Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,131
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Rumah bujang Firman sunyi tengah hari itu, hanya dia danRizal sahaja yang ada di rumah, seorang lagi rakan serumah belum pulang darikerja. Itulah kebiasaan mereka, kadang-kadang tinggal berdua, ada masa tinggalkeseorangan bila masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Firman menekan remotetelevisyen, channel 723, menjadi pilihannya. Cerita Nightmare Nurse sedangditayangakan. Begitu asyik dia menonton tanpa sebarang gangguan.

            “Apacerita kawan?” Rizal yang baru keluar dari bilik duduk di sebelahnya.

            “Ceritaapa? Ni tengah tengok DIVA channel, cerita bunuh.” Mata Firman tidak lepas darimenonton televisyen.

            “Sukasangat cerita thriller kau ni, Firman. Lepas tu mulalah terbawa-bawa dalamrealiti.” Rizal membebel.

            “Kau nakbising pergi duk dalam bilik la, tadi aman aku sorang tengok cerita ni. Kau datang,habis mood aku kena cantas!” Firman memasamkan mukanya.

            “Janganlahmarah, kawan. Eh, apa cerita sebenarnya kau cakap kau nampak perempuan yang akutak nampak aritu?  Perempuan tu masihikut kau lagi?” Rizal memandang Firman sambil tersengih.

            “Masih,tu dia ada di sebelah kau!” dengan selamba Firman menjawab.

            “Ha! Kaubiar betul, dia nampak aku tak? Jadi dia nampak lah aku pakai singlet denganseluar pendek ni!” Rizal tiba-tiba menutup badannya dengan kedua-dua tangansambil bebola matan meliar ke sofa di sebelahnya.

            Firmanmembaling kusyen kecil yang dipeluknya ke arah Rizal. “Dah lah kau! Poyo je!Tak ada nya dia nak skodeng kau!” Firman ketawa.

            “Kau ni,aku seriuslah! Panik juga aku kalau dia tengok aurat aku!” Rizal masih lagiwas-was dengan keadaan dalam rumahnya. Rizal masih mengitari ruang tamu rumahseolah-olah mencari sesuatu.

            “Takselera dia tengok kau!” Firman gelak lagi. Seronok pula dia mengusik Rizal.Ingatkan berani sangat, rupanya penakut juga.

            “Takperlu cari, bila dia nak datang, dia datang.” Firman menyambung kata-katanyakembali.

            Rizalkaku seketika. “Dia hantu ke momok?”

            Firmanmenjungkit bahu. Matanya masih tertumpu pada cerita yang ditontonnya tadi.“Kenapa jururawat ni nak bunuh pesakit dia?” Firman bercakap sendiri.

            “Oi, akutanya kau, kau boleh tengok cerita tu pulak!” Rizal bengang.

            Firmanpandang Rizal. “Ah, kau ni. Dengan perompak, pencuri kau tak takut pula, kaulanyak semacam je walaupun mereka ada senjata berbahaya. Masakan dengan yangini kau kecut!”

            “Merekatu manusia. Boleh dipegang. Macam kau, aku pegang.” Rizal spontan memegangtangan Firman.

            “Ishhkau ni!” Firman menyiku lengan Rizal.

            “Bendatu tak berjisim, tak berjasad, tak boleh dipegang. Macam angin, kau bolehsentuh tak?” Rizal masih tidak berpuas hati dengan Firman.

            Firmanhanya mendengar Rizal membebel sendirian, dia masih ada mood untuk menontontelevisyen dari melayan Rizal yang tiba-tiba jadi mereng. Lagipun Firman malashendak melayan apa yang terjadi kepadanya. Tentang Dhia Khairani biarlah masayang menentukan. Dia sendiri pun hairan kenapa Dhia Khairani mengikut danmencarinya. Firman bukan kenal Dhia Khairani, saudara jauh sekali. 

            Dam!

            Pinturumah ditutup dengan kuat, tersentak Firman dan Rizal. Tercampak remote yangdipegang Firman ke lantai. Rizal pula mengurut dada. Sesusuk tubuh berjalan kearah mereka dan merebahkan badannya ke sofa di sebelah Rizal.

            “Akurasa tak payah guna pintu lepas ni, kalau setiap kali kau balik ke rumah, pinturumah kau tutup macam tu, Naim.” Rizal bengang dengan kawan serumahnya.

            “Akupenat.” Sepatah jawapan keluar dari mulut Naim.

            “Tiapkali balik, tiap kali pintu tu kau hempas! Orang lain penat juga!” Rizalmenemplak.

            “Bisinglah kau, Rizal” Naim menekup telinganya dengan kusyen kecil.

            Firmanhanya memerhati gelagat dua rakannya. Firman menunggu kalau keduanya bertumbukbaru dia ingin meleraikan. Firman sengih tiba-tiba.

            Rizalsudah menapak ke dalam bilik. Marah benar dia dengan Naim, pintu bilik pulaRizal tutup dengan kuat.

            “Lama-lamarumah ni semua tak payah ada pintu oii!” laung Naim, sengaja dia membakarRizal.

            “Pergimandi, Naim. Bau tanah kubur! Firman menyepak kaki Naim yang sedang memejamkanmata.

            Naimcepat-cepat membuka matanya, mencium-cium baju yang dipakai. Kemudian memandangFirman. “Mana kau tahu aku shooting dekat tanah kubur malam semalam?”

            Firmangelak besar melihat muka Naim sudah cuak dan pucat.      “Aku tembak aje.”

            “Tepattembakan kau, polis katakan mestilah cekap.” Naim menyambung tidurnya.

            Firmansengih. “Hoi, boleh tidur balik, bangunlah! Aku tak bertanggung jawab ye, kalaukau di kejar hantu!”

            BingkasNaim bangun kemudian ke biliknya. Terkekek-kekek Firman gelak bila melihat Naimkelam kabut masuk ke dalam bilik dan keluar semula masuk ke bilik air.

            “Hantujangan sebut oi!” laung Naim dari dalam bilik air.

            Firmanbuat tak dengar, makin dikuatnya volume televisyen. ‘Padan muka kau, kalau akutak cakap macam tu sampai besok pagi tak mandi.’ Firman tergelak.

            SedangFirman duduk sendirian, dia tercium bau yang wangi. Jenuh dia menghidu bauperfume yang lembut menyapa ke hidungnya. Dia terpesona seketika. Dia berpalingke sebelah tempat duduknya. Dia terkejut lalu bangkit dari tempat duduk.

            “Macamawak masuk? Awak ikut Naim ke? Tadi tak ada?” bertubi-tubi Firman mengasaksoalan kepada Dhia Khairani.

            NamunDhia Khairani diam. Duduk tertunduk sahaja.

            “Diampula, awak!” Firman memanggil Dhia Khairani.

            Naimyang baru keluar dari bilik air masuk ke ruang tamu, pelik melihat Firmanbercakap seorang diri. Dia yang sedang mengelap rambut dengan tuala terhentiperlakuanya apabila melihat Firman seperti orang tidak waras.

            “Firman,kau tegur siapa?” Naim menegur dan melihat ke arah sofa.

            “Kaubawa dia balik ke?” Firman menyoal Naim kembali.

            “Siapa?”Naim sudah cuak. ‘Takkan cik ponti ikut aku balik, sudah!’ kata hati Naim sudahfikir yang buruk-buruk.

            “DhiaKhairani!” Firman menjawab.

            Naimterkulat-kulat sendiri. “Mana? Tak ada sesiapa pun. Takkanlah aku nak bawaperempuan dalam rumah ni.”

            Firman berpalingdan melihat Dhia Khairani, seperti selalu Dhia Khairani dengan pantasmenghilangkan diri.  Firman menggosokbelakang tengkuknya. ‘sekali lagi.’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara