3,909
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
DUA

Darwin melepaskan lelah.  Peluh semakin lebat di dahi dan laju menuruni ke pipi. Bajunya sudah lama basah lencun dek peluh. Dia menepis peluh yangturut membasahi pelupuk matanya hingga jadi kabur pandangan.

Sekali lagi dia memandang ke arah papan markah.

2-1.

Damn.

“Tahniah kepada pasukan Lion FC kerana menjuarai pertandingan kali ini.” Suara pengulas mengisi ruang padang bola melalui pembesar suara. “Siapa sangka, Lion FC menjadi juara pada kali ini setelah AwanFC menjuarai lima tahun berturut-turut. Cukup mengujakan!” Komentor itu menyambung.

Para penyokong terutamanya Lion FC semakin ligat bersorak. Jelas para pemain simpanan dan juga para pelatih pasukan turut turun padang meraikan kemenangan mutlak Lion FC. Tidak ada seorang pun menyangka Lion FC akan menang kerana ramai yang sudah maklum bahawa Awan FC merupakan antara lawan yang sukar ditumpaskan. Buktinya, Lion FC yang merupakan antara pasukan bola yang digeruni pun tidak mampu menumpaskan Awan sepanjang lima tahun yang lalu.

Darwin menegakkan tubuhnya. Matanya masih tidak lepas melihat riak wajah gembira pasukan Lion FC. Sejujurnya, jauh di sudut hati, timbul rasa terkilan. Dia tidak pasti mana silap pasukannya hingga boleh tersungkur setelah lima tahun gah merangkuli piala tahunan. Lama dia bertafakur, akhirnya dia memilih untuk bersikap positif.

Mungkin, bukan rezeki mereka. Mungkin, kali ini rezeki Lion FC pula. 

Darwin tidak menunggu lama. Dia mula membuka langkahnamun, langkahnya terhenti. Ada yang menghulurkan dia sebotol air. Dia mengangkat wajah.

“Air?”

Darwin tidak bereaksi meskipun dia agak terkejut. Dia mengabaikan wanita itu dan mengorak langkah. Nasibnya malang apabila wanita yang menahannya itu menapak semaju darinya dan menghalang langkahnya.

“Kau nak apa?”

You did a great job today, Darwin.” Botol air masih disua kepada Darwin. “Air?”

Thanks.” Dia menerima huluran wanita itu dengan separuh hati. Harapannya, cepatlah wanita itu pergi. Dia tidak selesa dengan kehadiran wanita itu. Sungguh pun mereka pernah rapat suatu ketika dahulu, namun tidak untuk kali ini.

Sejarah hanya tinggal sejarah. Baginya, tidak perlu sengaja membuka sejarah dan mencatat lagi sejarah.

“Darwin, shall we have a lunch together?” Tidak berkelip wanita itu memandangnya.

What for?”

I..teringin nak makan spaghetti dengan you.

So..go eat alone. Tak payah ajak aku.”

Darwin tidak pasti mengapa, tetapi jelas wajah wanita itu menunjukkan rasa tidak senang hati. Sebab..aku cakap pergi makan sorang-sorang ke? Huh. Malas memikirkan reaksi wanita itu, Darwin memutuskan untuk meninggalkan wanita itu. Peduli apa jika orang ramai melihat mereka seolah-olah sedang bergaduh.

Melihat Darwin menapak setapak, wanita berwajah bujur sirih itu cekap memaut lengan Darwin. “Seingat I spaghetti tu favourite you.”

Times change people. So do I.” Tanpa pamitan, Darwin meninggalkan wanita itu. Dia berlari anak mendapatkan pasukan bolanya yang sudah menunggunya untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Sementara wanita itu masih kaku di tempat yang sama. Sangkaannya yang Darwin akan menerima pelawaannya meleset sama sekali.

+

I don’t think we’re the perfect match. I found that we clashes for so many things. Like, I love what you hate, I hate what you love. Maybe, it’s a sign for us to end.

Tangannya laju menaip selaju jantungnya berdegup.Dia tidak duduk senang membaca bait-bait ayat yang dikirim kekasih hatinya.

What do u mean?

Consider it’’s done, Darwin. Enough for us. I want us to separate. I rasa u tak melengkapi kehidupan I.

Ketika itu, dia tidak dapat merasakan rohnya berada di dalam tubuhnya. Seakan-akan sudah melayang meninggalkan jasad membawa hati yang luka. Perasaan sayangnya terhadap wanita itu sudah hancur lebur dengan kenyataan ringkas. Tidak berlapik. Cukup padu menyatakan hasrat hati tanpa berbolak-balik.

Dia membuang pandang ke luar tingkap bas kolej. Ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat. Memandangkandia pelajar insider, sukar untuk dia mendapatkan pengangkutan sendiri seperti motor. Ada beberapa syarat yang dia perlu patuhi. Tidak seperti beberapa pelajar lelaki lain. Mereka rata-rata mempunyai motor sendiri yang memudahkan perjalanan mereka.

Lambat-lambat Darwin membaca balasan kekasihnya itu. Ahh, masih bergelar kekasihkah? Bekas kekasih mungkin lebih sesuai?

Siapa dia?

Mungkin, ada yang lebih hebat darinya yang menjanjikan wanita itu kebahagian yang dimahukan. Tidak seperti dia. Adakalanya serius, adakalanya tidak. Tetapi, kebanyakkan masanya lebih berfikiran tidak serius. Itu yang wanita itu sering meluahkan rasa tidak puas hati atas sikapnya yang endah tidak endah.

Dia bukan apa, hidupnya itu terlalu sia-sia jika sentiasa mahu berfikiran serius. Senang cerita, dia berfikiran simple. Tidak complicated! Wanita itu terlalu berbeza dengannya. Ya! Tidak dapat dinafikan. Wanita itu jauh lebih matang dan mempunyai visi dan moto hidup yang jelas. Sedangkan dia, masih lagi mencari-cari apa yang dimahukan.

No need to know.

Darwin mengeluh. Dia membalas.

Seriously? This is the end? I think we shouldmeet and sort everything out, Na.

Yes. Even if we meet pun, this is the last. I yakin, I memang nak putus dgn you. I totally dh x ada perasaan trhdp u.

Darwin rasa lehernya terjerut. Adakah selama ini dia syok sendiri?

Okay then. Wish you happy.

Apa lagi yang dia harapkan? Wanita itu sudah membuat keputusan. Sebenarnya, dia pula sudah mula syak sejak beberapa minggu lagi. Tetapi masih lagi cuba berfikiran positif dan masih berusaha untuk memperbetulkan hubungan mereka. Mana tahu, memang betul dia yang membuat silap dan bekas kekasihnya itu pula memilih berdiam diri kerana sudah penat dengannya.

Darwin menyandar pada kerusi. Pandangannya masih melekat ke luar jendela. Biarlah. Lepaskan sahaja dia, Darwin. Kalau kau pertahankan hubungan ini pun tiada guna kerana sudah pasti wanita itu tetap akan meninggalkan kau.

Yeah. Thanks. At least, he is much better than you.

+

Darwin memarkir keretanya di hadapan pagar rumah kosong selang dua rumah dari rumah sewa mereka. Semasa melintasi rumah sewanya, dia sempat perasan ada tetamu yang singgah sambal ditemani Khalid.

Wajah Khalid yang agak serius membuatnya tidak sabar mahu tahu apa yang berlaku. Tidak pernah lagi dia bersua muka dengan tetamu tersebut. Siapa tu? Kawan Khalid ke?

Darwin mendekati rumah sewa mereka. Khalid dan tetamu masih lagi berbicara di pagar rumah. Hairan Darwin mengapa tidak dijemput berbincang di dalam rumah. Lebih elok sikit! Yalah, walaupun rumah mereka tidaklah kemas mana, bukankah menjemput tetamu masuk ke dalam rumah merupakan satu adab?

“Tapi..berat sangat ni untuk kami bayar.” Darwin menangkap suara Khalid yang tidak begitu semangat. Jelas wajah Khalid seakan-akan kecewa. Dia melajukan langkahnya mendekati ke arah mereka.

“Assalamualaikum!” ucap Darwin memberi salam kepada mereka berdua. Khalid dan tetamu itu segera mengalihkan pandangan ke arahnya. Masing-masing menjawab salamnya.

Darwin tersenyum mesra. Dia menghulurkan tangan ke arah tetamu itu. “Saya Darwin. Kawan serumah Khalid.”

Tetamu itu menyambut salam Darwin. “Saya Akmal. Anak Pak Cik Man.” Mesra nada lelaki itu memperkenalkan diri.

“Oh!” Melopong mulut Darwin mendengar kenyataan itu. Dia mengerling ke arah Khalid yang berwajah serabut. Khalid sempat memberinya senyum hambar. Dia membetulkan beg yang digalasnya. “Err..ada apa halnya ke mari?” Mesti ada hal yang tidak kena. Kalau tak, tak adanyaKhalid nampak serabut mengalahkan orang tidak siap assignments.

Lagipun, ini pertama kali anak lelaki Pak Cik Man singgah ke mari sejak mereka menyewa di situ. Semasa arwah masih hidup, rajin juga arwah singgah datang ke rumah mereka menjamu makanan yang dimasak isterinya. Kalau tak singgah, penyewanya itu disuruh singgah ke rumahnya untuk makan-makan. Kadang-kadang, seharian juga mereka menghabiskan masa di rumah arwah Pak Cik Man. Tapi kelibat Akmal tidak pernah kelihatan.

Ahh..Pak Cik Man! Rindu pula dia terhadap arwah. Budi arwah memang tidak dapat mereka balas. Sudahlah sewa rumah pun murah!

Akmal tersengih. “Saya datang ni nak beritahu yang tidak lama lagi saya akan berkahwin.” Dia turut tersipu-sipu malu di hadapan mereka berdua.

Darwin mengangguk. “Wah, tahniah! Ni datang nak bagi kad jemputan ke?” Teruja pula dia apabila mendapat tahu lelaki di hadapannya ini bakal berkahwin. Patutlah malu-malu alah!

Khalid yang mendengar perbualan mereka dari tadi, mencelah. “Bukan tu niat dia ke mari.” Nada itu berbaur sindiran bercampur amarah yang ditahan tetapi ada unsur mesra agar tidak kelihatan sangat sindiran itu. Darwin mengangkat kening.

Sedikit berubah wajah Akmal. Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. “Saya datang ni nak inform yang saya perlukan duit untuk perkahwinan saya yang akan datang ni. Ini bermakna sewa rumah ini turut dinaikkan.”

Darwin melopong lagi. Dia memandang Khalid yang turut memandang ke arahnya.

“Saya nak naikkan daripada RM 1000 kepada RM 1700.”

Darwin menelan liur. Aku tak salah dengarkan?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh