Home Novel Seram/Misteri LEMAS
LEMAS
26/4/2017 13:56:44
3,717
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab BAB 1

Sebuah kereta bergerak membelah malam pekat. Hujan lebat dan sesekali panahan kilat didada langit tidak dihiraukan. Sipemandunya tidak terusik dengan udara dingin yang menjamah tubuhnya. Sesekali air mata yang bergenang dipelupuk matanya diseka dengan tangan. Diwaktu yang sama wajahnya disekup dengan riak ketakutan.

Kilat memancar lagi didada langit. Udara sejuk terus mengitari kawasan sekitar. Daun pokok ditepi jalan bergoyang kerana dirempuh angin dengan kasar. Titisan air makin lebat mencurah menikam bumi. Lelaki yang sedang memandu menumpukan perhatiannya pada keadaan jalaraya yang agak licin. Telinganya juga menangkap bunyi guruh yang sesekali berdentum kuat.

Ketika leka memandu sesekali dia melinggas memerhatikan kearah kiri dan kanan jalan. Kosong. Tidak adaa sebiji rumah pun ditemuinya. Yang ada cuma belukar nipis dan hutan kecil. Tidak ada apa-apa yang menarik perhatiannya dikala itu.

Hampir setengah jam memandu berseorangan tiba-tiba dia menekan brek kereta. Tayar melekat kuat namun kereta terus terdorong kedepan sebelum berhenti.

Lelaki tadi menoleh kearah kiri jalan. Berbalam-balam dia melihat ada sesuatu tidak jauh dari pingggir jalan itu. Matanya dipicingkan lagi.

Kilat memancar dan serentak dengan itu dia dapat melihat ada bangunan usang tersergam dikiri jalan. Ada lorong masuk yang berbecak.

Kereta diundurkan sedikit sebelum membelok masuk melalui jalan kecil yang agak berlumpur. Matanya terus memandang kearah bangunan usang tersebut. Tidak dia ketahui bangunan milik siapa tapi dia tidak peduli tentang itu. Mayat yang ada dibelakang boot keretanya perlu dibereskan terlebih dulu. Mungkin ini tempat yang sesuai, fikirnya. Bangunan terbiar dan tidak dihuni oleh manusia lagi.

Pedal minyak ditekan lagi agar kereta bergerak lebih deras. Diwaktu yang sama jantungnya bergetar laju. Seperti ada sesuatu yang kuat dan rakus menendang dadanya dari dalam.

Betulkah dengan apa yang aku lakukan ini? Sejenak terdetik pertanyaan itu dikotak fikirannya. Jahanamlah! Bagaikan ada suara lain memarahi dirinya sendiri. Dengan apa yang berlaku, engkau tidak punya pilihan lagi! Atau kau mahu ke tali gantung. Nyawa kau habis disitu? Atau kau mahu terus selamat?

Perasaannya berbelah bagi. Antara sifat manusia dan syaitan dia terperangkap sendiri. Lorong keputusan yang sedang dilaluinya ini terlalu sukar baginya. Pilihannya harus cepat dan tepat. Andai tersilap langkah mungkin segala-galanya akan berubah.

Kepalanya digelengkan seketika. Dengusan nafas kasar turut sama dilepaskan. Sesungguhnya kehidupan baginya sudah pun berubah. Berubah dalam sekelip mata. Dari cahaya terang kini dia sudah terjebak kepintu kegelapan yang amat dahsyat.

Sekali lagi dia menekan brek kereta. Untuk beberapa saat dia diam sendirian didalam kereta. Membiarkan wiper bergerak sendiri menyapu titisan air dicemin kereta. Bola matanya disorotkan kearah bangunan lama didepannya. Akalnya mula menimbang-nimbang semula akan tindakannya.

Melalui cahaya kilat yang menerangi kawasan sekitar, jelas bangunan itu sebuah bangunan lama yang terbiar. Pokok tumpang sudah menjalar dibeberapa bahagian bangunan tersebut. Pintu dan tingkap ada yang terlopong disana-sini. Cat yang melekat didindingnya sudah lama pudar dan hilang serinya.

Jam yang melilit pergelangan tangannya dikerling sebentar. Masa terus bergerak dan dia makin kesuntukkan. Adalah terlalu berharga waktu itu andai dibiarkan berlalu begitu saja. Dia mesti cepat!

Lampu kereta dipadamkan dia kemudiannya keluar dari dalam perut kereta. Tidak menghiraukan akan hujan yang masih lagi lebat. Tidak dipedulikan pada kasutnya yang mula kotor akibat terpalit tanah lembik.

Lelaki bertubuh tegap dan berambut kemas pendek itu melangkah bertemankan lampu suluh ditangan. Dengan lampu picit itu dia memeriksa bangunan usang itu terlebih dulu.

Dimana aku nak buangkan mayat Sue Lee? Sedapatnya dia harus membuang mayat itu ditempat yang sesuai. Dia berdiri ditengah-tengah ruang bangunan yang kotor dan agak berbau. Sawang labah-labah yang melekat disiling dan didinding menari-nari disentuh angin dari luar. Seluruh tubuhnya dijamah dengan rasa dingin. Secara tiba-tiba juga bulu roma ditengkuknya merinding.

Meskipun begitu dia cepat-cepat menghalau rasa kurang senangnya itu. Yang penting dia mahu uruskan ‘pengkebumian’ Sue Lee terlebih dahulu.

Merasakan yang tempat itu tidak sesuai, dia melangkah lebih dalam lagi. Akhirnya kakinya membawa dia kebelakang bangunan tersebut. Hanya ada belukar menyambut ketibaannya. Titis air yang melekat dimuka dikesatnya dengan tangan. Baju dan seluarnya hampir lecun. Sesekali dia mengigil menahan kesejukan.

Lampu picit ditangannya disuluh lagi mencari tempat yang sesuai. Matanya terpandang pada hujung belakang bangunan itu. Lalu dia mengorak langkah dan akhirnya berhenti disebuah tebing. Lama matanya merenung kebawah. Ada sesuatu melintasi ruang fikirannya. Ada sesuatu yang mendesak hatinya. Kepalanya terangguk-angguk seketika.

Tanpa menunggu lama dia berpusing dan menuju kearah keretanya semula.Dengan bersusah-payah dia memikul mayat seorang gadis dan berpatah semula kebelakang bangunan.

Tiba ditebing tadi dia berhenti. Mayat yang sedang dipikul dijeling. “ Inilah tempat untuk engkau sayang,” bisiknya perlahan sebelum mayat gadis malang itu diletakkan diatas tanah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.