Home Novel Thriller/Aksi RAPHAEL
RAPHAEL
Mohd Faiz R
31/3/2017 15:10:12
16,634
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab XXVII (Tamat)

Selang beberapa hari yang sedikit tenang. Dr. Danial mengunjungi pusara sahabat baiknya. Pagi itu sangat cerah dengan wajah matahari yang berseri. Seolah-olah terlepas dari perasaan yang membebankan. Lapang suasana perasaan alam. Bunga-bunga dan air wangian disiramkan di atas kubur Dr. Zahran. Dengan perasaan insaf memohon semoga kesejahteraan dan keampunan sentiasa bersama sahabatnya di alam kubur itu. Ditempatkan dikalangan orang yang beriman, sentiasa. Alfatihah dan doa disedekahkan, sebagai tanda ikatan insan yang mengharapkan kebahagiaan dan keredaan Tuhan. Mengharapkan SyurgaNya.

Dr. Danial bangkit dari bangku yang disediakan khas. Terus menatap kubur sahabatnya dengan kesal dan reda. Datang sebagai tanda ingatan. Selagi Dr. Danial masih hidup, mesej sahabatnya itu akan tetap terus dia tunaikan dan selesaikan. Demi keharmonian hidup manusia. Dia rela berkorban demi perjuangan ini. Menghapuskan teknologi berpotensi besar yang telah di salahguna.

***

Detektif Mukhriz terbaring atas katil wad. Dengan tenang dan mata terpejam. Hakimi membuka pintu dan menghampiri Detektif Mukhriz, melawat seorang penyiasat yang tidak mengenal erti putus asa untuk mengetahui apa rahsia yang selama ini tersembunyi. Hakimi melihat wajah Detektif Mukhriz yang sedang lena dan tenang. Tidak ingin mengganggu. Kedatangannya untuk memastikan tahap kesihatan pegawai polis yang tajam minda dan firasat. Yang sentiasa berjaya membongkar kes-kes dan teramat ingin mengetahui akan kebenaran itu sendiri. Bahagian tubuh yang telah ditembusi peluru berbalut-balut. Hakimi melihat mesin bantuan ECG. Kelihatan normal. Tanpa berlengah, dengan perlahan Hakimi keluar dari bilik wad itu.

“Engkau adalah Raphael bukan?” Detektif Mukhriz tiba-tiba bersuara dengan lemah.

Langkah Hakimi terhenti. Tersentak mendengar jawapan dan tekaan tepat polis penyiasat itu. Dia menoleh wajahnya ke arah Mukhriz.

“Apa yang membuatkan engkau begitu yakin?” tanya Hakimi cuba mensamarkan tekaan tepat seorang detektif.

“Aku lihat engkau... aku dapat lihat engkau. Sut yang terbang malam tu adalah engkau.” Jawab Mukhriz.

“Apa lagi kau tahu?” tanya Hakimi pula.

“Teknologi dari planet asing telah disalahgunakan oleh jeneral untuk tujuan peribadi. Dan aktiviti itu sentiasa dilindungi oleh orang atasan yang sangat berkuasa dan licik.” Kata Detektif Mukhriz. “Kemusnahan besar pasti akan berlaku.”

Sungguh tekaan Detektif Mukhriz benar, hanya siasatannya belum sempurna untuk melihat akan kebenaran. Melihat apa yang telah dan sedang berlaku.

“Orang atasan?” soal Hakimi. Ada maklumat yang dia sendiri mungkin tertinggal dalam penelitiannya. Detektif Mukhriz hanya tersenyum.

“Sumber terbesar teknologi itu dah pun dimusnahkan. Hanya tinggal projek ketenteraan Jeneral Karim.” Kata Hakimi.

Detektif Mukhriz terbatuk-batuk. Kemudian berkata dengan yakin.

“Bersiap sedia... untuk perang ‘dunia ketiga’.”

Sungguh Hakimi faham dan jelas apa yang dimaksudkan itu.

“Detektif Mukhriz. Agak susah untuk berurusan dalam hal ini. Tapi kami perlukan maklumat lanjut dan rahsia sulit mereka dengan lebih mendalam lagi. Aku tahu ini kelebihan Tuan Detektif.” Kata Hakimi yang mengagumi kehebatan detektif itu dalam menyiasat. Hakimi menyambung kata-katanya lagi. “Aku sedang membuat tawaran. Untuk Tuan sertai kami, tempuhi ‘peperangan’ ini.”

Detektif Mukhriz terbatuk-batuk lagi. Kemudian tersenyum. Dia melihat wajah Hakimi dalam-dalam. Mindanya ligat berkata-kata.

“Dengan bangganya... dengan syarat berikan kebebasan untuk aku siasat dengan cara aku sendiri.”

Hakimi gembira mendengar jawapan itu. Syarat Detektif Mukhriz diterima. Perjanjian kerjasama dalam menempuh ‘perang dunia ketiga’ bersama-sama bakal ditandatangani.

“Orang kata, detektif yang hebat pasti banyak rahsia yang tersimpan dalam diri dia. Kerana dia seorang yang pandai menyimpan rahsia.” Kata Hakimi sambil berkias. Dia sebenarnya inginkan Detektif Mukhriz merahsiakan segala aktiviti Nadi Bima Berhad daripada diketahui umum.

Well, sebab tu ada perkara yang kau sendiri tak tahu dari aku pasal projek pembangunan ketenteraan Jeneral Karim. Kau tak akan tahu selagi aku belum bagitahu.” Balas Detektif Mukhriz membuktikan dia juga hebat dalam menyimpan rahsia besar.

Hakimi tersenyum. Dengan perlahan keluar dari bilik wad khas; persendirian. Meninggalkan Detektif Mukhriz dengan penghormatan yang tinggi.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mohd Faiz R