Dia Jejaka
Sinestesia
Pada ketika langit berbicara serta pepohon mula berdesis udara meniup
membelai diri cahaya mentari memancar membakar diri . Pabila langit menangis
derayan mutiara jatuh bak peluru yang membangkit kepulan wap panas yang mula
tersenjat .
Siapa sangka fenomena ini dapat dilihat , di dengar
dan dirasa oleh pancarindera kita. Adakah ia mungkin berlaku atau mungkin
tidak?
Aku Akira Kemilia semua orang pangil aku dengan
gelaran Kira. Hari ini cuaca panas habis
basah lencun baju aku dibuatnya berpeluh . Cuaca macam ini memang sedapnya
kalau dapat minum nasib baiklah dekat depan mata aku ada kedai runcit yang berdiri
gagah bak sang wira penyelamat bolehlah aku tengok-tengok air apa yang
sedap dimunum terjual dekat kedai runcit tu.
Aku apa
lagi megorak langkah menuju kearah kedai runcit dihadapan aku tu dengan pantas sudah tak sabar aku dibuatnya ingin merasai nikmat air sejuk masuk kedalam tekak
menghapus segala ketandusan yang meronta di dalam anak tekak aku ni.
Pintu peti sejuk didalam kedai runcit itu aku
buka . kedinginaannya mula membelai tubuhku kini kepanasan yang tadi membakar
kulitku sudah tidak aku rasai lagi. Mata aku tiba-tiba tertumpu pada dua kotak
minuman perisa strawberry yang ada didalam peti itu.
“ Woo, air kegemaran aku ni” Aku bercakap
sendiri.
Tiba-tiba satu tangan mencelah lalu mengambil
salah satu air strawberey itu tanpa teragak-agak.
“ Hee,hee, dia tak perasan ke air kotak dia tu
tak ada ‘straw’ nasib baik dia tak ambil yang ni”. Aku terus mengambil air
kotak yang lagi satu itu dengan gembiranya aku menuju ke kaunter untuk
membayar.
Siap aja aku habis membayar air kotak aku itu
tiba-tiba “ srappp” Air kotak aku dirampas. Aku melihat wajah orang yang
merampas air kotak aku itu. Kelihatanya seorang lelaki yang bolehlah dikatakan
tampan tersengeh kearah aku.
“ Hey, apa yang kau buat ni air ni aku punya
bagi balik.” Aku merampas semula dari tangan lelaki itu.
“ Memanglah tadi kau punya tapi sekarang air ni aku punya . jadi kau boleh belah”
Lelaki itu dengan selamba merampas semula air kotak itu dari tangan aku dan
pergi macam tua aja.
Aku apa lagi memang benganglah dengan sikap
lelaki tu jadi aku bukak kasut yang aku pakai itu lalu aku campak kearah lelaki
itu . padan muka kasut akau hinggap dekat belakang kepala lelaki itu. Lelaki
itu terhenti memandang muka aku marah.
“ aduh, sakitlah kau tak ada otak ke main
baling kasut dekat kepala orang ?”. nada suaranya kelihatan marah.
“ Kau kata aku ni tak ada otak , yang kau tu
pulak main rampas je air orang tu ada otaklah sangat. Kau tahu tak aku punya
memanas dekat sini semata-mata nak beli air tu kau suka-suka aja main
rampas dari aku.” Aku dah membebel
panjang.
“ Nanti jap kau cakap dengan aku ke?. Maaflah
aku tak dengar aku sebuk layan kawan aku tadi.” Lelaki itu buat- buat bercakap dalam telifon.
Masa tu muka aku dah merah hati aku pula dah
panas kalau di ikutkan nak aja aku campak lagi sebelah kasut aku ni biar kena
muka dia tu . Tapi nasib baik aku boleh
kawal diri aku .
“ Yang kau tu dah kenapa main rampas-rampas
minuman orang ni?” tanya aku.
“ Ohh, itu sebab air aku ni tak ada penyedut
macam mana aku nak minum .” balas lelaki itu.
“ Salah kau sendirilah siapa suruh main ambil
aja air tu tanpa tengok dulu.” Aku dah mula menyalahkan lelaki itu.
“ Bukanya aku tak tengok cuma masa tu air ni
kelihatan sangat menarik seolah-olah memangil aku untuk membelinya” . lelaki tu
dah mula mengarut.
“ Lawak apa yang kau tengah buat sekarang ni.
banyaklah kau air tu memangil-mangil kau tak payahlah nak tipu aku kau ingat
aku budak kecil.” Kata aku tak percaya.
“ Lantak kaulah nak percaya ke tidak apa yang
aku nak cakapkan ni tapi yang pasti aku nak minum air ni aku dahaga.” Kata
lelaki itu lalu mencucukkan penyedut minuman pada kotak minuman itu .
Belum sempat air itu disedut aku dah rampas air
itu dari tanganya lalu aku sedut air kotak itu sampai habis .
“ Padan muka kau aku dah minum habis” aku
tunjuk kotak yang sudah kosong itu dihadapan muka lelaki itu dengan muka
belagaknya aku jatuhkan kotak itu ke tanah betul-betul dihadapan lelaki itu.
Lelaki itu menundukkan kepala lalu mengambil
straw yang terdapat di dalam kotak minuman itu lalu mengeluarkanya dan
dengan selamba mencucukkan penyedut minuman dia itu pada kotak minumanya lalu
meminumnya.
Lelaki itu dengan selamba beredar dari situ
sambil mulutnya sebuk menyedut air dari kotak minuman itu.
“Yuk, pengotor gila dia tu apa punya manusialah dia ni muka aja hansome tapi perangai macam hantu”. Aku mengumam
seorang diri.
Bersambung…