Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
47,954
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab14ii

*****

Suarakicauan burung dan jeritan kanak-kanak riang bermain, sayup-sayup kedengaran.Matanya yang terasa berat dipaksa buka. Dikelip berkali-kali menghilangkankabur dan membiasakan matanya pada cahaya yang merombos masuk ke retinanya.

Perasankansatu susuk yang membelakanginya membuatkan dia cepat-cepat bangun daribaringnya mahu memanggil. Malangnya tubuhnya masih lemah, kepalanya terasapusing 360 darjah mengundang loya lalu tanpa sempat ditahan, terkeluar segalaisi perutnya yang didominasi oleh cecair putih dan ketulan-ketulan kecil yangentah apa itu. Habis baju dan katilnya disimbah isi perutnya. Bau yang kurangmenyenangkan mula memenuhi biliknya. Nur Husna mahu turun dari katil, tapitubuhnya tidak memberi kerjasama. Sudahnya, dia hanya mampu baring dengantangannya di kepala. Dahinya diurut dengan mata yang terpejam rapat, berharapagar dunianya yang sedang berpusing kembali seperti biasa.

“YaAllah, Nur Husna. Mak!”

Suaraseorang lelaki cemas menyapa telinganya. Samar-samar susuk tadi kelihatan menghampirinyadi sisi katil. Dalam kepalanya berpusing, sempat lagi Nur Husna menggagaukepalanya bagi memastikan auratnya terlindung. Mengapa ada lelaki dalambiliknya? Abang Long ke? Atau Abang Ngah?

“Harini hari apa?”

TanyaNur Husna tanpa membuka matanya. Mungkin salah seorang abang iparnya. Mungkinjuga sekarang hujung minggu, jadi sudah pasti Along atau Angahnya ada di rumah.

“Jumaat.You okay tak ni? Buka mata I nak tengok.”

I? You? Ahli keluarganya tidak menggunakan duaperkataan itu sebagai ganti diri mereka.

Melainkan...

Cepat-cepatmatanya dibuka luas-luas dan tubuhnya duduk menegak; sempat wajah itu menyapapandangannya sedetik sebelum terbaring semula dengan tekupan di mulutnya rapat.Kepalanya pusing, loya menggaru-garu tekaknya lagi.

Easygirl. Tergesa-gesa ni nak pergi mana?”

Marahsuara itu dengan kelakuan Nur Husna.

“ApaEncik Azam buat dekat sini? Mana.. er.. er..”

Entahkenapa nama itu pula yang terlintas di mindanya. Lekas bibirnya digigit,menghalang diri daripada menyebut nama gerangan itu. Setelah retinanya sudahmulai terbiasa dengan cahaya dan rasa pusing sudah semakin hilang, Nur Husnacuba untuk bangun sekali lagi. Kali ini lebih berhati-hati, duduk bersandar dikepala katil. Jemarinya diurut pada batang lehernya, menghilangkan rasa gataldan mual di situ. Tekaknya perit dan suaranya juga berubah. Seperti orang tuabunyinya. Sakit juga hatinya melihatkan wajah Azam yang cuba menahan diridaripada ledakkan tawanya saat dia bersuara tadi.

“Kenapa?Cari Azami?”

Serkapjarang Azam yang tepat mengena pada ayatnya yang tergantung membuatkan NurHusna terkulat-kulat di tempatnya. Lidahnya kelu mahu membalas apa. Pandaisahaja lelaki ini membaca hatinya. Dan dirinya masih tertanya-tanya, apa Azambuat dekat sini? Di biliknya?

“Azamidah balik. Dua hari dia duduk sini jaga you demam tau. Betuah youdapat tunang ambil berat macam tu.”

KataAzami lagi, menyambung bicaranya tadi dengan senyuman mengusik.

NurHusna terkebil-kebil mendengarkan pernyataan Azam itu, tidak dipedulinya nadanyayang berunsur usikan melainkan wajah lelaki itu dipandang kosong. Azami ada disinikah? Mengapa dia tak pernah sedar pun? Teruk sangat ke dia demam sampai taksedarkan diri? Sudah berapa hari dia terlantar sakit? Segala persoalan yangmenyesak mindanya diganggu dengan layanan Azam terhadapnya. Berkerut dahinyatapi dirinya kaku tidak menghalang.

TanganAzam tangkas bekerja menarik selimut yang menutupi tubuhnya lalu disepuk kelantai bilik. Begitu juga dilakukan pada cadar bunga tulip yang menjadi sarungkatilnya dan sarung bantalnya itu. Teralih tubuh Nur Husna sekejap ke kirisekejap ke kanan apabila Azam tidak berjaya menarik cadarnya keluar. Niat mahumembantu tapi diketawakan Azam kerana melihatkan dia terkial-kial mahu alihkantubuh. Tak guna punya bakal abang ipar! Bukan dibantu, ditolaknya lagiketepikan Nur Husna. Dengan wajah cemberut, Nur Husna menjeling tajam Azam yangmasih giat dengan kerjanya. Lelaki itu tak endahkan amarah Nur Husna. Segalabenda yang terkena sisa muntah Nur Husna diambil lalu dilonggokan pada satutempat. Raga baju yang kosong di biliknya digunakan sebagai tempat untukmengumpul semua itu.

Tidakdapat dibendung lagi hatinya, walaupun sakit hati dengan sikap Azam tapi NurHusna sangat tersentuh dengan laku Azam yang langsung tidak jijik membersihkansemuanya. Malah tanpa sempat ditahan, tangan itu laju memerah tuala lembab yangtersedia di kabinet sisi katil, digunakan untuk membasuh kesan kotor pada wajahdan jemari Nur Husna. Sangat teliti seperti melayan anak kecil. Setelah dibasuhdengan air bersih, Azam kembali dengan kain lembab tadi dan sehelai kainkering. Kain kering digunakan untuk mengeringkan wajah dan tangan Nur Husnamanakala kain lembab itu diserahkan kepada Nur Husna untuk melakukannyasendiri.

“Inak pergi panggil Mak Senah tolong you tukar baju, Mak Senah dekatbelakang tadi. Sementara tu, you lap baju dan tudung you sendiriye. I nak buat, tapi tak naklah terpegang atau tersentuh pada tempatyang tak sepatutnya. Tak fasal-fasal you saman I buat gangguanseksual dekat you nanti. Seram!”

NurHusna yang sememangnya sedang tidak selesa dengan layanan Azam yang terlebihmengambil berat itu, tidak mampu menahan wajahnya yang hampir meletup keranamalu diusik Azam. Laju saja tangannya membaling kain di tangannya ke arah Azam,refleks tubuhnya mahu menutup malu.

“EncikAzam!”

Keluarjuga suara itik serati tuanya. Geram! Menambahkan rasa perit dan gatal padatekaknya apabila Azam makin galak meledakkan tawanya! Kalau dapat ke aku,memang lunyai mulut tu aku kerjakan. Kotak suara dia pun aku cabut sekali! Huh!

“Dahboleh nak jerit, nak baling ke orang, itu maknanya orang tu dah sihat la.”

Jeritlelaki itu yang sudah hilang di sebalik daun pintu melarikan diri daripadaserangan Nur Husna tadi. Mungkin pergi mencari Puan Senah barangkali. Sakithatinya melihatkan kain yang dibaling tidak kena pada orangnya tapi eloktersepuk di depan pintu umpama kain buruk. Namun, bebelnya hanya sebentarkemudian tak tertahan lagi tawa kecilnya terletus juga di bibirnya dengan lakuAzam yang ada sahaja akalnya mahu mengusik. Lupa terus Nur Husna pada segalakesedihan yang menyebabkan dia terlantar di katil hampir empat hari. Pejamceliknya di luar kesedaran diri.

LamaNur Husna termenung, cuba mengingati semula apa yang berlaku sepanjang tempohtidak sedarnya. Nur Husna tak sepenuhnya pengsan. Dia sedar, tapi mamai.Seperti sedang dalam dunia lain. Bangunnya pula perlu dipapah sentiasa, kalautidak terjelepok dia di lantai bilik bagai orang lumpuh. Perutnya sentiasameragam mahu muntahkan isinya. Melihatkan tubuhnya sekarang, Nur Husna dapatmengagak. Beratnya makin menyusut hanya dalam tempoh empat hari.

Hurmm..dia sendiri terkejut dengan dirinya yang diserang demam panas hingga tidakbangun. Kali terakhir dia begini ketika ayahnya pergi meninggalkan dia sampaibila-bila.

Waktuitu, Nur Husna memang dalam kondisi yang lemah semangat. Maklumlah, baru lepasmelalui trauma kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Ketika itu, Tuan Yusofmerupakan satu-satunya insan yang hampir tidak pernah berpisah dengan NurHusna. Dan kehilangannya, bagai dibawa pergi separuh daripada dirinya.Semangatnya, harapannya, tempatnya bergantung sudah tidak ada lagi untukdipaut. Lama juga Nur Husna mengambil masa untuk kembali pulih dari lumpuhnya,untuk dia terima kenyataan dan kembali meneruskan hidup seperti sedia kala.Tidak lagi berkurung, meratap dan menangis.

Danmujurlah, kali ini Nur Husna hanya demam panas yang biasa. Sedarnya terus kealam realiti, tidak terus dirundung duka hingga meratap dan menangis. Malubesar dia kerana begitu mudah jatuh dalam permainan emosi hanya kerana lelakiitu yang bukan siapa-siapa selain tunangnya, itupun bukan kemahuan dia.Lagipun, lelaki itu bukan meninggal pun mahu meratap bagai.

Namun,tak dinafikan. Apabila mengingatkan semula kejadian malam hari pertunangannya,Nur Husna tak mampu menahan rasa perit direndah-rendahkan oleh insan yangbertakhta di hati. Parut yang bernanah itu masih berbekas hingga sekarang. CumaNur Husna terleka, dia kalah dengan perasaan sendiri. Ketika mendengar segalayang dikatakan lelaki itu, hati dan minda sangat menafikan apa yang keluar darimulut insan yang Nur Husna letakkan harapan padanya untuk berpaut. Jadi diajatuh, sakit untuk bangun lagi.

Janganditanya bila dan bagaimana Nur Husna sudah sangat menginginkan lelaki itutempat bergantungnya. Hingga tega hatinya untuk mencintai lelaki itu sepenuhhatinya. Saat nama Azami Norhakim menyapa telinganya, nama itu seakan-akansangat terbiasa seoalah-olah bukan pertama kali Nur Husna kenal dengan pemiliknama itu. Saat itu juga, nalurinya kuat mahu memilih Azami Norhakim.

Setelahitu, bagai yakin Azami Norhakim itu orangnya, segala macam angan dan harapanmula terangka dalam impian kosongnya. Setiap kali Nur Husna bersendiri, nama itulahyang menemani imaginasinya. Tersenyum dan malu seorang setiap kali membayangkankehidupan bahagia rumah tangganya nanti. Tambahan lagi, sikap dan figura AzamiNorhakim yang tidak diketahui bagaimana sudah acap kali Nur Husna samakanseperti arwah Tuan Yusof. Seorang penyayang, budiman dan ambil berat sepertiayahnya. Harapan dan angan dipasak sempurna dalam dirinya dan apabila berdepanrealiti dengan si empunya nama, emosinya berombak hebat. Sakit tidak terucap.Penolakan Azami Norhakim, umpama merentap harapan dan semangatnya pergi. NurHusna tak dapat terima kenyataan!

Ya,katakan lah sesukanya. Dia memang gila. Rasa obsesnya tak dapat dibendung.Azami Norhakim, lelaki pertama yang Nur Husna benarkan bertapa dalam hatinyasetelah bertahun-tahun pemergian Tuan Yusof. Kerana itu, biarpun berkali-kalidikecewakan dengan sikap Azami Norhakim yang menghindarinya biarpun rasakasihnya berkali-kali Nur Husna tepis semua itu kerana hatinya sangat yakinAzami Norhakim itu punya alasannya dan Azam itu figura yang Nur Husna seringsalah sangka itu Azami Norhakim. Tambahan lagi, layanan Azam terhadapnyasemakin baik. Matanya dibutakan. Apa yang terbayang-bayang dalam mindanya hanyaAzam itu adalah Azami.

Gilakan? Lepas itu, dah kena macam tu dengan Azami Norhakim sendiri, meroyan lahdia. Padan muka diri sendiri. Dahulukan manusia, pentingkan kemahuan nafsudiri, malah Tuhan dibelakangkan. Tak pernah ditanya bolehkah aku berharapbegini? Kalau aku mahu begitu redhakah Allah terhadapku nanti?

Istikharah?

NurHusna tiba-tiba tertawa senada. Sinis. Padan mukakan diri sendiri. Baik lahsangat! Istikharah tu syarat je, penyedap hati sendiri, mengaburi matakeluarga. Kononnya, aku sudah buat. Sedangkan hati tak sungguh-sungguh punmeminta petunjuk. Sudah jiwa dan raga angankan orang itu. Gambaran wajah AzamiNorhakim yang kerap kali mengunjungi mimpi lenanya, bukan main teruja yakin itujawaban istikharahnya. Hakikat sebenar, mata hatinya terhijab untukmelihat petunjuk Tuhan.

Hurmm..Husna.. Husna..

Tergeleng-gelengNur Husna mengenangkan sikap diri sendiri. Apabila dicongak-congak, sudahhampir dua bulan juga Nur Husna berangankan lelaki yang sudah selamat menjaditunangannya itu. Bila mengenangkan sikap Azami Norhakim, rasa sia-sia sahajaNur Husna angankan lelaki itu. Tak worse langsung! Rasa macam bodohgila! Apa yang kau nampak sangat dekat Azami tu Husna? Entah apalah dia gunakansampai kau tak fikir jauh dah.

Eh,salahkan orang pula Husna ni.

Mengingatkantunangnya itu, tangan kiri diangkat tinggi, rapat ke mukanya. Tanpa sedar,keluhan terlepas juga di mulutnya. Jadi Husna, kau dah waras kan sekarang? Apakau nak buat? Putuskan pertunangan? Atau ikut je syarat Si Hati Batu tu?

Tapi,mampu ke aku nak mahir segala-galanya dalam masa dua bulan? Lain-lain tu akuboleh kerah mental dan fizikal aku lagi. Tapi bila masuk bab kena belajarselok-belok bisnes dia, tak mula lagi aku memang nak tarik diri. Yelah,keputusan subjek Ekonomi waktu SPM dulu pun cukup-cukup makan je. Kalau belajarbisnes tu senang, buat susah aku je habiskan diploma kanak-kanak. Baik akubelajar bisnes, boleh aku buka kedai sendiri. Amboi! Jauh berangan!

Hurmm..ikutkan sakit hati, Nur Husna memang nak sangat putuskan pertunangan ini. Tapi,aku sayang dia..

Ek?

Lajutangannya menampar pipi sendiri. Aduh, sakitlah! Tak guna punya tangan. Itulahkau Husna, tak serik ke sampai susah nak buang sayang tu?

Hurmm..

Matanyamula mengelilingi bilik sendiri. Nak keluar pergi tandas, kepalanya masihberpusing-pusing. Nak tanggalkan tudung, risau pula Azam tu rempuh masuk. Freetergadai maruah dia nanti. Adik tak sempat tengok, abang dah rasmi dulu.Apakah?

Tapi,disebabkan kebosanan mula bermaharajalela dalam diri, Nur Husna gagahkan jugauntuk bangun dari baring. Langkahnya satu-satu sambil berpaut pada apa sahajayang boleh menampungnya dari jatuh. Mahu menunggu ibunya, macam lambat sajalagi. Lagipun dia semakin rimas, dengan bau yang menambahkan lagi mualnya. Adabaik juga dia keluar. Dapat dia hirup udara segar sikit. Perlahan langkahnyadiatur ke pintu.

Ketikatiba di meja kerjanya, langkah Nur Husna terhenti. Fail biru yang terletak elokdi situ dicapai. Kalau tak silap, Nur Husna perasan Azam sedang membelek failini tadi. Mengapa fail ini ada di sini? Adakah ahli keluarganya tahu akansegala syarat Azami Norhakim kenakan? Adakah lelaki itu mengugut keluarganya?

Sebutnama lelaki hati beku itu, rasa amarahnya sedikit mendidih mengenangkan segalalaku jejaka itu. Kesudian Azami Norhakim menjaganya selama dia sakit sedikitpun Nur Husna tidak berasa terharu. Lagi menyebalkan adalah. Mungkin niat AzamiNorhakim hanya mahu mengejek Nur Husna itu lembik. Tak pun, mungkin arahandaripada umi. Sebab itu dia terpaksa menjaga Nur Husna. Hari ni Azam yang jagaNur Husna pun, mungkin sebab lelaki itu dah tak tahan mahu jadi tugu menjaganyasampai sembuh. Lelaki macam tu kau nak buat suami? Like, seriously NurHusna?

Youdah decide ke?”

“Hah?”

Terpinga-pingaNur Husna apabila ditanya tiba-tiba Azam yang sedang bersandar di sisi pintubilik Nur Husna sambil berpeluk tubuh. Sejenak Nur Husna terpegun dengan figurasempurna ukiran susuk di depannya. Seperti selalu, jantungnya sibuk mahuberpalu hebat. Tambahan lagi, saat matanya berpaut pada mata coklat itu. Aduh,kenapa sempurna sangat muka dia ni? Sedar dengan kenakalan kata hati danmatanya, bibir digigit kuat, segera wajah dipaling ke depan.

Jangannak mula bayangkan Azam tu Azami Norhakim, Nur Husna! I warn you!

“Makmana?”

NurHusna cuba melarikan perhatiannya, tambahan lagi saat menyedari Puan Senahtiada di situ. Bukan sepatutnya Azam pergi mencari ibunya? Jadi mengapa hanyalelaki ini seorang di sini? Lebih membuatkan Nur Husna berasa tidak senang,Azam hanya kaku berdiri memerhatikannya tanpa lepas dan tanpa senyuman. Aku adabuat salah ke?

“MakSenah dalam tandas. Dia suruh I bawa you pergi bilik air dulu.Nanti dia menyusul.”

“Oh..”

Terangguk-anggukNur Husna mendengar penjelasan Azam. Fail di tangan diletakkan semula lalumengorak langkah untuk ke luar bilik. Tanpa dipinta, Azam lebih awal menyambutnya.Memaut lengan Nur Husna yang berlapik t-shirt berlengan panjang untuk dipapahke bilik air.

Youtak jawab lagi soalan I.”

“Soalanapa?”

NurHusna terpinga-pinga mendengarkan penyataan Azam. Dia ada tanya soalan ke? Azamseperti jengkel saat melihatkan lelaki itu memutarkan matanya. Eh, tak payahlah nak julingkan mata tu. Juling betul baru tahu.

Youdah decide ke? Nak ikut syarat Azami atau putuskan pertunangan korang?”

Arhhh..baru dia ingat Azam ada tanyakan soalan itu tadi. Itulah, ralit sangat telekanak orang. Haish!

“Hurmm..”

NurHusna menggumam seperti berfikir, sambil mengusap-ngusap dagunya. Sebelumsenyuman sinis terukir lebar.

“You smile and I don’t like it.”

Mendengarkanitu, Nur Husna pun ketawa lepas tanpa mengulas lanjut dengan komen Azam.

Semangatnya kembaliberkobar. Ini Nur Husna lah!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ