2,705
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1
Seorang remaja berdiri bersendirian di tepi jalan. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan. Nafas berat dilepaskan. Terasa dirinya memikul tanggungjawab yang besar. Sejak peristiwa tempoh hari dia rasa tidak tenang. Entah bila dia dapat selesaikan masalahnya yang berombak di dalam dirinya.


Ayunan pertama ke jalan tar membuatkan kepalanya ligat berfikir. Remaja itu asyik merasakan kejanggalan menguasai dirinya. Naluri berbisik seperti memberitahu bahawa malapetaka akan melanda. Tangannya meraup kepalanya yang kian berserabut. Tanpa berfikir langkahnya terhenti.


Piiiittt!!


Bunyi hon kenderaan nyaring di telinga. Saat kepala dipalingkan ke sebelah kanan, sebuah lori pengangkutan air batu semakin mendekat. Dia terpempan. Terkejut dengan nasib yang menimpa dirinya. Mata terbuntang luas melihat lori itu semakin menghampiri. Adakah ini pengakhiran aku? telah remaja itu. Lantas kaki diangkat untuk mengelak.


Bam!!


Satu susuk tubuh dilanggar lori tersebut. Lori itu terhenti akhirnya setelah inersia asyik mengambil alih.  Remaja itu memejamkan mata. Badannya diseret kasar di atas jalan. Kulitnya ada yang terkikis hingga menampakkan daging. Kala dia membukakan mata, dia terlihat satu susuk tubuh di atas jalan raya. Berdarah. Tidak lagi bernyawa.


*****


Mikhail terjaga dari tidur. Mimpinya tentang masa lampau kembali menjengah. Sakit otaknya memikirkan peristiwa tersebut. Dia bingkas dari katilnya dan merapati dirinya dengan cermin yang megah tergantung di dinding. Dibelk-belek mukanya yang memucat. Sekilas senyuman menghiasi wajah. Tuala dicapai dan langkah diatur ke bilik air.


Pintu dikuak luas. Segar rasa badannya apabila mengenangkan air panas yang membasahi tubunya tadi. Sekilas pandangan dilemparkan ke arah jam dinding. - 4.30 a.m.


Awal lagi? Mikhail bermonolog. Dia tertawa kecil. Dek kerana mimpi yang mengejar dirinya, dia tidak sedar bahawa dia terlalu awal. Tetapi ini peluang bagi dia. Mikhail kembali ke dalam bilik air dan mengenakan wudhu. Solat tahajjud dua rakaat dilaksanakan diikuti dengan solat sunat yang lain.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh