Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri Pocong Malisa
Pocong Malisa
Farz Ozie
11/4/2018 19:08:30
2,247
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Bab 4 pocong Malisa


  “Kau ni dah kenapa? Yang setan tu kau.” Bentak Haji Karim sambil menunjal kepala anaknya. 

 “Abah?” Soal Zamri sambil mengesat peluh di dahi. 

 “Yelah, abah lani. Takkan hantu pula?” Haji Karim bercekak pinggang. 

 “Hantu?” Zamri terus memeluk kaki Haji Karim erat seperti anak kecil minta didukung.

  “Kamu ni dah kenapa Zam? Kereta kamu tinggal tengah jalan tu dengan enjin hidup. Lepas tu duduk dekat sini terpekik terlolong macam orang gila, peliklah abah tengok kamu sehari dua ni.” Haji Karim mengomel sambil membetulkan jubahnya. 

  Zamri kelu tidak mampu berkata-kata. Sekilas dipandang keretanya yang tidak jauh dari tempat dia duduk. Bagaimana enjin kereta itu boleh hidup? Bukankah tadi rosa? Zamri menggaru kepala yang tidak gatal. Binggung dia dengan keadaan sekarang. 

  Zamri bangun dan berjalan menuju ke kereta untuk mendapatkan Haji Karim. Bahu ayahnya dipegang erat. Sempat Zamri bertanyakan dari mana ayahnya datang namun soalan tidak berjawab. Tubuh Haji Karim terasa sejuk tidak seperti selalu. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup membuatkan Zamri merasa tidak enak. Zamri menarik tubuh Haji Karim pusing menghadapnya. 

  Zamri menjerit sekuat hati apabila melihat wajah Haji Karim yang menakutkan itu. Sebelah biji matanya terjuntai keluar, kulit muka bersopak dan dipenuhi dengan darah merah kehitaman. Baju jubah putih Haji Karim dipenuhi darah dan berbau busuk. Zamri terus pitam di situ. 

   Keeesokan paginya, Zamri menggeliat kecil. Mata yang masih melekat kuat itu ditonyoh sebelum dibuka perlahan-lahan. Zamri memerhati keadaan sekeliling, terus segar matanya bila melihat dia berada di dalam bilik rumahnya. Zamri rasa aneh. Bagaimana pula dia boleh berada di sini? Bukankah semalam dia sedang menyelamatkan diri di tengah jalan dan kemudian dia, Zamri cuba mengimbas kembali kejadian semalam. 

  Namun tiada satu pun yang dia ingat. Zamri mengetuk kepalanya supaya otak boleh bekerja. 

 “Dah bangun pun. Kamu dah kenapa Zam?” Soal Hajjah Mariam lalu melabuhkan punggung di sebelah anaknya. 

  “Kenapa apa mak?” Soal Zamri binggung. 

  “Pengsan tengah jalan. Nasib baik Rahmat dengan Fattah jumpa kamu tau. Kalau tidak kena makan dek harimau lah kamu tu.” Terang Hajjah Mariam kepada anaknya. 

  Zamri diam. Dia masih keliru dengan apa yang terjadi. Haji Karim pula masuk ke dalam bilik Zamri. Dipandang anaknya dengan satu renungan yang tajam. 

  “Kamu mabuk ye Zam?” Soal Haji Karim tegas. 

  “Mana ada abah.” Zamri menafikan. 

  “Habis tu khayal dadah? Ke kamu hisap gam?” Soal Haji Karim lagi. 

  “Zam tak buat dah kerja-kerja tu semua abah. Zam okey je semalam.” Zamri cuba mempertahankan dirinya. 

  “Tak buat? Habis tu paket dadah dalam seluar kamu ni apa?Siapa punya? Hantu punya?” Berdentum suara Haji Karim memecah kesunyian pagi . 

  Hajjah Mariam menepuk belakang suaminya cuba untuk meredakan rasa amarah yang membara. Zamri diam seribu bahasa. 

  “Sudahlah tu bang. Nanti darah tinggi awak naik.” Pujuk Hajjah Mariam

  “Tak boleh diam dah Yam. Melampau dah dia ni. Anak tak sedar diuntun!” Haji Karim menaikkan tangan namun sempat ditahan oleh Hajjah Mariam. 

  Zamri menekup muka dengan kedua tangannya. Hajjah Mariam menarik Haji Karim keluar dari bilik Zamri. Sepatutnya dadah itu mahu dihantar kepada tuan badannya. Namun nasibnya tidak baik kerana dikacau di tengah jalan. Zamri sudah tidak menghisap lagi seperti dulu. Dia hanya menjualnya sahaja untuk mencari duit poket tambahan. 

  “Ini semua sebab kau Malisa!” Zamri mengepal penumbuk. Sakit hatinya bila mula teringatkan kejadian semalam. 

  Dia harus selesaikan perkara ini. Dia harus jumpa dengan Tok Aki untuk menyelesaikan masalah ini. Zamri turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air.

   Lain pula keadaan di rumah Azrul. Pagi lagi sudah digegar oleh keluarga arwah Malisa. Terutamanya abang sulung Malisa, Nizam. 

  “Mana kau sorok mayat adik aku ha?” Bentak Nizam dengan nada nyaring.

 “Apa maksud abang Nizam? Saya tak faham.” Jawab Azrul yang masih keliru dengan pertuduhan diberikan ke atasnya. 

  “Kau jangan ingat aku bodohlah. Kau sayang sangat dengan Malisa tu sampai kau tak boleh nak berpisah dengan dia. Lepas tu kau pergi korek kubur dia sorok mayat dia kan? Kan!” Nizam bercekak pinggang. Nafasnya tidak lagi sekata. Peluh mula  membasahi muka.

  “Astaghfirullahhalazim bang. Saya masih ada iman bang. Takkanlah sanggup saya nak buat macam tu.” Azrul mengucap panjang. Tidak sangka begitu cetek pemikiran Nizam menuduh dirinya sebegitu rupa. 

  “Iman konon. Sembahyang entah ke mana, imanlah sangat! Berepa kali je pernah nampak kau pergi masjid? Yang tak nampak tu sembahyang ke tidak,” Balas Nizam sinis. 

  “Habis tu takkan setiap kali saya sembahyang saya nak kena rekod video atau buat live dekat facebook bagitahu satu dunia saya sembahyang?” Tukas Azrul geram. 

  “Kau!” Satu tumbukan padu singgah di muka Azrul membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur. 

  “Sudah. Kita datang sini bukan nak bergaduh. Kamu keluar dulu Nizam, keluar...” Arah Puan Salbiah sambil membantu Azrul untuk bangun. 

  Nizam mendengus kasar. Dia menghempas punggung di sofa. Arahan ibunya langsung tidak diendahkan. Dia mahu ikut serta perbincangan mereka. Nizam tahu ibunya sayangkan Azrul lebih dari anak sendiri. Bahkan lebih dari dirinya sendiri. Pasti Puan Salbiah akan menurut dan percaya kata-kata Azrul. Begitu juga dengan Tuan Hamid, ayah Nizam. 

  “Mama dengan papa Rul mana? Diaorang sihat?” Puan Salbiah memulakan bicara sebaik semua tenang. 

  “Alhamdullilah diaorang sihat je makcik. Sekarang ni diaorang dekat Amsterdam, ada urusan business sikit.” Jawab Azrul sambil mengesat dari yang masih mengalir di bibirnya. 

  “Lama pakcik tak jumpa diaorang.” Sampuk Tuan Hamid pula. 

  “Bila nak selesai masalah ni kalau sibuk duk buat rancangan jejak kasih.” Bidas Nizam yang mula panas hati. 

  “Kalau kamu tak suka kamu boleh balik Nizam.” Marah Tuan Hamid. Geram sungguh dia dengan sikap panas baran anaknya itu. 

  “Sekarang ni baik kau cakap mana kau sorokkan mayat adik aku tu!” Nizam meninggi suara. Sabarnya sudah sampai ke penghujung. Tangan sudah mengepal penumbuk menanti masa untuk dilepaskan sekali lagi. 

  “Saya tak tahu bang. Macam mana lagi saya nak terangkan dekat abang. Takkanlah gamak saya nak seksa orang yang saya sayang.” Azrul sekali lagi menjelaskan perkara sebenar. Dia berharap kali ini Nizam boleh tenang dan terima. 

  “Arghh. Aku tak percaya.” Nizam bangun dan berlari naik ke atas. Dia periksa satu demi satu bilik. 

  Puan Salbiah mahu bangun untuk menghalang namun Tuan Hamid lebih pantas memegang tangan isterinya serta menggeleng. Orang seperti Nizam tidak guna dihalang. Biar dia lihat dengan kepala matanya sendiri. 

  Selepas setengah jam mengeledah dari atas ke bawah, Nizam kembali ke ruang tamu. Dia pandang Tuan Hamid dan Puan Salbiah silih ganti sebelum menjeling ke arah Azrul. 

  “Jom kita balik. Nizam tahu tak mungkin dia akan sorok dekat sini.” Nizam mendengus kasar sambil mencapai telefon bimbit di atas meja. 

  Tuan Hamid meminta maaf kepada Azrul atas sikap kurang sopan Nizam. Sampai di kereta milik Azrul, Nizam mengelak cermin sisi kereta itu hingga terkulai. Nizam tersenyum puas. Azrul hanya mampu mengeluh melihat kereta Ford Range Rover kesayangannya itu rosak. 

  Azrul menutup pintu dan berlalu naik ke atas. Dia duduk di atas katil sambil mengeluh panjang. Laci almari kecil di sebelah dibuka dn dia menarik keluar sebuah album yang tertulis CERITA CINTA KITA. Lama Azrul menatap kulit depan album itu. Dia sangat rindukan senyum tawa Malisa. 

   Album itu ditarik rapat ke dalam pelukannya. Azrul berbaring sambil memejam mata cuba mengimbas kembali kenangan mereka berdua. 

   “Sayang...”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.