Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
32,517
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
EPILOG

" BANG !!! Jomla kita ke rumah itu ! Ayna bang...Saya yakin dia dalam kesusahan sekarang ! Abang pun tahukan siapa Ayna dengan kita ? Di mana kita jumpa dia dulu ? Leeza, yakin bang rumah itu memang ada kena mengena !"

" Ni abang lihat ni ! ," ujar Puan Leeza semakin hilang sabarnya.Keratan akhbar kisah pembunuhan dirumah agam Jalan Lama beberapa tahun dahulu. 

Berkerut- kerut dahinya membaca dan meneliti setiap maklumat itu.Puan Leeza masih lagi tersedu- sedan.Debaran di dada makin hebat. 

" Jadi benarlah kisah ini ya ?," soal si suami pula.


*********


" TIDAK !!! TIDAK !! Kau bukan mak aku !! Kau syaitan !! , " bentak Ayna lantang .Tak mungkin dia mempercayai kata- kata makhluk terlakhnat itu.Ibu dia Puan Leeza

.Dan dia masih lagi hidup !

Jelmaan wanita itu dipagut rasa sedih.Sakit hatinya kini pabila dihina sebegitu sekali oleh anak kandungnya sendiri ! Hina sungguh dia dimatanya.

Manakala jelmaan Pak Rul pula tersenyum sinis.Mana mungkin budak bandar itu dari benihnya.Memang tak mungkin sama sekali.Walaupun mirip mereka sama.

Ayna semakin meronta- ronta.Darah yang makin deras mengalir menuruni lehernya dan terus mengotori bajunya tidak dia pedulikan.Yang pasti dia mahu pergi dari sini dengan secepat mungkin.

Tiba- tiba, dia teringat kembali akan manuskripnya.Pabila diingati kembali apa yang sedang dia hadapi kini seakan sama dengan jalan cerita karya terbarunya.

Adakah ini karma pada kedegilannya selama ini ? Bolehkah kisah fiksyen menjadi realiti ? Apa yang berlaku kini realiti, bukan drama adaptasi.Tanpa dia sedari airmata penyesalan mengalir.Mungkin selama ini dia selamat dari segala bencana, dan ini memungkinkan dia mengambil sikap sambil lewa juga berbangga diri.

" Ibu, ampunkan Ayna bu....Ayna sedar kini ....," sesalan makin mengunung di hati.Ditambah pula dengan rasa takut yang makin mengugah perasaannya.

" Tolong lepaskan aku ! Aku merayu ! Aku akan pergi dari sini , jika kehadiran kami ke sini telah menganggu ketenteraman kamu berdua "

" Sayang, tak mungkin emak lepaskan kamu nak ....," ujar jelmaan wanita bernama Ainah itu dalam masa yang sama mengerling ke arah Pak Rul.Ada maksud yang tersirat disebalik renungan itu." Aku dah kata, aku bukan anak engkau ! Aku tak kenal kau siapa !," bentak Ayna

Dari berwajah sayu kini kian bertukar ke wajah menyeringai.Sungguh biadap kata- kata dilontarkan itu.Kalau dia tahu akan jadi begini dari dahulu sudah dia bunuh anak itu....

Langit senja nan merah kini semakin dikaburi warna hitam pekat.Angin mulai menderu - deru , kelihatan pokok- pokok meliok lentok di sapa angin kuat.

Kawanan burung berterbangan pulang ke sarang .Riuh suara sang cengkerik bagaikan berpesta lagaknya.Si katak pula berlagu memanggil hujan sambil terlompat- lompat sana sini.

Langit makin gelap .Guruh mulai berbunyi menjadi irama langit pada malam itu.


**********


PERJALANAN mereka kena diteruskan jua walaupun hujan makin lebat membantai bumbung kereta mereka.

Puan Leeza yang sememangnya dalam kegalauan makin dipagut keresahan apatah lagi dengan cuaca begini sudah tentu akan menyukarkan perjalanan mereka.

Cermin hadapan makin kurang jelas dek percikan sang hujan walaupun wiper bergerak pantas.Lantunan ayat suci dari pemain dvd di perkuatkan sedikit.

Si suami masih lagi fokus dengan pemanduannya.Dia juga keresahan mengenangkan nasib anaknya dirumah itu.

Pukulan demi pukulan dari sang angin yang menggila menyebabkan pepohon juga tiang- tiang lampu meliok lentok , condong ke kiri ke kanan.Kelihatan amat menakutkan .

Panahan petir membelah bumi.Guruh berdentuman tak ubah seperti dibadai ledakan bom.Pemanduan kadang - kala tersasar kerana jalan makin licin, berbecak juga dikandungi air pada lopak yang terjadi atas aspal jalan .

' Thooom !' Allahuakbar ! Laung Puan Leeza diatas jalan juga Ayna yang masih terperangkap dirumah agam tatkala guruh berdentum hebat.

Ia semakin condong ke arah jalan.Panahan dilontar dari langit tatkala terlihat seekor syaitan sedang bersembunyi namun ia dapat melarikan diri.

' Krak ' Patah hanya dengan sekali panahan sang petir.Kelihatan satu kereta kian mendekati.Pohon itu makin lama makin condong .Angin pula menolak- nolaknya lagi.

' Dummm !' Batang pohon yang agak berat lagi besar itu terjunam ke atas bumbung kereta yang dihuni Puan Leeza dan juga suami.Kemik kelihatan kereta berkenaan.Mereka berdua terperangkap.

Kepala Puan Leeza penyek dihempap batang pokok tumbang itu dengan tepat.Mukanya pula terhempas ke atas dashboard.Bendalir merah pekat kian mengalir melalui lubang telinga dan hidungnya.Manakala si suami pula kepalanya terhempas pada stereng kereta dan pada masa yang sama atap kereta yang terkoyak akibat hentaman itu, sisinya yang tajam menikam belakang tubuh yang tertangkup itu.Darah membuak keluar dari luka itu.

Entah bagaimana datang pula satu panahan sesat lantas kereta itu terbakar , hangus dan rentung.Api agak marak walaupun ditimpa hujan lebat .Minyak hitam pula bocor.

' Pooommmm!'

Azan maghrib berkumandang diseluruh kawasan Jalan Lama yang sunyi sepi itu.Petir yang bertali arus itu sambar- menyambar sesama sendiri.Lantas , salah- satu daripada panahan tersebut kini menjunam terus ke dalam perigi berkenaan.

Selang beberapa saat, kelihatan asap makin meninggi keluar dari dalam perigi.Jeritan nyaring bergema dari dalamnya.Bau hangit naik lalu ia menerawang ke udara.

Tanpa dia sedar , dia kini terapung betul- betul di bawah al quran milik Fifi.Rumah pula secara tiba- tiba bergegar kuat bagaikan dilanda gempa bumi.

Penuh kesan cakaran di wajah jelita milik Ayna.Pedihnya pabila airmatanya yang mengalir .Perutnya juga berlubang penangan tangan jelmaan wanita berkenaan.Darah pekat lagi likat membuak keluar dari pada ruang yang terpelohong itu.

Ayna gadis yang tidak berdosa itu terpaksa redha menjadi mangsa seksaan makhluk terlakhnat itu.Jelmaan wanita itu mengilai- gilai

Sehingga lantunan suara yang menyeramkan itu bergema.

Pak Rul makin terbakar.Apatah lagi dia bergentayangan dibawah al Quran.Jasadnya yang didalam perigi berkenaan hitam terbakar.Jasad yang kaku itu menggelupur kesakitan.Makin lama jelmaan yang menyerupai arwah Pak Rul itu kini semakin menghilang dibalik asap- asap putih yang bertebaran itu.

Bilik bermangga itu juga dipenuhi suara- suara nyaring pekikan dan jeritan seseorang.Kadang- kadang disertai dengan hilaian yang sungguh mengerikan.Rumah bergegar kembali .Keadaan gegaran seakan rumah itu akan rebah.

Salakan sahut- bersahut para jelmaan berupa anjing hitam berwarna merah kini juga semakin hangus dijilat api panahan petir.Rintikan hujan masih lagi tidak mahu berhenti.

Ketukan beduk dari surau berdekatan kedengaran sayup menandakan waktu isyak bakal tiba.Para jemaah mulai memenuhi saf hadapan.

Pohon rendang dihadapan rumah agam itu juga menyembah bumi kini.Selama beberapa tahun ia tegak berdiri di kawasan itu kini rebah hanya dengan sekali panahan petir.Panahan itu juga berjaya membakar makhluk lakhnat yang cuba bersembunyi di dahan tersebut.

Ayna semakin tenat kini.Bermula dari dalam bilik bermangga , lantai juga bumbung bergegar hebat .Dinding mulai retak perlahan- lahan.Suara hilaian jelmaan wanita bernama Ainah itu masih lagi kedengaran.

' Allahuakbar ! Allahuakbar !' 

" Arghh !," nyaring jeritan darinya yang cuba memasuki ke dalam tubuh Ayna.Hangus terbakar.Keseluruhan perigi juga terbakar secara tiba- tiba.

Ayna tidak dapat melarikan diri .Dia redha." Maafkan Ayna bu....Maafkan Ayna ayah....Maafkan Ayna fi....," ujarnya lalu tertunduk kaku.

Rumah agam itu makin kuat gegarannya.Sehingga menyebabkan berlakunya keretakan hebat.Atap- atap juga siling saling berantakan kini.Lantai makin lama makin terbelah.Tanah dalam kawasan itu makin luas rekahannya .Sekelip mata rumah agam itu hancur berkecai, rebah menyembah bumi.Memenuhi ruang rekahan itu.

Munculnya tulang- temulang tanpa mengetahui milik siapa dari beberapa sudut dalam rumah itu.Ia juga hangus terbakar dengan sendiri.

Mungkin inilah penamat pada manuskrip seorang penulis novel seram terkemuka bernama Ayna walaupun ia belum digarap lagi pada helaian kertas kosong.

Sesungguhnya jangan disembah selain dari Allah Swt.


       TAMAT 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.