Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Thriller/Aksi Gila
Gila
Hanamooi
5/1/2018 17:45:32
3,626
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 16

Bunyi tombol pintu yang dipulas membuatkan Firdaus bingkas bangun dari duduknya lalu dia menghadap pintu, ingin melihat gerangan orang yang masuk ke bilik itu. Lega hatinya bila melihat Humaira yang sedang tekun melihat dokumen di dalam tangannya, tersembul dari daun pintu. Mereka berdua bertentang mata,  tiada riak dari kedua - duannya. Memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang asing dan kekok.Baru sehari tidak berjumpa, terasa seperti mereka berdua kembali tidak mengenali antara satu sama lain.


Tidak tahu bagaimana harus dia memulakan perbualan, spontan Firdaus tunjuk kad pelawatnya pada Humaira sambil dia menayang wajah semanis mungkin, mahu memberitahu yang dia berada disini dengan cara yang betul untuk ke dua kali. Tetapi gerak isyarat itu hanya mengundang seribu kerutan di dahi Humaira. Bagus Firdaus, tak pasal malu sendiri. Gumam Firdaus. Firdaus yang segak dengan uniform kebiasaannya, menangkap perhatian Humaira. Semakin lama ditatap, semakin segak pula Firdaus pada pandangan matanya. Masih dia ingat lelaki ini pernah berpesan padanya untuk tidak berkongsi perihal apa yang terjadi pada housematesnya.


Sehingga hari ini, dia masih belum dapat meneka kenapa Firdaus berpesan begitu. Tapi hari ini, tiada hati pula dia ingin bertanyakan hal itu. Bahagian Firdaus pula, sudah satu jam tadi dia menunggu Humaira, risau apa - apa yang berlaku pada perempuan itu setelah kejadian tempoh hari. Bila Humaira sudah berdiri tegak dihadapannya, rasa bimbangnya terbang hilang.


" Hi." Sapa Firdaus pendek sambil mengekori batang tubuh Humaira berjalan ke arah kerusi meja kerja. Perempuan itu mengerling dari hujung bola mata memandangnya.


" Hi..." Humaira jawab sapaan itu bersama dengan satu perasaan aneh. Tangannya didepakan sedikit, mempelawa Firdaus duduk kembali.


Tidak elok pula kalau dia tidak mempelawa lelaki itu duduk.


" Awak nampak... Are you crying?" Soal Firdaus risau dengan mata yang membulat bila dia perasan akan mata Humaira yang membengkak seperti baharu saja menangis. Bibir nipisnya melopong sedikit. Humaira ketawa kecil cuba menutup kebenaran yang sudah terpelahang buka. Tak cukup tebal ke make up aku tadi?


Sekilas dia kerling ke arah biasan cermin lutsinar rak ubat - ubatan. Terbias berkotak - kotak wajahnya dari cermin. Agaknya hodoh macam tu muka aku kot. Monolog dia sendiri. Bola matanya bergerak melihat lelaki berwajah terkejut dihadapannya. Think of something Maira. Humaira mula masuk ke gear putar belit. Kononnya cukuplah Emir saja yang tahu ceritanya, dia tak perlukan orang lain mencampuri urusan hidupnya.


" Tak adalah, semalam saya dapat mimpi buruk. Saya mimpikan arwah nenek saya. Semalamam saya menangis aje." Temberang Humaira dengan perkataan menangis yang dipanjangkan harakatnya.


Arwah nenek pulak dah. Tak ada alasan lain ke Maira? Ampunkanlah khilaf cucumu ini nek! Bebel Hatinya sendiri yang merasakan itu adalah satu alasan yang amat tak munasabah.


" Maira, awak tahukan saya ni detektif?" Kata Firdaus sambil dia menopang dagu dan bola matanya merenung kedua - dua mata bundar itu.


Dari pemerhatiannya, bengkak itu masih baru dan hidung Humaira yang putih itu juga belum surut merahnya. Orang bodoh pun boleh tahu dia baru sahaja sudah menangis berbaldi - baldi jika mereka melihat wajah Humaira meskipun sekali imbas saja.


Bagaikan diberi lampu menyala, Humaira ketap giginya, macam manalah aku tak ingat dia ni penyiasat? Haha. Memang kantoilah.


" Kenapa? Something bad happened to you?" Tanya Firdaus risau. Entahlah, sejak tiga hari lepas, tak putus - putus dia memikirkan perihal Humaira.


Semacam ada gam cap gajah dikepalanya yang membuatkan dia terus menerus memikirkan hal Humaira. Semalam dia datang ke mari tapi diberitahu perempuan itu cuti rehat pula. Mahu dia naik ke penthouse tapi dihalang Qidran sekeras - kerasnya pula. Katanya Fahrin sudah ada disamping Humaira untuk menjaga, tak perlu dua kepala untuk menjaga seorang pesakit. Itu lebih menimbulkan rasa tidak enak dipekung dadanya. Bukannya dia mahu duduk disitu sampai ke subuh pun, mahu melawat saja tapi mentah - mentah ditolak.


" Tak ada apa. Awak jangan risau. Saya perlu jumpa pesakit saya. For your information, hari ni saya tak jumpa Emir." Takkan la nak jumpa dua kali. Tadi baru je menyembang lama.

Lagipun malu dia nanti, tak pasal - pasal digelakkan Emir lagi.


" Okay." Ujar Firdaus mengikut Humaira bangun dari kerusi.


Bayang - bayang Humaira tenggelam dimamah cahaya kuning petang. Humaira mengerut dahi dan mengeluh kecil bila merasakan lelaki itu seperti mengekori dia dari belakang.

Bila dia membelok ke kiri, Firdaus juga membelok ke kiri. Dia naik memanjat tangga tangga, Firdaus juga ikut sama memanjat tangga. Bila Humaira berjumpa dengan pesakitnya, Firdaus menyandar pada dinding menunggunya di luar bilik pesakit.


Humaira tarik senyuman nipis lalu dia masuk ke bilik air. Pintu tandas dihempas sedikit menyebabkan terkocoh - kocoh kaki
Firdaus berlari kecil keluar dari situ.Mukanya merah padam. Tak sedar dia terikut masuk Humaira ke dalam bilik air.


Tidak lama, Humaira keluar dari tandas dan berdiri menyandar di sebelah pintu masuk bilik air. Dia menoleh separa badannya ke arah lelaki berbadan tegap itu.


" Awak ikut saya?" Tanya Humaira dengan matanya dikecilkan. Tangannya kemas dipeluk ke dada. Ada senyuman nipis melekat di bibir Humaira.


" Tak perasan? Iyelah." Jawab Firdaus ringkas. Tangannya diletakkan ke belakang, dirinya tegak macam seorang pengawal peribadi.


" Ikut sampai dalam bilik air?" Mata Humaira bergerak menunjuk ke arah pintu bilik air sebelum dia naik merenung ke dua - dua mata Firdaus.


Firdaus mendehem, " Maaf... Terikut."


Humaira ketawa kecil, lucu pula mengingatkan wajah pucat Firdaus tadi.


" Saya tak perlukan bodyguard." Kata Humaira bila tawanya tadi sudah hilang dari atmosfira.


" Siapa kata saya bodyguard awak? Banyak cantik berangan nak bodyguard."  Soal Firdaus sinis sambil dia menayang giginya yang berbaris cantik.


Ini lagi sorang, apesal tak join je iklan ubat gigi, iklan minyak rambut ke,iklan ais krim ke? Muka tu baik jual dekat stesen TV je daripada kerja suka menyakitkan hati orang. Bebel hati Humaira geram.


Humaira menarik nafas setelah dia merasa malu sendiri, suka betul dia berfikir mendahului soalan, " Dah tu, awak follow saya ke hulu ke hilir ni bukan bodyguard ke namanya?

Sedap je cakap kita ni banyak cantik. Sikit tu adalah cantiknya..." Perlahan saja ayat hujungnya, dengar tidak dengar di telinga Firdaus. 


Firdaus diam tersengih - sengih. Lucu melihat si mata sembab itu melalut sendirian.

" Tak nak diteman sudah. Saya boleh je tunggu dekat bilik bawah sana. Tapi mampu ke awak pergi sorang - sorang ni? Tadi bukan main siap baca ayat kursi lagi tiap - tiap bilik sambil jeling - jeling saya. Kalau kena ikat lagi, jangan harap saya nak berlari tolong awak ya." Firdaus acah - acah mencabar. Kakinya berpusing ke arah bertentangan bersiap sedia meninggalkan Humaira.

   
Eh dia ni. Cepuk karang. Geram pula Humaira bila Firdaus mengugutnya sebegitu.


Humaira kalih pandangannya ke arah susur bilik pesakit yang masih tingga tiga. Dia kemudian menoleh ke arah Firdaus.


" Ikut je. Nanti turun, saya suruh Ayah Dam panggilkan Emir."


" Eh tahu takut. Ingat dah jadi Wonder Woman tadi..." Ujar Firdaus tergelak kecil. Batang tubuhnya dibawa mengiring doktor muda itu.

Humaira mencembung pipi, geramnya! Gerammmm!!!


***


Humaira sekali lagi menarik nafas panjang saat dia memulas tombol pintu bilik pesakit yang satu itu. Dihujung tingkap, berdiri seorang lelaki berbadan sasa, melantun bola hitam ke dinding dan menyambutnya kemas.Berulang - ulang bola itu terbang ke kiri dan kanan. Pada dahi kirinya terdapat sebuat tatu naga yang melingkar sehingga sebahagian tengkuknya.


Melihatkan sisi wajahnya, Humaira dapat meneka, lelaki itu pasti tampan orangnya. Banduan kat sini memang jenis muka handsome - handsome ke apa? Lawak dunia apa ni? Gelak hati Humaira sendirian.


Humaira kaget saat mata tajam sebelah kanan bak helang itu memaku ke arahnya.  Keras kejut Humaira berdiri di tempat dia berdiri. Mahu angkat tangan pun dia takut.


" Banduan bilik atas tu apa khabar? Dah mampus belum?" Tanya lelaki suara garau bernama Aidan itu dengan tawa halus.


Bola yang terbang ke arahnya, disambut kemas sehingga jelas kelihatan habuk berterbangan dari permukaan bola. Humaira telan air liur saat dia lihat wajah Aidan yang sebelahnya sudah cacat seperti dimamah asid. Songket matanya juga hilang dimakan kulit yang mencair.  Kaki Humaira mula terasa longlai dan mahu mencari tempat duduk. Tekaknya bergeluman air liur dan sedia memuntah.


" Boleh s—s—saya duduk dulu tak?" Tergagau - gagau tangannya mencari kerusi dek takut rebah tapi pinggangnya yang ramping terlebih dahulu disambut Firdaus kemas. Melekat tubuh Humaira di dada lelaki itu dibuatnya.


" Hai takkan doktor macam kau pun lembik tengok aku. Kau dah jumpa Jake Malaysia belum? Entah - entah pengsan terus kalau kau tengok dia." Dia ketawa serak - serak basah.


Aidan berjalan ke arah katil dan diambil topeng berkulit hitam lalu dia menutup separuh mukanya.


" M—Maaf. Saya t—tak biasa." Humaira akhirnya diberi kerusi dari Aidan. Dia pandang Firdaus supaya mempelawa Humaira duduk.


" Pantang aku tengok lelaki pegang perempuan. Bagi dia duduk." Arah Aidan tegas sebelum dia ambil semula bola yang diletakkan di atas meja tadi. Bola itu kembali melantun - lantun dari tangannya ke dinding. Dari tangan ke dinding.


Firdaus mencerlung tidak suka dengan cara berlagak Aidan. Ikut sedap mulut je macam mengata dia seperti sengaja menyentuh Humaira. Usai dia membantu Humaira duduk di kerusi, Firdaus berdiri tegak disisi Humaira.


" Aidan? Bo—leh saya panggil Aidan?" Soal Humaira seraya bola matanya naik memandang Aidan.


Bola ditangkap ke tangan lalu dia menoleh ke arah Humaira, " Inspektor Aidan..." Tawa Aidan bergema. Firdaus menoleh ke arah Aidan lalu mereka berdua saling berpandangan.

Jelas kerut di dahi Firdaus dari pandangan mata Aidan.


" Kelas berapa?"


" Tak perlu rasanya aku bagitahu lebih - lebih lagi untuk orang macam kau." Kata Firdaus angkuh tersenyum herot.


Tangannya dilipat kemas ke dada. Humaira mengerling ke arah Firdaus dari ekor mata kanannya. Dia ni, mulut tu kalau tak cakap mende yang menyakitkan hati orang, tak boleh ke? Bebel hati Humaira lagi.


Aidan ketawa lagi, lalu dia mengangguk - angguk. Dari tingkap berjeriji tebal dia ludah air liurnya ke luar. " Ohhh, berlagak kau eh, detektif. Memanglah, nasib kau belum sampai.

Tengoklah nanti langit tinggi ke rendah...." Kata Aidan.


Bila Humaira lihat Firdaus seakan - akan mahu membuka mulut, dia terlebih dahulu memotong.


" Er, Inspektor —."


" Sebut tu biar jelas siket doktor... INSPEKTOR." Aidan memotong memberi amaran pada Humaira yang seakan acuh tidak acuh menyebut pangkatnya. Humaira hanya mampu tersenyum kelat.


" Oh, maaf ya, inspektor Aidan."


" Pfftt...." Kali ini Firdaus pula memotong, tidak percaya Humaira boleh terpedaya dengan helal orang gila.


Kepalanya tergeleng - geleng tanda tidak percaya seraya tangannya terseluk ke dalam poket seluar. Humaira menjeling kerana secara terang - terangan Firdaus mengejek kradibilitinya sebagai seorang doktor.


" Inspektor Aidan, boleh saya periksa kesihatan inspektor? Mana tahu hari bertambah sihat dari semalam." Humaira goyangkan steteskop yang tersimpan di dalam poket kot labnya pada Aidan. Dibibirnya terukir senyuman manis.


Untuk seketika, Aidan dan Humaira berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua seakan - akan mencari satu kata sepakat untuk mempercayai antara satu sama lain. Akhirnya, Aidan tidak mengangguk dan tidak pula mengeleng. Dia cuma hulurkan saja lengan sasanya pada Humaira. Humaira yang sudah mula berasa selesa dengan jejaka dihadapannya itu, mara mendekati Aidan.


" Kau tahu, kau perempuan yang pertama aku nampak sepanjang aku kat sini dan yang yang pertama lepas betina tu mampus.


Berbanding si puaka, Firhan tu, aku lebih sukakan kau. Kau sama macam arwah bini aku. Cantik, wangi, lembut..." Tergamam Humaira bila dia mendengarnya lalu bola matanya naik memandang wajah Aidan.


" Aku dah banyak kali bagitahu dia! Jangan jumpa jantan tu, jangan tidur dengan jantan tu, jangan senyum dekat jantan tu tapi dia tak dengar!! Aku tak faham betul kenapa dia pilih inspektor bodoh tu dari aku! Aku orang kaya, Maira! Aku orang pandai, aku ada banyak harta... semua untuk kau Maira.


Semua tu aku kumpul untuk kau juga!! Bodoh! Kau nak jadi macam bini aku jugak ke hah?! Maira? Kau nak pandang detektif tu macam bini aku pandang inspektor tu jugak ke?!! Hahhh?!! " Sepantas itu, leher jinjang Humaira dipagut Aidan kemas lalu tubuhnya dihempas ke tingkap jeriji.


Satu penumbuk tepat mengenai sisi muka Aidan sehingga jatuh terjelopok Aidan mengenai sisi besi katil. Berdenting kuat mengisi ruang kosong bilik itu.


" Fir—." Bahu tegap Firdaus dipagut kemas Humaira sebelum dia merasakan tubuhnya ditarik merapat ke dada Firdaus.


Dada mereka berdua turun naik dek kerana panik. Dahi mereka sudah basah dengan peluh sejuk. Bunyi erangan tangis kasar mula memenuhi atmosfira.


" Iskk... Iskk.. Tolong jangan buat apa - apa dekat aku. Aku minta ampun. Tolong. Jan— gan robek muka aku!


Jan— Jangan bunuh aku! Atilia! Maafkan abang! Maafkan abang! Abang takkan bagitahu sesiapa pasal tu! Tak bagitahu sesiapa..." Teresak - esak Aidan menangis dan meracau - racau memanggil arwah isterinya.


" Pegang dia Firdaus. Cepat" Arah Humaira bila dia lihat Aidan seakan - akan amat memerlukan ubat penenang. Tubuh Aidan dipeluk kemas Firdaus supaya tidak bergerak agresif. 


" Alprazolam— Alprazolam. — Alprazolam! Cepatlah Maira!" berlari jari - jari runcing Humaira mencari ubat yang diperlukan.


" Xanax? Really?!" Kata Firdaus tidak percaya. Ada tawa halus yang terlepas dari bibirnya. Kalau ada lebih, boleh dia ambil satu? Fikirnya sendiri.


" Sumbat dalam mulut dia cepat!" Arah Humaira tidak ada masa mahu berhujah tentang ubat yang bakal diberi pada Aidan. Bukannya Firdaus tahu pun, Alprazolam untuk apa.


Polis hanya tahu ubat yang disalahgunakan saja. Alprazolam dikata Xanax. Betul tapi itu nama komersial dalam industri dadah. Xanax industri dadah, dadah campuran. komposisinya sudah diubah suai, berdos tinggi dan boleh mematikan umat.


Contohnya, Lil Peep, asrtis Sad Rap yang dipercayai mati terbuduh kerana pengambilan dadah Xanax yang melampau. Ataupun yang paling 'fames', penyanyi lagi Gucci Gang yang dengan terang - terangan mengunakan Xanax sebagai dadah hariannya. Humaira mengeleng mendengar antonasi detektif muda itu.

(Mainkan lagu Requim : Pie Jes)


Perlahan - lahan Firdaus melepaskan tubuh Aidan setelah urat lelaki itu dirasakan sudah mengendur. Tubuh Aidan perlahan masuk ke alam tidur yang nyenyak.


Firdaus toleh ke arah Humaira. Seakan masa diperlahankan, dia lihat Humaira jatuh pada lututnya sendiri dengan mulutnya dikatup rapat, seakan - akan menahan jeritan yang kuat lalu bahunya terhinjut - hinjut menghambur tangis.


" Humaira...?" Panggilan Firdaus tidak dihiraukan Humaira, seakan - akan tenggelam oleh masa yang bergerak perlahan.


Akhirnya, Firdaus pandang ke arah punca yang dipandang Humaira. Saat itu dia berlari memeluk tubuh Humaira erat lalu ditutup mata perempuan itu serapat - rapatnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham