Home Novel Komedi/Romantik Komedi Handsome & the Beast
Handsome & the Beast
Clinkerbell
8/8/2017 07:58:12
16,553
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

“Petang tadi Nurul datang tanya yang kamu sekarang ni berada di hospital atau di rumah,” kata Abdul Bedul selepas dia dan Mia Kalesha usai menjamu selera.

“Hah? Hospital?” Mia Kalesha menyoa lAbdul Bedul. Bapanya itu mengangguk.

“Apa yang kamu beritahu kat dia?” soal Abdul Bedul tanpa menjawab soalan Mia Kalesha terlebih dahulu. Melopong mulut Mia Kalesha.

“Tak beritahu apa-apa. Berhubung dengan dia beberapa hari ni pun tak ada, ayah,” jelas Mia Kalesha kepada Abdul Bedul yang memandang anaknya itu penuh musykil.

“Kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang. Nurul betul-betul risaukan kamu tahu tak. Ayah boleh nampak dari riak wajah dia. Macam-macam dia tanya tentang kamu kat ayah. Mia sihat tak pak cik. Bila Mia keluar hospital. Dah lamakah. Boleh saya jumpa dengan dia sekarang?” kata Abdul Bedul sambil mengajukkan gaya Nurul bercakap. “Dia kata kamu kemalangan. Bila ayah tanya bila dan kat mana. Dia ceramahkan ayah, eh,eh, pak cik ni bukankah beberapa hari lepas Mia accident dan lepas tu terlantarkat hospital?”

“Hah?” melopong Mia Kalesha.

“Itulah yang dia cakap kat ayah. Sambil bercekak pinggang pulak tu,” ngadu Abdul Bedul kepada anaknya bagaimana Nurul berkata-kata kepadanya petang tadi. Sewaktu Mia Kalesha dalam perjalanan pulang ke rumah. Beberapa minit selepas Nurul beredar, Mia Kalesha pun sampai. Tetapi waktu itu Abdul Bedul sedang mengaji Al-Quran di dalam biliknya. Jadi tidak sempat memberitahu Mia Kalesha tentang kedatangan Nurul.

“Habis tu apa yang ayah beritahu dia?” Aduh, dah kenapa pulak aku yang accident ni. Ini mesti kes yang berlaku waktu sesi temuduga tu. Nurul mesti syak sesuatu yang buruk berlaku kataku. Tak apalah, lusa aku dah boleh hadir ke kolej. Nanti aku terangkanlah kat dia yang sebenarnya tak ada perkara buruk menimpa aku.

“Ayah suruh dia balik dan buat solat taubat banyak-banyak.”

“Hah? Kenapa pulak?” Aduh bapak aku ni..

“Ayah katakan kat dia, ‘pergilah kau balik rumah, Nurul. Banyak-banyakkan istighfar mohon ampun daripada ALLAh dan jangan lupa perbanyakkan solat taubat. Tinggal tiga jumaat aje lagi. Mohon kau peroleh ketenangan yang abadi’,” jelas Abdul Bedul tentang apa yang dia sampaikan kepada Nurul petang tadi.

“Uhf..” Mia Kalesha menepuk dahinya.

“Salahkah Mia?” soal Abdul Bedul yang hairan dengan reaksi Mia Kalesha.

“Tak, ayah. Betullah tu.”

 

 

Yigit Aslan meronda satu kediaman besarnya. Mencari sesuatu yang hilang. Sesuatu yang perlu dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Sesuatu yang perlu dibelai manja dan dicurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Sesuai dengan apa yang telah dijanjikannya kepada insan yang menghadiahkan ‘sesuatu’ itu kepadanya sebelum berangkat ke Malaysia.

“Tuan cari Kitty?” tanya Mat Bangla yang dari tadi memerhatikan Yigit Aslan mundar-mandir di halaman luar rumah. Mungkin majikannya itu mencari haiwan peliharaannya ibunda Zeynep yang montel dan gebu. Kitty adalah kucing parsi kenangan tentang arwah ibunya yang dibawa bersama ke Malaysia bagi menemani Yigit Aslan dari Istanbul.

“Eh, tak. Mat Bangla ada nampak hamster saya tak? Besar tapak tangan. Warna putih tompok-tompok kuning. Ada dua gigi taring. Misai dia ada... berapa helai eh? Ada sepuluh mungkin. Ada tangan empat. Setiap tangan ada jari. Lima atau empat. Saya pun tak pasti sebab tak berapa nak beri perhatian sangat,” beritahu Yigit Aslan dengan begitu detailnya.

“Oh......” kata Mat Bangla sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut itu

“Ada nampak tak?”

“Nampak apa?”

“Ah, dia ni bingai betullah,” ujar Yigit Aslan dalam Bahasa Turki. “Nampak hamster.. hamsterlah yang saya terangkan panjang lebar. Nampak tak?”

“Oh... hamster!... Tak nampak,” jawab Mat Bangla. Yigit Aslan menghela nafas panjang. Cuba meredakan amarahnya. Senyuman lebar dilemparkan kepada Mat Bangla selaku pengawal keselamatan di kediamannya.

“Tak apalah saya masuk ke dalam dulu,” ujar Yigit Aslan.

“Masuk ke mana?”

Argh! Stress aku macam ni.. “Kedalam rumah,” jawab Yigit Aslan cuba bermanis muka.

“Oh, silakan Tuan Muda...” ucap Mat Bangla. Yigit Aslan senyum. Tetapi langkahnya terhenti saat Mat Bangla memanggilnya, “Tuan Muda.” Yigit Aslan menoleh ke belakang.

“Ya?”

“Hamster tu apa ya kalau boleh saya tahu?” tanya Mat Bangla.

Lah, rupa-rupanya dia tak tahu. Bingai betul.. Malas aku nak layan boleh mati gering jawabnya nanti. Getus hati Yigit Aslan.

 

 

Mia Kalesha gembira menjamah makanan kegemarannya yang susah benar hendak dapat peluang untuk merasainya. Senyum lebar sampai ke telinga. Apa tidaknya bagi penggemar kek cawan tegar seperti Mia Kalesha. Bila dapat menjamah alangkah bahagianya hidup. Tapi hari ini bukan setakat dapat jamah,malah, dia makan terus sampai kenyang kek cawan air tangan Bik Yati.

“Okeylah, Bik. Mia ke bilik Yi...Eh, Tuan Muda dulu.” Mia Kalesha meminta diri.

“Tolong bawakan sekali ini untuk dia,” ujar Bik Yati sambil menghulurkan dulang yang berisi tiga kek cawan dan segelas minuman kultur berwarna putih kepada Mia Kalesha. Gadis itu menyambut huluran dulang itu dengan berhati-hati. Dulang beralih tangan. Mia Kalesha menapak ke kamar Tuan Muda Yigit Aslan.

Mia Kalesha terus masuk ke kamar Yigit Aslan yang tidak berkunci itu. Kebetulan pintu kamar itu terbuka luas. Mia Kalesha mencari-cari Yigit Aslan. Tetapi jejaka itu tidak berada di situ. Mia Kalesha pun meletakkan dulang yang dibawanya di atas meja ruang tamu atau ruang rehat mini yang ada dalam kamar mewah itu.

“Mana dia ni..” ujar Mia Kalesha kepada dirinya sendiri. Dia terhendap-hendap dalam kamar itu. Mencari-cari Yigit Aslan. Mungkin pemuda itu menyorok daripanya. Fikir Mia Kalesha.

“Argh!...” jeritan Mia Kalesha bergema ke seleruh kamar Yigit Aslan. Hingga sayup-sayup kedengaran keluar kediaman. Mat Bangla juga menjadi bingung mendengar jeritan dari dalam kediaman. Selama ini tidak ada pula sebarang jeritan selama bertahun-tahun dia menjadi pengawal keselematan di kediaman yang dua atau tiga tahun sekali baru berpenghuni itu.

“Hei! Gilakah?!” tengking Yigit Aslan. Badan Yigit Aslan sengal-sengal bisa akibat dipijak oleh Mia Kalesha. Selepas Mia Kalesha jatuh tersungkur, kaki gadis itu sempat lagi menentang mangsa yang dipijaknya. Sekuat hati. Membuatkan Yigit Aslan menahan sakit. Mia Kalesha berpeluk tubuh dengan rambutnya yang kusut masai itu.

Sambil merapikan rambutnya, “Apa? Kau yang gila. Tolol pulak tu. Buat apa meniarap atas lantai. Sendiri cari padah. Tak ada kerja berfaedah nak buatkah?” bebel Mia Kalesha. Tidak mahu mengaku salah. Alah, sebenarnya tak ada siapa salah siapa betul pun dalam situasi ini.

“Kau apa tahu. Hari-hari mencekik. Lepas dah puas mencekik baru datang bilik aku. Lepas tu masa rehat kau mencekik lagi kat dapur. Sebelum balik pun kau mencekik lagi.  Tengok badan tu baru seminggu kerja kat sini dah besar macam tong drum,” luah Yigit Aslan. Meluahkan kata-kata nista.

Mia Kalesha menjengil biji matanya kepada Yigit Aslan lalu memerhatikan tubuh badannya. Yang yang kurus boleh dikatakan tinggal kulit dan tulang ini pun kau gamak nak mempersendakan aku lagi. Ee! Sakit hati. Mia Kalesha sering membahasakan diri dia yang kononnya tinggal kulit dan tulang sahaja sedangkan dia memiliki bentuk badan yang ideal.

“Apa kau buat hah? Oh, kau merancang sesuatu yang tak baik kat aku eh?” teka Mia Kalesha.

Hell otak ingin aku habiskan masa fikir untuk mengapa-apakan kau.”

“Eleh, cakap aje lebih,” cebik Mia Kalesha. Yigit Aslan memandang Mia Kalesha dengan pandangan tidak puas hati.

“Aku cari sesuatulah,” jawab Yigit Aslan lemah. Sambil melabuhkan punggungnya dikerusi. “Sesuatu yang aku dah janji untuk menjaganya seperti aku menjaga diriaku sendiri. Masalahnya diri aku pun aku tak terjaga. So memang taklah aku nak menjaga sesuatu yang bernyawa tu,” terang Yigit Aslan lagi tanpa dipinta.

“A... Apa maksud kau hah?” soal Mia Kalesha tergagap-gagap. “Ka.. Kau.. bela toyol, eh? Atau hantu raya? Atau jin? Eh, kau ada jin eh bersama-sama dengan kau?” Meremang bulu roma Mia Kalesha. “Ish, seram aku. Kalau kau nak tahu benda alah tu semua kalau sekali kau bela dia takkan pergi daripada kau tau. Lepas tu dia nak habuan daripada tuannya. Kalau kau gagal memenuhi permintaan belaan kau nanti dia makan kau!” omel mulut Mia Kalesha terkumat-kamit. Kolot betul mindanya.

“Ha’ah. Memang aku bela jin pun. Kenapa?”

“Ish..... kau..” Kata-kata Mia Kalesha terhenti apabila Yigit Aslan bangun daripada duduknya dan berdiri mendekati Mia Kalesha. Bahu gadis itu dipegangnya.

“Jin tu adalah kau yang menghantui hidup aku. Tak tenang tahu tak ada pengasuh semuda kau. Dah tu, otak mereng lagi. Tak pasal-pasal setiap hari aku kena bela kau kasi makan,” kutuk Yigit Aslan.

“Eh, panas pulak hati aku ni...” bebel Mia Kalesha dalam Bahasa Melayu. Manalah dia berani berkata begitu dalam bahasa yang difahami Yigit Aslan. Silap-silap hari bulan mahunya dia menerima pekikan maut Yigit Aslan.

“Apa kau merepek hah makhluk?” soal Yigit Aslan yang sambung meniarap di atas lantai. Terkebil-kebil biji mata Mia Kalesha.

“Belonya otak.. ada kaki untuk jalan tapi memilih untuk meniarap. Apa-apalah. Mesti kurang kasih sayang,” bebel Mia Kalesha. “Tak apa, aku ada untuk memberi perhatian kat kau.” Sepatah haram pun Yigit Aslan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh Mia Kalesha. Maklumlah, Yigit Aslan baru boleh bercakap Bahasa Melayu sikit-sikit.

“Hei daripada kau membebel baik kau tolong aku cari,” ajak Yigit Aslan agar Mia Kalesha menghulurkan bantuan kepadanya.

“Cari apa?”

“Hamster.”

Hah? Haha... aku tak salah dengarkah. Bukankah semalam aku bermain-main dengan hamster dia.. tapi.. jap. Jap. Jap. Actually semalam waktu aku bermain-main tu hamster dia ada dalam sangkar atau luar sangkar? Dalamkah luar? Luarkah dalam?

“Ohhhh...” Mia Kalesha menekup mulutnya yang melopong gara-gara terkejut. Kalau tak silap aku lepas aku agah-agah hamster tu, aku ada keluarkan dia daripada sangkar dan.. Lepas tu sebenarnya aku ada masukkan semula ke tak eh? Alah, lupa pulak... kalau aku masukkan balik dalam sangkar, aku tutup ke tidak pintu sangkar tu?

“Apa yang kau tercegat lagi tu. Cepatlah tolong cari sama,” ujar Yigit Aslan kepada Mia Kalesha yang masih tercegat lagi di situ.

“Tak apalah, susah-susah aje kau ajak aku. Kau carilah sorang-sorang ya.”

Yigit Aslan mengetap bibirnya. “Cari Cepattt!!..” jerit Yigit Aslan.

Sekali lagi Mat Bangla menoleh ke kediaman itu. Pelik. Ada lagi bunyi jeritan. Mungkinkah rumah itu berhantu. Fikir Mat Bangla.

“Ah.. okey, okey. Kau carilah kat sini. Biar aku tolong kau cari kat ruang tamu dan seluruh kawasan rumah kau,” balas Mia Kalesha yang menyedari kehilangan hamster itu berpunca daripada dirinya sendiri.

“Aku dah cari seluruh rumah ni. Luar dan dalam. Sejak lepas subuh lagi.”

“Hamster ada kaki kau ingat dia tak tahu nak berjalan. Yigit Aslan, Yigit Aslan datanglah sini aku ada setia menanti dirimu. Hah? Kau ingat hamster macam itukah?” bebel Mia Kalesha dengan gaya hamster yang comel berbicara. “Dahlah, bye.” Mia Kalesha keluar daripada kamar Yigit Aslan.

Lelaki itu mengajuk-ajukkan gaya Mia Kalesha bercakap.

 

 

Mia Kalesha terus menemui seorang demi seorang bibik-bibik yang ada di rumah itu. Dia meminta agar bibik-bibik juga tolong menghulurkan bantuan dalam misi pencarian hamster.

“Apa nama hamster tu?” soal Bik Enon.

“Eh perlukah kita tahu nama hamster itu?” soal Bik Krista. Bik Yati mengangguk-anggukkan kepalanya. Yakin yang mereka tidak perlu mengetahui nama hamster yang ingin dicari. Itu semua tidak penting.

“Ish, ish, ish.. harus. Yang kita cari itukan perlu dipanggil-panggil. Makanya kita perlu mengetahui apa gerangan hamster itu. Kalau mahu menemui hamster itu. Baru senang. Bisa dipanggil-panggil aja,” terang Bik Enon dengan berlagaknya di hadapan dua orang lagi bibik. Yakin.

Bik Yati menepuk kepala Bik Enon.“Hei tolol. Kok emangnya loh perlu panggil-panggil itu hamster. Ngak usah...”

Aduh pening pulak kepala aku ni. Seorang demi seorang dah gunakan bahasa dia orang bila bercakap antara satu sama lain. Bukannya aku faham sangat. Mia Kalesha melepaskan keluhan berat.

“Tak apalah bibik-bibik sekalian. Yang penting semuanya kenal macam mana rupa hamster tu. Sekarang jomlah kita berpecah. Mulakan usaha pencarian kita, ya...” pujuk Mia Kalesha. Mahu meleraikan pertengkaran kecil yang terjadi antara Bik Enon dan Bik Yati.

“Pokoknya aku ngak mahu,” bantah Bik Krista. “Cik Mia.. Eh, Cik Kesha saya tidak mahu terlibat sama. Esok saya berangkat ke airport. Istanbul malah menanti kehadiran saya. Saya masuk ke kamar dulu. Hendak mengemas barang-barang untuk di bawa pulang,” ujar Bik Krista. Meninggalkan Mia Kalesha, Bik Enon dan Bik Yati.

Ya Tuhan, manusia macam ni pun ada.. getus hati Mia Kalesha. Mereka bertiga pun berpecah dan mencari hamster milik Yigit Aslan.

Lebih kurang dua jam kemudian, kedengaran suara Bik Yati terjerit-jerit di halaman luar. Bik Enon dan Mia Kalesha yang mendengar jeritan Bik Yati segera berlari ke halaman luar.

“A.. ada apa bik?” tanya Mia Kalesha.

Bik Yati menunjuk ke suatu arah sambil berkata, “I.. itu.. Itu hamsternya... Ahhhhhhh......” Bik Yati pun pengsan. Tidak kuat melihat sesuatu yang membuat perutnya kecut.

Mia Kalesha dan Bik Enon masing-masing menelan liur. Terbeliak mata kedua-duanya. Mak aih, mampus aku.. getus hati Mia Kalesha. Sudah boleh membayangkan bagaimana ribut taufan yang akan melanda sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuan Yigit Aslan. Mia Kalesha pun pura-pura pengsan. Dia terbaring bersebelahan Bik Yati. Sadis betul melihat nasib yang menimpa hamster peliharaan Yigit Aslan.

Yigit Aslan mesti cekik aku sampai koma lepas ni...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Clinkerbell