”

“Diorang dah berbaik semula.Tenang rasanya apabila saya dapat tahu ayah rujuk balik dengan mama.Awak?”

“Saya?”

Diana mengangguk.

“Saya dan papa sudah berbaik.Betullah kata awak tempoh hari.Kita tidak mampu untuk melarikan diri dari masalah kerana masalah lain bakal datang dan jikalau kita tidak selesai masalah yang lalu,ianya bakal bertindih.”

“Saya cuma nasihat berdasarkan apa yang saya rasa betul.Berdasarkan diari yang saya baca.”

Syakir tersenyum.”Apapun,terima kasih…Selama ini,awak mencari S.O.S awak,akhirnya awaklah yang menjadi S.O.S kepada saya.”

Diana tersenyum.”Manusia memerlukan orang lain untuk menasihatkan mereka.Tetapi itulah,manusia juga suka memendam.Ada benda yang kita boleh berkongsi dan ada benda yang kita tidak boleh kongsikan.Namun,di dalam diari,kita bagaikan bebas untuk berkata-kata.”

Syakir mengangguk.”Betul.Sebab itu saya lebih suka menulis diari dari menulis di media sosial.Setidaknya,saya boleh menjadi diri sendiri.”

“Tetapi,itulah…Apabila menulis di diari,bagaikan tiada jalan penyelesaian.Memang sedikit lega apabila dapat meluahkan apa yang kita tidak mampu luahkan kepada orang di dalam itu.Tetapi,itulah…Hanya luahan tetapi tiada jalan penyelesaian.”

“Sebab itu awak perlukan rakan yang rapat untuk berkongsi!”

Diana dan Syakir tersentak.Adam menerpa dari belakang.

“Ish kau ni.Terkejut aku.”Gumam Syakir.

“Betul cakap Adam.”Syaza turut menyelit.Entah bila dua orang ini muncul pun tidak tahu.”Jikalau kita memendam,lebih banyak masalah yang bakal timbul.Setidaknya kawan boleh nasihatkan satu sama lain.Tidak mampu nasihatkan pun,jadi tempat mendengar pun jadilah.Beza tau tulis di dalam diari dengan cakap berdepan.”

Diana ketawa kecil.”Ya lah..Terima kasih wahai kawan baikku,Syaza Ahmad.”
Mereka semua turut ketawa lalu melangkah kembali ke kenderaan masing-masing.Hari pun sudah hampir senja.

“Oh ya,sebelum saya terlupa.”

Syakir mencapai sesuatu di dalam beg lalu dihulurkan Diana yang sudah berada di dalam kereta.

“Apa ni?”Soalnya hairan.Dibaca tajuk hadapan buku tersebut.

Kehadapan diari

“Kalau awak nak tahu,awak kenalah baca.Tetapi yang pastinya,awak merupakan pembaca pertama saya.Jangan lupa bagi komen ya nanti”

Diana tersenyum apabila membaca helaian kedua buku tersebut.

Kisah dua insan yang ditakdirkan melalui sebuah diari…

 

-END-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.