Home Novel Seram/Misteri Kasut Merah
Kasut Merah
Najibah Isa
17/8/2017 22:19:00
1,276
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

TIT! Tit! Tit!

Bro, kau dekat mana?

Mesej Borhan aku biarkan tidak berbalas. Apa-apalahmamat ni!  Ada lagi masa kan? Buat apanak awal sangat? Lagi pun majlis tu mula jam 10 pagi nanti. Tetamu pun belumpenuh lagi. Jadi, buat apa nak cepat sampai? Aku menggeleng seraya kakimenginjak di atas lantai.

Menuju ke lobi yang menempatkan pintu kecemasan danlif, aku melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri disitu. Tubuhnyayang kecil dengan mengenakan baju kanak-kanak yang era 90an, aku renung. Kakiaku menapak bersebelahan dengan kanak-kanak itu, sambil telunjuk kanan menekan button.Menunggu pintu liff terbuka, ekor mata aku perhatikan kanak-kanak itu. Diamdan tidak bersuara.

Lama aku menunggu pintu lif terbuka. Mendonggakmelihat angka diatas yang berganti, masih lagi ditingkat bawah. Aku yang beradadi tingkat 13 ni sudah jenuh berdiri, menunggu. Jam tangan aku jelling. Barusaja pukul 7:30 pagi. Masih ada masa untuk sarapan. Fikir aku.

Bosannya menunggu… aku merunggut didalam hati. Kalauada teman berbual, best jugak. Tak adalah aku berdiri macam orang bodoh ajedekat sini.  Perut pun dah merungutlapar. “Lambatnya…” aku merungut lagi.

Tit! Tit! Tit!

Terkejut aku. Menyeluk poket seluar, telefon bimbitSamsung aku keluar. Membuka kotak pesanan dengan button yang disediakan,mesej dari Borhan muncul di kaca skrin yang kecil, tapi masih dapat dibacanya.

Kau dekat mana Fadhil?

Menggeleng aku. Betul-betul tak boleh bawak bersabardulu ke? Ada masa lagi kan? Yang nak cepat-cepat sangat ni dah kenapa? Akupelik dengan sikap Borhan hari ini. Selalunya dia tidak macam ni. Okay, aje.

Tengah On the way la ni.

Aku membalas. Geramnya!

TING!

Aku mendonggak. Melihat pintu lif yang terbuka luas,aku melangkah masuk ke dalam. Sebentar pandangan aku terhenti pada kanak-kanakperempuan tadi. Dia masih berdiri. Kaku ditempatnya. Menjengguk ke kiri dankanan di lobi itu, aku mengitari ruang yang kosong dan sepi itu. Menoleh,kanak-kanak perempuan itu aku pandang kembali.

“Adik,” panggil aku.

Dia diam.

“Adik tengah tunggu mama papa adik ke?” soal aku.

Dia masih lagi diam.

“Mama papa adik pergi mana?” soal aku lagi. Aku pandangkanak-kanak itu lama.

            Dia masih memberireaksi yang sama. Diam. Mengeluh, aku meghampiri kanak-kanak itu. Dudukmencangkung, aku pandang wajahnya. Comel. Ya, kanak-kanak itu kelihatan cantik.Warna kulitnya yang cerah kemerahan, alis mata yang panjang semula jadi. Bibirnyayang kecil dan munggil itu, sangat comel. Apabila dia besar, pasti diakelihatan cantik!

            “Adik… apa kata abangtolong adik cari mama papa adik. Lagipun, tak bahaya kalau tunggu dekat sini. Takada orang. Kita pergi bawah, ye.” Ajak aku. Bangkit, aku memimpin tangannya. “Jom.”

Aku mengatur langkah. Kanak-kanak itu turut menyusul.Aku senyum. Sekurangnya, dia selamat bila dah jumpa mama dan papa dia. Masuk kedalam lif, sebentar aku menekan button yang tersedia didinding lif itu.Pintu mulai tertutup dan bergerak ke bawah.

“Lama ke adik tunggu mama papa adik dekat situ?” akumenyoal. Aku menunduk memandang kanak-kanak perempuan itu.

Dia tetap sahaja diam. Jangan putus asa! Dia takutkot, sebab tu tak cakap apa-apa. Fikir aku.

“Adik…”

Belum sempat aku meneruskan kata-kata seterusnya,telefon bimbit Samsung aku bergetar dan membunyikan deringan.  Melihat nama pemanggil, aku mengeluh panjang.Dah kenapa mamat ni? Mematikan telefon, aku berpaling memandang ke arahkanak-kanak perempuan tadi.

“Adik?” Aku mengitari ruang lif itu. Kosong? Akupanggil berulang kali, menoleh ke belakang juga tidak ada. Mana dia pergi? Takkan dah keluar kut? Lif kan masih bergerak lagi?

“Abang…”

Suara kanak-kanak perempuan kedengaran. Aku menoleh.Mencari arah datangnya suara itu.

“Abang… tolong saya… tolong saya abang…” suarakanak-kanak itu meminta pertolongan.

“Adik? Adik dekat mana?” Aku mencari.

Tik!

Aku dapat rasakan ada sejenis cecair jatuh diatas pipikanan. Perlahan tangan aku menyapunya, melihat kesan merah menyala, mata akumembulat. D… DARAH?! Perlahan aku mendonggak ke atas. Melihat tompokan darahmerah laju menitis diatas wajah aku. Sebentar kemudian cecair merah itu jatuhmembasahi seluruh tubuh aku.

Terjelompok aku di dinding lif. Lampu yang padaawalnya menerangi ruangan itu tiba-tiba berkelip seolah-olah bekalan elektrikmahu terputus. Bayang kanak-kanak perempuan yang aku temui tadi, keluar daripantulan dinding itu. Melihat wajahnya yang buruk dan berulat serta bajunyayang diselimuti darah merah… aku kaku disitu. Dia tersenyum…

“Warghhhhhhh….!!!!”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Najibah Isa