40,627
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 11

Aku menarik nafas lalu aku hembuskan dengan keluhan bosan. Jam ditangan aku tenung hampir berkali-kali. Apa yang si Tuan doktor buat lama sangat ni? Takkan keputusan x-tray tak keluar- keluar lagi? Bosanlah..

"Hem" Aku meluruskan cara dudukku bila mendengar suara berdaham. Panjang pun umur dia.

"Menurut keputusan x-tray, kepala awak tak ada berlaku sebarang masalah pun. Tapi jika waktu dalam terdekat ni awak ada mengalami sakit kepala yang lain dari selalunya atau masalah pengelihatan visual yang agak kerap, saya nak awak maklumkan pada saya dengan kadar yang segera." Beritahunya. Aku hanya mengangguk saja.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak minta diri. Banyak kerja yang saya kena selesaikan."Pintaku.

"Kejap." Larangnya. Aku duduk kembali, tidak jadi hendak meneruskan niat untuk berganjak pergi. Apa lagi yang dia nak ni? Aku lihat tangannya ligat mencapai plastik ubat dan menulis sesuatu pada muka hadapan plastik  tersebut. Aku buat muka bingung. Kata aku tak apa-apa tapi kenapa dia nak bagi aku ubat pula?

UBAT PENENANG JIWA!

laju  aku pandang dia . Amboi.. Perli nampak!

"Tuan doktor ingat saya gila ke?" Aku buat muka tak puas hati. Rasanya mamat ni nak mulakan perang lagi!

"Eh.. Siapa kata awak gila?" Dia pulang soalan kepadaku.

"Habis ni apa?" Aku ajukan semula plastik ubat itu kepadanya. Dia berdiri menghampiriku. Plastik ubat yang aku ajukan kepadanya segera diraih.

" Ni ubat penenang untuk orang yang suka busybody hal orang. Bila awak rasa nak busybody je hal orang, awak cepat-cepat tiup and sedut plastik ni. Dalam masa yang sama perasaan busybody tu akan hilang dan tenang. Sebab orang yang suka menganggu dan busybody hal orang ni, jiwanya tak tenang tau." Perlinya. Wah!! Sedap mulut je kau nak sindir aku secara terang-terangan! Tak boleh jadi ni.

Aku mengatur langkah menuju ke arah meja kerjanya. Plastik ubat dan pen aku raih. Kau ingat kau seorang je pandai nak sakitkan hati orang? Hello.. Ni Ayu suhaila lah. Setelah usai menconteng plastik ubat tersebut, cepat aku lekatkan didahinya.

UBAT PERASAN DAN BURUK SANGKA!

"Cara guna ni sama je dengan cara guna ubat yang Tuan doktor berikan pada saya tadi. Amalkan ubat ni bila Tuan doktor rasa perasan or nak buruk sangka kat sesiapa! Terima kasih. Assalamualaikum." Balasku. Beg tangan aku raih dan terus keluar dari pejabatnya.


*****

Aku berpeluk tubuh sambil melihat kaca televisyen yang sengaja aku pasang bagi menghilangkan suasana sunyi didalam rumah. Satu keluhan melantun dari mulutku.

"Bukan itu sahaja, you juga kena risaukan yang tertuduh, kerana dia boleh je sewa peguam bela yang boleh beri dia menang dalam kes ni." Kata-kata si Tuan doktor tengah hari tadi kembali bergema diruangan mindaku.

Sumpah aku tersangat bingung saat ini, bagaimana kalau Jalil berjaya mendapatkan peguam bela untuk membolehkan dia menang dalam kes ni, apa agaknya nasib Lestari lepas ni? Atau lebih tepat nasib aku dan Lestari andainya Jalil berjaya lolos dari kes ni?

"Argh!" Aku menekup wajah. Buntu. Sejak dari tadi petang lagi aku asyik memikirkannya. Aku tak boleh nak lepas tangan, aku takkan biarkan Jalil bebas begitu saja. Aku akan cari cara untuk menculik Lestari, dia satu-satunya bahan bukti yang mampu menyekat kebebasan Jalil.

Bunyi deringan telefon bimbitku mengusir lamunanku yang sempat singgah untuk seketika. Dengan satu dengusan malas, telefon bimbit yang merengek riang di atas meja segeraku capai.

"Cikgu Arshad?" Nama itu terluah. Ada apa Abah call waktu-waktu macam ni? Soal hatiku. Tlian segera aku sambut.

Assalamualaikum." Kedengaran suara Abah memberi salam. Tiba-tiba sayu pula hati bila mendengar suara Abah yang sudah hampir beberapa bulan tidak kedengaran.

"Waalaikumsalam." Jawapku. Cukup ringkas. Meski pun lelaki itu sudah menganggap aku seperti anaknya, aku masih terasa jangkal untuk bersemuka dan berbicara dengannya.

"Kamu apa khabar?" soal Abah. Aku ketap bibir. Diam sebentar.

"Ayu..." Panggil Abah bila ganggang tiba-tiba menjadi sepi. Kenapa aku tak boleh nak bicara ni? Ayu bangunlah, sampai bila kau nak mengelak dari bersemuka dengan lelaki ni? Dia yang membesarkan kau, dia yang memenuhi keperluan kau, dia yang pungut kau saat ayah kandung kau buang kau. Sampai bila kau nak anggap dia ada tak ada saja? Aku cuba untuk memujuk diri sendiri.

Mungkin sudah masanya aku menerima kenyataan, bahawa dia lebih layak untuk mendapat layanan baik dariku. Dn mungkin sudah masanya aku berhenti berfikir bahawa semua bapa itu adalah sama. Walhal sudah jelas-jelas lelaki ini berbeza dari ayah kandungku.

"Alhamdulillah.. Ayu sihat. Cikgu dengan isteri cikgu sihat?" setelah beberapa minit menyepi aku akhirnya mengambil keputusan untuk berbicara.

"Baguslah kalau sihat, Abah dan ummi sihat juga. Abah telefon ni nak tanya kamu, kamu sudi tak nak balik kampung hujung minggu ni? Ummi rindu nak jumpa kamu." Pinta Abah. Aku menyandar di sofa. Mati kata untuk kedua kalinya. Balik kampung? Setelah hampir 2 tahun tidak bersua? Entahlah.. Kenapa hati tiba-tiba jadi berat saja hendak bersemuka dengan mereka.

"Ayu masih tak anggap kami ni seperti ayah dan ibu yang sebenar ke? Ayu masih menganggap kami ni orang luar lagi ke?" tanya Abah. Nadanya kedengaran sayu saja. Aku memejam mata. Kenapa aku masih tak boleh nak terima semua ni?

"Tak apa, Abah tahu. Abah pun takkan paksa Ayu. Kalau Ayu ada kelapangan hujung minggu ni, Ayu datanglah ya. Assalamualaikum."

"Abah.."

Tutt..

Talian terus diputuskan. Telefon aku baling ke sofa sebelah lalu wajah aku tekup. Kenapa dengan aku ni!

Aku mengesat pelut di dahi. Lagi beberapa KM hendak sampai ke rumahku. Botol mineral aku buka lalu aku teguk. Panas terik yang mencengkam kulitku amatlah memeritkan.

pon..pon..

Bunyi hon kereta membuatkan aku segera menoleh. Aku kerutkan dahi bila melihat kereta cikgu disiplin berhenti benar-benar di belakangku. Tapi aku buat bodoh saja. Botol air aku masukan ke dalam beg lalu meneruskan langkah.

"Ayu! Ayu suhaila.." Laung suara yang amat aku benci itu. Aku buat dengar tak dengar saja. Aku tak ada masa nak adakan ceramah tepi lebuh raya. Aku nak balik nak mandi.

"Ayu! Ayu.." Sekali lagi suara itu memanggil namaku. Aku mendengus kemudian segera berpaling.

" Cikgu nak apa?" jeritku sebab riuh rendah dilebuh raya menyukarkan dia untuk mendengar suaraku.

"Masuk dalam kereta cikgu. Sekarang! jawapnya. Aku menggeleng. Tak kuasa aku nak tumpang dia. Sah-sah dia nak membebel kat aku. Langkah kaki aku susur dengan pantas. Agar dia tidak meneruskan niatnya untuk menumpangkan aku. Aku tak perlu ehsan darinya.

"Saya kata masuk!" sekelip mata saja lenganku dicapai lalu tubuhku diusung tanpa rela mendekati keretanya. Terpinga-pinga saja aku dengan perlakuan spontan itu.

"Apa yang cikgu nak?" Aku bertanya tanpa berpaling, namun cikgu disiplin itu hanya mendiamkan diri. Brek tangan dijatuhkan lalu gear ditolak dan kereta mulai bergerak. Aku menoleh ke arahnya bila soalanku dibisukan saja.

"Cikgu nak bawa saya pergi mana? Ni bukan arah untuk ke rumah saya." Tanyaku. Dia langsung tidak berbunyi, masih fokus pada pemanduannya.

"cikgu.."

"Nah." Sampul surat berwarna coklat diserahkan kepadaku.

" Apa isi sampul ni?" soalku.

"Bukalah." Mendengar saja arahannya aku segera membuka sampul surat tersebut.

"Kenapa semua dokumen saya ada pada cikgu?" Aku segera berpaling melihat ke arahnya. Dada sudah berdebuk tidak menentu.

"Lepas saja Ayu masuk kelas, saya meminta ibu tiri Ayu pulang ke rumah lepas tu saya call Ayah Ayu. Sampai saja ayah Ayu, dia luahkan segalanya. Dia memohon pada saya untuk menjaga Ayu. Dia nak Ayu jadi anak yang berguna sebab..

"Sebab dia tak mampu nak jaga saja? Sebab dia nak lebihkan ibu tiri saya?" Pintasku. Cikgu disiplin memberhentikan keretanya dibahu jalan. Pintu kereta segera dikunci. Mungkin takut aku larikan diri.

"Sebab arwah ibu Ayu nak Ayu berjaya. Nak Ayu menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Ayu adalah salah satu murid yang berpotensi untuk menjadi murid yang cemerlang. Cikgu boleh nampak daripada nilai prestasi Ayu dari tahun ke tahun, cuma akhir-akhir ni prestasi Ayu agak merundum.."

"Siapa yang tak sakit hati bila ayah mereka berkahwin lain sedangkan ibu mereka baru saja meninggal dunia? Semenjak perempuan tu ada dekat rumah kami, hidup saya tak seindah khabar dari rupa. Saya jadi nakal sebab saya nak hilangkan tekanan dalam diri saya." Celaku lagi.

"Cikgu tahu semua tu, cikgu dapat rasakan apa yang kamu rasa Ayu. Tapi jangan sampai masalah keluarga menganggu fokus kamu untuk belajar. PMR dah nak dekat ni, sebab tu cikgu terima tawaran menjaga kamu. Sebab cikgu kasihan dengan ayah kamu. Dia nak sangat kamu berjaya." Beritahu cikgu disiplin.

"Kalau betul dia nak saya berjaya, kenapa dia biarkan saja ibu tiri saya perlakukan saya macam ni?" Aku menyelak lengan baju sekolah. Memperlihatkan kesan pukulan beberapa hari lepas. Membuntang mata cikgu disiplin.

"Kenapa Ayu tak pernah nak laporkan pada sesiapa? Ini dah teruk ni." Kagetnya. Lenganku dibelek-belek. Aku lepaskan genggaman tangannya dari menyentuh lenganku. Lengan baju aku tutup kembali.

"Nak laporkan pada siapa? Sedangkan saya tak punya sesiapa lagi.."

"Cikgu dan guru-guru lainkan ada. Kami sedia membantu Ayu. Perkara macam ni tak boleh dibiarkan! Tak apa, mulai sekarang Ayu tinggal dengan cikgu. Lagi pun cikgu dan isteri cikgu tinggal berdua saja kehadiran Ayu sedikit sebanyak boleh memecahkan sunyi di rumah kami."PIntanya.

"Macam mana kalau cikgu dan isteri cikgu pun dera saya?" mendengar saja kata-kataku dia segera mengucap.

"cikgu ni nampak saja garang di sekolah, tapi luar dari sekolah cikgu takkan bawa perwatakkan tu. Lagi pun saya dan isteri saya dah lama nak ada anak tapi ALLAH belum makbulkan lagi." Jelasnya.

"Apa jaminan cikgu untuk saya percaya pada kata-kata cikgu?"

"Okey macam nilah Ayu,cikgu cabar Ayu. Kalau suatu hari nanti Ayu berjaya dan dapat kejar cita-cita Ayu, cikgu halalkan semua yang cikgu salurkan untuk pelajaran Ayu. Tapi kalau Ayu tak berjaya, cikgu nak Ayu bayar segalanya. Ayu berani sahut cabaran cikgu?" cabar Cikgu disiplin.

Aku tunduk merenung telapak tangan. Kalau benar niat cikgu disiplin murni. Aku tak boleh nak lepaskan peluang ni. Sebab ni aje peluang aku untuk keluar dari kepompong dendam. Aku nak berjaya, aku nak buktikan pada mak tiri aku yang aku boleh jadi insan yang berguna.

"Baiklah, tapi jangan harap saya akan terima atau anggap cikgu sebagai ayah saya. Cikgu tetap cikgu, ayah saya tetap ayah saya. Kita kekalkan hubungan kita sebagai anak murid dan cikgu sekolah. Macam mana? cikgu setuju dengan syarat saya?" kini giliran aku untuk mengemukakan syarat.

Dia pandang aku lama. Seolah hendak menolak syaratku.

"Ayu.."

"Agak sukar bagi saya untuk menerima orang lain dalam hidup saya cikgu, apa yang mak tiri saya buat pada saya membuatkan saya hati-hati untuk menerima orang baru dalam hidup saya. Apa lagi cikgu nak jadi ayah saya, memang saya tak boleh terima sedangkan ayah saya masih bernafas dan bernyawa." Beritahuku. Aku lihat Cikgu Arshad meraup wajahnya.

"Baiklah. Kita kekalkan hubungan kita sebagai anak murid dan seorang guru. Kalau kamu dah bersedia nanti, kamu boleh panggil kami Abah atu Ummi." Akhirnya dia setuju dengan syaratku.


Bersambung^^ maafkan segela kekurangan..








Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh