Home Novel Cinta Opss!!! Tersilap Cinta
Opss!!! Tersilap Cinta
Nurrr
1/9/2017 08:12:10
2,291
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2
AKU, Hana, Sahira dan Rizal ialah kawan baik. Geng kami merupakan antara geng yang famous di sekolah.

Sebut je Geng Taiko Gedik. Siapa tak kenal? Geng suka ponteng kelas yang kini jadi geng rajin. Mana tak rajin, tahun SPM kot.

Asalnya ahli memang semua perempuan tapi si Rizal ni menyemak je nak join.

Hubungan kitorang sangat rapat. Maka wujudlah cinta tiga segi. Aku terjatuh hati dengan Rizal. Hana pon sama. Nasib baik tak gaduh.

Bukan aku tak tahu Rizal sebenarnya suka Hana. Mampuslah. Aku malas nak fikir. Yang penting hubungan ni masih bertahan. Rindunya dekat dorang. Lama tak jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Baik tidur je dari termenung memanjang. Bye!



AKU berjalan sendiri di shopping mall tanpa hala tuju. Aku baru sahaja tamat pengajian. Sudah lama tak balik rumah. Hmm..

Mataku mula terhala ke arah seseorang di restoran. 'Rizal? Nak tegur ke tak nak? Ahh.. biarlah. Takut nanti tak ingat aku pulak.' Aku berjalan pergi.

Telefon aku berbunyi. Siapa lagi kalau bukan kakak tersayang. Sebelum bertolak aku sempat tanya khabar umi. Pasti umi beritahu keberadaan aku ni.

"Woi. Pergi mall tak ajak aku." Ujar wanita tersebut.

"Akak la yang busy sangat. Kalau orang ajak pun bukan nak belanja." Kataku kepada kakak aku, Nur Fazlina.

"Hishh.. kau ni membazir duit aku je. Woi, tolong belikan aku buku masakan. Nanti aku bayar." Arah Fazlina.

"Ni mesti umi suruh belajar masak untuk suami. Hahahaha. Upah Sab jangan lupa erkk. Bye!" Pamitku sebelum dimarahi. Panggilan umi aku tujukan untuk ibu mertua kakak aku. Kebetulan panggilan sama dengan umi kami. Bezanya umi kami sudah tiada. Huhu. Sedihnya.

Usai beli buku, aku berjalan menuju ke lift untuk ke tempat parking keretaku.

"Tunggu! Ermm. Sabrina?! " aku dengar seseorang memanggilku. Aku menoleh ke belakang.

"Eh.. Rizal kan? Syahrizal? Buat apa dekat sini? " bertubi-tubi soalanku. Berdebarlah pula bila jumpa balik.

Aku ingat tadi memang bukan dia. Adakah ini jodoh?

Apalah aku melalut ni. Rizal, Hana punya okey.



AKU merenung ke luar cafe. Segan duduk berdua begini. Hujung baju habis dipintal-pintal.

"Kita tunggu cousin aku kejap. Aku ada benda nak bincang." Katanya memandangku yang segan.

"Oh. Okey. Kau kerja apa sekarang? " tanyaku untuk menghilangkan gelisah.

"Aku kerja chief engineer syarikat cousin aku yang nak datang ni. Kau pulak? " kata Rizal seraya memandang handphone nya yang berbunyi.

"Sekejap erkk." Rizal mengangkat tangan sebagai isyarat menyuruh aku tunggu. Dia beredar menjawab panggilan.

Beberapa minit kemudian, Rizal kembali semula.

"Cousin aku tak jadi datang. Okay. Firstly, apa aku nak cakap ni pasal Hana. Kau jangan cakap tak ingat pulak. Kitakan geng." Rizal memulakan mukadimah.

"Lama gila aku tak contact  Hana. Kenapa dengan dia? Sakit ke? " cemas aku bertanya.

"Ishh.. kau ni. Cuba bawa bertenang sikit. Okey. Aku rasa kau pun tahu aku dengan dia macam mana kan. Saling suka. Aku ada juga luahkan perasaan dekat dia tapi dia tolak aku. Sekarang nak contact dia pun susah. So, please help me! Aku dah buntu sangat macam mana nak dapatkan dia." Rizal seolah merayu kepadaku. Matanya memandangku penuh pengharapan. Hatiku berdebar lebih laju.

Hancur hati aku. Hati kenapa degil sangat masih nak suka dia?



SELEPAS menghantar buku yang dipesan kak Fazlina aku terus pulang ke rumah sewaku. Aku hanya tinggal bersendirian.

Penat lelahku dilepaskan dengan berbaring atas katil. Nasib baik aku cuti solat. Nombor Sahira aku dail.

"Assalamuaalaikum Sahira. Weh tolong aku. Aku.." aku tak tahu hendak memulakan cerita bagaimana. Sudahnya aku terkelu sendiri.

"Waalaikumsalam. Kau dah kenapa pulak. Bagitahu jelah, aku akan sedaya upaya bantu kau." Sahira mengunci bilik pejabatnya selepas memaklumkan Sarah yang dia tidak mahu diganggu.

Aku menceritakan segala yang berlaku sebentar tadi. Serasa menyesal pula dengan cadangan Rizal. Huhh.

"Weh.. pastu kau setuju macam tu je? Hati kau macam mana? Rancangan ni mungkin akan melukakan hati kau tau." Ujar Sahira. Sahira membetulkan duduknya di atas sofa pejabatnya. Sahira memang sudah maklum dengan perasaan Sabrina yang meminati Rizal.

"Entahlah. Aku sendiri keliru dengan perasaan ni. Aku rasa aku dah tak minat dia kot. Kalau minat pun tak salah nak tolong dia. Hihihihi. Sebab dia masih kawan aku. Selamanya." Ujarku sambil tersenyum gembira. Bahagia dia masih mengaku aku ni kawan dia. Meskipun bukan cinta dia.

"Dah la ikut suka kau la. Aku tak nak masuk campur. Tapi kau janji dengan aku yang kau akan kikis dan buang perasaan kau dekat dia." Nasihat Sahira.panjang. Sahira mula bergerak ke kerusi pejabat miliknya untuk memulakan tugasnya.

"Okey. Itu aku janji sebab Rizal tu Hana punya. Lagipun aku bukan cintakan dia pun, cuma minat je. Lagi satu, kau memang akan masuk campur dalam hal ni pun. Sorry susahkan kau." Kataku serba salah. Masalahnya memang salah pun.

"Maksud kau? " pergerakan tangan Sahira mengemas mejanya terhenti.

"Teman aku hujung minggu ni. Takkan aku nak pergi seorang je. Segan la. Nanti mak dia ingat aku ni bakal menantu dia. Kang tak pasal-pasal je. Hish. Boleh la." Terangku seraya merayu. Aku bergerak mengambil tuala siap sedia untuk mandi.

"Eee.. kau ni. Ni yang aku tak suka. Aku pun segan la."kata Sahira. Dia mula menyandarkan badan ke kerusi.

"Boleh la. Takde geng tak best la. Aku dah cakap yang aku nak ajak kau ikut sekali. Dia pun okey je. cousin dia join sekali tau. Nanti kalau meeting aku seorang je perempuan. Please.." suara aku lembutkan untuk merayu kepadanya.

"Hish.. yelah. Nanti kau cerita benda ni detail dekat aku. Pasal hujung minggu ni kau drive. Okey. Dah la aku nak sambung kerja ni. Lainlah kau cuti hari ini. Tu pasal sibuk jumpa mamat tu." Bebel Sahira lepas setuju dengan permintaanku.

"Kita akan stay dekat sana tak tahu la berapa lama. So, pakaian kau stanby la berapa banyak. Mesti best duduk sana sebab boleh curi kasih sayang mak dia. Hihihi." Tak tahu la apa aku cakap ni. Mamai la ni.

"Dah jangan mengarut la. Aku nak sambung kerja. Assalamuaalaikum." Ucap Sahira. Sahira membuka semula kunci biliknya dan menyambung semula kerja yang terbengkalai.

Huhh.. keluhan dilepaskan. Sahira cuma berharap Sabrina tidak terluka lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurrr