Home Novel Komedi/Romantik Komedi Deadly Reporter
Deadly Reporter
Fatul Ramli
19/2/2017 17:00:09
8,665
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 13

Lega dirinya apabila Qamil bersetuju untuk berbincang secara baik dengannya.

“Kalau kau dapat pancing ikan, kau memang berani.”Ujarnya.Kalau setakat seekor ikan nak pancing, budak enam tahun dalam kampung pun boleh buat.Aku bagi peluang je kat kau, benda mudah.

Qamil mengerutkan mukanya.Jelas sekali dia tidak bersetuju dengan cabaran itu.Minah ni, saja nak cabar aku benda yang aku sendiri tak pernah buat.Aku mana nak tahu kerja memancing ni.Dah la ikan tu bau hanyir, nak dia gigit jari aku macam ikan piranha macam mana.Cacat aku selamanya.Qamil menggigit bibir.Dia merenung wajah Maisarah beberapa kali.

“Lama lagi ke? Sebab aku dah nak pergi sekarang ni.”Plastik yang di pikul membuatkan tangannya semakin lenguh.Beberapa kali dia mengubah posisi beg plastik di tangan.

“Err...aku, aku setuju.”Ah! Apasal kau setuju! Biar je dia pergi.Lagipun dia saja nak permainkan kau, dia memang nak kau tercedera nanti.Kau akan cacat sampai bila-bila.

Maisarah tersenyum.Dia mengajak Qamil mengikut keretanya dari belakang untuk sampai ke tempat memancing itu.Lelaki itu pun setuju, mereka berdua menghidupkan kereta lalu bergerak dengan perlahan mengikut jalan-jalan kampung yang selalunya gelap dan sunyi.Maisarah memperlahan kereta supaya dia berpeluang untuk brek mengejut jika ada lembu yang melintas jalan.

Jam sudah berganjak masuk pukul dua belas setengah malam.Bunyi reriang dan cengkerik menemani sepanjang perjalanan mereka.Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mereka berdua setelah sampai ke destinasi yang dituju.

Cepat-cepat Qamil merapati tubuh Maisarah .Bahu mereka berlaga.Keadaan itu kurang menyenangkan diri gadis itu, dia menoleh ke arah pemuda di sebelahnya.Wajah takut jelas terpapar di wajah Qamil.

Maisarah tidak mempedulikan semua itu, yang dia tahu adalah abang Fiqri dan Alif yang mungkin sedang merungut dahagakan air.Laju Maisarah berjalan ke tapak perkemahan mereka bertiga.Seperti tadi, Qamil tidak pernah lekang mengekorinya dari belakang.Jarak gadis itu dari Qamil sentiasa di tetapkan antara lima atau empat langkah dari belakang.

Alif berasa pelik dengan kehadiran lelaki misteri yang mengekori Maisarah dari belakang.Macam aku kenal, tak ingat pulak nama dia.

“Eh? Qamil...awak buat apa dekat sini?”Tegur Fiqri.

“Dia datang sini nak join memancing sekali.Betul tak? Dah lama dia tak pergi memancing.”Maisarah menghadiahkan senyuman sinis kepada pemuda itu.Qamil hanya memberi senyuman paksa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dua orang lelaki di hadapannya.

“Hai, aku Alif.Kawan si Mai.”

“Err...saya Qamil.Kenalan Mai jugak.”Ujarnya teragak-agak.

Mereka mengajak Qamil duduk sekali di bangku kerusi yang di sediakan dan berbual kosong untuk menghilangkan rasa bosan untuk menunggu umpan mereka di makan ikan.Maisarah tidak menyertai perbualan itu, dia masuk ke dalam khemah dan bersedia untuk tidur.Suara perbualan mereka semakin sayup dan terus hilang apabila rasa tidur menguasai mindanya.

**********

“Mai! Mai! Bangun! Tolong aku!”

Tubuhnya di goncang berkali-kali.Tidurnya terganggu.Dia membuka kelopak mata secara perlahan-lahan.Alangkah terkejutnya dia bila /.melihat Qamil sudah berada di sisinya di dalam khemah.Abang Fiqri dan Alif mana? Dia cemas, dia takut yang dirinya sudah di tiduri lelaki itu.Maisarah menolak kasar tubuh Qamil ke tepi.

“Apasal kau tolak aku?”Qamil hairan dengan sikap perempuan itu.

“Kau buat apa dengan aku tadi?” Maisarah menjauhkan diri dari Qamil.Dia memeluk kedua-dua belah lutut.

“Mana ada aku buat apa-apa.Ni ha! Kau tengok lah apa benda melekat di kaki aku ni.Dia tak mahu jatuh.Eeeei! Geli gila.”Qamil menunjukkan betis kirinya yang di ratah oleh lintah sebesar ibu jari.

La...aku ingat apalah sangat.Rupa-rupanya lintah! Kau takut benda besar tu ja pun.Hadui...terok benor kau ni.

“La hai, ingat apa tadi.Mari sini aku tolong buangkan.”Maisarah mengambil pemetik api yang telah di sediakan di dalam beg galas.Lalu dia mendekati kaki kiri Qamil.Maisarah menyalakan api dan membakar sebahagian tubuh lintah itu.Dalam beberapa saat, lintah itu jatuh tergolek dari betis Qamil.

Qamil terus menjauhi binatang yang menggelikan dan tidak pernah di lihatnya sebelum ini.Maisarah mengutip lintah itu dan membuangnya ke dalam sungai.Lantas dia mencarikan minyak gamat dan seputik kapas untuk di sapu pada betis Qamil yang di ratah lintah.

“Dah...kau boleh keluar sekarang.”Maisarah menghalau pemuda itu keluar dai khemahnya.

“Aku takut lah, nanti benda tu datang lagi.”Qamil memanjangkan leher untuk menjenguk persekitaran luar dari dalam.

“Tak lah.Cepat keluar.”Maisarah tidak mahu abang Fiqri serta Alif perasan mereka berdua-duaan dalam khemah.Dia tidak mahu mereka berdua bersangka buruk terhadapnya.

Namun Qamil tetap berdegil tidak mahu keluar.Jadi, terpaksalah dia keluar dari khemah untuk menjaga joran takut di curi orang.Jam di pergelangan tangan di lirik, sudah pukul dua pagi.Memandangkan dia sudah tidur, dia harus memikul tugas menjaga tiga joran yang terpacak di tanah.Dalam beberapa minit, Qamil turut keluar dan menemani Maisarah.Dengan secara tidak sengaja, joran di hadapan Qamil mengena.Dia seperti tunggul tidak tahu berbuat apa-apa.Apalagi Maisarah mengarahkan dirinya untuk menarik ikan yang termakan umpan itu.Berhempas pulas Qamil menarik ikan itu dengan berpandukan arahan yang di beri oleh Maisarah kepadanya.

Akhirnya ikan berjaya di tangkap buat pertama kali dari hasil usaha dirinya sendiri.Maisarah turut bangga dengan hasil usaha Qamil itu.

“Ah...ah...macam mana ikan ni?”

“Kau buka mata kail yang tersangkut di mulutnya tu dan ikan tu kau masukkan ke dalam baldi besar tu.”

Qamil agak takut untuk memegang badan ikan yang mengelupur kerana tak cukup oksigen dari air.Badan ikan itu berlendir lagi membuatkan dirinya terasa ingin muntah.Tetapi di tahan, dia tidak mahu di gelar pengecut oleh Maisarah.Berbekal semangat yang ada, dia mengeluarkan mata kail perlahan-lahan dari mulut ikan itu tetapi secara mengejut ikan itu mengelupur dengan kuat menyebabkan mata kail yang tajam tertusuk ke dalam ibu jarinya.Ikan yang di pegang terlepas jatuh di atas tanah.Dengan cepat Maisarah mengambil ikan itu dan memasukkan ke dalam baldi sebelum dia terlepas masuk kedalam sungai kembali.

“Ouch...”Tangan Qamil menggeletar kerana menahan rasa sakit.

Maisarah pergi mengambil peti pertolongan cemas yang di simpan untuk saat-saat tak terduga seperti ini.Qamil menghulurkan tangan kepada Maisarah.Dia melihat agak dalam juga luka itu, kelihatan isi daging terkoyak luas.Dia mengelap darah yang mengalir kemudian di sapukan iodin untuk mengelakkan jangkitan kuman di ikuti sapuan krim sebagai ubat penahan sakit.Selepas itu Maisarah membalut tangan Qamil dengan kejap.

“Mai...”

Maisarah segera mendongak melihat wajah Qamil.Pandangan mereka bertembung.Qamil merenung wajah Maisarah dengan penuh khusyuk.Ini membuatkan Maisarah menjadi gelisah, perasaan ini tidak pula pernah dia rasai sebelum ini.Matanya seperti tidak boleh memandang benda lain selain mata lelaki itu yang bersinar.Renungannya sungguh sayu.

Laju tangan Qamil menyelak rambut Maisarah dan mengusap lembut kepalanya.Maisarah sudah menjadi takut tidak tentu arah, tangan lelaki itu terus melekap di kepala.Dengan perlahan Qamil mendekatkan wajah ke arah gadis itu.Pipi Maisarah terasa hangat di sentuh tangan Qamil.

“Eh...apa ni?”Maisarah tersentak.

“Kau comel...sangat.”Qamil melayan perasaannya yang semakin ghairah.Dia sudah tidak tertahan melihat wajah comel Maisarah yang semakin merah.Sungguh menawan.Hatinya memberontak ingin melakukan sesuatu terhadap perempuan itu.Segaris senyuman menghiasi bibir.Rangkulan kemas di pinggang Maisarah, dirinya begitu dekat dengan wajah gadis itu.

Maisarah sangat malu apabila di lihat sebegitu rupa.Tangannya menggeletar, lemah dirinya ketika itu.Dia tidak sanggup menjadi mangsa Qamil seperti perempuan lain.Dia menolak kuat rangkulan itu namun semakin erat pula.Lelaki itu seperti tidak mahu melepaskan ia.

“Qa...Qamil.Kau jangan macam ni.Aku tak suka.”Tersekat-sekat suaranya.Ya tuhan! Jangan lah dia nak buat benda mengarut dekat sini.Dah la tempat ni gelap.Silap aku pi cabar dia ni.

“Humm...”Qamil begitu teliti melihat setiap inci wajah gadis itu.Tangannya pantas mengusap bibirnya dengan perlahan.

Dalam keadaan yang mencemaskan itu, dirinya bagaikan ada satu semangat untuk menentang kelakuan pelik Qamil.Tangan kanannya laju menampar pipi Qamil sehingga jatuh tersungkur.Baru terasa lega di dada.Tiada lagi perasaan takut yang mengepung jiwanya.

Qamil terpinga-pinga bangun, tangannya memegang pipi yang perit akibat di tampar kuat oleh gadis itu.Membahang pipinya.Dia merenung wajah Maisarah kembali.

“kenapa kau tampar aku? Aku tak buat apa-apa lagi pun.”Kata Qamil.

Maisarah bangun dan memeluk tubuh di hadapan Qamil.

“Huh, ada nyamuk betina dok cium kat pipi kau sebab tu aku tampar.”Maisarah berjalan masuk ke dalam khemah untuk menyimpan peti kecemasan di dalam beg.Sebenarnya bukan ada nyamuk pun, cuma aku nak lepaskan diri.Cara tu sahaja yang aku rasakan paling berkesan.Padan muka kau! Nak sentuh aku lagi.Lain kali bukan tampar tapi penumbuk aku hadiahkan.

Sejurus selepas itu, Fiqri keluar dari khemahnya sambil mengeliat panjang.Dia terkejut melihat pipi Qamil merah menyala.

“kenapa pipi kau ni Qamil?”

Qamil diam.Dia merenung wajah Maisarah yang baru sahaja keluar dari khemahnya.

“Ss...saya garu, sebab nyamuk gigit.Gatal.”Tipunya.

“Oh, dapat ikan?”Tanya Fiqri lagi.

“Dapat! Besar punya.”Maisarah menunjukkan hasil tangkapan sebentar tadi.

“Hmm, kena tangkap lagi ni.Takpe korang berdua tidur dulu.Biar abang dengan Alif pulak berjaga.”Pujuknya kepada Maisarah dan Qamil.Dia tahu raut wajah mereka berdua juga nampak keletihan.Fiqri berjalan mendekati khemah Alif dan masuk untuk mengejutkannya.

Maisarah mengangguk perlahan lantas menggamit Qamil agar mendekati dirinya.

“Kenapa?”Tanya Qamil.

“Kau tak payah lah nak tidur sini.Aku rasa kau balik rumah terus, lebih selesa.Lagipun kau dah buktikan yang kau berani menyahut cabaran.”Dirinya terasa begitu letih.Matanya berair kerana menahan ngantuk.Sudah lama dia tidak berjaga malam, jadi dia berasa sukar untuk menemani Fiqri dan Alif.Dia tidak sama seperti dahulu.

Qamil rasa serba salah.Dirinya seperti di suruh untuk bermalam di sini tetapi hakikatnya dirinya ingin pulang ke rumah dengan segera.Fikirannya bercelaru.Ah! Susahnya buat keputusan.

“Haih...”Qamil mengeluh.Jam di tangan menunjukkan pukul tiga setengah pagi.

“Aku nak tidur sini...”Qamil merenung wajah kelesuan Maisarah.

“Hah! Kau biar betul? Jangan menyesal sudah kalau kau tak boleh tidur.”Dirinya tidak mahu di persalahkan kerana dia sudah memberi peringatan terlebih dahulu.

“Tak pa...aku bukan nak tidur sangat pun.Lagipun dah nak subuh.”

Mereka berdua masuk ke dalam khemah.Qamil tumpang bermalam di dalam khemah Fiqri setelah mendapat keizinannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fatul Ramli