Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Thriller/Aksi SC:47:89
SC:47:89
akumatotenshi
14/5/2018 21:36:30
855
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6
Petang itu sekali lagi Dafi dan Jaami datang bertemu dengan Danish. Sebagai pegawai forensik yang bertanggunjawab terhadap bahan bukti untuk kes yang disiasat oleh kedua inspektor itu, Danish menjadi tempat rujukan mereka untuk mengumpul bukti.Tambahan pula Danish berjaya membantu mereka mengenal pasti suspek utama kes tersebut. Menurut Danish dia dapat mengesan cap jari pada bahagian dalam beg hitam yang digunakan untuk menyimpam mayat mangsa itu. Mereka juga bernasib baik kerena kedua - dua suspek mempunyai rekod jenayah. Suspek pertama adalah seorang pemamdu lori yang pernah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah manakala seorang lagi adalah lelaki muda yang ditahan ketika merempit.  Namun begitu,Dafi dan Jaami menyatakan kerisauan mereka berkenaan kehilangan sampel darah tersebut kerana pekara itu  menyebabkan perjalanan siasatan agak perlahan. Mereka masih memerlukan jawapan untuk punca kematiaan mangsa -mangsa yang ditemui di di dlam hutan itu. Puas Danish memerah otak untuk mencari jalan bagi mengesan kandungan bahan kima di dalam badan mangsa. Danish perlu mencari satu protokol kajian yang boleh digunakan bagi menggantikan sampel darah itu.  Tanpa berlengah dia mula menggali maklumat. Habis semua nota dan buku rujukan diselongkarnya. Setelah hampir dua jam mencari akhirnya jawapan kepada kekusutan itu berjaya ditemui. Danish lantas begerak meninggalkan pejabatnya. 


Keadaan bilik audio itu lengang. Hanya Dafi dan Jaami yang terconggok di hadapan komputer itu dari petang tadi. Kini hari sudah menjengah malam. Namun mereka masih tekun memeriksa rakaman CCTV yang diperolehi dari hospital itu. Mereka nekad untuk mencari siapa yang mencuri sampel darah yang tersimpan di situ. Walaupun suspek utama kes itu sudah dikenal pasti namun proses tangkapan masih belum dibuat. Banyak kertas kerja perlu diuruskan. Oleh itu sementara menunggu, mereka bercadang untuk menyiasat pekara tersebut. Dafi mula keletihan, dia ingin berehat sebentar untuk solat isyak. " Jaami aku ke surau jap. Kau nak aku belikan apa-apa untuk kau ke?' soalnya sambil begerak ke pintu. Namum Jaami hanya mengelengkan kepala tanpa menoleh sedikit pun padanya. Tumpuannya 100 peratus pada komputer. 

Danish sedang berdiri di sisi mayat yang telah selesai dibedah siasat itu. Dengan berhati- hati dia mengumpul sampel rambut si mati. Setelah berpuas hati dengan jumlah dan kualiti sampel tersebut dia mengarahkan pembantu rumah mayat tersebut menyimpan kembali mayat. Tanpa berlengah dia membawa sampel untuk diuji. Kejadian kehilangan sampel darah pada pagi itu dijadikan teladan. Kali ini dia sendiri akan memastikan sampel diurus dengan baik. Dalam hatinya dia berdoa agar sampel ini dapat diuji dengan baik dan membuahkan hasil. Walaupun kemungkinan untuk mendapat bukti yag baik adalah rendah namun Danish masih mahu mencuba. Dia amat berharap hasil yang diperolehi dapat membantu siasatan Dafi dan Jaami. 

Selepas selesai solat dan membeli sedikit makanan ringan di kafeteria, Dafi begerak ke bilik audio semula. Sebaik sahaja dia membuka pintu air kopi yang ditatangnya hampir terlepas. Terkejut benar dengan apa yang dilihatnya.  Mana tidaknya Jaami yang selalunya kelihatan tenang itu sedang terkinja-kinja seorang diri. Apabila terlihatkan Dafi, Jaami terus memeluk kawannya itu seerat mungkin. " Allahamdullilah Dafi aku dah tahu siapa" luah Jaami sambil meleraikan pelukan sementara Dafi masih terpinga-pinga. 

Perempuan yang agak berusia itu memberi salam dengan suara yang keras. Apabila salamnya tidak dijawab dia mula mengetuk pintu dengan kuat. Namun masih tiada jawapan. " Mana pulak la budak bertuah ni pergi. Keretanya ada je tapi lampu rumah bertutup" dia mengomel seorang diri. Sesekali tangan menampar nyamuk yang cuba -cuba menhisap darah. Suasanam malam itu sunyi sepi. Namum perempuan itu tetap tiadak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia ingin juga berjumpa lelaki itu malam ini. Sudah tiga bulan dia meminta duit sewa rumah tetapi hanya alasan yang diterima. Oleh itu malam ini dia nekad mahu menghalau penyewanya keluar. Setelah menunggu beberapa minit dia menbuka pintu rumah dengan kunci yang di bawanya. Sebaik pintu dibuka satu bau yang meloyakan mengeluap keluar. Cepat-cepat dia menutup hidungnya dengan tudung yang dipakai. " Ish busuknya macam bau bangkai " keluhnya sambil melilau mata mencari suis lampu. Apabila keadaan mula terang dia begerak ke tengah ruang tamu sambil mencari punca bau menyesakkan hidung itu. Bau semakin kuat dari arah bilik tidur yang terletak di sebelah kanan ruang tamu. Tanpa berlengah perempuan itu membuka pintu bilik. Serenta itu terpampang di matanya sekujur tubuh kaku yang tergantung pada kipas di tengah bilik. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.