BAB 22
Aku bergolek-golek atas katil. Penat
dah buka dan tutup kelopak mata. Mengantuk aku sudah terbang entah ke mana.
Sepanjang petang di pejabat, fikiran aku asyik teringatkan Tuan Emir. Entah macam
mana keadaan dia sekarang ni ek? Telefon bimbit aku capai. Nombor Tuan Emir aku
cari. Tak sampai beberapa saat kedengaran suara orang memberi salam. Aku jawab
salamnya dengan suara yang tergagap-gagap.
Huii… Macam tak percaya aje aku.
Tuan Emir beri salam dahulu kepada aku. Biasanya kalau aku yang menelefon dia,
mesti aku yang memulakan salam terlebih dahulu. Jangan harap dia nak mulakan
dulu. Sudah ada perubahan sikap nampaknya. Baguslah tu.
“Baru sekarang awak nak telefon saya
Aleesya!” Aik… Aku baru saja puji dia, dia dah buat balik perangai cengil dia
tu. Tarik baliklah pujian aku tadi.
“Kalau bos nak marah saya, saya
letak baliklah telefon ni. Good night bos!”
“Hei, nanti…” Hah, tau pun dia takut
aku tamatkan panggilan aku. Sengaja sebenarnya aku cakap macam tu. Masak sangat
dengan perangai dia. Nak bergurau dengan aku konon, tapi ayat yang digunakan
tak sesuai langsung.
“Aleesya Syaurah...” Lembut aje dia menyebut
nama aku. Pelik betullah sikap Tuan Emir malam ni. Tiba-tiba saja menyebut nama
penuh aku. Dahlah waktu tengah malam ni, tangkap syahdu aku bila dengar suara
Tuan Emir yang romantik tu. Ishh… Kawal diri sikit ya Aleesya.
“Err… Bos… Bos dah sihat ke?” Tersekat-sekat
suara aku bertanya. Takut juga kalau Tuan Emir terasa.
“Bila masa saya sakit ni Aleesya?”
“Yang siang tadi tu apa?” Bos aku
ni… Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Main tarik tali pulak tengah-tengah
malam ni.
“Tak ada apa-apalah Aleesya. Saya
okey saja.” Masih tak mahu mengaku ya. Entah apa tah yang hendak dia
sembunyikan daripada aku.
“Okey bos kata? Bos…”
“Aleesya, please….
Jangan sebut pasal kisah siang tadi boleh tak?
Saya tak suka. Awak dengar suara saya ni macam suara orang sakit ke?”
Aku lagi tak suka… Belum habis ayat
aku, dia dah potong cakap aku. Ngee…
“Aleesya, dengar sini. Saya harap
awak tidak akan menyebut atau mengungkit pasal kejadian siang tadi ya. Anggap
sahaja yang awak tidak pernah menyaksikannya. Suatu hari nanti awak akan tahu
juga kenapa saya jadi macam tu.”
“Kalau awak ada kisah sedih, saya
pun ada juga. Hidup ini tidak selalu membahagiakan Aleesya. Ada ketikanya hati
kita kecewa dan merana kerana diuji. Awakkan pernah mengalaminya dulu. Saya
juga punya cerita sedih. Cuma kisahnya sahaja yang berbeza. Tak perlu awak
tahu. Rahsia saya, milik saya.”
Tak faham aku dengan kata-kata Tuan
Emir ni. Ada kena mengena ke sakitnya dengan kisah sedihnya yang lalu? Musykil
aku. Rahsia dia, milik dia. Itu dia pernah cakap dengan aku semasa di tepi
pantai dahulu. So, jangan banyak
tanya ya Aleesya. Jangan menyibukkan hal orang lain.
“Bos, kadang-kadang Allah biarkan
hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada harapan lagi untuk
meneruskan hidup di dunia ini. Anggap sahaja itu sebagai tanda Allah cintakan
kita. Jangan pernah berputus harap bos. Allah sentiasa ada untuk kita sandarkan
harapan kepada-NYA.” Pandai pulak aku nasihatkan Tuan Emir. Dulu masa diuji,
hampir setengah mati aku jadinya. Nasib baik tak kena tekanan jiwa.
Alhamdulillah, aku cepat sedar diri. Allah uji aku sebab DIA sayangkan aku.
“Saya minta maaf ya bos, kalau bos
terasa dengan kata-kata saya. Insya-Allah, saya tak akan bertanya lagi pasal
hal tu.”
“Saya yang sepatutnya minta maaf
dengan awak Aleesya. Banyak kali saya mengguris perasaan awak. Saya bukan orang
yang baik, tetapi saya sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik. Doakan
saya ya.” Sedihlah pulak bila dengar Tuan Emir cakap macam tu. Walaupun aku
selalu terasa dengan sikapnya yang menjengkilkan itu, tapi ada masa-masa yang
tertentu dia akan menjadi orang yang bertimbang rasa juga.
“Bos, saya pun bukan orang yang baik
juga. Sama-samalah kita saling mendoakan antara satu sama lain. Berehat ya bos.
Selamat malam.”
“Aleesya, terima kasih sebab ambil
berat pasal saya dan terima sayang sebab tolong picitkan kepala saya siang
tadi.” Burr… Darah merah hangat menyerbu muka aku. Malu aku bila mengingatkan
kejadian siang tadi.
“Hah… Terima sayang? Bos salah sebut
tu.” Aku dah rasa lain macam. Mamai agaknya bos aku ni.
“Eh, kasih dan sayang tu tak sama ke
maksudnya Aleesya?” Ha ha ha... Gelak pulak bos aku ni. Sengal…
“Entah...” jawapan orang yang sudah
tebal muka. Tak tahu nak jawap apa sebenarnya.
“Esok saya cuti. Doktor suruh
berehat. Awak jangan rindu dengan saya tau kalau saya tak ada nanti.” Seronok
pulak mengusik Aleesya. Mesti merah muka dia sebab malu. Terbayang-bayang wajah
Aleesya yang tersipu-sipu bila dia segan dengan aku.
“Tak ada maknanya saya nak rindu
dengan bos. Aman sikit hidup saya sebab tak ada orang yang nak marah-marah
dengan saya esok.” Seronoknya aku…
“Uiks… Melampau tu… Sampai hati awak
cakap macam tu Aleesya.” Terdengar suara Tuan Emir gelak di hujung sana. Hemm...
Dia tak marah dengan kata-kata aku. Sudah boleh dibawa bergurau bos aku ni. Ini
sudah bagus.
“Malam esok jangan pulak awak tak
datang kenduri di rumah saya Aleesya.” Dia mengingatkan aku tentang kenduri
kesyukuran malam esok.
“Ishh… Kalau pasal makan freetak kan saya lupa bos. Insya-Allah
saya akan datang dengan staf yang lain.”
“Datang jangan tak datang,” ayat
memaksa orang.
“Kalau saya tak datang, bos nak buat
apa?” Sengaja usik dia dan nak tahu jawapannya.
“Kalau awak tak datang malam esok,
saya tukarkan awak 24 jam pindah ke cawangan di Sarawak. Awak hendak ke saya
buat macam tu?” Tiba-tiba bertukar garang pulak suara dia. Aku lagi suka kalau
kena tukar. Boleh berjauhan daripada dia dan tak perlu makan hati sebab kena
bambu selalu. Tapi… Tak naklah aku berjauhan dengan dia... Erkk...
“Aleesya...” Ishh… Diam aje orang di
sebelah sana. Tahu pun awak takut ya Aleesya kalau kena tukar tempat kerja. He he
he… Kena acah sikit pun dah takut. Sanggup ke aku kehilangan setiausaha yang
cekap dan rajin seperti Aleesya? Sendiri mahu ingatlah kan…
“Aleesya Syaurah…” Sekali lagi aku
sebut nama dia. Sedap pulak bila sebut nama penuh dia. Rasa macam tenang sangat
jiwa aku bila menyebut nama itu.
“Ya, bos…” lembut dan perlahan dia
bersuara. Rasa macam mengocak kolam hati aku yang paling dalam. Sejuk, nyaman
dan mendamaikan.
“Datang ya, jangan tak datang. Saya
tunggu awak malam esok…” Berharap sungguh aku. Pasti aku akan rasa hampa kalau
dia tidak ada esok. Orang lain tak datang tak apa, tapi jangan dia. Kecewa aku
nanti…
Hati aku sudah kembang macam belon.
Rasa macam hendak meletup dah ni bila dengar Tuan Emir kata yang dia akan
tunggu kedatangan aku malam esok. Berharap sangatkan dia tu. Ecehceh… Perasan
sungguh aku ni. Agaknya dia tak kisah kalau aku tak datang sekali pun. Siapalah
aku ni kan…
“Aleesya…” Hadoii… Sudah macam berbisik pulak suara bos aku ni. Bikin bulu
roma aku meremang tiba-tiba. Tolonglah bos…
Sudah hampir dinihari ni, seram aku…
“Okey bos. Saya datang malam esok.
Assalamualaikum bos, selamat malam.” Cepat-cepat aku matikan telefon. Selagi
aku tidak memberikan jawapan yang pasti, selagi itulah dia akan terus memaksa
aku. Baik aku setuju sahaja. Tak pasal-pasal nanti dia melalut yang bukan-bukan
pulak. Udahlah malam semakin larut ni. Penat aku layan kerenah dia weii…
“Bertuah punya setiausaha. Cepat
sangat dia matikan telefon. Tak puas aku nak menyembang dan mendengar suara
dia.” Punyalah lama menyembang dengan Aleesya sejak tadi, boleh pulak dikatanya
cepat sangat dia matikan telefon ya Emir.
Kelopak mata aku rapatkan.
Membayangkan picitan dan urutan Aleesya siang tadi. Kalau boleh diputarkan masa,
aku mahu kembali ke waktu itu. Dibelai oleh tangan lembut Aleesya. Belailah
sangat ya Emir. Picit, urut dan belai tu sama maksud ke?
Malam itu dia bermimpi indah.
Belaian Aleesya bersambung dalam tidurnya.
Asyik sekali…