Home Novel Thriller/Aksi M.U.R.A.D 007
M.U.R.A.D 007
Nurulsham Saidin Novelis
26/1/2017 00:01:21
14,560
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 9 (sedutan)
Walaupun penawar itu masih dalam eksperimen, dan belum diuji keselamatannya, anak muda itu tetap mahu mencubanya jika berada di dalam situasi yang paling terdesak. Dia tahu, itu adalah pilihan yang paling baik, seribu kali lebih baik daripada membiarkan otaknya mati perlahan-lahan seperti sekarang!

Dadanya tiba-tiba berombak kembali. Ada kesedihan yang menggamit. Hatinya berdetik hiba, ‘kalaulah... .’Beberapa kali dia berasa kesal kerana lambat bertindak. Tatkala doktor di hospital menyuruh mereka membawa Suresh pulang kerana tiada cara lagi untuk merawatnya, dia telah pergi merayu pada Doktor Pushpa untuk membantu. Ketika itu, Suresh masih mengenalinya, namun dia sudah mula jadi pelupa. Menurut Doktor, simptom yang ditunjukkan oleh Suresh itu sama dengan penyakit orang tua yang nyanyuk. Otaknya semakin semakin hari semakin menyusut!

“Tak boleh... Bahan ini belum diuji keselamatannya!” doktor wanita berbangsa Indiaitu menolak dengan bersungguh-sungguh.“

Tapi, bahan yang disuntik ke otak kami juga belum tentu keselamatannya, bukan begitu?” tanya anak muda itu kembali, tegang urat lehernya.

No, no, jangan paksa saya... Murad... . Saya tak mahu bertanggungjawab jika apa-apa terjadi pada kawan kamu nanti... .”

Anak muda itu kembali kepada Suresh dengan perasaan berbara. Marah sungguh dia bila tiada sesiapa pun yang mengambil berat akan keadaan Suresh. Mereka memang menempatkan Suresh di unit mereka, dengan jagaan rapi, apa lagi penyakit Suresh ini amat rahsia. Namun, langkah rawatan yang diambil amat perlahan. Mereka masih mengharapkan pada ubatan kenyanyukan yang biasa. Sedangkan, otak Suresh mengecut kerana ubatan beradioaktif yang pernah dimasukkan ke kepalanya! 

Itu dia amat yakin!

Harus ada satu ubat lain yang boleh melemahkan ubatan yang pertama! Dan, Umar yakin, ubat yang masih dalam ujikaji Doktor Pushpa itu mampu melakukannya!

“Umar... aku teringin balik jumpa ayah aku...,” ucap Suresh di pembaringan. Kepalanya yang terselit wayar berbagai rupa dan fungsi itu, serta badannya yang dimasukkan berbagai jenis larutan itu menyentuh pandangan hati sahabat karibnya. Tersayat hati Umar, rasa tidak sanggup memandang Suresh pada waktu itu.

“Umar... bawa aku balik kampung, ya?”

Terjegil mata anak muda itu. Dia hampir terbatuk kecil namun ditahannya. Kala itu juga rasanya mahu sahaja dileraikan urat wayar berselirat itu, lalu didukungnya Suresh keluar dari situ!

Apakah tindakan Umar untuk membantu Suresh? Klik utk baca seterusnya http://murad007.blogspot.my/2017/03/bab-9.html

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurulsham Saidin Novelis