BAB 9
“SORRYLAH Bro. memang aku takde kerja kosong lagi nak bagi.
Baru aje semalam orang baru masuk. Sorry
eh?” pemilik pusat kareoke itu mengelengkan kepala beberapa kali. Leo hanya
angguk dan tersenyum. Agak hampa rasanya. Sudah masuk ke waktu petang namun
satu kerja pun dia tak dapat lagi. Kenapa susah sangat nak cari? Sudah enam
tempat dan nak dekat sepuluh kedai dia masuk tapi satu pun langsung tak
diterima. Kebanyakkannya menolak dengan cemuhan. Apa punya manusia! Orang minta
kerja elok-elok main maki-maki pula.
Apa?
Ingat dunia ni milik dia seorang aje ke?
Cemuh
Leo dalam hati. Dia semakin rasa mahu berputus asa. Tapi bila memikirkan pasal
Ijam dan Ibu. Dan dia ingin mencari wang untuk bawa Ijam balik juga membayar
hutang Ijam. Dia kena kuatkan dan kentalkan hati menerima segalanya.
Apa
lagi yang dia boleh buat sekarang ni? semuanya bergantung pada dia? takkan dia
nak bawa Ijam balik dengan hasil jualan gerai burger yang tak seberapa tu? Mahu
bertahun-tahun dia kumpul duit untuk ke Filipina.
Leo
duduk di palang besi tepi kaki lima. Mengeluh dan memandang ke sekeliling. Beg
sandangnya yang semakin lusuh digenggam agak kuat. Pergerakkan manusia
diperhatikannya dengan ekor mata.
Batu
di jalan itu disepak-sepak.
“Mana
lagi ni?” soal Leo pada diri sendiri dengan nada yang perlahan. Mata meliar ke
serata tempat. Mencari idea mana lagi kedai yang boleh dia dapatkan kerja.
Kerja kedai makan? Hentikanlah. Dunia sekarang ni lain. Kerja satu jam baru
dapat sepuluh ringgit. Bukan berkira tapi… kalau orang yang pernah rasa semua
tu memang akan faham. Dia dah banyak kali merasa. Kerja di situ dan sini. Itu
pun sehari aje sebab memang pekedai tu panggil suka-suka sebab asyik tengok dia
dengan Ijam berjalan ke hulur ke hilir
tanpa arah tuju. Sekadar menolong kata
orang.
Malas
nak tunggu lama lagi Leo mula bergerak berjalan di laluan kaki lima.
Bersiul-siul nyaring.
“Tolong!
Tolong!” pekikan yang datang dari arah belakang secara drastik Leo menoleh.
Terkejut dia apabila melihat seorang lelaki yang berparut di bahagian lengannya
sudah menarik beg tangan seorang wanita cantik yang baru saja keluar dari
sebuah kedai.
Lelaki
itu kini berlari ke arahnya.
“Beg
saya!” pekik wanita itu yang sudah terjatuh.
Leo
tanpa menunggu apa-apa terus menahan lelaki tadi dengan kakinya. Lelaki itu
terjelopok jatuh bersama dengan raungan garaunya.
Beg
tercampak ke hadapan.
Leo
meluru ke arah lelaki itu. Lelaki yang sudah tertiarap tersebut diangkat dengan
cara menarik rambutnya yang agak kerinting. Lelaki tersebut cuba melepaskan
diri dengan menumbuk perut Leo sekuat hati.
Leo
kesenakkan. Dia tertolak ke belakang. Dan peluang itu diambil lelaki tersebut
untuk melarikan diri. Sudah dibiarkan beg tadi di atas jalan kaki lima.
“Encik
tak apa-apa?” soal wanita yang menjadi mangsa. Dia meluru ke arah Leo. Leo
geleng kepala laju dan cuba untuk berdiri. Dia kemudian mencapai beg tangan
wanita itu dan serahkannya semula padanya.
Wanita
itu nampak cemas dan wajahnya pucat. Hampir tidak kelihatan darah di muka.
Mungkin terkejut barangkali.
“Terima
kasih! Terima kasih!” Ucap wanita itu berkali-kali sambil mengoncangkan tangan Leo
selaju yang mungkin. Leo hanya tersenyum kelat sahaja. Masih cuba menahan sakit
diperut. Tumbukan lelaki tadi memang betul-betul kuat.
“Ahh!
Terima kasih! Kalau awak takde tadi mesti beg saya dah hilang. Oh...” kela
kabut wanita itu berkata macam tak ada nafas.
“Ahh!
Jom! Jom saya belanja awak! Saya belanja awak makan! Nak?” tanya wanita itu. Leo
terdiam setika. Macam tahu-tahu aje dia tengah lapar. Ahh, rezeki jangan
ditolak.
“Okey…”
itu yang Leo balas. Wanita itu tersenyum. Mungkin senang sebab dia terima
pelawaan dia.
LEO
terkaku seketika. Memandang restoran terkemuka itu dengan pandangan yang
terkejut. Lebih kepada jakun. Halkumnya bergerak.
“Kita
nak makan dekat sini? Tapi tempat ni mahal. Kedai mamak ajelah.” Leo tak senang
hati. Seumurnya hidupnya tak pernah jejakkan kaki di depan sebuah restoran yang
mahal. Ini kali pertama.
“Takpa.
Jangan risau. mari.” Ajak wanita itu. Dia lucu melihat gelagat Leo yang sudah
menijau-ninjau di sekeliling restoran. Wanita itu menarik tangan Leo masuk
bersama. Leo agak terkejut tapi membiarkan saja sebab dia dah leka memerhatikan
kawasan dalam restoran itu yang berkilau bak berada dalam sebuah istana
berlian.
Bau
makanan mahal berada di mana-mana.
Seorang
pelayan menunjukkan meja kepada mereka.
“Jemput
duduk.” Pelawa wanita itu.
Leo
teragak-agak mahu duduk di kerusi itu sebab dia rasa kerusi itu dah macam
permata yang tak boleh langsung disentuh oleh baju dia yang agak lusuh ni.
Wanita itu hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.
Kemudian
datang seorang pelayan memebawa menu dan diserahkan pada wanita itu.
“Awak
nak makan apa? Awak order saja? saja
belanja awak hari ni.” kata wanita cantik itu lembut. Dia menyerahkan menu pada
Leo. Leo tunjuk muka keliru sebelum membuka menu dengan ralit dan jakun.
“Err…”
dia terkelu. Dia pandang wanita itu dengan kerutan di dahi.
“Saya
tak pandai bahasa inggeris. Dia tulis apa ni?” tanya Leo sambil menggaru
dahinya. Wanita itu tertawa lucu. Leo senyum kelat. Dia nampak pelayan tu pun
sama dah tahan ketawa.
“Oh
macam tu ke? takpa biar saya orderkan
untuk awak.” Leo angguk aje. Janji dapat makan free hari ni.
“Sebelum
tu, boleh saya tahu siapa nama awak?” soal wanita tersbut setelah pelayan itu
beredar.
“Leo.”
Jawab Leo sepatah. Masih ralit memerhatikan kawasan restoran. Berpenghawa
dingin. Kali pertama dia rasa tempat yang ada penghawa dingin.
“Leo?
Sedapnya nama. Senang nak sebut. Nama saya Raisya. Raisya Sutera. Boleh panggil
Sya aje.” Raisya menghulurkan tangan. Salam perkenalan mungkin. Leo pantas
mengelap tangannya dengan kain lapik meja sebelum menyambut huluran salam
Raisya. Raisya tersenyum lucu.
“Awak
ni kelakarlah.” Kata dia.
“By the way Leo, terima kasih sebab
selamatkan saya tadi. Kalau tak de awak tak tahulah saya. Mungkin semua
barang-barang penting saya dalam handbag
hilang. Terima kasih.” Ucap Raisya sepenuh hati.
“Sama-sama.”
Leo masih lagi berasa tak selesa.
“Jadi,
untuk itu saya belanja awak makan. Jangan malu-malu tau. Kalau awak nak order apa-apa lagi awak bagi tahu saya.”
Leo
anggukkan kepala saja perlahan-lahan.
Raisya
terdiam sekejap sebelum merenung wajah putih Leo itu. Bibir lelaki itu merah,
keningnya tebal dan berhidung agak mancung.
“Awak
ni cina ke?”
“Ah?
Eh tak. Saya melayu tapi saya keturunan cina. Belah bapa saya.” Ujar Leo agak
gagap. Itulah yang ibu Salmah katakan padanya. Dia berketurunan cina.
“Patutlah.
Patutlah awak handsome semacam aje.
Mata awak tu pun cantik. You know, you will look like as a model if you know to
treat yourself.” Puji Raisya sambil tersenyum manis. Leo kerutkan dahi.
“Oh,
Maaf. Awak tak faham bahasa inggeris kan. Haha…” Raisya ketawa. Dan Leo tak
tahu sama ada ketawa lucu ataupun ketawa memerli. Dia hanya diam dan senyum
kelat. Itu saja yang dia buat.
“Awak
akan jadi seperti model kalau awak pandai berhias diri. Rambut awak sikat
kemas.” Terang Raisya semula dalam bahasa melayu.
“Ohh…”
barulah Leo angguk faham. Ya ke? serius ke pujian perempuan depan dia ni.
Raisya
hanya tersenyum comel dan tak lepas langsung memanndang wajah dan mata biru Leo. Buat Leo rasa tak selesa.
Sepuluh
minit kemudian pesanan mereka sampai. Lamb chop berserta dengan beberapa lagi
jenis daging panggang seperti ayam dan kijang. Sos lada hitam diatasnya
membuatkan Leo meneguk liur. Sedapnya makanan itu dia rasa sebab tak pernah
langsung dia cuba. Ini kali pertama.
“Jemputlah
makan. Banyak ni.” ajak Raisya yang sudah mula mengunyah ikan salmon di dalam
mulut.
Leo
memandang ke atas meja. Dia mencari sesuatu.
“Err…
nasi tak ada?” soalnya kepada Raisya. Raisya terkejut sedikit.
“Oh,
awak nak makan nasi? Kenapa tak cakap tadi? Takpa-takpa. Biar saya order. Waiter!” panggil Raisya dengan senang hati.
Kemudian
sampai sepinggan nasi putih di hadapan Leo. Leo mula mengambil sudu dan
meletakkan daging ayam bersoskan lada hitam ke dalam pinggang. Leo terdiam
sekejap sebelum dia memandang Raisya.
“Maaf,
saya nak basuh tangan. Saya tak selesa pakai sudu.: ujar Leo jujur. Raisya
hanya ketawa perlahan. Lucu melihat gelagat Leo.
Selesai
membasih tangan Leo terus menjamah makanannya dengan berselera.
“Saya
minta maaf. Saya memang dah biasa pakai tangan.” Sempat Leo berkata.
“Eh,
tak apa. Saya tak kisah.” Raisya hanya
tersenyum comel lagi. Dan mereka hanya terdiam selepas itu. Leo hanya menikmati
makanannya dengan sepenuh hati. Tak peduli langsung dengan pandangan Raisya
itu. Orang kalau lapar kau buat apa pun orang takkan kisah.
“Awak
nak cari kerja ke?” soal Raisya kembali setelah lama menyepi. Leo berhenti
menyuap nasi ke dalam mulut. Makanannya sudah separuh tinggal.
Perlahan-lahan
Leo anggukkan kepala.
“Mana
awak tahu?” soal Leo mengelap mulut dengan tangan.
“Saya
nampak dan dengar awak bercakap dengan tauke kedai karoeke tadi. Tu yang saya
tahu tu.”
Leo
mengerutkan dahi. Dalam otaknya ligat berfikir sesuatu. Dia memandang Raisya dengan
seribu tanda tanya.
“Oh,
err.. saya ke situ sebab nak cari adik saya. Hmm.. awak tahulah kan budak
remaja zaman sekarang ni. lagipun tempat tu memang port dia melepak dengan
kawan-kawan dia.” kata Raisya dalam nada yang agak kelut. Menyedari yang Leo mungkin fikir dia ke situ
untuk melalak tak tentu fasal.
Leo
diam saja. dia tidak berkata apa-apa.
“Kalau
saya bagi awak kerja dekat rumah saya awak nak?” tanya Raisya. Leo angkat
kepala sekali lagi. Matanya agak bulat sedikit. Mulutnya yang penuh dengan nasi
itu hampir terkeluar semula. Segera dia telan.
“Kerja?
Betul ke ni? saya nak!” laju Leo bersetuju.
“Tapi…
kerja sebagai pengawal keselamatan. Boleh ke? awak tak kisah?”
“Eh!
Boleh-boleh! Saya tak kisah. ah, saya tak kisah kerja apa pun janji saya dapat
kerja. Tak kisahlah pengawal keselamatan pun.” Leo bernada gembira. Dia
tersenyum lebar.
“Betul
ni?” Soal Raisya pula meminta kepastian. Leo dia lihat mengangguk laju.
“Okey,
kalau macam tu…” Raisya keluarkan satu ked kecil dari dalam hangbagnya. Leo
hanya memerhati.
“Awak
datang rumah saya. Kalau awak keliru dengan kawasan rumah saya tu sila telefon.
Ada nombor saya sekali dekat situ.” Laju Leo mencapai kad tersebut tanpa
teragak-agak.
“Terima
kasih Sya. Kalau saya datang esok boleh?”
“Boleh
aje. Tapi datang lepas pukul 5 petang. Sebab saya kerja.”
Leo
angguk sambil tersenyum lebar.
“Sekali
lagi terima kasih Sya.” Makin berselera dia menjamah makanannya tadi dengan
bersungguh-sungguh. Raisya hanya tersenyum memandang.
“Err…
kalau saya bungkus yang tak habis ni boleh tak? saya nak bawa balik untuk ibu
saya.”
MERENIK peluh di dahi Tengku Arman menonton rakaman CCTV itu. Matanya hampir
saja terbeliak. Dahinya berkerut-kerut tanda tak faham dengan apa yang terjadi.
Arwin pula hanya terdiam di sofa sambil memeluk tubuh. Lama mereka berdiam.
Arwin mahu papa dia bertenang dahulu.
“Tapi…”
Tengku Arman tergagap.
“Pa…
benda ni serius pa. nasib baik Arwin tak tuduh mana-mana staf papa lagi. Kalau
tak malu kita. Papa jatuh dengan snediri tanpa ada sesiapa yang tolak.” Ujar
Arwin dengan nada yang agak tegas.
“Tak
mungkin Arwin. Papa nampak. Ada orang yang tolak papa.”
“Habis
tu terangkanlah dekat Arwin video tu ada nampak yang papa ditolak ke? papa
jatuh sendiri.”
“Tak
mungkin.” Tengku Arman memegang tongkatnya. Dia terasa macam mahu pengsan.
Betul! Sungguh dia tak tipu. Memang ada orang yang menolak dia.
“Papa
perlu check semua sekali CCTV.”
“Tak
payah. Arwin dah check semua sekali.
Memang tak ada orang yang mencurigakan masa tarikh papa jatuh tangga tu.”
“Betul
ke?”
“Takkan
Arwin nak bohong papa. Masa Arwin tengok pun Arwin sendiri yang terkejut juga.”
Mereka
kembali membisu. Tengku Arman kelihatannya sedang memikirkan perkara itu.
Berkerut-kerut dahinya.
“Cha… mungkin papa berhalusinasi masa tu.
Papa dah dalam keadaan yang nak pengsankan. Mungkin papa nampak macam ada orang
dekat situ. Kita tutup ajelah kes ni. tak payah tuduh siapa-siapa. Papa pun dah
semakin pulih. Orait pa?”
Tengku
Arman memandang Arwin.
“Ya,
okey. Kita tutup aje. Mungkin betul kata Win. Papa mungkin berimaginasi. Hmm…”
“Kalau
macam tu Arwin naik atas dulu ya. Ada design nak kena buat. Selamat malam pa.”
Arwin salam tangan Tengku Arman dah terus bergerak meninggalkan ruang tamu.
Sambil
itu Tengku Arman masih lagi terdiam. Mungkin betul dia berhalusinasi. Tapi dia
masih lagi tak boleh nak terima sama ada memang dia betul-betul berhalusinasi
ataupun tidak. Sebab memang dia ada nampak orang sebelum dia pengsan.
Arwin
tutup pintu bilik dengan nafas yang lega. beberapa hari ni asyik fikir pasal
benda tu sahaja. Selesai juga malam ni.
Dia
terus melemparkan badan di atas katil. macam biasa. Memang kertas-kertas A4 tak
boleh nak berpisah dengan katilnya. Di atas kertas itu terdapat lakaran baju
yang cukup cantik dan cukup bergaya. 4 design baju untuk lelaki dan 5 design
baju untuk wanita.
Hasil
daripada perahan otak kecil Arwin dan sedikit research yang dia buat. Terhasillah semua itu. Naik berpinar juga
mata dia memerah otak. Sedang asyik
Arwin touch up sikit design dia tu telefon berbunyi nyaring macam minta
dipenggal ke dinding.
Dengan
malas Arwin angkat.
“Hello.”
“Hai
sayang.”
“Hah?”
Arwin terkejut. Siapa pula berani panggil dia sayang ni? nak kena terajang
sampai ke syurga ke hah? Laju dia tengok skrin telefon.
Tertera
nama ‘Mamat sawan’ dekat skrin. Arwin melepaskan nafas menyesal. Macam nak
nangis pun ada. Kenapalah dia boleh angkat call mamat seorang ni. lambat-lambat
Arwin tekapkan ke telinga. Dia yang sedang elok meniarap tadi terus bangun.
“You
nak apa ni?”
“I
rindu you.”
“Tak
ada ayat lain ke? call asyik cakap
benda yang sama. Muaklah.” ucap Arwin dengan nada yang agak marah. Berkerut-kerut
dahinya ketika ini.
“Ermm…
kalau macam tu jom kita jumpalah. I dah lama tak date dengan you.”
“Haizam
Dato’ Nasaruddin.” Tekan Arwin kuat. Menderam marah.
“Ya,
Tengku Arwin sayang…” meleret-leret nada Haizam.
“Boleh
tak jangan ganggu I lagi. Kita dah tak ada apa-apa kan. You dah lupa ke hah?”
“What? Kita dah tak ada apa-apa?” Haizam
bernada terkejut yang sengaja dilakon-lakonkan. Dengar nada pun dah tahu tengah
berlakon terkejut.
“Tapi
kenapa I rasa macam kita ni ada hubungan lagi. Macam… suami dan isteri.”
“Gila!”
Arwin kata sepatah. Haizam tertawa di belah sana.
“Janganlah
panggil I macam tu. I rasa semakin sayang dekat you.” Haizam masih ketawa. Dan
bunyi nada ketawa dia tu memang cukup menjengkelkan Arwin.
“Boleh
tolong tak jangan ganggu I lagi. I ada banyak kerja nak buat tahu tak?
tolonglah.”
“Macam
mana I tak ganggu you kalau setiap masa I asyik fikirkan you saja.”
“Oh,
please. You boleh pergi mampus dengan
lakonan you tu. Jadi selama you dengan perempuan-perempuan simpanan you semua
tu you fikirkan I lah? Oh, terharunya…”
Huh!
Kalau mamat tu boleh jadi pelakon dia pun boleh jugaklah.
“Ah,
jangan cakap macam tu. Ermm… memang biasalahkan lelaki yang kaya dan kacak
macam I ni ada perempuan simpanan. You kena faham.”
“Hotak
lu berjambul. Sepatutnya you ni dari dulu lagi dicampak masuk dalam loji
kumbahan. Ingat semua perempuan nak kan you ke? dengan perangai you yang macam
tu?” marah Arwin. Haizam ketawa. Dah
sebijik macam orang gila.
Erghh! Cuba bayangkan kalau pihak media tahu model hot yang diorang kata baik
dan lagi suci tu sebenarnya lelaki yang suka main-mainkan perasaan wanita.
Nasib baik dia cepat bertindak dulu sebelum terperangkap dengan lelaki tak guna
ni.
Pang!
Arwin
terperanjat. Hampir gugur jantung dia saat mendengar sesuatu yang melanggar
tingkap bilik. Dia memegang dada.
“Cuba
you tengok dekat luar Arwin.” Kata Haizam. Arwin mengerutkan dahi sebelum
terkejut sendiri. Takkanlah mamat sawan ni ada dekat luar?!
Dengan
perlahan-lahan dia melangkah ke arah tingkap. Langsir diselak dan tingkap
dibuka separuh sebelum melangkah ke arah balkoni.
“Surprise!” bisik Haizam girang di dalam
corong telefon.
Arwin
tergamam. Dia melihat Haizam di hadapan rumahnya. Memegang sejambak bunga ros
merah sambil bersandar pada kereta dan tersenyum ke arahnya di balkoni.
“You
dah gila ke Haizam? Apa you buat dekat rumah I ni? you balik sekarang sebelum I
panggil guard.” Desak Arwin dengan nada yang cukup marah. Dia tunjuk penumbuk
pada Haizam.
“Chill lah Arwin. I Cuma nak ajak you
keluar dating aje. You nak tak?”
“In your dream. Tolong balik Haizam!”
“You
makin cantiklah Arwin.” Arwin pandang Haizam dengan panahan mata yang menikam.
“Please go!”
“Ah…
sangat membosankan.” Kata Haizam dengan nada yang menyampah sambil menunjukkan
riak muka yang kecewa. Arwin terus matikan talian. Dia memerhati Haizam yang
membuka pintu kereta itu. Muka tak puas hati dilemparkan ke arah Arwin sebelum
masuk ke dalam kereta dan terus pergi. Arwin hembus nafas lega. rasa macam dah
berjumpa dengan seekor naga.
Erghh! Sangat tak matang Haizam…
Laju
Arwin menutup tingkap dan langsirnya semula.
------------------------
Enjoy your reading?
What's happen next?
Coming Up next!
Chapters 10!
Please comment on section below. ^_^
What u think about this stories.