Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,681
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5-4

Nasha seperti selalu dengan komputernya di pejabat dan tangannya sibuk menaip tanpa henti. Dia memeriksa laporan atau profil mengenai Muhammad Adli dan seperti yang dia fikirkan dan dikatakan oleh Basilisk segalanya kosong. Selalunya setiap orang akan paling kurang ada laporan trafik namun ia kosong bagi Muhammad Adli.

Nasha memandang Amirul dan kemudian memanggilnya. “Amirul” dengan itu Amirul serta merta memandang Nasha dengan muka kenapa jelas terpapar. 

“Tadi masa saya lakukan siasatan, saya dapat idea yang berkemungkinan segala rekod mengenai Muhammad Adli dipadam. Dan segalanya betul-betul dipadam” jelas Nasha. 

“Hmm...” Amirul bangun dan berjalan ke arah Nasha. Dia melihat ke skrin komputer yang jelas memaparkan segala rekod kosong. 

“Rekot trafik pun tiada. Ia macam mustahil, kan”

“Ya. Mustahil” kata Amirul sambil mengagguk. 

Sebelum Nasha ingin berkata sesuatu, pintu bilik mereka dibuka dan kedua-dua mereka memandang ke arah pintu. Fazli berjalan masuk dan terus ke meja Nasha. “Nasha” panggil Fazli.

“Kenapa? Apa dia?” soal Nasha dan Amirul turut memandang Fazli untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Fazli. 

“Ada laman web. Saya rasa awak patut periksa” kata Fazli. 

“Laman web? Beri saya alamat dia” kata Nasha yang kemudian bersedia untuk menulis apa yang akan dikatakan oleh Fazli. 

“www.ETHOS.com dan ETHOS semuanya huruf besar” kata Fazli dan tangan Nasha yang sedang menulis terhenti. 

“ETHOS?” soal Nasha sambil memandang Fazli “Macam ETHOS yang kita siasat ini?”

“Ya” jawab Fazli dan Nasha menaipnya. Dalam beberapa saat terpapar di hadapan mereka laman web ETHOS dan yang menarik perhatian adalah perkataan “An eyes for an eyes, a tooth for a tooth, and evil for evil” di muka hadapan laman web tersebut. 

“Mana awak dapat ini?” soal Amirul sambil dia dan Nasha sibuk memandang laman web tersebut.

“Masa saya balik dari makan, saya dengar ada orang berkata mengenainya. Jadi saya periksa menggunakan handset dan ini yang saya lihat” jelas Fazli sambil dia turut memandang laman web tersebut.

Mereka melihat semua post yang ada dan menjumpai satu post mengenai Muhammad Adli. “Ia...” kata Amirul yang tidak tahu hendak berkata apa-apa saat itu. 

“Ya. Ia kes Muhammad Adli dan apa yang kita sedang siasat”

“Nampaknya ia memang kes ETHOS” kata Nasha yang kemudian memeriksa segala yang lain. Selain kes Muhammad Adli ia turut memaparkan semua kes yang telah dilaksanakan oleh ETHOS.

“Saya tidak tahu hendak cakap apa” kata Amirul yang kemudian duduk di kerusi dan mengeluh. 

“Saya akan periksa dari mana datangnya laman web ini” kata Nasha yang sibuk menaip dan menaip untuk mengesan dari mana datangnya laman web tersebut. Dan jikalau boleh mengesan di mana kedudukan ETHOS sekarang.

Nasha mencari dan mencari namun setiap kali dia mencari dia dibawa ke IP address yang berlainan dan dari negara yang lain. Dia menghentakkan tangannya pada meja dan mengeluh. Amirul dan Fazli yang berada di dalam bilik itu terkejut dan terus memandangnya. 

“Nasha, awak okay?” soal Fazli risau dengan keadaan Nasha sekarang.

“Hacker diorang memang hebat. Tiada apa yang saya dapat lakukan untuk mendapatkan lokasi dia” kata Nasha dan ada nada yang dia ingin menangis di situ.

~~~~

“Awak rasa ini satu keputusan yang bagus? Untuk siarkan segalanya di laman web?” soal Erlking sambil dia melihat pada laman web yang telah dibuat oleh Chimera. 

“Kita cuma siarkan list target dan apa yang telah mereka lakukan yang menjadikan mereka target kepada ETHOS dan bukannya cara mereka dibunuh. Jadi saya rasa okay” kata Basilisk yang sedang berehat dan menonton television.

“Macam mana kalau mereka dapat kesan Chimera?” soal Erlking sambil memandang ke arah Chimera. “Awak tahu kalau mereka dapat kesan lokasi Chimera, mereka akan tahu lokasi villa ini dan lokasi kita semua”

“Saya sudah tanya Chimera dan dia kata dia okay”

Erlking mengeluh dan dia kemudian berkata “Macam mana dengan operasi kita lagi empat hari? Awak macam relax je?” 

“Semuanya sudah dirancang dan kita cuma perlu laksanakannya sahaja. Jadi tiada apa yang perlu dan menyusahkan untuk dibuat” 

“Jangan masa operasi awak hendak buat hal”

Basilisk tertawa dan memandang ke arah Erlking “Jangan risau. Saya akan lakukanya dengan sempurna”

~~~~

Seluruh balai polis kecoh dengan laman web ETHOS dan sekali lagi ketua-ketua setiap jabatan berkumpul dan berbincang. 

“Mula kes ETHOS yang masih belum diselesaikan dan kini laman web yang memaparkan segala maklumat mangsa dan apa yang pernah dilakukan oleh mangsa. Hampir separuh mangsa merupakan ahli politik dan juga pemilik kepada syarikat besar. Macam mana kita hendak sembunyikan segalanya apabila ia menjadi seperti ini?” 

“Tidak kira apa yang kita lakukan, orang ramai sudah tahu. Yang mereka tidak tahu adalah jenayah yang dilakukan oleh mangsa”

“Dan disebabkan ini setiap status mangsa jatuh menjunam. Awak ada dengar pasal ETHOS sekarang sudah ada fan club?”

“Ya. Kini ramai orang menyokong mereka dan ada juga dikalangan mereka yang meminta ETHOS untuk membunuh untuk mereka. Ini sesuatu yang tidak baik”

“Macam mana dengan IP address?”

“Masih belum dikesan. Boleh dikatakan hacker yang berada di pihak ETHOS merupakan seorang yang profesional”

“Macam mana dengan special squad?” soal salah seorang dari mereka dan semua mata memandang ke arah Khairi.

“Tiada lead yang mereka boleh ikut. Mereka menyiasat semula segala kes yang berlaku namun tiada apa yang boleh membantu mereka dalam penyiasatan”

~~~~

Murshid memberikan beberapa ketukan dan setelah dia mendengar balasan daripada Basilisk dia membuka pintu dan masuk. Basilisk yang sedang melakukan sesuatu berhenti dan memandang ke arah Murshid. 

“Saya nampak laman web ETHOS” kata Murshid sambil dia menghampiri Basilisk. “Pada mulanya saya risau sebab berkemungkinan yang mereka akan syak saya merupakan ahli ETHOS disebabkan kes yang berlaku pada keluarga saya” tambah Murshid lagi. 

“Sekarang?” soal Basilisk yang melakukan kerjanya kembali.

“Saya tidak sangka selain keluarga saya ada juga mangsa yang lain”

Basilisk memandang Murshid dan kemudian berkata “Ya. Dan sekarang awak tidak akan disyak. Awak tidak perlu risau langsung pasal ini”

“Ya. Saya tidak perlu risau. Terima kasih” kata Murshid sambil memberikan senyuman lega.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA