Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Fantasi Pengembaraan Epik Dunia Buku 1:Langit
Pengembaraan Epik Dunia Buku 1:Langit
JejakaTerpujiSyurga
14/5/2018 23:01:56
684
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Prolog

Di sebut oleh generasi makhluk dahulu kala,bumi pada asalnya merupakan tempat yang dihuni oleh pelbagai makhluk.Ada yang tinggal di  dalam lautan,ada yang tinggal di permukaan darat dan ada juga yang terbang di ruang angkasa.Namun hierarki kehidupan pada ketika itu dimonopoli oleh manusia.Makhluk yang diberikan kebijaksanaan beserta dengan akal fikiran.Perbezaan yang paling ketara pada ketika itu.Disebabkan kelebihan itu,manusia dianggap sebagai pemimpin di atas muka bumi ini.Planet ini menuju kemasyhuran dan mengalami kemajuan teknologi.Namun,ia datang dengan peperangan yang mengakibatkan kehancuran pada planet bumi.Nyawa manusia,tumbuh-tumbuhan bahkan makhluk lain juga terkena tempiasnya.Kehancuran yang diakibatkan oleh modernisasi manusia juga tidak kurang hebatnya.Pencemaran alam dan lambakan sisa buangan hasil industri adalah contoh kemudaratan tersebut.

       Namun,ketika kerosakan semakin menjadi-jadi di atas muka bumi ini satu malapetaka telah menimpa pada muka bumi ini.Bumi dihempap oleh meteor bersama dengan serangan mengejut makhluk daripada angkasa yang tidak diketahui puncanya sehingga ke hari ini.Bermulalah perubahan pada planet biru yang dihuni pelbagai jenis makhluk di dalamnya.Proses mutasi melanda kepada kebanyakan jenis hidupan di bumi.Mutasi tersebut membuatkan sifat hidupan yang dikenali pada ketika itu berubah sama sekali.Segelintir haiwan,tumbuhan malah objek ciptaan manusia bernyawa dan mempunyai akal fikiran.Saling tidak ubah seperti manusia biasa.Manusia pula kini memiliki kuasa yang pada ketika itu hanya muncul di dalam dunia fantasi dan khayalan penulis dan penerbit filem.Maka ketika itulah,demi kelangsungan hidup,hidupan bumi ketika bangkit menentang serangan makhluk angkasa.

        Dengan dipimpin 7 pahlawan berlainan personaliti dan spesis,akhirnya serangan tersebut berjaya ditewaskan.Namun kesan daripada peperangan tersebut mengubah landskap planet yang disayangi.Dengan kepimpinan 7 pahlawan tersebut,proses pemulihan dilakukan namun,disebabkan perubahan drastik yang berlaku pada makhluk,maka percanggahan pendapat berlaku dan hampir menyebabkan berlakunya semula peperangan.Atas dasar itu,7 pemimpin tersebut bersetuju untuk memimpin setiap satu benua dan memastikan bahawa keamanan bagi setiap benua yang dipimpin.Mereka menggunakan gelaran Penaung untuk menjadi ketua benua dan berjanji untuk menjaga keamanan setiap benua agar tidak berlakunya perang yang mampu menjejaskan usaha pemulihan yang sedang mereka lakukan.

         Di bawah kepimpinan mereka,bumi mengalami keamanan semula.Di bawah inisiatif mereka,akademi ditubuhkan untuk melatih pahlawan menjaga keamanan disamping persiapan sekiranya bumi diserang pada bila-bila masa oleh makhluk dari angkasa.Mereka juga telah mereka sistem pertahanan demi memastikan kesiapsiagaan planet bumi dari ancaman musuh.Namun benua di bumi tidak seperti dulu.6 sahaja yang tinggal dan 1 lagi dihasilkan secara artifisial dengan teknologi dan kuasa yang dimiliki.Benua-benua ini juga telah diberi nama baru seiring dengan perubahan topologi tersebut.Antara nama benua tersebut adalah Benua Langit mewakili benua artifisial yang terapung di ruang langit 10,000 meter dari paras laut.Seterusnya Benua Cahaya,Benua Malogi,Benua Keajaiban,Benua 2H&1O dan akhir sekali Benua Tumbuhan.

        100 tahun telahpun berlalu,dunia semakin aman.Namun atas dahagakan kuasa,makhluk saling bertarung merebut kuasa dan menindas makhluk yang lebih lemah.Kepimpinan yang ada terlalu lemah dan mengabaikan makhluk yang memerlukan pertolongan.Inilah realitinya pada zaman ini.Oleh sebab itu wujudlah pelbagai jenis kelas dan organisasi yang wujud yang mempunyai motif dan agenda mereka tersendiri.Jurang kekayaan juga semakin membesar hingga ramai makhluk terpaksa menjadi hamba untuk menyelesaikan hutang demi untuk kelangsungan hidup.

         Di sebalik penyalahgunaan kuasa,jauh daripada kesibukan makhluk,di sebuah kawasan pendalaman yang tidak diketahui dalam kawasan benua Langit, tinggallah seorang manusia yang sudah tua bersama dengan seorang kanak-kanak.Kedua-duanya sedang saling berbalas serangan.Serangan yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar.Raut wajah lelaki tua tersebut jelas tidak menggambarkan kekuatan fizikal yang dimilikinya.Susuk tubuhnya masih tegap setanding perwira.Manakala kanak-kanak lelaki tadi masih cuba mencuba supaya serangannya tepat menuju ke arah lelaki tua tersebut.Ternyata setiap tumbukan dan tendangan yang dilepaskan terserlah keazamannya.Lelaki tua tersebut sambil mengelak serangan daripada kanak-kanak tersebut sambil berkata.

“Adakah setakat ini sahaja kekuatanmu,cucuku?.Jika setakat ini sahaja,usahlah kau berangan untuk meninggalkan tempat ini”

“Aku akan tinggalkan tempat ini atuk.Sudah tiba masanya aku keluar ke dunia luar.Usah kau kurungi aku disini.”kata kanak-kanak tersebut dengan nada yang penuh keyakinan

“Hyaaargh”Satu jeritan bersama dengan satu serangan yang lebih padu dihalakan kepada lelaki tua tersebut.

         Ternyata kali ini reaksi lelaki tua tersebut agak lambat.Hanya hadangan sahaja yang mampu dilakukan menggunakan kedua-dua tangannya.Namun itu belum cukup untuk menewaskannya.Lelaki tua tersebut berpusing di udara cuba untuk mengurangkan kesan serangan daripada kanak-kanak tersebut.Ketika beliau cuba mengukuhkan kedudukannya semula,tanpa dijangka dengan pantas kanak-kanak tersebut menyerbunya di udara dengan melonjakkan dirinya dengan bantuan pokok-pokok disekelilingnya lalu melakukan tendangan kilas ke belakang susuk tubuh lelaki tua tersebut.

“RASAKAN”laung kanak-kanak tersebut sambil menyalurkan seluruh kekuatannya ke kaki yang singgah ke badan lelaki tua tersebut.

          Pantas tubuh lelaki tua itu menyembah ke permukaan.Suasana sepi tadi digantikan dengan kesan impak serangan tersebut.Kesan serangan tersebut menyebabkan sekitar kawasan tubuh lelaki tua itu turut mengalami kerosakan.Umpama sebji meteor yang jatuh ke bumi.Ketika itu juga,kanak-kanak tersebut telah pun mendarat selamat ke permukaan.Kanak-kenak tersebut menghampiri kawasan kemusnahan akibat daripada serangannya.Asap berkepul menganggu penglihatannya.Kekuda masih dipasang petanda berwaspada sekiranya musuhnya masih mampu berdiri selepas serangan tersebut.Ketika asap mula hilang,ternyata lelaki tua tersebut telah tewas.Terbaring mendongak ke langit.Mengakui tiada upaya untuknya menentang musuhnya yang masih bertenaga.

“Tahniah cucuku.Akhirnya kamu berjaya menewaskanku.Seperti yang telah aku janjikan.Aku akan benarkan kamu keluar menjelajah dunia luar”kata lelaki tua tersebut sambil mula bangkit daripada tempat dia terbaring.

“Terima kasih atuk.Tak sabar saya nak lihat dunia luar”balas cucunya itu yang ternyata gembira dengan kemenangan tersebut.

“Dah,hari dah lewat.Mari kita pulang semula ke teratak kita dan bersihkan diri.Esok sahajalah kau bertolak.”ujar lelaki tua tersebut sambil bersama dengan cucunya bergerak pulang menuju ke teratak rumah yang mereka bina di dalam pendalaman ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.