Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kutub Utara Kutub Selatan
Kutub Utara Kutub Selatan
Hani
2/6/2017 00:34:34
2,500
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

In the depth of winter, I found within me, there lay an invincible summer.

-Albert Camus-



VILA SAKURA

            Malam Sabtu. Malam untuk merehatkan badan dan fikiran selepas seminggu bekerja bagi mereka yang berkerjaya dan menuntut ilmu bagi mereka yang bergelar pelajar. Inilah masanya nak berehat bersama keluarga, takpun keluar melepak dengan kawan-kawan. Terpulanglah ikut cita rasa masing-masing.

            Tapi bagi aku yang introvert ni, aku lagi suka memerap dalam bilik, baca buku sambil dengar lagu. Lagi best kalau buat dua benda tu sambil duduk kat kerusi malas yang ada di balkoni bilik aku. Layan langit malam sambil ditemani bintang-bintang. Almaklumlah, aku ni bukannya ramai kawan. In fact, aku rasa aku langsung tak ada kawan. Tak ada orang yang nak kawan dengan aku sebabnya aku ni….

            Tok, tok, tok!

            “Assalamualaikum, Mira. Nek Uda ni. Nenda nak jumpa Mira dekat ruang tamu sekarang.” Kedengaran suara wanita pertengahan abad itu di sebalik pintu. Aku yang sedang terbaring atas katil cepat-cepat membuka pintu.

            “Waalaikummusalam Nek. Kenapa pulak nenda nak jumpa Mira tiba-tiba?” soalku kehairanan. Tiba-tiba pulak nenda nak jumpa. Sebelum ni, nak tengok muka kat rumah pun payah. Aku bangun tidur, nenda dah pergi kerja. Aku masuk tidur, nenda belum sampai rumah lagi. Sunyi tak usah cakaplah.

            Semenjak kematian kedua ibu bapa aku waktu aku umur 5 tahun, aku dibesarkan oleh nendaku, Engku Nafisah. Masa aku kecil dulu, nenda menatangku dengan penuh kasih sayang. Apa yang aku mahu, semua ditunaikan. Aku sangat rapat dengan nenda sampaikan ke mana sahaja nenda pergi akan aku ikut. Tapi semenjak aku melangkah ke alam sekolah menengah, hubungan kami menjadi renggang. Nenda terlalu sibuk dengan urusan syarikat. Aku pernah cuba untuk merapatkan kembali hubungan kami, tapi nenda seakan-akan tidak mempedulikan aku. Aku sendiri tak faham kenapa. Sedih memang sedih. Namun, lama-kelamaan aku jadi lali. Nenda ada ke tak ada, aku buat tak kisah. Bukannya dia sayang aku pun. Kalau sayang, dia takkan abaikan aku, satu-satunya cucu dia, ya tak?

            “Haa Mira! Menung apa lagi tu? Cepat turun. Nanti marah pulak nenda tu kalau kamu lambat.” 

            “Alaa Nek Uda. Kalau Mira tak turun boleh tak? Mira malaslah. Tiba-tiba pulak nenda nak jumpa. Sebelum ni nak tengok muka pun payah,” rungutku. Berubah muka Nek Uda mendengarnya.

            “Heishh kamu ni! Ada pulak kata macam tu? Dah dah turun cepat. Ke kamu nak nenek yang tarik kamu?” ugut Nek Uda. Hailahh… Nak tak nak, kena jugak turun menghadap nenda.

            “Yalah yalah Mira turun.” kataku lalu terus menuruni tangga satu persatu. Karang kalau tak ikut cakap Nek Uda, mau merah telinga kena piat. Sakit woo.. Walaupun Nek Uda tu cuma orang gaji di rumah ini, aku sudah menganggapnya seperti nenekku sendiri. Sebabnya dia yang menjadi pengasuh aku sejak aku tinggal di rumah nenda ini.

            Pintuku ketuk dan salam kuberi sebelum memasuki bilik bacaan nenda.

            “Masuk.”

            Nenda sedang membaca buku. Aku masuk tanpa banyak bicara lalu terus duduk di kerusi berhadapan dengan nenda. Nenda menghentikan pembacaannya. Kini, tumpuannya 100%terhadap aku.

            ‘Gerun pulak rasa tiba-tiba je kena jumpa nenda ni. Mesti ada benda penting. Kalau tak mana nenda nak jumpa aku.’ Hatiku berbisik sendiri. Tipikal seorang Amirah Hani. Suka buat andaian melulu.

            “Mira sihat?” tanya nenda. Aku terkedu. Nenda tanya khabar aku ke?

            “Sihat. Sihat walafiat.”

            “Nenda ada benda nak cakap dengan Mira. Mira dengar baik-baik.”

            Kan aku dah cakap? Kalau tak ada benda penting tak adanya nenda nak jumpa aku.Tiba-tiba hati aku rasa pedih. Rasa macam nak nangis pun ada.

            “Apa dia?” soalku, cuba menyembunyikan rasa pedih dalam hati. Sabar Mira, sabar..

            “Nenda dah buat keputusan. Bermula minggu depan, nenda akan pindahkan Mira ke sekolah baru. Sekolah asrama.”

            Sumpah aku terkejut bila dengar nenda cakap macam tu. Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup nak masukkan aku kat sekolah asrama. Kekacauan apakah ini?!

            “Jap jap. Apa ni nenda? Tiba-tiba je nak pindahkan Mira masuk sekolah asrama. Nenda mana boleh buat macam ni! At least, bincang dulu ngan Mira. Tak boleh ke?”

            Rasa nak mengamuk pun ada! Mana boleh sesuka hati buat aku macam ni. Ingat aku ni tunggul ke? Bukan nak kurang ajar, tapi boleh kan kalau bincang dulu? Aku merengus kecil.

            “Nenda tak nak dengar apa-apa dah. Keputusan nenda muktamad. By hook or by crook, Mira akan mendaftar masuk sekolah tu. Titik!”

            Sah! Dah tak boleh bangkang, dah tak boleh nak berbahas dah. Nenda takkan dengar cakap aku. Hitam kata nenda, maka hitamlah. Dah tak ada ruang warna lain nak masuk. Takkan ada.

            “Kalau dah itu kata nenda, Mira dah tak boleh buat apa. Yelah, Mira ni siapa? Macam dah tak ada hak nak tentukan hidup Mira sendiri. Ikut suka hati nendalah. Mira nak masuk bilik. Assalamualaikum.”

            Aku ingin cepat-cepat pergi dari sini. Aku takut makin lama aku di bilik bacaan nenda, aku akan lebih berkurang ajar. Aku masih waras. Apa-apa pun, nenda itu tetap darah daging aku sendiri. Yang telah memelihara aku sejak kecil. Aku tak nak derhaka.

            “Apapun yang Mira fikir, satu saja nenda nak Mira ingat sampai bila-bila. Apa yang nenda buat, semua untuk kebaikan Mira.”

            Itu kata-kata terakhir nenda sebelum dia menyambung pembacaannya. Aku agak keliru bila nenda cakap macam tu. Tapi aku malas nak fikir panjang. Terus aku lari masuk bilik. Stress!

 

******************** 

KOLEJ YAYASAN TUN IBRAHIM

            “Su japgi pergi prep petang sekali eh?”

            “Okey!”

            Surya membalas lambaian Sarah. Meletus ketawa kecil dari bibir comelnya apabila melihat Sarah tersadung kerana hampir terlanggar pasu bunga.

            “Kartun betullah Sarah ni. Nama je Head Girl,” ujarnya sendiri.

            Surya mengagau tangannya ke dalam beg untuk mencari kunci bilik, namun perlakuannya terhenti apabila menyedari ada sepasang kasut asing berada di hadapan biliknya.

            “Siapa punya kasut pulak ni? Aku salah bilik ke?”

            Bila dilihat label bilik, ternyata dia tidak salah. Memang betul biliknya. A-2-5.

            “Ada orang baru masuk ke? Ahh redah jelah. Assalamualaikum!”

            Seraya membuka pintu bilik, matanya tertancap kepada seorang gadis yang sedang duduk di atas katil sambil khusyuk membaca sesuatu.

            “Waalaikummusalam.” Seketika mata mereka bertemu, namun gadis tersebut kembali mengalihkan perhatiannya kepada kertas di tangan.

            Surya masuk ke dalam bilik lalu meletakkan begnya di atas katil. Dia kemudiannya mendekati gadis itu.

            “Hai.nama saya Surya. Panggil aje Su. Awak ni baru masuk eh?” Surya menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan. Gadis itu memandangnya dengan pandangan kosong. Huluran tangan Surya disambut. Surya tersenyum lega.

            ‘At least dia sambut salam perkenalan aku. Aku harap kau tak sombong roommate baru.Tolonglah~’

            “Nama awak siapa eh?” Surya masih tidak mengaku kalah. Gadis di hadapannya nampak dingin lagi beku, tapi dia dapat merasakan bahawa gadis itu bukanlah seorang yang sombong.

            “Amirah Hani binti Abdul Halim. Just call me Mira.”

            Surya tersenyum buat kesekian kalinya.

********************

 

            “Sarah, awak tau tak saya ada roommate baru?” kata Surya. Ketika itu mereka sedang menyiapkan kerja sekolah pada waktu prep petang. Sarah yang tekun menyelesaikan latihan AddMath terhenti. Matanya tepat memandang Surya yang kelihatan teruja itu.

            “Ya ke? Form berapa? Apasal Pengetua tak inform kat saya pun?” Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selalunya kalau ada pelajar baru mendaftar, dia sebagai Head Girl akan dipanggil ke bilik Pengetua untuk mengiringi pelajar baru tersebut. Kalau bukan dia, Rafiq si Head Boy. Bergantunglah kepada siapa pelajar baru itu.

            Tapi bila Surya beritahu dia mendapat rakan sebilik yang baru mendaftar hari itu, dia rasa pelik. Tak kena panggil pulak hari ini. Aneh.

            “Form 5 rasanya. Sebab dia pakai kain hitam. Yang pasal Pengetua tak inform tu, I don’t know. Mungkin dia daftar on the spot. Takpun Pengetua tak nak susahkan awak. Kita kan busy tahun ni,” ujar Surya. Dia tersengih melihat Sarah masih tak berhenti menggaru kepalanya. Memang tabiat Sarah, garu kepala bila rasa confuse..

            “Eh sudah-sudahlah garu kepala tu! Banyak sangat kelemumur agaknya hahaha.”

            Terus terhenti tangan Sarah yang dari tadi menggaru.

            “Oii mana ada kelemumur! Fitnah itu semua! Janganlah cakap kuat sangat Su. Awak ni kalau orang lain dengar, jatuhlah saham saya,” katanya separuh berbisik. Dia menekup mulut Surya untuk menghentikan tawanya. Surya ni kalau dah gelak susah betul nak berhenti. Nasib baik gelak dia masih tahap sopan. Kalau tak, haru!

            “Ok ok stop! Tak boleh bernafas!” Terkial-kial Surya cuba melepaskan diri daripada Sarah. Mana tak nya, tangan Sarah bau belacan! Mentang-mentang tadi DM (dewan makan) ada menghidangkan sambal belacan. Sarah pulak hantu belacan. Huii tak cukup nafas dibuatnya!

            “Haa tau cuak!”

            “Ehem ehem!”

            Surya dan Sarah mengalihkan pandangan mereka ke arah suara tersebut. Suara Haziq si ketua kelas a.k.a Bapak. Digelar Bapak kerana personalitinya yang ala-ala bapak orang. Kebapaan gitu..

            “Su dan Sarah. Perlahan sikit dong ah kalian ni!” katanya sambil membuat isyarat senyap.

            “Okey okey. Maafkan kami bapak.” kata Surya.

            “Kami janji tak buat lagi bapak!” Sarah pulak sambung. Haziq ketawa. Ditunjukkan buku limanya kepada kedua-dua gadis itu. Perangai macam budak-budak!

            “Ok sambung cerita tadi. Siapa nama budak tu?” Kali ni suaranya diperlahankan sedikit. Sarah tak nak mengganggu fokus rakan-rakan sekelasnya yang lain.

            “Nama dia Amirah Hani.”

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hani
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham