Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aduhai, Bos Bertuah!
Aduhai, Bos Bertuah!
Zan Zarida
5/3/2013 15:30:39
193,038
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Sinopsis

Berkahwin dengan bekas tunang yang tidak pernah tunjuk batang hidungnya? Hmm… Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Entah kenapa, Dian tidak mampu berkata tidak kepada ayah dan ibunya.

Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari kerana dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar menuju gerbang perkahwinan. Kalut sangat apabila jatuh cinta, hampir terlupa membeli cincin kahwin!

Baru sahaja bergelar suami isteri, mereka telah menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang entah ke mana. Zamil jadi sasau apabila Dian menghilang tanpa sepatah kata.

Ida pula terpaksa mengupah Asmidar untuk mengurat abangnya yang hidup dalam dunianya sendiri. Semangat Asmidar sudah berkobar-kobar, tetapi syarat Ida memang potong stim betul! Ada ke suruh mengurat abangnya yang handsome, tetapi tidak boleh jatuh cinta kepadanya?

Apakah tujuan sebenar Ida dan apakah sudahnya cinta ekspres Dian dan Zamil? 

Andai ada benci, mengapa sempat merindu?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.