Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Im Married At 17
Im Married At 17
Ai Indah
31/5/2018 09:37:14
3,174
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Beberapa minggu kemudian...

SAIFUL membuka pintu bilik belajar isterinya perlahan-lahan. Senyuman terukir di bibir. Inilah kali pertama dia melangkah masuk ke dalam bilik Aisyah tanpa pengetahuan isterinya. Sengaja dia tidak memberitahu si isteri kerana ingin membuat kejutan kecil untuk si penyeri hidup.


Langkah kaki diatur ke meja belajar Aisyah. Sesekali matanya meliar melihat keadaan bilik Aisyah. ‘Kemas, cantik dan... wangi.’


Bunga yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja belajar Aisyah.


Sengaja dia membeli bunga itu untuk Aisyah tambahan pula Aisyah memang suka dengan bunga. Dia tahu pun apabila dia bersembang dengan Puan Sri Munirah beberapa hari yang lepas mengenai kesukan si isteri.


Aisyah banyak belajar menyukai apa yang dia sukai. Sentiasa cuba belajar menjadi isteri yang baik. Kerana itu dia merasakan tidak ada salah untuknya mempelajari menyukai apa yang Aisyah sukai. Cuba gembirakan hati Aisyah sebagaimana isterinya menggembirakannya.


Pejam celik, pejam celik, sudah hampir empat bulan dia dan Aisyah sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah, selama itu hidup mereka sebagai suami-isteri penuh bahagia disertakan dengan bunga-bunga cinta.


Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik Aisyah, dia terpandang sesuatu di dalam bakul sampah. Entah kenapa dada Saiful berdebar-debar kencang.


Sebuah buku yang menjadi penghuni bakul sampah diambil dan dibelek-belek. Buku tersebut seakan catatan peribadi milik Aisyah.


‘Diari? Tak pernah nampak pun selama ni,’ bisik hati kecil Saiful lalu tangannya mula membuka setiap helaian yang diconteng dengan tulisan tangan Aisyah.


Setiap perkataan, ayat dan baris yang ditulis oleh Aisyah, dibaca dengan teliti oleh si suami. Dihadam dengan sebaik-baiknya. Dan perlahan-lahan mata ustaz muda itu terbeliak melihat dan baca apa yang tertulis di dalam diari itu.


*****

AISYAH menongkatkan dagu dengan tangannya di atas meja solek. Lama sekali dia memandang imbasan wajahnya di cermin. Memikirkan sesuatu yang mulai menghantui fikirannya.


Fikirannya merawang, teringat akan kejadian yang berlaku sebentar tadi.


“Akhi kenapa ni? Diam je,” Aisyah bertanya.


“Letih.”


Aisyah hanya diam bila mendengar jawapan yang terkeluar dari bibir Saiful.


Saiful pantas bangun dari sofa, namun langkahnya terhenti apabila Aisyah menahan langkahnya.


“Akhi nak buat kerja dekat bilik akhi.” Si suami memberi alasan.


“Kenapa tak nak buat dekat sini? Ni kan bilik akhi. Bilik kita.”


Saiful menggelengkan kepalanya. “Akhi tak nak kacau Sya,” jawab Saiful sambil menarik lengannya yang dipegang Aisyah.


“Hm…” Aisyah mengeluh lagi. Entah kenapa dia rasakan suaminya seperti dingin dengannya hari ini. Selalunya tidak begini.


Matanya memandang jam di dinding. 11.45 malam.


“Mana akhi ni? Tak kan tak siap kerja lagi? Dah lewat ni,” rungut Aisyah sendirian.


Dia bangun dari kerusi meja solek dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Dipandang tempat tidur suaminya. Rasa sayu tetiba hadir dalam hatinya ketika ini. Satu hari ini, sikap suaminya berubah.


Dia dapat rasakan perubahan suaminya. Seakan mahu jauh darinya.


“Akhi kenapa? Sya ada buat salah ke?” soal Aisyah sendirian.


*****

TERSENTAK Saiful apabila dirinya berasa ada tangan menyentuh lengannya dengan lembut. Dia sudah tahu, itu pasti tangan milik Aisyah.


“Akhi… lama Sya tunggu akhi. Akhi penat sangat ke buat kerja sampai tak sempat nak masuk tidur kat bilik kita?” soal Aisyah.


Saiful hanya diam. Hatinya terluka. Dia perlukan masa dan ruang untuk menenangkan dirinya buat seketika. Apa yang dibacanya dalam diari Aisyah, benar-benar melukakan hatinya. Tergamaknya Aisyah memperlakukannya sebegini.


Aisyah mengeluh perlahan tatkala dia melihat suaminya sedikit pun tidak memberi sebarang reaksi kepadanya. Perlahan-lahan dia melabuhkan kepalanya di bantal yang ada di sebelah Saiful. Tangannya memeluk erat pinggang suaminya.


“Kalau Sya ada buat salah dan melukakan hati akhi, beritahulah Sya,” ucap Aisyah dengan lembut. Air matanya yang hampir mengalir ditahan. “Sya sayang akhi. Akhi tak sayang Sya?”


Saiful hanya mendiamkan dirinya.


*****

MUKHRIZ mengambil pensel dan dibulatkan di kawasan kertas milik Aisyah.


“Kenapa?” soal Aisyah. Hairan dirinya apabila Mukhriz berbuat sedemikian pada kertas miliknya.


Mukhriz mengeluh. “Have a serius family matter, awak rasa dia boleh ke gantikan tempat saya sebagai ketua pelajar?” soal Mukhriz dengan nada serius.


“Awak rasa dia tak layak?” soal Aisyah semula.


Mukhriz menjongketkan kening, “Awak boleh baca dekat ruangan bawah tu, dia pernah mengalami stress yang teruk. Kalau dia menggantikan tempat saya, dia akan mengalami stress yang lagi teruk, Sya. Tugas ketua pelajar, bukan satu kerja yang mudah dan senang. Saya tak nafikan yang dia pelajar cemerlang, tapi saya risau kalau dia tak mampu menyandang jawatan ni.” jelas Mukhriz panjang lebar.


Langkah Saiful terhenti di depan bilik pengawas. Pintu yang tertutup itu dibuka olehnya. Dia memandang sahaja kelibat Mukhriz dan Aisyah dari depan pintu itu.


Syaitan mula menjalankan tugas untuk menghasut.


‘Sya… Sya masih ada perasaan kepada Riz, ke? Siapa dalam hati Sya sebenarnya ni? Ada tak nama akhi dalam hati Sya tu?’ soal Saiful dalam hatinya.


So?” soal Aisyah. Dia tidak mengerti mengapa Mukhriz seakan menolak cadangannya untuk pelajar itu menggantikan jawatan Mukhriz.


Mukhriz terdiam. Memikirkan sesuatu. Matanya memandang ke arah pintu bilik pengawas yang terbuka sedikit itu. Terkejut dirinya seketika apabila dia melihat kelibat Saiful yang berdiri di depan pintu bilik pengawas itu sambil memandang tajam ke arahnya.


“Riz... Riz… awak kenapa ni? Riz...” panggil Aisyah. Pelik dirinya dengan Mukhriz yang secara tiba-tiba menjadi pendiam itu.


“Ustaz,” sebut Mukhriz dengan nada perlahan.


Aisyah mengerutkan dahinya. ‘Ustaz? Maksudnya… suami aku kan?’ soal Aisyah kepada dirinya sendiri.


“Suami awak, tu,” Mukhriz menjuihkan bibirnya ke arah pintu bilik pengawas yang sudah terbuka itu.


Aisyah terkejut seketika tatkala melihat kelibat suaminya. ‘La... akhi buat apa pulak kat sini?’ soal Aisyah di dalam hati.


“Akhi,” panggil Aisyah dengan lembut.


“A... sorry, ganggu. Ustaz cuma nak memastikan yang kamu berdua tidak berdua-duaan. Itu sahaja,” ujar Saiful. Ada getaran gelabah dalam nada suaranya itu.


Aisyah menjongketkan keningnya tatkala mendengar apa yang dikatakan suaminya itu. ‘Apa masalah suami aku ni?’


Dipandang wajah Mukhriz sekilas. “Sekejap ye.”


“Okey,” jawab Mukhriz.


Aisyah menghampiri Saiful. “Kenapa akhi cakap macam tu? Sya tak berdua dengan Riz la,” ujar Aisyah. Ingin membetulkan apa yang difikirkan oleh suaminya itu.


‘Semalam macam tak ada mood, hari ni... lain pulak. What’s wrong dengan husband aku ni?’


“Habis? Akhi nampak berdua je. Pintu tertutup pulak tu. Apa kata orang nanti. Sya lupa ke yang Sya dah berkahwin? Dah ada suami?”


“Akhi, ada guru disiplin la dekat dalam bilik tu.” Aisyah menunjuk ke arah satu bilik yang ada di dalam bilik pengawas itu. “Mana Sya berdua dengan Riz. Lagipun...” kata-kata Aisyah terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya.


“Kak Sya,” panggil seseorang.


Yes.” Aisyah memandang wajah seorang pengawas junior yang ada di situ.


Sorry ganggu. Mintak maaf ustaz,” ujar pelajar yang memanggil Aisyah tadi.


Saiful hanya tersenyum bagi membalas kata maaf pelajar yang memanggil Aisyah sebentar tadi.


Aisyah memandang suaminya. “And, Melina; pengawas junior pun ada kat sini.”


Saiful mengangguk faham. “Okey... Sya balik lambat ke hari ni?”


“Akhi nak balik awal ke?” soal Aisyah semula.


Yes. Akhi tak selesa Sya dengan Riz lama-lama,” ujar Saiful sebelum berlalu pergi dari situ.


Aisyah mengerutkan dahinya. “Apa kena dengan akhi ni? Cemburu ke?” ujar Aisyah sendirian. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia meneruskan langkah kembali ke meja perbincangannya dengan Mukhriz.


“Sya,” panggil Mukhriz apabila Aisyah sudah duduk di meja perbincangan.


“Ye.”


I think, ustaz tak suka kita macam ni la,” luah Mukhriz.


“Riz. Come on, kita kawan baik kut. Saya ni pembantu awak lagi. And don't forget about something that I'm your cousin. Kita bukan buat dosa pun. Lagipun kita tak berdua-duaan,” terang Aisyah sambil memandang pengawas junior; Melina yang ada di meja perbincangan itu.


Mukhriz mengeluh. “Tapi ustaz… suami awak, Sya.”


Aisyah hanya mendiamkan dirinya.


“Betul cakap Abang Riz tu, kak. Ustaz, suami akak. Sama ada akak ni kawan baik ke, sepupu ke apa ke sekali pun dengan Abang Riz, sebagai seorang suami mestilah ustaz cemburu kalau akak dengan orang lain, kan?” sampuk Melina.


Aisyah dan Mukhriz sama-sama menoleh, memandang wajah Melina.


Sorry... Tak der niat nak masuk campur, just beritahu je.” ujar Melina tergagap-gagap. Bimbang dicop sebagai penyibuk pula oleh Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas di sekolah itu.


Mukhriz mengeluh. Pen diambil dan dia mula mencatat sesuatu. “Habis je, perbincangan tentang pemilihan ketua dan pembantu ni... saya rasa kita perlu jarakkan diri, Sya,” putus Mukhriz.


Aisyah menundukkan kepalanya. ‘Adakah ini bermakna hubungan persahabatan aku dan dia sampai di sini sahaja?’ soal Aisyah dalam hatinya.


*****

AISYAH menghampiri suaminya yang sedang menyemak buku latihan itu. “Akhi.”


“Hm,” respon Saiful.


“Sya... ada hal nak cakap dan bincang dengan akhi ni,” ujar Aisyah perlahan. Dia rimas dan tidak selesa apabila suaminya itu bersikap dingin terhadapnya. Lebih-lebih lagi apabila suaminya itu sudah salah faham mengenai hubungan antara dirinya dengan Mukhriz.


“Akhi sibuk la Sya. Penting sangat ke apa yang Sya nak bincang tu?” soal Saiful tanpa memandang wajah isterinya itu.


“Pasal...” kata-kata Aisyah tergantung dek kerana telefon bimbit milik Saiful bergegar di atas meja. Mengganggu betul!


Saiful meletakkan pen di atas meja dan mengambil telefon bimbitnya yang masih vibrate itu.


“Assalamualaikum. Ha, ada apa Wiyah?”


Aisyah tersentak. ‘Kata busy. Tapi... ada pula masa nak layan si Wiyah tu,’ ujar Aisyah berbaur cemburu dalam hati sebelum naik ke biliknya di tingkat atas semula.


*****

AISYAH mengeluh kasar. Tidak tenang dirinya rasakan ketika ini. Hendak belajar juga susah.


Pen di tangan diletakkan di atas meja.


‘Sya... selesaikan masalah kau dengan suami kau cepat-cepat. Nanti, lagi susah untuk kau belajar,’ ujar satu suara dalam hati Aisyah.


Telefon bimbit di atas meja diambil. Dibuka applikasi WhatsApp lalu dicari nama suaminya.


+ Apa yang buat akhi berubah secara tiba-tiba ni? Sya ada buat salah ke?


Butang send disentuh oleh Aisyah.


Beep.


+ Tak ada apa. Akhi sibuk. Sya lupa ke, Sya tinggal beberapa hari lagi nak trial? – Saiful.


Nope. Sya tak lupa. – Aisyah.


Then? Study la. –Saiful.


+ Macam mana Sya nak study kalau hati Sya asyik dok terkenangkan sikap akhi yang dah lain sekarang ni? – Aisyah.


Satu... dua... tiga...


Aisyah mengeluh bila tiada balasan dari suaminya. Suaminya hanya membiarkan tanda blue tick sahaja. Tiada langsung tanda-tanda yang menunjukkan Saiful mahu membalas WhatsApp nya sebentar tadi.


+ Akhi… kita ni ada masalah ke?


Sent.


Akhirnya Aisyah meluahkan juga apa yang dirasakannya. Hendak berbincang secara berdepan, suaminya itu seakan mengelak daripadanya. Jadi Aisyah memulakan perbincangan dalam applikasi WhatsApp sahaja.


Beep.


+ Kenapa Sya cakap macam tu? –Saiful.


+ Akhi tak layan Sya macam selalu dan Sya rasa akhi salah faham ngan Sya. – Aisyah.


+ Akhi sibuk. Sya pergi study, okey? Akhi off dulu, nak siapkan kerja ni. Bye-bye, assalamualaikum. –Saiful.


Aisyah mengeluh membaca apa yang dibalas suaminya.


+Waa’laikumussalam.


Sent.


Aisyah menutup telefon bimbitnya.


*****

“AKHI… please…” rayu Aisyah.


Sudah hampir tiga hari dia merasakan suaminya itu dingin tatkala berdua dengannya. Atas sebab apa, dia sendiri tidak tahu.


Saiful mengeluh. Diraup rambutnya ke belakang. Dia cuba mencari kekuatan untuk mendapatkan penjelasan daripada isterinya mengenai diari yang dibacanya beberapa hari yang lalu.


“Tolong la akhi. Beritahu apa salah Sya pada akhi, sampai akhi jadi macam ni?” soal Aisyah.


Saiful memandang wajah isterinya itu dengan satu pandangan yang cukup lama. “Mukhriz.”


“Kenapa dengan Riz?” soal Aisyah. Dahinya berkerut memikirkan apa kena mengena Mukhriz dalam soal sekarang ni?


“Sya suka dia?” soal Saiful.


“Apa akhi cakap ni?”


Just… answer my questionDo you love him, Aisyah?” soal Saiful.


Aisyah menggelengkan kepalanya. Dihampiri suaminya yang duduk di birai katil itu. “Akhi… Sya tak cintakan dia. Sya cuma cintakan akhi sorang je.”


Really?”


Aisyah mengangguk laju. Mengiyakan kenyataan cintanya untuk suaminya bukan untuk Mukhriz.


“Buktikan yang Sya tak cinta atau menaruh perasaan terhadapnya,” pinta Saiful.


“Akhi... tak percayakan Sya ke sekarang ni?”


Saiful mendiamkan diri.


“Akhi,” Aisyah menggoncang sedikit lengan suaminya itu. Agar suaminya itu menumpukan perhatian terhadapnya.


“Akhi bukan tak percayakan Sya. Akhi cuma… tak dapat nak percayakan diri akhi sendiri. Sya terlalu mesra dengan dia. Semua tu buat akhi… salah faham terhadap Sya.”


“Dia sepupu Sya. Kawan baik Sya. That’s all.”


“Tapi Sya pernah simpan perasaan kepada dia, kan?”


Aisyah terkejut.


Melihat reaksi wajah Aisyah sebegitu, Saiful bertanya lagi. “Diam… tandanya betul, kan?”


Aisyah terkaku mendengarnya.


Saiful menghulurkan satu buku kepada Aisyah. “Akhi dah baca semuanya, Sya. Semuanya.”


Bulat mata Aisyah apabila melihat diari miliknya yang dibuang beberapa hari yang lalu ada pada tangan suaminya.


“Terkejut?”


Aisyah sudah mahu menangis. Dadanya sudah berdegup dengan kencang. Matanya hanya memandang sahaja diari miliknya di tangan suaminya tanpa ada rasa mahu mengambilnya. Langsung tidak sanggup dia mengangkat wajah untuk melihat wajah syurganya.


“Dalam ni… semuanya Sya tulis tentang Mukhriz. Tarikh lahir, tempat lahir, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, perasaan Sya pada dia. Semuanya tentang dia. Sya… akhi ni siapa pada Sya?”


“Akhi…. tu… cuma….”


“Cuma apa?” soal Saiful sedikit tegas.


Air mata Aisyah mengalir perlahan. “Sya... mintak maaf…”


Saiful mencampakkan diari yang dipegangnya ke lantai.


“Mana… akhi dapat?” tanya Aisyah takut-takut.


“Akhi dapat di dalam tong sampah."


“Akhi… itu… itu… dah lama, akhi.”


Saiful terdiam buat yang seketika.


Aisyah mengambil tangan suaminya. Digenggam erat tangan itu. “Sya cuma cintakan akhi sorang je.”


“Tapi Sya suka Riz.” Saiful memandang ke arah lain.


Not more as a friend, akhi.”


Saiful mendiamkan diri.


“Akhi… please… Jangan buat Sya macam ni. Sya cuma sayang akhi je. Percayalah kat Sya ni, akhi,” rayu Aisyah.


“Bagi akhi masa dan ruang untuk berfikir. Sya pergilah tidur. Esok trial, kan?”


Aisyah hanya diam. Tidak berganjak walau seinci. Air matanya mula bergenang.


“Sya… pergilah tidur,” ujar Saiful dengan lembut.


“Akhi… dah tak sayang Sya?”


“Sayang… cuma...” kata-kata Saiful dipintas oleh Aisyah.


“Cuma… akhi dah terluka dengan Sya? Sebab Sya pernah suka Riz?” teka Aisyah.


Saiful mengangguk perlahan.


“Itu cerita lama la, akhi. Sebelum Sya jumpa akhi. Riz anggap Sya kawan je, Sya pun sama. Percayalah akhi,” ujar Aisyah sambil memegang erat lengan suaminya itu.


Saiful menarik lengannya yang dipegang oleh Aisyah. Langkah kaki diatur naik ke atas katil.


Aisyah memandang perilaku suaminya yang sudah memejamkan matanya sambil baring secara mengiring ke arah dinding. Lantas dia mengikuti jejak langkah suaminya di atas katil. Selimut di badan suaminya dibetulkan.


“Hanya Allah yang tahu betapa Sya sayang dan cinta akan akhi, bukan Riz. Maafkan Sya sebab melukakan hati akhi hanya kerana Sya pernah simpan perasaan terhadap Riz. Tapi perasaan tu dah lama hilang, dah lama terkubur sebaik sahaja Sya terima untuk jadi isteri akhi,” ujar Aisyah di hujung telinga suaminya.


Saiful diam.


Aisyah membaringkan dirinya di sebelah suaminya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham