Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi MISS MARSHMALLOW VS MR EGO
MISS MARSHMALLOW VS MR EGO
Dyza Ainun Mustapha
31/10/2014 07:15:39
457
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab Sembilan

Bab 9

Kau ni kan, memang makhluk yang tak sedar diri!”

Dija menoleh. Langkahnya mati tiba-tiba. Seorang Faheem sedang berdiri tidak berapa jauh dari ruang parkir motornya. Dija merenung wajah Faheem dengan rasa aneh.

“Kau ni memang sangat gatal kan?” soal Faheem sambil mendekati Dija selangkah dua. Jarak antara mereka semakin rapat. Tidak sampai sedepa rapatnya.

Dija tidak faham dengan ungkapan soalan Faheem. Apa maksud anak muda itu?

“Rupa buruk, tapi body boleh tahan juga.” Sinisnya sura Faheem. Matanya merenung Dija dari bawah kemudian menjalar ke atas. Turun aik turun naik pandangan matanya. Melingas tidak menentu. Wajah Dija berkerut-kerut.

Buang tabiat ke apa, mamat ni? Desis hati Dija. Terlalu kurang senang jadinya apabila dia melihat gelagat Faheem. Dia mulai buat muka. Berkerut-kerut dahinya.

“Ada shape yang boleh menggoda jantan jugak ni...” sinis lagi suara Faheem.

Eh, dah kenapa dengan Mamat Bertaring muka masam ni? Soal hati Dija. Dia nampak gelagat Faheem semakin pelik.

“Nak aku upah seseorang perkosa kau, tak?” semakin sinis Faheem. Sekali lagi menyentap jantung Dija. Wajah Dija semakin berkerut-kerut. Mengalahkan baju batik yang tidak disterika. Kedut berjuta.

Kenapa agaknya Mamat Bertaring ni cakap macam tu? Cantiknya bahasa!

Tapi lidah Dija jadi kelu. Apa yang harus dia ucapkan bila mendengarkan kata-kata yang sangat kesat daripada bibir Faheem? Diam atau melenting? Perlahan-lahan Dija mengusap dada. Panas membara. Soal maruah ni...!

“Dah miang sangat ke?” sinis lagi suara Faheem. Matanya menjeling ke arah Dija. Penuh sinis. Di hujung matanya penuh kebencian. Meluat dan meruap.

Dahi Dija semakin banyak kedutnya. Berjuta. Dia tambah hairan. Namun, lidahnya tetap jua kelu sekelunya. Tiada suara yang terzahir. Tiada kata yang terluah. Dilarikan pandangannya ke lain. Tidak lagi sanggup untuk bertentangan mata dengan Mamat Bertaring itu. Ungkapannya benar-benar kurang ajar. Kenapa dengan Faheem? Apa yang dah jadi padanya? Mengigau apa agaknya? Tiba-tiba saja dah jadi miang menggatal kut.

Mahu rasanya Dija meluruskan kakinya. Dihadiahkan sebuah penendang sulung ke muka Faheem. Sebab dia memang tahu juga sedikit sebanyak seni silat untuk pertanahan dirinya. Tapi, hasratnya hanya setakat dalam hati. Takkan dia mampu.

“Aku ni, kalau dah bencikan orang, bayangnya pun aku tak sudi nak pandang.” Ujar Faheem dalam nada meluat.

Berdegup jantung Dija. Apa hal agaknya Si Mamat Bertaring Muka Masam itu? Waraskah dia saat itu? Ataukah Faheem sedang hanyut dalam perasaan sendiri? Kenapa tak habis-habis Faheem meluahkan rasa benci terhadapnya? Salah apa lagi yang dia lakukan hingga Faheem dah sanggup keluarkan ungkapan yang begitu kotor?

Dija membetulkan motornya.

“Hey, kau dengar tak aku cakap ni?” soal Faheem, meninggi.

Dija merenung wajah Faheem semula apabila mendengarkan suara Faheem yang lantang dan mendengus itu.

“Encik cakap dengan saya ke?” selamba suara Dija. Dia menoleh ke sebelah kiri dan kemudiannya ke sebelah kanan. Seolah-olah mencari orang lain di sisinya. Di sisi Faheem juga.

“Bodoh!” jerkah Faheem. Mendidih hatinya dengan gaya Dija yang sinis itu.

Dija membetulkan motornya. Kemudian menghidupkan enjin. Kata-kata yang tepancul daripada mulut Faheem dibiarkan berlalu begitu saja. Tidak diambil hirau. Tidak diambil peduli. Masuk telinga kanan, telinga kiri keluar semula. Kalau dilawan, tentu jadi perang besar. Mengalahkan perang antara Korea Selatan dengan Korea Utara pula.

Enjin motor Dija sudah menderu.

“Tunggu, Budak Hitam....” jerit Faheem melaung kuat.

Dija tersengih. Tiba-tiba saja dia memberhentikan motornya. Dia menoleh kembali ke arah Faheem. Sepantasnya Faheem menutup mulut dengan tangan kanannya. Mungkin tersasul dengan ungkapan tersebut yang sudah dijanjikan dengan bapanya agar tidak diluahkan lagi terhadap Dija.

“Good!” lebar senyum Dija. Sinis dan sindir.

Faheem terdiam. Namun matanya mencerlang. Geramnya.

“Kan sedap nama tu? Nama timangan yang tak pernahpun ada orang lain berikan kepada saya, kecuali daripada encik. Terima kasih...Budak Hitam minta diri, encik...” Dija berbahasa basi pula. Sekali lagi Dija menghidupkan enjin motornya.

Faheem mencapai stereng motor Dija.

“Tunggu...!” jerit Faheem. “Kau tak boleh pergi. Aku belum habis lagi cakap dengan kau!”

Dija melihat muka jam tangannya.

“Maaflah encik. Saya tak buat overtime hari ini. So, saya nak minta diri. Nak balik ni. Daa...” Dija terus menggerakkan motornya. Tanpa menghiraukan Faheem yang terkulat-kulat ditinggalkan.

“Bodohhh!” jerit Faheem. Entah Dija sempat mendengar atau tidak, dia sendiri tidak pasti. Apa yang penting, dia meluahkan rasa marah dan geramnya bila Dija bertindak seberani itu meninggalkan dia sebelum habis bicaranya.

“Kurang ajar!” marah Faheem lagi. “Woi, dengar dulu....!! Tunggu!”

Dia mengepal jari jemari. Wajah geramnya terserlah. Faheem mengetap bibir.

“Encik cakaplah dengan dinding ke, dengan tiang ke..dengan...dengan...” suara Dija sudah hilang bersama deruan enjin motornya. Dia tersengih nakal.

“Ada nanti makhluk yang bertelur kat dahi agaknya...” sambil meludah, Faheem merenung motor Dija yang sudahpun berlalu pergi. Dan kemarahannya tenggelam bersama deru enjin motor Dija.

“Pantang aku, kalau ada manusia yang kurang ajar macam si bodoh tu...” jerit hati Faheem. Kemarahannya membuak. Dia mengeluarkan kunci kereta dan berlari ke keretanya. Nekad ingin mengejar motor Dija.

“Sayang...!” tiba-tiba suara Rita memanggil dari belakang.

Faheem tidak menoleh. Dia segera ke keretanya lalu menghidupkan enjin.

“Ke mana?” jerit Rita lagi bila Faheem mengisyaratkan agar naik kereta bersamanya. “lnak balik dah ni.”

Namun, kereta Faheem sudahpun berhenti betul-betul di hadapan Rita. Sepantasnya Rita membuka pintu lalu menghenyakkan punggung dengan cepat.

“Ke mana ni? Younampak tergesa-gesa...” soal Rita sambil merenung wajah Faheem.

Faheem tidak menjawab. Dia segera memecut keretanya. Mata melingas menghantar pandangan. Sementara kakinya menekan pedal minyak dengan hati membara. Berderu bunyi enjin keretanya.

Rita terus diburu kebingungan. Namun, dia tidak berani lagi bertanya apa-apa kepada Faheem. Hanya mendiamkan diri. Hatinya terus menyoal dengan pelbagai soalan. Faheem terus jua memecut. Setiap kereta dipotongnya dengan mata melingas.

“Mana si bodoh ni....?” tiba-tiba terdengar bibir Faheem mengomel.

You cari siapa, sayang?” soal Rita, masih belum faham.

“Minah Pulau tu laaa...” jawab Faheem.

“Minah Pulau?” dahi Rita berkerut. “Siapa maksud you?”

“Dija....” jawab Faheem sepatah.

Rita terjelir kehairanan. ““What? Younak kejar Dija?”

“Dia kurang ajar dengan l.”

“Kurang ajar?” soal Rita kebingungan. “Bila masa youberinteraksi dengan dia ni? Itak sedarpun. Apa yang dia dah buat dengan you?Dia maki you? Dia seranah you?Atau...”

Faheem tidak memjawab soalan Rita. Namun dia terus memecut. Matanya pula terus melingas dengan wajah geram. Rita nampak wajah teman lelakinya itu sudah memerah. Udang bakarpun tak semerah itu.

“Sayang, be carefull...!”

“ltak kenal kat mana rumah dia. Kalau llambat tak sempat nak jumpa dia.”

“Esok kan dia ke ofis? Youtak perlu nak kejar dia. Buat membazirkan masa je.”

“Hati lni, kalau dah sakit dan geram, kena selesaikan masa ni jugak. Kalau tak boleh jadi barah dalam hati. Inak dia dapat habuan hari ni jugak!”

“Apa kes ni?”

“Dia tu memang kurang ajar, kurang asam dan kurang semuanya. Memang dasar gadis pulau tak tau nak hormat orang langsung. Bodoh!” suara Faheem sudah meninggi. Dada Rita berdegup. Berdebar kencang bila melihat kemarahan Faheem yang sudah tidak terkawal itu.

“Kalau dapat budak tu, boleh bertelur dahi dia!” bentak Faheem lagi.

Dahi Rita berkerut lagi. Apa hal agaknya yang buat Faheem marah sangat dengan Dija? Rita tahu, Faheem memang seorang yang panas baran. Diapun sering benar berhadapan dengan kemarahan Faheem. Namun, atas kebijaksanaan dan kemanjdyaannya, kemarahan Faheem boleh terkulai begitu saja. Faheem sering lemah bila dia membujuk dengan pelbagai ucapan sayang yang menggoda. Dengan kemanjaan yang berlebihan itulah, Rita mampu menundukkan Faheem. Melemahkan Faheem. Malah, melenturkan hati Faheem.

Rita pula sering menggunakan senjata ‘kemanjaan’nya itu untuk mengikat Faheem. Lelaki itu pula sering kalah dan lembik hatinya dek sikap manja Rita itu. Senjata itulah kekuatan bagi Rita sebenarnya. Dia sangat berbangga kerana mampu melumpuhkan hati dan perasaan Faheem yang selama ini sukar sangat untuk ditawan atau dikuasai oleh kebanyakan gadis di kota itu.

“Sudahlah tu sayang. Don’t care about her.” Manja lagi suara Rita. Lengan Faheem dipaut sayang. Manja.

lnak kejar jugak dia sampai dapat hari ni.” Tegas Faheem.

“Tapi, sayang. Itak nak you susahkan diri. Pedulikan dia tu. Kalau youlayan orang macam tu, sama ajelah antara youdan dia. “

Faheem mendengus marah. “Hisssyyyhh, kalaulah ldapat. Mesti parah dia tu.”

“Sayang, ingat apa yang papa youcakap! Nanti youtak dapat jawatan CEO tu nanti. Siapa yang susah?” soal Rita. “So, forget aboutBudak Hitam melegam tu.”

Faheem mengeluh geram. Mujur juga kata-kata Rita diambil pakai. Dia mengendurkan sedikit pecutan keretanya. Walaupun matanya masih melingas ke sana sini mengintai mencari motor Dija yang lesap entah ke mana.

lnak tahu jugak kat mana rumah dia tu. Senang nanti nak buat perkiraan dengan budak kurang ajar tu.” Faheem tetap bernekad mahu mengejar Dija sehingga dapat.

“Alaaa, esok dia datang kat ofis, youajar ajelah dia kat situ.”

“Kat ofis, papa dpat tahu. Inak buat perhitungan kat luar ofis. Biar papa tak tercium ceritanya. Nak ajar dia tu sampai sedar diri.” Ujar Faheem.

Ritatersenyum senang. “Yes!”

“Selagi dia tu tak diajar selagi tu, hati lakan tetap sakit. Geram betul dengan sikap bodohnya tu. Dasar gadis pulau, tak tau nak hormat orang langsung.” Gerutu Faheem lagi.

lakan sokong youseratus peratus!” Rita melebarkan senyumnya lagi. “Akan sentiasa berada di belakang you, dear!”

“Thanks!”balas Faheem.

Matanya masih jua melingas ke sana ke mari. Seperti mengintai Dija yang sudah benar-benar menghilang.

“Hisyh...kalaulah l dapat dia tu...”suara Faheem kegeraman.

Youjangan gilakan dia tu sudah, sayang...!” mencelah Rita agak cemburu.

Youjangan risau...sekecil kumanpun hati lbukan melekat kepada dia tu.”

“Manalah tau...”

“Hingga saat ni, lhanya sakit hati dan geram dengan dia.”

“Dah isytiharkan dia tu musuh you?”

“Bukan setakat isytihar, maka dah bernekad dia akan jadi musuh nombor satu lsekarang ni....” geramnya suara Faheem.

Rita menjeling manja. Melirik pandangan ke arah Faheem. Perlahan-lahan, jari jemarinya diletak rapat ke pipi jejaka tampan itu. Kemudian menari hingga menjamah rerambut lurus berceracak milik Faheem.

My handsome boy...!” suara manja Rita.

Wajah Faheem ditenung bermakna. Macho dan memang sangat menarik. Hidung mancungnya runcing di hujung. Berbibir manis pemikat pandang. Terhias pula dengan sebaris kumis nipis di atas bibir. Kekacakannya makin terserlah. Apa lagi dengan sepasang mata tajam ala-ala hero hindustan.

Be cool, darling. Forget about Gadis Pulau Hitam Legam tu...!”

Faheem tersenyum manis. Kata-kata Rita agak melembutkan rona panas di hatinya. Semerta wajah Dija terbang menghilang daripada pandangan. Sedikit lentur kemarahan di kamar hati.

Rita terus menulari jemarinya hingga mencecahi kumis nipis Faheem.

lnak yousayang lsorang je dalam dunia ni. I tak nak ada tandingan. Itak nak kongsi youdengan sesiapapun...” jari jemari Rita singgah di bibir Faheem.

Ngap! Faheem menggigit.

“Aduuuhhh...!” jerit Rita manja. “Ohhh...nak jadi jerung ya...”

Faheem ketawa mengekeh. “Nak jadi drakula. Nak hisap darah anak gadis yang cantik macam Cik Rita Husni!”

“Nakal!”

Sebuah penampar manja, Rita lepaskan ke pipi Faheem. Ketawa mereka pecah berderai. Saat itu, kemarahan Faheem sudah lusuh. Wajah Dija juga sudah terpinggir daripada pandangan dan ingatan.

Apa yang Faheem tahu, Rita sudah memenuhi isi hatinya. Ruang jiwanya telah dipenuhi oleh rasa sayang dan kasih terhadap Rita.

Jadi, Dija....

Telah terselamat daripada hambatan kegeraman Faheem. Dia sudah lesap entah ke mana menghilang bersama skuter kesayangannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.