Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
65,902
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 11

BAB 11

Kesibukkan dia hari ini sampai dia terlupa hari sudah lewat petang. Dipicit keningnya untuk melegakan keletihan matanya. Pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.

“Masuk.”

“Encik Uwais, ini semua laporan yang Encik Uwais perlukan. Kalau tak ada apa-apa lagi saya balik dulu.”

Ahmad Uwais menyambut fail yang dihulurkan oleh Mariam, setiausahanya.

“Terima kasih. Awak boleh balik. Tapi esok tolong dapatkan saya nombor telefon wakil kita di Dubai tu.”

“Okey tak ada masalah. Ada apa-apa lagi, Encik Uwais?”

“Mmm…tak ada. Awak boleh baliklah.”

“Saya balik dulu, Encik Uwais.” Mariam meninggalkan Ahmad Uwais sendirian.

Diselak sekali lalu saja laporan ditangannya sebelum diletakkan di atas mejanya. Disandarkan badannya kebelakang sedikit. Baru dia ingin memejamkan matanya dia teringatkan Fatimah Dhaniyah. Terus ditegakkan badannya.

“Dah pukul berapa ek?” dengan pantas dikerling jam ditangan.

“Dah pukul enam setengah petang. Dia masih ada dekat bilik tu lagi ke?”

Malas untuk bermain teka-teki Ahmad Uwais bingkas bangun dan berlalu keluar dari bilik pejabatnya. Kakinya pantas melangkah menuju ke bilik penyimpanan fail kewangan yang baru.

Dahinya berkerut saat melangkah masuk ke dalam bilik fail kewangan yang baru. Tiada sesiapa di situ.

“Tak ada orang. Mana dia pergi pulak? Humm…” dalam pada mulut Ahmad Uwais membebel matanya memerhatikan rak-rak yang sudah dipenuhi dengan fail-fail serta disusun dengan elok.

“Boleh tahan kerja minah tomboi ni. Kerja mengikut arahan. Tapi mana dia? Tak kan dah balik. Tak kan dia tinggalkan aku seorang diri kat sini. Dah lupa ke dia tu driver aku? Humm…” Ahmad Uwais melangkah keluar dari bilik fail sambil bercekak pinggang.

“Mana pulak dia pergi ni?” mulutnya mengomel.

Baru kakinya ingin melangkah, telinganya menangkap suara orang ketawa dari bilik pantry.

“Siapa dekat pantry lewat petang macam ni?” dia tertanya. Kaki diatur menghampiri pantry. Namun kaki Ahmad Uwais terhenti di tepi pintu pantry. Dia memasang telinga bila terdengar orang berbual di dalam pantry.

“Mmm…jadi minat kita serupalah. I pun suka sukan-sukan extreme.” Fahmi semakin teruja berbual dengan Fatimah Dhaniyah bila mereka banyak berkongsi minat yang sama.

“Kalau macam tu bila ada masa free nanti bolehlah Encik Fahmi bawak saya main sukan paragliding dekat sini. Saya dengar Jugra tempat yang best untuk main paragliding.”

“Tak ada hal. Any time, Tim. Bila you free just call I.”

Fatimah Dhaniyah tersenyum lebar. Tak sabar pulak dia untuk merasai keseronokkan bermain paragliding di sini.

Sementara itu dahi Ahmad Uwais berkerut seribu. Hai, Fahmi ni bukan main lagi jual minyak dengan minah tomboi ni. Cakap tak ada perasaan kat tomboi tu. Ini siap berjanji bagai. Fahmi…Fahmi. Ahmad Uwais membebel dalam hati sambil terus memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka berdua.

“Tim tak nak cari kerja lain ke? Sambung belajar ke?” Fahmi menyoal sambil mengacau air kopi di dalam mug.

“Kenapa Encik Fahmi tanya macam tu?”

“Asyik kena buli dengan bos sendiri tak boring ke? Lagipun you ni muda lagi. Sayang kalau tak sambung belajar.”

Fatimah Dhaniyah tersenyum bila dia dikatakan selalu dibuli oleh bos sendiri.

“Bos tu memang kaki buli ke?” soal Fatimah Dhaniyah ingin tahu.

“Setahu I dia bukanlah kaki buli. I pun hairan kenapa dia suka sangat membuli you, Tim. Dia suka dengan you tak?” Fahmi tergelak dengan tekaannya sendiri.

Fatimah Dhaniyah turut tergelak besar sambil mengeleng-geleng. Tak mungkin dia akan jatuh cinta dengan singa lapar tu.

“Bukan main lagi gelak?” Ahmad Uwais menegur sambil menyilang kedua belah tangannya. Wajahnya diseriuskan.

Serentak tawa Fahmi dan Fatimah Dhaniyah terhenti. Fahmi terbatuk-batuk kecil sambil menjongket keningnya kepada Fatimah Dhaniyah.

“Bos nak minum? Saya bancuhkan,” tanya Fatimah Dhaniyah dengan sengihan.

“Kerja dah siap?” Muka Ahmad Uwais masih lagi serius. Tanya aku nak minum ek. Tadi bukan main mengumpat pasal aku. Fahmi ni pun satu, join sekaki mengumpat aku dengan minah tomboi ni. Siap kau orang!

“Dah siap. Semuanya dalam keadaan tip-top, bos.”

Ahmad Uwais mencebik. Geram bila rancangannya untuk menyingkirkan minah tomboi ini gagal lagi.

“Dah. Pergi turun bawah. Siapkan kereta. Kejap lagi aku nak balik,” arah Ahmad Uwais.

Fatimah Dhaniyah mengangguk seraya berjalan ke sinki untuk membasuh mug yang digunakan tadi.

Bila badannya melewati tempat Ahmad Uwais sedang berdiri, Fatimah Dhaniyah berhenti seketika.

“Tunggu apa lagi?” sergah Ahmad Uwais.

Fatimah Dhaniyah tersengih. “3-1, bos,” ujar Fatimah Dhaniyah dengan senyuman lebar dan terus berlalu pergi.

Ahmad Uwais yang mendengar mengetip bibirnya. Rasa geramnya semakin membuak terhadap minah tomboi merangkap pemandu peribadinya itu.

“Eeerr..hari dah lewat. Aku pun ingat nak baliklah.” Fahmi ke sinki untuk membasuh mugnya.

“Bukan main kau tadi, Mi. Mengata aku.” Ahmad Uwais bersandar ditepi sinki sambil keningnya diangkat memandang Fahmi.

“Eh…mana ada, bro.”

“Kau ingat aku pekak? Aku dengarlah apa yang kau dengan tomboi tu merapu pasal aku tadi.”

“Alah….itu melawak ajelah, Is. Tak payahlah ambik serius pun.”

“Oh..melawak? Siap kata aku ada hati kat tomboi tu bagai. Melawaklah tu?”

Fahmi tersenyum. Dia memusingkan badannya.

“Aku gurau aje tu.”

“Gurau konon.” Ahmad Uwais mencebik mengejek.

“Cuba kau kenal dia dulu. She quite fun, bro.” Fahmi terus menepuk bahu Ahmad Uwais sebelum berlalu keluar dari pantry.

“Wei!...kau nak ke mana tu? Aku tak habis lagi!” Ahmad Uwais menjerit dari dalam pantry.

“Balik!..” sayup kedengaran suara Fahmi menjawab. Ahmad Uwais mendengus.



Rozi agak terkejut bila melihat puluhan jambangan bunga mawar memenuhi ruang bilik pejabatnya. Terkelip-kelip mata Rozi. Dia melangkah perlahan-lahan memasuki ruang bilik pejabatnya. Diambil kad yang terselit dicelah-celah jambangan bunga.

Bibir Rozi mengukir senyuman. Diambil kad seterusnya. Semakin lebar senyuman yang terukir bila mengetahui siapa pengirimnya. Hati Rozi berbunga-bunga saat ini. Pandai dia ambik hati aku. Humm…tapi tak kan bunga aje dia bagi? Mata Rozi tercari-cari jika ada hadiah lain yang Anuar berikan kepadanya.

“You suka?”

Rozi pantas menoleh kebelakang. Anuar yang sedang berdiri di muka pintu bilik pejabat Rozi melemparkan senyuman.

“I hadiahkan bunga-bunga ini tanda I mintak maaf sebab kebelakangan ni I sibuk dan kita jarang dapat jumpa. Sorry sayang.” Lembut lidah Anuar meluahkan kata-kata pujukkan.

Rozi mencebik sambil menjongket bahunya. Masih dalam mood merajuk Rozi berlalu duduk di kerusinya. Dia buat-buat sibuk dengan kerja tanpa mempedulikan Anuar yang sudah melangkah menghampirinya.

“Zee..” Anuar memusingkan kerusi yang diduduki oleh Rozi agar mengadapnya.

“Sayang, janganlah merajuk. I kerja kuat ni bukan untuk orang lain. Untuk kita berdua jugak. I nak bila kita kahwin nanti ekonomi kita stabil, sayang.”

“You dah nak settle down ke, Nuar?” soal Rozi teruja, namun disembunyikan riak teruja itu dengan mempamerkan wajah selamba. Sudah lama dia impikan untuk membina mahligai bahagia dengan Anuar. Pasti berita ini akan menutup mulut keluarganya yang masih marah kerana dia memutuskan pertunangannya dengan Ahmad Uwais 3 tahun lepas.

Anuar pura-pura senyum. Dia tahu perkataan ‘kahwin’ akan dapat mecairkan hati wanita didepannya ini. Bukan susah nak memujuk hati perempuan. Hati Anuar mendabik bangga dengan kepandaiannya mencairkan hati perempuan.

Soon sayang. Soon…” Anuar mengenggam erat tangan Rozi.

“Soon? Jadi lambat lagilah you nak pinang I? Bosanlah!..” Rozi melepaskan genggaman tangan Anuar. Dia mendengus.

Anuar kembali meraih tangan Rozi. “Sayang, janganlah macam ni. Bukannya lama mana pun. I janji I akan pinang you tahun ni jugak.”

Mata Rozi kembali teruja. “Tahun ni? Betul ni?”

“Betul. Bagi I settle few thing dulu, okey?”

“You tak janji kosongkan, Nuar?” Rozi menagih kepastian.

Anuar melemparkan senyuman mengoda. “I tak pernah janji kosong, sayang. I janji tahun jugak kita akan kahwin. Nanti I mintak parent I jumpa parent you.”

“Bila?” Rozi semakin teruja.

“Mmm…sebulan dua lagi. Nanti I beritahu you.”

“I love you,” ucap Rozi sepenuh hatinya. Akhirnya impian dia untuk berkahwin dengan Anuar akan termakbul jua. Tak sabarnya untuk dia beritahu kepada keluarganya akan berita yang mengembirakan ini.

“I love you too,” balas Anuar sambil mengusap manja pipi Rozi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.